Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2025Read it in English

Bahagian IV · Kereta Api

86. Section 86

Feedback & support
(1)

Menteri boleh, setelah mengambil kira dengan sewajarnya syor Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, menolak atau memberikan kelulusan bersyarat berkenaan dengan suatu permohonan yang dibuat di bawah seksyen 85.

(2)

Jika Menteri memberikan kelulusan bersyarat berkenaan dengan permohonan di bawah subseksyen (1), pemohon hendaklah mendepositkan di pejabat Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat bagi pemeriksaan umum apa-apa dokumen yang dinyatakan oleh

Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

(3)

Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah memberikan syornya mengenai permohonan di bawah subseksyen (1)

kepada Menteri dan bagi maksud ini subseksyen 84(4) dan (5)

hendaklah terpakai mutatis mutandis.

(4)

Menteri boleh, selepas menimbangkan pelan dan keratan serta buku rujukan dan apa-apa dokumen lain yang dinyatakan oleh Ketua

Pengarah Pengangkutan Awam Darat, dan apa-apa bantahan terhadapnya dan setelah mengambil kira syor Ketua Pengarah

Pengangkutan Awam Darat—

(a)

memberikan kelulusan muktamad kepada atau menolak permohonan di bawah subseksyen (1); atau

(b)

jika difikirkannya bahawa pelan dan keratan itu patut dipinda, mengarahkan pemohon supaya menimbangkan

Pengangkutan Awam Darat 115

semula pelan dan keratan itu dan melaporkan kepada Ketua

Pengarah Pengangkutan Awam Darat dalam apa-apa tempoh yang dikehendaki oleh

Ketua

Pengarah

Pengangkutan Awam Darat.

(5)

Dalam hal jika perenggan (4)(b) terpakai, Menteri boleh, selepas menimbangkan pindaan yang dibuat kepada pelan dan keratan itu dan dengan mengambil kira bantahan yang dibuat terhadapnya dan syor

Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, memberikan kelulusan muktamad kepada atau menolak permohonan di bawah subseksyen (1).

(6)

Pelan dan keratan itu, jika diluluskan oleh Menteri, sama ada di bawah perenggan (4)(a) atau subseksyen (5), hendaklah disifatkan sebagai pelan yang didepositkan yang disebut dalam Akta ini.

(7)

Menteri boleh, apabila meluluskan mana-mana permohonan di bawah subseksyen (1), mengenakan apa-apa kehendak atau syarat yang difikirkannya patut, dengan mengambil kira syor Ketua Pengarah

Pengangkutan Awam Darat.

(8)

Keputusan Menteri untuk memberikan kelulusan atau tidak memberikan kelulusan di bawah seksyen ini hendaklah disampaikan kepada pemohon oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat melalui notis bertulis dengan secepat yang dapat dilaksanakan.

(9)

Notis bertulis oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah subseksyen (8) hendaklah menyatakan—

(a)

dalam hal apabila kelulusan diberikan, hakikat pemberian kelulusan itu dan kehendak atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (7); dan

(b)

dalam hal keengganan untuk memberikan kelulusan, hakikat keengganan itu dan sebab-sebab bagi keengganan itu.

(10)

Seseorang yang melanggar apa-apa kehendak atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (7) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu

116 Undang-Undang Malaysia AKTA 715

ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Pembinaan dan kerja-kerja

Report

Bab 7

Bab 8

Bab 9

Bahagian V

Penyepaduan

Bahagian VI

Kemalangan, Siasatan dan Penyiasatan

Bahagian VII

Bahagian VII–

Bahagian VIII

Rayuan

Bahagian IX

Pengambilalihan Kawalan

Bahagian X

Kesalahan Umum dan Penalti

Bahagian XI

Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

Bahagian XII

Schedules