Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2025Read it in English

Bahagian IV · Kereta Api

91. Pembayaran pampasan

Feedback & support
(1)

Pada menjalankan kuasa di bawah seksyen 89 dan 90, suatu syarikat kereta api hendaklah melakukan seberapa sedikit kerosakan yang mungkin pada tanah itu dan pampasan yang mencukupi hendaklah dibayar bagi apa-apa kerosakan yang dilakukan akibat penjalanan kuasa itu.

(2)

Mana-mana orang yang menuntut pampasan daripada suatu syarikat kereta api boleh menyerahkan tuntutannya dengan Pentadbir

Pengangkutan Awam Darat 119

yang hendaklah mengemukakan tuntutan itu kepada syarikat kereta api itu.

(3)

Jika terdapat pertikaian tentang amaun pampasan, Pentadbir hendaklah menentukan amaun itu, setakat yang boleh, mengikut tatacara yang ditetapkan oleh undang-undang yang berhubungan dengan pengambilan tanah bagi maksud awam yang berkuat kuasa di

Negeri yang berkenaan.

(4)

Tiada apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang penyelesaian melalui persetujuan akan amaun pampasan yang hendaklah dibayar berkenaan dengan tanah yang rosak atau yang terjejas dengan mudarat akibat daripada penjalanan kuasa yang diberikan oleh seksyen ini.

Report

Bab 7

Bab 8

Bab 9

Bahagian V

Penyepaduan

Bahagian VI

Kemalangan, Siasatan dan Penyiasatan

Bahagian VII

Bahagian VII–

Bahagian VIII

Rayuan

Bahagian IX

Pengambilalihan Kawalan

Bahagian X

Kesalahan Umum dan Penalti

Bahagian XI

Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

Bahagian XII

Schedules