PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/2026/882
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA PEROLEHAN KERAJAAN 2026 is Malaysia Act, cited as Act 882 2026, currently marked in force and first recorded in 2026.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 882
Undang-Undang Malaysia 10
Akta 882
Pemakaian
mana-mana orang yang mentadbir, menjalankan atau melaksanakan perolehan Kerajaan; dan
Walau apa pun dalam seksyen ini, Menteri atau, berhubung dengan sesuatu Negeri, Menteri Besar atau Ketua Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan daripada pemakaian Akta ini mana-mana penguntukan dana sekali beri yang diuntukkan melalui
Akta Perbekalan atau Enakmen Perbekalan, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi apa-apa perolehan Kerajaan oleh mana-mana badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, entiti
Kerajaan Persekutuan, entiti Kerajaan Negeri atau mana-mana entiti lain berhubung dengan apa-apa program baharu.
Ketidakpakaian
Akta ini tidak terpakai bagi—
apa-apa perolehan atau pengambilan agensi fiskal atau perkhidmatan depositori, perkhidmatan pembubaran dan pengurusan bagi institusi kewangan yang dikawal selia atau perkhidmatan yang berkaitan dengan penjualan, penebusan dan pengagihan hutang awam, termasuk pinjaman dan bon Kerajaan, nota dan apa-apa sekuriti lain;
apa-apa pelantikan atas dasar kontrak oleh Persekutuan atau mana-mana Negeri bagi penyampaian perkhidmatan awam; dan
yang dijalankan bagi maksud khusus untuk memberikan bantuan antarabangsa, termasuk bantuan pembangunan;
Perolehan Kerajaan 11
yang dibiayai oleh organisasi antarabangsa atau oleh pemberian, pinjaman atau bantuan asing atau antarabangsa lain yang tatacara atau syarat perolehan organisasi antarabangsa atau penyumbang tersebut terpakai; dan
yang dijalankan di bawah prosedur atau syarat khusus suatu perjanjian antarabangsa yang berhubungan dengan penempatan tentera atau yang berhubungan dengan pelaksanaan bersama oleh penandatangan.
Akta hendaklah dibaca bersama-sama undang-undang bertulis yang berkaitan
Akta ini hendaklah dibaca bersama-sama mana-mana undang-undang bertulis yang berkaitan yang berhubungan dengan perolehan Kerajaan dan peruntukan Akta ini hendaklah menjadi tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, peruntukan undang-undang bertulis yang berkaitan itu.
Tafsiran
kelas, kategori atau perihal orang atau aktiviti yang berlainan;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“entiti” ertinya syarikat, perkongsian atau mana-mana kumpulan orang, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan;
“entiti Kerajaan Negeri” ertinya—
mana-mana syarikat yang diperbadankan di bawah
Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang—
dalam hal syarikat berhad menurut syer,
Menteri Besar atau Ketua Menteri yang diperbadankan di bawah mana-mana undang-undang
Negeri atau mana-mana badan berkanun Negeri merupakan pemegang syer lebih lima puluh peratus daripada syer syarikat; atau
dalam hal syarikat berhad menurut jaminan, Menteri
Besar atau Ketua Menteri yang diperbadankan di bawah mana-mana undang-undang Negeri atau mana-mana badan berkanun Negeri merupakan anggota syarikat; atau
Perolehan Kerajaan 13
mana-mana pertubuhan perbadanan yang diperbadankan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952
[Akta 258] oleh Kerajaan Negeri;
“entiti Kerajaan Persekutuan” ertinya—
dalam hal syarikat berhad menurut syer,
Menteri Kewangan yang diperbadankan di bawah
Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan) 1957
[Akta 375] atau mana-mana badan berkanun
Persekutuan merupakan pemegang syer lebih lima puluh peratus daripada syer syarikat; atau
dalam hal syarikat berhad menurut jaminan, Menteri
Kewangan yang diperbadankan di bawah Akta
Menteri Kewangan (Pemerbadanan) 1957, wakil mana-mana Kementerian atau badan berkanun
Persekutuan merupakan anggota syarikat; atau
mana-mana pertubuhan perbadanan yang diperbadankan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952
oleh Kerajaan Persekutuan;
“entiti perolehan” ertinya Kerajaan Persekutuan atau mana-mana
Kerajaan Negeri, dan termasuklah—
mana-mana Kementerian atau badan berkanun Persekutuan, pihak berkuasa tempatan bagi Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya atau mana-mana entiti Kerajaan Persekutuan;
mana-mana kementerian atau jabatan atau badan berkanun sesuatu Negeri, mana-mana pihak berkuasa tempatan sesuatu Negeri atau mana-mana entiti Kerajaan Negeri;
apa-apa entiti lain, yang mentadbir, menjalankan atau melaksanakan perolehan Kerajaan di bawah Akta ini;
Undang-Undang Malaysia 14
Akta 882
“Kementerian” ertinya Kementerian Persekutuan, termasuk mana-mana jabatan atau agensi di bawah Kementerian itu dan mana-mana jabatan atau agensi Kementerian itu di mana-mana
Negeri atau daerah di Malaysia;
“Kementerian Kewangan” ertinya Kementerian Persekutuan di bawah tanggungjawab Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;
“Ketua Menteri” dan “Menteri Besar” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Tatacara Kewangan 1957
[Akta 61];
“kontraktor” ertinya seorang kontraktor yang berdaftar di bawah
Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994
[Akta 520];
“koperasi” ertinya suatu koperasi yang berdaftar di bawah
Akta Koperasi 1993 [Akta 502];
“kumpulan wang luar jangka” ertinya Kumpulan Wang
Luar Jangka yang diwujudkan di bawah Perkara 103
Perlembagaan Persekutuan atau Rizab Luar Jangka di bawah seksyen 6 Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406];
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;
“orang berdaftar” ertinya orang yang berdaftar di bawah seksyen 18, dan termasuklah—
dalam hal suatu syarikat, pengarah, pemegang saham dan pengurusan kanan syarikat;
dalam hal suatu koperasi, mana-mana orang yang memegang tanggungjawab utama dalam pengurusan koperasi;
“pegawai diberi kuasa” ertinya mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa secara bertulis di bawah subseksyen 45(1);
