Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bahagian IV · Kereta Api
89. Kuasa syarikat kereta api untuk melaksanakan segala kerja yang perlu
Feedback & supportTertakluk pada Akta ini, apabila perlu untuk berbuat demikian, suatu syarikat kereta api boleh, bagi maksud membina suatu kereta api atau kemudahan atau kerja-kerja lain yang berkaitan dengannya—
membuat atau membina di, pada, merintangi, di bawah atau di atas mana-mana tanah atau sungai, apa-apa kerja atau struktur sementara, termasuk jalan, jambatan, rel, jalan lalu, konduit dan parit, sebagaimana yang difikirkan patut oleh syarikat kereta api itu; dan
mengubah secara sementara haluan mana-mana jalan, lebuh atau jalan lalu sebagaimana yang difikirkan patut oleh syarikat kereta api itu.
Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), syarikat kereta api itu adalah tertakluk pada apa-apa arahan yang diberikan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.
Suatu syarikat kereta api hendaklah, sebelum menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), memberikan notis kepada tuan punya atau penduduk tanah itu, dan pada masa yang sama memberi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat suatu salinan notis itu, mengenai niatnya untuk memasuki tanah itu.
Notis yang disebut dalam subseksyen (3) hendaklah menyatakan dengan selengkap dan setepat yang mungkin jenis dan takat perbuatan yang diniatkan hendak dilakukan.
Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh menentukan bentuk notis yang disebut dalam subseksyen (3) dan cara yang mengikutnya notis itu boleh disampaikan kepada tuan punya atau penduduk tanah itu.
118 Undang-Undang Malaysia AKTA 715