Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bahagian IV · Kereta Api
107. Pembukaan semula kereta api selepas penutupan
Feedback & support(1)
Sesuatu kereta api yang diarahkan supaya ditutup tidak boleh dibuka semula sehingga ia telah diperiksa oleh orang yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan pembukaan semulanya telah diluluskan oleh Menteri.
(2)
Sesuatu stok kereta yang diarahkan supaya diberhentikan penggunaannya di bawah seksyen 106 tidak boleh digunakan sehingga ia diperiksa dan diperakui sebagai layak untuk digunakan oleh orang yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan
Menteri telah meluluskan penggunaannya.
Pengangkutan Awam Darat 135