Perolehan Kerajaan 15
“pegawai pengawal” ertinya—
seseorang yang dilantik di bawah subseksyen 15a(1)
Akta Tatacara Kewangan 1957; atau
seseorang yang dilantik di bawah subseksyen 9(1), untuk menjalankan kewajipan dan kuasa seorang pegawai pengawal di bawah Akta ini;
“pegawai perolehan” ertinya mana-mana pegawai awam atau orang yang dinamai atau dilantik di bawah subseksyen 8(1) sebagai pegawai perolehan di bawah Akta ini;
“pekeliling” ertinya apa-apa pekeliling yang dikeluarkan di bawah seksyen 91;
“pekongsi” dan “perkongsian” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Perkongsian 1961 [Akta 135],
Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010
[Akta 707] dan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 [Akta 743];
“pembekal” ertinya mana-mana orang yang menyediakan atau membekalkan, atau boleh menyediakan atau membekalkan barangan atau perkhidmatan, dan termasuklah orang yang membangunkan atau mengilangkan barangan atau perkhidmatan, atau apa-apa gabungannya;
“pemunya benefisial” mempunyai erti yang diperuntukkan dalam seksyen 44b Akta Pemegang Amanah 1949 [Akta 208], seksyen 109a
Akta Syarikat Labuan 1990 [Akta 441], subseksyen 2(1) Akta
Amanah Labuan 1996 [Akta 554], seksyen 24a Akta Yayasan
Labuan 2010 [Akta 706], seksyen 69a Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010, seksyen 20a Akta
Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 atau subseksyen 2(1) Akta
Syarikat 2016, mengikut mana-mana yang berkenaan;
“Pendaftar” ertinya orang yang dilantik sebagai Pendaftar
Perolehan Kerajaan di bawah subseksyen 14(1);
“pengarah” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Syarikat Labuan 1990 atau subseksyen 2(1)
Akta Syarikat 2016, mengikut mana-mana yang berkenaan;
Undang-Undang Malaysia 16
Akta 882
“penguntukan dana” ertinya—
apa-apa dana yang diuntukkan mengikut
Akta Perbekalan oleh Parlimen, termasuk mana-mana kumpulan wang luar jangka;
apa-apa dana yang diuntukkan dan diarahkan oleh Dewan Rakyat mengikut seksyen 3 dan 4
Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966;
apa-apa dana daripada akaun amanah atau kumpulan wang amanah Kerajaan yang ditubuhkan oleh
Kerajaan Persekutuan mengikut seksyen 9 dan 10
Akta Tatacara Kewangan 1957;
apa-apa pemberian, pinjaman atau apa-apa peruntukan yang berpunca daripada subperenggan (a)(i)
hingga (a)(iii), oleh atau melalui Kerajaan
Persekutuan kepada mana-mana orang atau entiti; dan
apa-apa hasil atau pulangan yang diperoleh daripada mana-mana pelaburan mana-mana dana di bawah subperenggan (a)(i) hingga (a)(iv); atau
apa-apa dana yang diuntukkan mengikut
Enakmen Perbekalan oleh suatu Dewan Undangan;
apa-apa dana yang diuntukkan dan diarahkan oleh suatu Dewan Undangan mengikut seksyen 9
Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966;
apa-apa kumpulan wang amanah yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri yang dibayar daripada
Kumpulan Wang Disatukan Negeri;
Perolehan Kerajaan 17
apa-apa pemberian, pinjaman atau apa-apa bentuk peruntukan yang berpunca daripada subperenggan (b)(i) hingga (b)(iii), oleh atau melalui Kerajaan Negeri kepada mana-mana orang atau entiti; dan
apa-apa hasil atau pulangan yang diperoleh daripada mana-mana pelaburan mana-mana dana di bawah subperenggan (b)(i) hingga (b)(iv);
“Perbendaharaan” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan dan termasuklah mana-mana pegawai awam di bawah kawalan pentadbiran atau arahan Menteri itu yang kepadanya Menteri itu telah mewakilkan atau yang, mengikut seksyen 6 atau 7
Akta Perwakilan Kuasa 1956 [Akta 358], diberi kuasa untuk menjalankan fungsi di bawah Akta ini;
“perkongsian liabiliti terhad” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012;
“perkongsian liabiliti terhad Labuan” dan “perkongsian terhad
Labuan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad
Labuan 2010;
“perolehan Kerajaan” ertinya mana-mana perolehan bagi pembekalan barangan atau perkhidmatan atau bagi kerja yang dibiayai oleh penguntukan dana oleh Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya, atau melalui penggunaan apa-apa aset milik Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan;
“pihak berkuasa tempatan” ertinya—
mana-mana pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa yang ditubuhkan atau disifatkan telah ditubuhkan di bawah
Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171], atau Ordinan
Pihak Berkuasa Tempatan Sarawak 1996 [Sarawak Bab 20]
Undang-Undang Malaysia 18
Akta 882
atau Perbandaran yang ditubuhkan di bawah Ordinan
Perbandaran Kuching [Sarawak Bab 116], atau Ordinan
Kerajaan Tempatan 1961 [Sabah Ord. 11 Tahun 1961];
berhubung dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Datuk Bandar Bandaraya Kuala Lumpur yang dilantik di bawah seksyen 4 Akta Ibu Kota Persekutuan 1960
[Akta 190];
berhubung dengan Wilayah Persekutuan Labuan,
Perbadanan Labuan sebagaimana yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Perbadanan Labuan 2001 [Akta 609]; dan
berhubung dengan Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Perbadanan Putrajaya sebagaimana yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Perbadanan Putrajaya 1995
[Akta 536], dan termasuklah mana-mana orang atau kumpulan orang yang dilantik atau diberi kuasa di bawah mana-mana undang-undang bertulis untuk menjalankan dan melaksanakan kuasa dan fungsi yang diberikan dan dikenakan ke atas pihak berkuasa tempatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
“sijil pendaftaran” ertinya sijil pendaftaran yang dikeluarkan oleh Pendaftar di bawah subseksyen 18(4);
“syarikat” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Syarikat 2016 atau, berhubung dengan suatu syarikat Labuan, mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Syarikat Labuan 1990;
“Tribunal Rayuan” ertinya Tribunal Rayuan Perolehan Kerajaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 63.
