Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2025Read it in English

Bahagian IV · Kereta Api

85. Ubah suaian, perubahan atau peluasan yang ditetapkan bagi skim kereta api yang diluluskan

Feedback & support
(1)

Tiada seorang pun boleh mengusahakan apa-apa ubah suaian, perubahan atau peluasan yang ditetapkan bagi suatu skim kereta api yang diluluskan mengikut seksyen 84—

(a)

tanpa kelulusan Menteri, yang bertindak atas syor

Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat; dan

(b)

kecuali mengikut kehendak dan tatacara yang dinyatakan dalam subseksyen (2) dan apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Akta ini bagi maksud seksyen ini.

(2)

Mana-mana orang yang berniat untuk mengusahakan apa-apa ubah suaian, perubahan atau peluasan yang ditetapkan bagi skim kereta api yang diluluskan hendaklah mengemukakan suatu permohonan bertulis kepada dan mendepositkan dengan Ketua Pengarah

Pengangkutan Awam Darat apa-apa maklumat dan dokumen, termasuk pelan, yang diminta oleh Ketua Pengarah Pengangkutan

Awam Darat dan, dalam apa-apa tempoh dan mengikut apa-apa cara

114 Undang-Undang Malaysia AKTA 715

yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, untuk membolehkan Menteri menilai permohonan itu.

(3)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Kelulusan bagi ubah suaian, perubahan atau peluasan yang ditetapkan bagi skim kereta api yang diluluskan dan mendeposit pelan, maklumat dan dokumen lain

Report

Bab 7

Bab 8

Bab 9

Bahagian V

Penyepaduan

Bahagian VI

Kemalangan, Siasatan dan Penyiasatan

Bahagian VII

Bahagian VII–

Bahagian VIII

Rayuan

Bahagian IX

Pengambilalihan Kawalan

Bahagian X

Kesalahan Umum dan Penalti

Bahagian XI

Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

Bahagian XII

Schedules