Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bahagian IV · Kereta Api
111. Standard prestasi
Feedback & support(1)
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan mengenai standard prestasi yang berkaitan dengan pengadaan perkhidmatan dan kemudahan kereta api yang, pada pendapatnya, patut dicapai oleh pengendali berlesen itu.
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen
(1)
, peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh—
(a)
membuat peruntukan mengenai tatacara yang hendaklah diikuti bagi penguatkuasaan standard prestasi; dan
(b)
memperuntukkan mengenai hal keadaan yang dalamnya seorang pengendali berlesen boleh dikecualikan daripada mematuhi standard prestasi itu.
Pengangkutan Awam Darat 137
Pengemukaan laporan, akaun, dsb.