Apa-apa sebutan mengenai “pihak berkuasa kewangan
Negeri” dalam Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “pihak berkuasa kewangan Negeri” mengikut pengertian seksyen 3 Akta Tatacara Kewangan 1957.
Perolehan Kerajaan 19
Bahagian II
Pentadbiran perolehan Kerajaan oleh Ketua Setiausaha
Perbendaharaan
Ketua Setiausaha Perbendaharaan boleh mewakilkan mana-mana kuasa, kewajipan atau fungsinya di bawah Akta ini, selain kuasa di bawah seksyen 14, 26 dan 45, kepada mana-mana pegawai di bawah bidang kuasanya tertakluk kepada apa-apa syarat, had atau sekatan yang difikirkannya patut, dan hendaklah memberikan apa-apa arahan sebagaimana yang perlu untuk memastikan penjalanan atau pelaksanaan kuasa, kewajipan atau fungsi itu yang sepatutnya.
Apa-apa pewakilan di bawah seksyen ini tidaklah menghalang
Ketua Setiausaha Perbendaharaan sendiri daripada menjalankan atau melaksanakan pada bila-bila masa apa-apa kuasa, kewajipan atau fungsi yang diwakilkan.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan hendaklah menjalankan usaha wajar dan mengadakan proses dan tatacara secukupnya bagi mengelakkan percanggahan kepentingan semasa menjalankan kuasanya, menunaikan kewajipannya dan melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini dan mengikut apa-apa arahan atau pekeliling yang dikeluarkan di bawah Akta ini.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan hendaklah menjalankan semua aktiviti dan membuat semua perkara yang perlu atau berfaedah dan patut bagi pentadbiran Akta ini, atau bagi apa-apa maksud lain yang selaras dengan Akta ini sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri mengikut Akta ini.
Undang-Undang Malaysia 20
Akta 882
Kewajipan dan kuasa pegawai pengawal
untuk bertanggungjawab bagi setiap tindakan dan keputusan yang dibuat berhubung dengan perolehan Kerajaan yang ditadbir, dijalankan atau dilaksanakan dalam bidang kuasanya;
untuk menyelia pegawai perolehan dan jawatankuasa perolehan di bawah seliaannya dan memantau pematuhan mereka kepada Akta ini dan apa-apa arahan atau pekeliling yang dikeluarkan di bawah Akta ini;
untuk menjalankan usaha wajar dan mengadakan tatacara secukupnya bagi mengelakkan percanggahan kepentingan semasa menjalankan kuasanya, menunaikan kewajipannya dan melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini dan mengikut apa-apa arahan atau pekeliling yang dikeluarkan di bawah Akta ini;
untuk mentadbir, menjalankan atau melaksanakan apa-apa perolehan Kerajaan yang perancangan dan anggaran peruntukan dananya telah disediakan dan diluluskan oleh
Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan;
untuk menamai atau melantik pegawai perolehan dan menubuhkan jawatankuasa perolehan untuk membantu pegawai pengawal dalam melaksanakan apa-apa kewajipan dan penjalanan kuasanya di bawah Akta ini;
untuk menyatakan takat kewajipan dan kuasa yang diberikan atau dikenakan kepadanya di bawah Akta ini yang boleh dijalankan atau dilaksanakan bagi pihaknya oleh pegawai perolehan atau jawatankuasa perolehan, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengikut Akta ini;
Perolehan Kerajaan 21
untuk mewujudkan panel kajian semula bagi mengendalikan aduan yang berhubungan dengan perolehan Kerajaan yang ditadbir, dijalankan atau dilaksanakan oleh entiti perolehan dalam bidang kuasanya; dan
untuk menjalankan segala aktiviti dan membuat segala perkara yang perlu atau berfaedah dan patut bagi pentadbiran Akta ini, atau bagi apa-apa maksud lain yang selaras dengan Akta ini sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
Walau apa pun perenggan (1)(g), pegawai pengawal hendaklah kekal bertanggungjawab bagi penjalanan atau pelaksanaan kewajipan dan kuasa oleh orang yang diberi kuasa itu.
Pegawai pengawal hendaklah bertanggungjawab bagi apa-apa kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan yang berbangkit daripada kegagalannya untuk memastikan kewajipan dan kuasanya dijalankan dan dilaksanakan mengikut Akta ini dan apa-apa arahan atau pekeliling yang dikeluarkan di bawah Akta ini.
Kewajipan dan kuasa pegawai perolehan
dalam hal pelantikan di bawah seksyen 15a Akta Tatacara
Kewangan 1957, boleh menamai apa-apa bilangan pegawai awam; atau
dalam hal pelantikan di bawah subseksyen 9(1), boleh melantik apa-apa bilangan orang, sebagai pegawai perolehan bagi maksud Akta ini.
