Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bahagian IV · Kereta Api
88. Tanah persendirian boleh diambil bagi kereta api
Feedback & supportMana-mana tanah yang dikehendaki bagi maksud membina suatu kereta api dan yang ditunjukkan pada pelan dan keratan dan disebut dalam buku rujukan yang didepositkan di bawah perenggan 84(2)(b) dan jika berkenaan, seksyen 86, hendaklah disifatkan sebagai tanah yang dikehendaki bagi maksud awam mengikut pengertian Akta Pengambilan Tanah 1960 [Akta 486].
Prosiding di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 hendaklah diambil secara berasingan berkenaan dengan setiap tanah yang ditunjukkan pada pelan dan keratan dan disebut dalam buku rujukan itu.
Tiada apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang pengambilan tanah bagi maksud membina sesuatu kereta api melalui persetujuan antara syarikat kereta api dengan tuan punya tanah itu.
Pengangkutan Awam Darat 117