Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2025Read it in English

Bahagian IV · Kereta Api

98. Lintasan rata kerja

Feedback & support
(1)

Menteri boleh, pada bila-bila masa atas syor Ketua Pengarah

Pengangkutan Awam Darat, melalui pemberitahuan dalam Warta mengisytiharkan mana-mana jalan atau jalan kecil yang dilintasi oleh suatu landasan kereta api sebagai suatu “lintasan rata kerja”.

(2)

Bilamana suatu perisytiharan telah dibuat di bawah subseksyen (1), syarikat kereta api itu hendaklah mengadakan di lintasan rata kerja itu, get atau sawar yang merintangi jalan atau jalan kecil itu, yang—

(a)

tidak boleh ditutup merintangi landasan kereta api itu; dan

(b)

hendaklah dikunci apabila tidak digunakan, yang kunci get atau sawar itu hendaklah disimpan oleh seorang pegawai kereta api.

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), pendua bagi kunci get atau sawar bagi mana-mana lintasan rata kerja boleh diamanahkan oleh pegawai kereta api itu kepada mana-mana orang yang kerap kali menggunakan lintasan rata kerja itu, dan kunci itu hendaklah dipegang simpan dan digunakan oleh orang itu bagi apa-apa tempoh dan tertakluk pada apa-apa syarat yang ditentukan oleh syarikat kereta api itu.

Pengangkutan Awam Darat 125

(4)

Syarikat kereta api itu boleh, dari semasa ke semasa, menentukan waktu yang sesuai bagi pembukaan get dan sawar bagi mana-mana lintasan rata kerja, dan get atau sawar itu hendaklah dibuka hanya oleh pegawai kereta api yang dengannya kunci get atau sawar itu disimpan pada masa yang ditentukan oleh syarikat kereta api itu.

(5)

Seseorang, yang bukan orang yang kepadanya kunci get atau sawar itu telah diamanahkan di bawah subseksyen (3), yang berhasrat untuk menggunakan suatu lintasan rata kerja di luar waktu yang ditentukan di bawah subseksyen (4), hendaklah memberi pegawai kereta api yang dengannya kunci get atau sawar itu disimpan, notis mengenai hasratnya untuk berbuat demikian.

Report

Bab 7

Bab 8

Bab 9

Bahagian V

Penyepaduan

Bahagian VI

Kemalangan, Siasatan dan Penyiasatan

Bahagian VII

Bahagian VII–

Bahagian VIII

Rayuan

Bahagian IX

Pengambilalihan Kawalan

Bahagian X

Kesalahan Umum dan Penalti

Bahagian XI

Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

Bahagian XII

Schedules