Pegawai pengawal boleh menyatakan takat kewajipan dan kuasa yang diberikan atau dikenakan kepadanya di bawah Akta ini yang boleh dijalankan atau dilaksanakan bagi pihaknya oleh mana-mana pegawai perolehan yang dinamai atau dilantik itu dan memberikan apa-apa arahan sebagaimana yang perlu untuk memastikan penjalanan atau pelaksanaan kewajipan dan kuasa tersebut dengan sepatutnya.
Undang-Undang Malaysia 22
Akta 882
Pegawai perolehan hendaklah, setakat pemberikuasaan atau pelantikan yang diberikan kepadanya oleh pegawai pengawal mengikut subseksyen (2), mentadbir, menjalankan atau melaksanakan tiap-tiap perolehan Kerajaan mengikut Akta ini dan apa-apa arahan atau pekeliling yang dikeluarkan di bawah Akta ini.
Walau apa pun subseksyen (2), pegawai pengawal hendaklah kekal bertanggungjawab bagi penjalanan atau pelaksanaan kewajipan dan kuasa itu oleh pegawai perolehan yang diberi kuasa atau dilantik.
Mana-mana pegawai perolehan yang tidak mematuhi subseksyen (3) hendaklah bertanggungjawab bagi apa-apa kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan yang berbangkit daripada kegagalannya.
Pentadbiran perolehan Kerajaan oleh entiti perolehan selain
Kementerian atau kementerian atau jabatan sesuatu Negeri
Menteri boleh menetapkan tatacara bagi pentadbiran, penjalanan dan pelaksanaan perolehan Kerajaan oleh entiti perolehan selain
Kementerian atau kementerian atau jabatan sesuatu Negeri.
Bagi maksud seksyen ini, “entiti perolehan selain Kementerian atau kementerian atau jabatan sesuatu Negeri” ertinya mana-mana badan berkanun Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, entiti
Kerajaan Persekutuan, entiti Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan
Putrajaya atau mana-mana pihak berkuasa tempatan dalam sesuatu
Negeri yang mentadbir, menjalankan atau melaksanakan perolehan
Kerajaan.
Perolehan Kerajaan 23
Bahagian III
Pihak berkuasa yang meluluskan dalam perolehan Kerajaan
Menteri atau, berhubung dengan sesuatu Negeri,
Menteri Besar atau Ketua Menteri atau mana-mana pihak berkuasa lain sebagaimana yang ditentukan oleh
Kerajaan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan;
jawatankuasa yang ditubuhkan oleh pegawai pengawal di bawah perenggan 7(1)(f); atau
Nilai ambang kelulusan bagi setiap pihak berkuasa yang meluluskan di bawah subseksyen (1) hendaklah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.
Walau apa pun subseksyen (2), Menteri Besar atau Ketua
Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh menentukan nilai ambang kelulusan bagi perolehan Kerajaan Negeri, yang hendaklah tidak melebihi nilai ambang kelulusan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama bagi setiap pihak berkuasa yang meluluskan.
Menteri boleh menetapkan tatacara bagi kelulusan dalam perolehan Kerajaan.
Penubuhan lembaga perolehan
menubuhkan suatu lembaga perolehan bagi tiap-tiap
Kementerian atau, kementerian atau jabatan sesuatu
Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
Undang-Undang Malaysia 24
Akta 882
atas permintaan pegawai pengawal Kementerian atau, kementerian atau jabatan sesuatu Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, menubuhkan lembaga perolehan tambahan bagi maksud khusus yang Menteri,
Menteri Besar atau Ketua Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, fikirkan perlu.
Lembaga perolehan yang ditubuhkan di bawah seksyen ini hendaklah terdiri daripada pegawai awam—
dalam hal suatu Kementerian atau kementerian atau jabatan sesuatu Negeri, sebagaimana yang dinyatakan dalam butiran 1 Jadual Kedua; dan
dalam hal Kementerian Kewangan, sebagaimana yang dinyatakan dalam butiran 2 Jadual Kedua.
Kelulusan oleh lembaga perolehan
Kuorum bagi tiap-tiap mesyuarat lembaga perolehan hendaklah tidak kurang daripada tiga termasuk pengerusi.
Tiada seorang pun selain ahli lembaga perolehan boleh hadir atau mengambil bahagian dalam mesyuarat lembaga perolehan melainkan jika—
dia merupakan anggota urus setia lembaga perolehan yang dinamai oleh pegawai pengawal; atau
dia merupakan pegawai awam yang diundang oleh pengerusi bagi maksud menasihati lembaga perolehan bagi apa-apa perkara yang sedang dipertimbang teliti.
Mana-mana pegawai awam yang diundang di bawah perenggan (3)(b) tidak berhak mengundi atau hadir semasa sesuatu keputusan dibuat oleh lembaga perolehan.
Perolehan Kerajaan 25
Seseorang ahli lembaga perolehan yang mempunyai secara langsung atau tidak langsung, dengan sendirinya, anggota keluarganya atau sekutunya, apa-apa kepentingan dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh lembaga perolehan hendaklah menzahirkan kepada lembaga perolehan fakta dan jenis kepentingan itu.
Suatu penzahiran di bawah subseksyen (5) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat dan selepas penzahiran itu, ahli yang mempunyai kepentingan dalam perkara itu—
tidak boleh hadir atau mengambil bahagian, dalam mana-mana pertimbangtelitian atau keputusan yang dibuat, oleh lembaga perolehan mengenai perkara itu;
tidak boleh dikira bagi maksud membentuk kuorum suatu mesyuarat bagi pertimbangtelitian atau keputusan dibuat mengenai perkara itu; dan
jika ahli yang mempunyai kepentingan itu ialah pengerusi lembaga perolehan, hendaklah menarik diri dan digantikan oleh pengerusi ganti yang ditetapkan.
