Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bahagian IV · Kereta Api
94. Pagar, tanda sempadan atau adangan
Feedback & supportKetua Pengangkutan Awam Darat boleh, dalam masa yang dinyatakan dalam rekuisisi atau dalam apa-apa masa selanjutnya yang dinyatakan olehnya, menghendaki suatu syarikat kereta api—
supaya mengadakan atau memperbaharui, mengikut mana-mana yang berkenaan, pagar atau tanda sempadan bagi kereta apinya dan mana-mana jalan yang dibina berkaitan dengannya; atau
supaya mengadakan atau memperbaharui, mengikut mana-mana yang berkenaan, apa-apa kerja dalam bentuk adangan berdekatan atau berdampingan dengan sisi mana-mana jalan yang dibina sebelum kereta api itu dibuat bagi maksud mencegah bahaya kepada orang awam yang menggunakan jalan itu.
Sesuatu syarikat kereta api yang tidak mematuhi mana-mana rekuisisi yang dibuat di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.
122 Undang-Undang Malaysia AKTA 715