Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bahagian IV · Kereta Api
109. Penalti am kerana tidak mematuhi Bab 4 Bahagian IV
Feedback & supportSeseorang pengendali berlesen yang melanggar mana-mana peruntukan Bab ini melakukan suatu kesalahan dan, jika tiada penalti khas diperuntukkan secara nyata dalam Bab ini, boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan berterusan boleh, sebagai tambahan, dikenakan denda harian tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan selepas suatu notis bertulis oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat yang
136 Undang-Undang Malaysia AKTA 715
menghendakinya supaya memberhentikan perbuatan yang dinyatakan dalam notis itu telah disampaikan kepada pengendali berlesen itu.
Kewajipan pengendali berlesen