Tiada tindakan atau prosiding lembaga perolehan boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana ahli lembaga perolehan telah melanggar peruntukan seksyen ini.
Jika lembaga perolehan gagal mencapai keputusan sebulat suara dalam apa-apa perkara yang dipertimbang teliti dalam mesyuarat, lembaga perolehan hendaklah merujuk perkara itu kepada Menteri atau, berhubung dengan sesuatu Negeri, Menteri
Besar atau Ketua Menteri atau apa-apa pihak berkuasa lain sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi suatu keputusan.
Bagi maksud seksyen ini—
suami atau isterinya;
ibu atau bapanya, termasuk ibu atau bapa suami atau isterinya;
Undang-Undang Malaysia 26
Akta 882
orang yang merupakan penama atau pekerja ahli itu;
pemegang amanah sesuatu amanah yang di bawahnya ahli itu atau seorang anggota keluarganya ialah seorang benefisiari; atau
mana-mana perbadanan mengikut pengertian Akta
Syarikat Labuan 1990 atau Akta Syarikat 2016, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang ahli itu atau mana-mana penamanya atau seseorang anggota keluarganya ialah seorang pengarah atau mempunyai pemegangan syer yang substansial.
Kelulusan oleh Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri, dsb.
semua perolehan Kerajaan mengikut nilai ambang kelulusan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama; dan
mana-mana perolehan Kerajaan yang dirujuk kepada Menteri atau, berhubung dengan sesuatu Negeri, Menteri Besar atau Ketua Menteri atau mana-mana pihak berkuasa lain sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh lembaga perolehan di bawah subseksyen 12(8).
Perolehan Kerajaan 27
Sebelum memberikan kelulusan bagi sesuatu perolehan
Kerajaan, Menteri atau, berhubung dengan sesuatu Negeri,
Menteri Besar atau Ketua Menteri atau mana-mana pihak berkuasa lain sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah—
dalam hal perenggan (1)(a), menghendaki lembaga perolehan yang bertanggungjawab bagi dana yang diuntukkan bagi perolehan Kerajaan itu; atau
dalam hal perenggan (1)(b), menghendaki lembaga perolehan yang merujuk perolehan Kerajaan untuk keputusan itu, untuk menimbang perolehan Kerajaan itu mengikut Akta ini dan mengemukakan suatu syor kepada Menteri atau, berhubung dengan sesuatu Negeri, Menteri Besar atau Ketua Menteri atau mana-mana pihak berkuasa lain sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan
Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Selepas menimbangkan syor yang dikemukakan di bawah subseksyen (2), Menteri atau, berhubung dengan sesuatu Negeri,
Menteri Besar atau Ketua Menteri atau mana-mana pihak berkuasa lain sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh bersetuju dengan syor itu atau boleh membuat keputusan berlainan yang difikirkannya patut.
Apa-apa keputusan yang dibuat oleh Menteri atau, berhubung dengan sesuatu Negeri, Menteri Besar atau Ketua Menteri atau mana-mana pihak berkuasa lain sebagaimana yang ditentukan oleh
Kerajaan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah muktamad dan hendaklah dilaksanakan sewajarnya.
Bahagian IV
Pendaftar, timbalan pendaftar dan pegawai pendaftaran
Ketua Setiausaha Perbendaharaan hendaklah melantik apa-apa bilangan pegawai awam Perbendaharaan sebagai timbalan pendaftar perolehan Kerajaan dan pegawai pendaftaran sebagaimana yang perlu untuk membantu Pendaftar dalam melaksanakan kewajipan dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini.
Pelantikan Pendaftar di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan melalui pemberitahuan dalam Warta.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan boleh memberikan arahan kepada Pendaftar, timbalan pendaftar dan pegawai pendaftaran mengenai perkara yang berhubungan dengan pendaftaran di bawah
Akta ini.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan hendaklah mempunyai kuasa yang sama sebagaimana yang diperuntukkan kepada Pendaftar di bawah Akta ini.
Kewajipan dan kuasa Pendaftar
Akta 882
Pendaftar hendaklah mempunyai kewajipan dan kuasa yang berikut:
untuk menasihati Ketua Setiausaha Perbendaharaan mengenai semua perkara berhubung dengan pendaftaran pembekal dan kontraktor di bawah Akta ini;
untuk melaksanakan dan menguatkuasakan dasar Kerajaan berhubung dengan pendaftaran pembekal dan kontraktor di bawah Akta ini;
untuk bertanggungjawab bagi pemantauan dan penyiasatan terhadap pelanggaran dan ketidakpatuhan oleh orang berdaftar di bawah Akta ini;
untuk mentadbir pendaftaran dan pengiktirafan pembekal dan kontraktor dan menangani semua perkara yang berhubungan dengan pendaftaran di bawah Akta ini;
untuk mendaftarkan pembekal dan kontraktor dan menangani perkara yang berhubungan dengan pendaftaran di bawah
Akta ini;
Perolehan Kerajaan 29
untuk mewujudkan dan menyenggara daftar pembekal dan kontraktor yang diiktiraf;
untuk mengambil tindakan mengikut Akta ini bagi apa-apa pelanggaran atau ketidakpatuhan oleh orang berdaftar;
untuk menjalankan semua aktiviti dan membuat semua perkara yang perlu atau berfaedah dan patut bagi pentadbiran Akta ini, atau bagi apa-apa maksud lain yang selaras dengan Akta ini sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
Garis panduan dan arahan bertulis oleh Pendaftar
Garis panduan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah dipatuhi oleh semua orang berdaftar.
Pendaftar boleh mengeluarkan arahan bertulis yang difikirkannya perlu atau suai manfaat kepada mana-mana orang berdaftar bagi memastikan pematuhan apa-apa garis panduan atau apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan.
