Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bahagian IV · Kereta Api
106. Kuasa untuk menutup kereta api setelah dibuka
Feedback & supportJika selepas pemeriksaan suatu kereta api, orang yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat berpendapat bahawa penggunaan kereta api itu mungkin akan menyebabkan bahaya kepada orang awam atau kerosakan kepada barangan yang dibawa di atas kereta api itu, dia hendaklah memberitahu Ketua Pengarah
Pengangkutan Awam Darat tentang pendapatnya berserta dengan alasan bagi pendapatnya itu.
Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh sesudah itu mengarahkan supaya kereta api itu ditutup, atau dalam hal stok kereta, mengarahkan supaya stok kereta itu diberhentikan penggunaannya atau kereta api itu hanya digunakan atas apa-apa syarat yang difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat bagi keselamatan orang awam atau barangan yang dibawa di atas kereta api itu.