Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bahagian IV · Kereta Api
90. Kuasa Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dalam hal kemalangan
Feedback & supportKetua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, dalam hal mana-mana kemalangan yang berlaku atau yang dibimbangkan akan berlaku pada mana-mana tarahan, benteng atau kerja-kerja lain yang di bawah kawalan suatu syarikat kereta api, membenarkan syarikat kereta api itu untuk memasuki mana-mana tanah yang berdampingan dengan kereta apinya bagi maksud menjalankan pembaikan atau mencegah suatu kemalangan dan untuk melakukan segala kerja yang perlu bagi maksud itu.
Walau apa pun subseksyen (1), suatu syarikat kereta api boleh, dalam hal yang perlu, memasuki mana-mana tanah bagi maksud menjalankan pembaikan atau mencegah suatu kemalangan tanpa mendapat kebenaran Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat terlebih dahulu, tetapi dalam hal sedemikian syarikat kereta api itu hendaklah, dalam tempoh dua puluh empat jam selepas kemasukan itu, membuat suatu laporan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam
Darat dengan menyatakan jenis kemalangan atau kemalangan yang dibimbangkan akan berlaku dan kerja-kerja yang perlu dilakukan.
Jika selepas menimbangkan laporan di bawah subseksyen (2),
Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat berpendapat bahawa tiada bahaya atau bahaya yang dibimbangkan akan berlaku kepada orang awam, syarikat kereta api itu hendaklah dengan serta-merta memberhentikan kerja-kerja di atas tanah itu, jika kerja-kerja itu masih dijalankan.