Jika orang berdaftar tidak mematuhi mana-mana arahan bertulis yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3), Pendaftar boleh mengambil satu atau lebih tindakan yang berikut:
mengarahkan orang berdaftar yang mungkir itu untuk mematuhi atau melaksanakan arahan bertulis itu;
Pendaftar tidak boleh mengambil apa-apa tindakan di bawah subseksyen (4) tanpa memberikan orang berdaftar yang mungkir itu suatu peluang untuk didengari.
Kehendak untuk mendaftar
Tiada mana-mana pembekal atau kontraktor boleh menyertai suatu perolehan Kerajaan melainkan jika dia didaftarkan di bawah
Akta ini.
Permohonan bagi pendaftaran, dsb.
Tiap-tiap permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan.
Pada bila-bila masa selepas menerima suatu permohonan di bawah subseksyen (1), Pendaftar boleh—
secara bertulis, menghendaki pemohon untuk memberikan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan dalam apa-apa tempoh yang dinyatakan oleh Pendaftar;
secara bertulis, menghendaki pemohon untuk mengemukakan suatu perisytiharan mengenai perkara yang berkaitan dengan permohonan itu; dan
melawat mana-mana tempat atau premis bagi maksud menentukan fakta dan jenis pembekalan, perkhidmatan atau kerja yang dinyatakan dalam mana-mana permohonan bagi suatu pendaftaran.
Pendaftar boleh meluluskan sesuatu permohonan di bawah subseksyen (1) jika Pendaftar berpuas hati bahawa pemohon—
telah memenuhi semua kehendak di bawah Akta ini dan mematuhi semua prasyarat pendaftaran; dan
telah membuat penzahiran kepentingan mengikut subseksyen 37(2), dan hendaklah mengeluarkan suatu sijil pendaftaran dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar.
Pendaftar boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang Pendaftar fikirkan patut untuk dikenakan ke atas mana-mana pendaftaran.
Pendaftar boleh pada bila-bila masa mengubah atau membatalkan syarat yang dikenakan ke atas sesuatu pendaftaran di bawah subseksyen (5).
Suatu pendaftaran di bawah seksyen ini adalah sah bagi tempoh yang dinyatakan dalam sijil pendaftaran.
Orang berdaftar boleh membuat permohonan untuk membaharui pendaftarannya dalam tempoh dan mengikut apa-apa cara yang ditetapkan dan hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan.
Mana-mana permohonan bagi pembaharuan pendaftaran yang dibuat setahun selepas tarikh habis tempoh pendaftaran itu hendaklah diuruskan sebagai permohonan baharu bagi pendaftaran di bawah Akta ini.
Seseorang yang pendaftarannya telah habis tempoh hendaklah dianggap sebagai tidak mempunyai pendaftaran yang sah bagi maksud seksyen 17.
Pendaftar boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang Pendaftar fikirkan patut untuk dikenakan ke atas mana-mana pembaharuan pendaftaran.
Pendaftar boleh pada bila-bila masa mengubah atau membatalkan syarat yang dikenakan ke atas sesuatu pembaharuan pendaftaran di bawah subseksyen (11).
Undang-Undang Malaysia 32
Akta 882
Jika terdapat apa-apa perubahan dalam maklumat sesuatu pendaftaran, orang berdaftar hendaklah membuat permohonan kepada Pendaftar untuk meminda maklumat itu mengikut cara yang ditetapkan.
Pendaftar boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang Pendaftar fikirkan patut untuk dikenakan ke atas apa-apa pindaan yang diluluskan di bawah subseksyen (13).
Pada bila-bila masa selepas didaftarkan di bawah subseksyen (4), orang berdaftar boleh memohon kepada Pendaftar bagi pengiktirafan berkaitan sebagaimana yang ditentukan oleh
Perbendaharaan.
Bagi maksud seksyen ini—
suatu permohonan di bawah seksyen ini boleh dibuat oleh pembekal atau kontraktor dalam kapasiti peribadinya atau oleh mana-mana orang bagi pihak suatu syarikat, perkongsian, koperasi atau badan profesional, dan termasuklah—
dalam hal suatu syarikat, pengarah atau mana-mana orang yang mempunyai tanggungjawab utama dalam pengurusan syarikat itu;
dalam hal suatu koperasi, pengarah atau mana-mana orang yang mempunyai tanggungjawab utama dalam pengurusan koperasi itu; dan
mana-mana orang lain yang dinamakan dalam permohonan sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta ini;
“badan profesional” ertinya mana-mana badan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis bagi maksud mengawal selia suatu profesion dan kelayakannya atau mana-mana badan lain yang diiktiraf oleh Kerajaan.
Perolehan Kerajaan 33
Alasan bagi penolakan pendaftaran, dsb.
Pendaftar hendaklah menolak sesuatu permohonan bagi pendaftaran atau pembaharuan atau pindaan pendaftaran di bawah seksyen 18 atas mana-mana alasan yang berikut:
pemohon telah disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009
[Akta 694] atau dengan suatu kesalahan yang berhubungan dengan rasuah di bawah mana-mana undang-undang di luar Malaysia;
pemohon merupakan salah seorang dalam suatu dapatan pelanggaran suatu larangan yang telah ditentukan oleh
Suruhanjaya Persaingan di bawah Akta Persaingan 2010
[Akta 712];
pemohon telah disabitkan dengan suatu kesalahan dan namanya telah didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran
Penjenayah dan Orang yang Tidak Diingini 1969 [Akta 7];
pemohon, dalam hal seseorang individu, merupakan seorang bankrap yang belum dilepaskan sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau
sedang digulung atau selainnya dibubarkan;
telah terhadapnya pelaksanaan berkenaan dengan suatu hutang penghakiman dikembalikan tanpa dijelaskan keseluruhannya atau sebahagiannya;
telah dilantik baginya seorang penerima, penerima dan pengurus, atau orang yang setaraf dengannya di dalam atau di luar Malaysia, atau berkenaan dengan mana-mana harta pemohon itu; dan
telah, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, membuat suatu kompromi atau skim perkiraan dengan pemiutangnya, yang merupakan suatu kompromi atau skim perkiraan yang masih berkuat kuasa.
