Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bahagian IV · Kereta Api
104. Pembatalan atau penggantungan lesen pengendali
Feedback & supportJika Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat berpuas hati bahawa seorang pengendali berlesen melanggar, atau telah melanggar dan berkemungkinan akan melanggar sekali lagi, mana-mana syarat lesen pengendalinya atau mana-mana peruntukan
Bahagian ini atau perundangan subsidiari yang dibuat berkaitan dengannya yang mengenakan obligasi, kewajipan atau tanggungjawab terhadapnya, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh memberikan suatu notis bertulis kepada pengendali berlesen itu yang menghendaki supaya ia mematuhi syarat atau peruntukan itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu.
Jika apabila habis tempoh yang dinyatakan dalam notis itu pengendali berlesen itu tidak mematuhi syarat atau peruntukan yang disebut dalamnya, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu laporan mengenai kegagalan oleh pengendali berlesen itu berserta apa-apa syor oleh
Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan laporan itu hendaklah dalam apa-apa bentuk yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah
Pengangkutan Awam Darat.
Jika, selepas menimbangkan laporan daripada Ketua Pengarah
Pengangkutan Awam Darat dan syornya, Menteri berpuas hati bahawa pelanggaran atau pelanggaran yang dibimbangkan akan berlaku itu bersifat serius atau telah menjejaskan atau berkemungkinan akan menjejaskan kepentingan atau keselamatan orang awam, dan pengendali berlesen itu enggan atau tidak mengambil segala langkah yang ternyata perlu kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam
Darat bagi maksud memastikan pematuhan dengan syarat atau peruntukan yang berkenaan, Menteri boleh membenarkan Ketua
Pengarah Pengangkutan Awam Darat untuk memberi pengendali berlesen itu suatu notis bertulis yang menyatakan bahawa ia bercadang untuk membatalkan atau menggantung, mengikut mana-mana yang berkenaan, lesen pengendalinya dan notis itu hendaklah juga menyenaraikan atau menyatakan—
syarat lesen pengendali itu atau peruntukan yang dilanggar oleh pengendali berlesen itu dan perbuatan atau peninggalan yang menjadi pelanggaran itu; dan 132 Undang-Undang Malaysia AKTA 715
tempoh, yang tidak kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh notis itu, yang dalamnya pengendali berlesen itu boleh membuat representasi berkenaan dengan pembatalan atau penggantungan yang dicadangkan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam notis itu dan setelah menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh pengendali berlesen itu dan apa-apa syor yang dibuat oleh Ketua
Pengarah
Pengangkutan
Awam
Darat,
Menteri hendaklah memutuskan sama ada untuk meneruskan dengan tindakan yang dicadangkan itu atau untuk tidak mengambil apa-apa tindakan seterusnya.
Sesuatu notis hendaklah diberikan oleh Ketua Pengarah
Pengangkutan Awam Darat kepada pengendali berlesen itu mengenai keputusan Menteri dan keputusan itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh yang notis itu disampaikan kepada pengendali berlesen itu.
Sebagai tambahan kepada kuasanya di bawah subseksyen yang terdahulu, Menteri boleh, melalui notis bertulis, membatalkan atau menggantung suatu lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini—
jika pengeluaran lesen pengendali itu didorong oleh representasi palsu mengenai fakta oleh atau bagi pihak pengendali berlesen itu;
sekiranya berlaku kematian, ketidakupayaan, kebankrapan atau, dalam hal sesuatu syarikat, likuidasi, pengendali berlesen itu atau, apabila seorang penerima atau pengurus dilantik berhubung dengan perniagaan mengendalikan perkhidmatan kereta api pengendali berlesen itu; atau
jika ia berpuas hati bahawa kereta api yang digunakan berkaitan dengan lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini, telah digunakan atau diniatkan untuk digunakan bagi maksud yang menyalahi undang-undang atau bahawa maksud asal yang baginya lesen pengendali itu dikeluarkan tidak lagi wujud:
Pengangkutan Awam Darat 133
Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat tidak akan membatalkan atau menggantung lesen pengendali melainkan jika ia berpuas hati bahawa, selepas memberi peluang kepada pengendali berlesen itu untuk membuat apa-apa representasi bertulis yang dihasratinya untuk dibuat, lesen pengendali itu patut dibatalkan atau digantung.
Keputusan Menteri di bawah seksyen ini adalah muktamad dan konklusif dan tiada pampasan boleh kena dibayar kepada pengendali berlesen itu berkenaan dengan apa-apa tindakan yang diambil secara sah terhadapnya di bawah seksyen ini.
Jika suatu lesen pengendali—
telah dibatalkan, lesen pengendali itu tidak mempunyai kuat kuasa dari tarikh pembatalan itu dan pengendali berlesen itu hendaklah dalam masa empat belas hari dari tarikh pembatalan lesen pengendali itu mengembalikan lesen pengendali itu kepada Ketua Pengarah Pengangkutan
Awam Darat; atau
telah digantung, ia tidak mempunyai kuat kuasa dalam tempoh penggantungan itu.
Seseorang pengendali berlesen yang lesen pengendalinya telah digantung di bawah seksyen ini tidak boleh, dalam tempoh penggantungan itu, mengendalikan kereta api yang dibenarkan oleh lesen pengendali itu.
Seseorang pengendali berlesen yang melanggar subseksyen (8)
atau (9) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.