Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bahagian IV · Kereta Api
113. Section 113
Feedback & supportMenjadi kewajipan tiap-tiap pengendali berlesen, pada setiap masa, untuk memberitahu Ketua Pengarah Pengangkutan Awam
Darat dengan serta-merta mengenai perkara yang berikut:
apa-apa perubahan dalam kawalan pengendali berlesen itu;
apa-apa pertikaian perindustrian antara pengendali berlesen itu dengan pekerjanya;
apa-apa kejadian kebakaran dalam premisnya;
apa-apa bencana alam semula jadi yang menjejaskannya;
apa-apa celaan atau denda yang dikenakan terhadap pengendali berlesen itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis; dan
apa-apa prosiding atau tuntutan yang dimulakan atau dibuat terhadap pengendali berlesen itu yang mungkin mengakibatkan kesan buruk terhadap keadaan kewangannya atau pada keupayaannya untuk melaksanakan apa-apa syarat di bawah lesen pengendali itu.
Bagi maksud perenggan (1)(a), “kawalan” berhubungan dengan seseorang pengendali berlesen, ertinya mempunyai kuasa, secara langsung atau tidak langsung, untuk mengarahkan pengurusan dan dasar pengendali berlesen itu.
Seseorang pengendali berlesen yang tidak mematuhi seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan
Pengangkutan Awam Darat 141
berterusan boleh, sebagai tambahan, dikenakan denda harian tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu terus dilakukan dari tarikh pengendali berlesen itu dikehendaki supaya mengemukakan maklumat di bawah subseksyen (1).