Undang-Undang Malaysia 34
Akta 882
Pendaftaran disifatkan terbatal
Pendaftaran hendaklah disifatkan telah dibatalkan—
dalam hal seseorang individu, jika orang berdaftar itu telah mati atau telah menjadi seorang bankrap yang belum dilepaskan, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
telah digulung atau selainnya dibubarkan, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau
telah dipotong namanya daripada daftar menurut Akta
Syarikat Labuan 1990 atau Akta Syarikat 2016, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau
dalam hal suatu koperasi, atas pembatalan pendaftaran koperasi tersebut menurut Akta Koperasi 1993.
Penggantungan dan pembatalan pendaftaran
orang berdaftar telah melanggar mana-mana peruntukan
Akta ini atau tidak mematuhi mana-mana arahan, pekeliling atau garis panduan yang dikeluarkan di bawah Akta ini, dan tindakan telah diambil di bawah seksyen 85;
orang berdaftar telah disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia 2009 atau dengan suatu kesalahan yang berhubungan dengan rasuah di bawah mana-mana undang-undang di luar Malaysia;
orang berdaftar merupakan salah seorang dalam suatu dapatan pelanggaran suatu larangan yang telah ditentukan oleh Suruhanjaya Persaingan di bawah
Akta Persaingan 2010;
Perolehan Kerajaan 35
terdapat ketidakpatuhan mana-mana garis panduan atau arahan bertulis yang dikeluarkan oleh Pendaftar atau pelanggaran mana-mana syarat pendaftaran, oleh orang berdaftar, dan tindakan telah diambil oleh Pendaftar mengikut subseksyen 16(4); atau
apa-apa maklumat atau dokumen yang diberikan oleh orang berdaftar adalah palsu atau mengelirukan dalam butir-butir material.
Penggantungan pendaftaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat—
bagi suatu tempoh tidak melebihi dua tahun dan Pendaftar boleh pada bila-bila masa melanjutkan atau membatalkan penggantungan itu mengikut Akta ini; atau
bagi satu atau lebih kod bidang yang telah diberikan dalam suatu pendaftaran.
Pendaftar boleh membatalkan suatu pendaftaran—
jika orang berdaftar atau mana-mana orang yang dinamakan dalam pendaftaran orang berdaftar tersebut mempunyai kepentingan dalam orang berdaftar lain yang dia berkewajipan untuk menzahirkan di bawah subseksyen 37(2).
Dalam hal sesuatu Negeri, Pendaftar boleh menggantung atau membatalkan pendaftaran seseorang orang berdaftar atas syor pihak berkuasa kewangan Negeri bagi ketidakpatuhan yang terbukti apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kewangan Negeri.
Pendaftar tidak boleh menggantung atau membatalkan mana-mana pendaftaran tanpa memberikan orang berdaftar itu suatu peluang untuk didengari.
Jika suatu pendaftaran dibatalkan, semua fi yang telah dibayar tidak boleh dikembalikan.
Undang-Undang Malaysia 36
Akta 882
Larangan mengenai pendaftaran
Mana-mana orang berdaftar yang pendaftarannya telah digantung atau dibatalkan di bawah seksyen 21 adalah dilarang daripada mendaftar atau menyertai suatu pendaftaran baharu dan larangan ini hendaklah termasuk—
tiap-tiap orang yang dinamakan dalam pendaftaran yang telah digantung atau dibatalkan itu;
pengarah dan mana-mana orang yang memegang tanggungjawab utama dalam pengurusan syarikat;
dan
dalam hal suatu koperasi, pengarah dan mana-mana orang yang memegang tanggungjawab utama dalam pengurusan koperasi.
Kesan penggantungan dan pembatalan
tertakluk kepada Akta ini pada takat yang sama seolah-olah pendaftarannya tidak digantung atau dibatalkan; dan
menunaikan obligasinya, sehingga Ketua Setiausaha
Perbendaharaan atau Pendaftar berpuas hati bahawa orang yang pendaftarannya telah digantung atau dibatalkan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, telah menunaikan obligasinya atau membuat perkiraan yang mencukupi untuk menunaikan obligasinya, yang belum selesai pada masa penggantungan atau pembatalan pendaftarannya, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Perolehan Kerajaan 37
Suatu penggantungan atau pembatalan di bawah seksyen 21
tidak berkuat kuasa untuk—
mengelak atau menjejaskan mana-mana perjanjian, perkiraan atau transaksi yang dibuat oleh orang yang pendaftarannya telah digantung atau dibatalkan dengan mana-mana orang; atau
menjejaskan apa-apa hak, obligasi atau liabiliti yang berbangkit di bawah mana-mana perjanjian, perkiraan atau transaksi itu.
Pengecualian daripada pendaftaran
Menteri boleh pada bila-bila masa, atas syor Pendaftar, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, membatalkan apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) jika Menteri berpuas hati bahawa pengecualian itu tidak lagi diperlukan.
