Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2025Read it in English

Bahagian IV · Kereta Api

84. Section 84

Feedback & support
(1)

Menteri boleh, setelah mengambil kira dengan sewajarnya syor Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah seksyen 83, menolak atau memberikan kelulusan bersyarat bagi suatu skim kereta api.

(2)

Jika Menteri memberikan kelulusan bersyarat bagi skim kereta api di bawah subseksyen (1), pemohon hendaklah mendepositkan di pejabat Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat untuk pemeriksaan awam—

(a)

pelan dan keratan mengikut skala yang dinyatakan oleh

Ketua

Pengarah

Pengangkutan

Awam

Darat atau sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tam) yang menunjukkan jalan dan aras kereta api yang dicadangkan itu dan juga—

Pengangkutan Awam Darat 111

(i)

apa-apa pengubahan yang dimaksudkan pada aras air mana-mana terusan atau pada aras atau kadar kecondongan mana-mana jalan atau kereta api yang akan dilintangi oleh kereta api yang dicadangkan itu;

(ii)

apa-apa pelencongan, perluasan atau penyempitan yang dimaksudkan bagi mana-mana jalan, sungai boleh dilayari, terusan atau kereta api;

(iii)

apa-apa pembentangan yang dimaksudkan bagi mana-mana bahagian kereta api yang dicadangkan itu di sepanjang mana-mana jalan; dan

(iv)

apa-apa lintasan yang dimaksudkan bagi landasan kereta api yang dicadangkan itu di atas mana-mana jalan, sungai boleh dilayari, terusan atau kereta api;

dan

(b)

suatu buku rujukan yang mengandungi nama tuan punya dan penerima pajak tanah yang mungkin dikehendaki bagi maksud kereta api yang dicadangkan itu.

(3)

Ketua

Pengarah

Pengangkutan

Awam

Darat boleh menghendaki pemohon supaya mengemukakan apa-apa maklumat lanjut atau tambahan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Ketua

Pengarah Pengangkutan Awam Darat berkenaan dengan pelan dan keratan dan buku rujukan yang disebut dalam subseksyen (2).

(4)

Pemohon hendaklah memberikan notis mengenai pendepositan pelan dan keratan serta buku rujukan itu melalui iklan dalam sekurang-kurangnya tiga terbitan berturut-turut bagi sekurang-kurangnya dua akhbar nasional, yang satu daripadanya hendaklah dalam bahasa kebangsaan, yang mempelawa semua orang yang mempunyai apa-apa bantahan terhadap pelan dan keratan serta buku rujukan itu supaya menghantar suatu pernyataan mengenai bantahan mereka itu secara bertulis kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dalam tempoh tiga bulan dari tarikh notis terakhir dalam akhbar itu.

(5)

Apabila habis tempoh tiga bulan itu, Ketua Pengarah

Pengangkutan Awam Darat hendaklah mengemukakan pelan dan keratan serta buku rujukan yang disebut dalam subseksyen (2) berserta

112 Undang-Undang Malaysia AKTA 715

dengan apa-apa bantahan terhadapnya dan syornya kepada Menteri bagi kelulusan muktamad.

(6)

Menteri boleh, selepas menimbangkan pelan dan keratan serta buku rujukan itu dan apa-apa bantahan terhadapnya dan dengan mengambil kira dengan sewajarnya syor

Ketua

Pengarah

Pengangkutan Awam Darat itu—

(a)

memberikan kelulusan muktamad bagi atau menolak skim kereta api itu; atau

(b)

jika difikirkannya bahawa pelan dan keratan itu patut dipinda, mengarahkan pemohon supaya menimbangkan semula pelan dan keratan itu dan melaporkan kepada

Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dalam apa-apa tempoh yang dikehendaki oleh

Ketua

Pengarah

Pengangkutan Awam Darat.

(7)

Dalam hal jika perenggan (6)(b) terpakai, Menteri boleh, selepas menimbangkan pindaan yang dibuat kepada pelan dan keratan itu dan dengan mengambil kira bantahan yang dibuat di bawah subseksyen (4)

dan syor Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, memberikan kelulusan muktamad bagi atau menolak skim kereta api itu.

(8)

Pelan dan keratan itu, jika diluluskan oleh Menteri, sama ada di bawah perenggan (6)(a) atau subseksyen (7), hendaklah disifatkan sebagai pelan yang didepositkan yang disebut dalam Akta ini.

(9)

Menteri boleh, dalam meluluskan mana-mana skim kereta api, mengenakan apa-apa kehendak atau syarat yang difikirkannya sesuai, dengan mengambil kira syor Ketua Pengarah Pengangkutan Awam

Darat.

(10)

Keputusan Menteri untuk memberikan kelulusan atau tidak memberikan kelulusan di bawah seksyen ini hendaklah disampaikan kepada pemohon oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat melalui notis bertulis dengan secepat yang dapat dilaksanakan.

(11)

Notis bertulis oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah subseksyen (10) hendaklah menyatakan—

Pengangkutan Awam Darat 113

(a)

dalam hal apabila kelulusan diberikan, hakikat pemberian kelulusan itu dan kehendak atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (9); dan

(b)

dalam hal keengganan untuk memberikan kelulusan, hakikat keengganan itu dan sebab-sebab bagi keengganan itu.

(12)

Seseorang yang melanggar mana-mana kehendak atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (9) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Ubah suaian, perubahan atau peluasan yang ditetapkan bagi skim kereta api yang diluluskan

Report

Bab 7

Bab 8

Bab 9

Bahagian V

Penyepaduan

Bahagian VI

Kemalangan, Siasatan dan Penyiasatan

Bahagian VII

Bahagian VII–

Bahagian VIII

Rayuan

Bahagian IX

Pengambilalihan Kawalan

Bahagian X

Kesalahan Umum dan Penalti

Bahagian XI

Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

Bahagian XII

Schedules