Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bahagian IV · Kereta Api
95. Lintasan rata bergred
Feedback & supportJika suatu syarikat kereta api telah membina suatu landasan kereta api yang merintangi jalan yang sedia ada yang sama ratanya, Ketua
Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, jika ternyata pada Ketua
Pengarah Pengangkutan Awam Darat bahawa adalah perlu demi keselamatan dan kemudahan orang awam, pada bila-bila masa, menghendaki syarikat kereta api itu, dalam apa-apa masa yang difikirkannya patut—
supaya memindahkan jalan itu sama ada ke bawah atau ke atas landasan kereta api itu menerusi suatu jambatan atau gerbang dengan pendakian dan penurunan yang mudah serta jalan masuk lain yang mudah sebagai ganti melintasi jalan yang sama rata itu; atau
untuk melaksanakan apa-apa kerja lain yang dalam hal keadaan itu ternyata pada Ketua Pengarah Pengangkutan
Awam Darat sebagai paling sesuai bagi menghapuskan atau mengurangkan bahaya yang berbangkit daripada lintasan rata itu dan bagi memenuhi kemudahan orang awam.