Kuasa untuk menyiarkan maklumat
Jika Pendaftar fikirkan perlu atau suai manfaat demi kepentingan awam, Pendaftar boleh menyiarkan apa-apa maklumat dalam bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar berhubung dengan—
kelulusan, peluputan, pembaharuan, penggantungan atau pembatalan pendaftaran atau larangan mengenai atau pengecualian daripada pendaftaran di bawah Akta ini;
apa-apa maklumat berkenaan pemilik, pemegang syer, pengarah, pekongsi atau mana-mana orang yang dinamakan dalam suatu pendaftaran, termasuk apa-apa penzahiran kepentingan oleh orang berdaftar atau orang yang dinamakan dalam pendaftaran dalam mana-mana orang berdaftar lain;
Undang-Undang Malaysia 38
Akta 882
apa-apa tindakan yang diambil oleh Pendaftar atau Ketua
Setiausaha Perbendaharaan di bawah Akta ini.
Kajian semula keputusan Pendaftar bagi penggantungan, pembatalan dan larangan
Mana-mana orang atau orang berdaftar yang terkilan dengan keputusan Pendaftar di bawah Bahagian ini boleh, dalam masa empat belas hari selepas orang berdaftar itu telah diberitahu mengenai keputusan itu, memohon secara bertulis kepada Ketua
Setiausaha Perbendaharaan untuk kajian semula keputusan itu.
Larangan mengenai pendaftaran dalam kod bidang yang sama
Bagi maksud seksyen ini—
mana-mana pekerjanya;
mana-mana orang berkepentingan yang orang berdaftar berkewajipan untuk menzahirkan di bawah subseksyen 37(2); atau
mana-mana orang atau kumpulan orang yang bertindak bersama-sama orang berdaftar bagi maksud pendaftaran di bawah Bahagian ini dalam kod bidang yang sama;
“kod bidang” ertinya kategori pembekalan barangan dan perkhidmatan atau apa-apa pengkhususan bagi kerja sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar.
Perolehan Kerajaan 39
Bahagian V
Perolehan terbuka dan berdaya saing
Walau apa pun subseksyen (1), Menteri boleh menetapkan kaedah selain daripada kaedah perolehan terbuka dan berdaya saing mengambil kira objektif Akta ini.
Bagi maksud seksyen ini, “kaedah perolehan terbuka dan berdaya saing” ertinya kaedah perolehan apabila semua orang berdaftar boleh mengambil bahagian.
Dasar dan langkah-langkah khusus dalam perolehan Kerajaan
Walau apa pun peruntukan Akta ini, Menteri atau, berhubung dengan sesuatu Negeri, Menteri Besar atau Ketua Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh, jika dia mempertimbangkannya demi kepentingan negara atau Negeri untuk berbuat sedemikian, melaksanakan apa-apa dasar atau langkah-langkah dalam perolehan
Kerajaan bagi mendorong, menggalakkan, merangsang atau memudahkan pembangunan sosial, ekonomi dan alam sekitar di Malaysia atau mana-mana Negeri tertentu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Tatacara khusus semasa tempoh keterdesakan
Kerajaan semasa tempoh keterdesakan yang menghendaki tindakan serta-merta demi kepentingan ketenteraman, kesihatan atau keselamatan awam.
Undang-Undang Malaysia 40
Akta 882
Peruntukan bagi pelaksanaan obligasi antarabangsa
Kerajaan sebagaimana yang dikehendaki atau perlu bagi melaksanakan obligasi yang berbangkit daripada perjanjian antarabangsa yang kepadanya Malaysia menjadi suatu pihak.
Sijil Perolehan Demi Kepentingan Awam
Menteri boleh menetapkan syarat dan tatacara bagi pengeluaran
Sijil Perolehan Demi Kepentingan Awam di bawah seksyen ini.
Kontrak perolehan Kerajaan
Suatu kontrak perolehan Kerajaan antara entiti perolehan dengan orang berdaftar hendaklah dibuat mengikut bentuk dan cara dan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.
Pentadbiran kontrak perolehan Kerajaan
Cara penyelesaian pertikaian berhubung dengan pentadbiran kontrak perolehan Kerajaan hendaklah sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.
Larangan mengenai pemindahan, dsb., pemberian atau kontrak perolehan Kerajaan
Mana-mana orang berdaftar yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada tiga kali nilai pemberian atau kontrak yang diawardkan di bawah Akta ini atau satu juta ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Sistem berkomputer bagi pentadbiran perolehan Kerajaan
Perolehan Kerajaan 41
Menteri boleh menetapkan penggunaan apa-apa sistem berkomputer bagi pentadbiran dan penjalanan perolehan Kerajaan di bawah Akta ini.
Bahagian VI
Kewajipan untuk menzahirkan kepentingan
Mana-mana orang yang membuat suatu permohonan bagi pendaftaran atau mana-mana orang berdaftar yang membuat permohonan bagi pembaharuan atau pindaan suatu pendaftaran di bawah seksyen 18 hendaklah menzahirkan kepada Pendaftar—
apa-apa kepentingan secara langsung atau tidak langsung dengan sendirinya, anggota keluarganya atau sekutunya berhubung dengan mana-mana orang berdaftar yang lain atau orang yang memohon suatu pendaftaran di bawah seksyen 18; dan
pemunya benefisial kepada mana-mana orang yang membuat permohonan atau mana-mana orang berdaftar tersebut, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Undang-Undang Malaysia 42
Akta 882
Obligasi di bawah subseksyen (2) hendaklah diperluas kepada—
dalam hal suatu syarikat, pengarah, pemegang syer dan pengurusan kanan syarikat;
dalam hal suatu koperasi, mana-mana orang yang memegang tanggungjawab utama dalam pengurusan koperasi.
Mana-mana orang berdaftar yang menyertai atau berniat untuk menyertai suatu perolehan Kerajaan di bawah Akta ini hendaklah menzahirkan kepada entiti perolehan yang bertanggungjawab bagi perolehan Kerajaan itu—
apa-apa kepentingan sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan sendirinya, anggota keluarganya atau sekutunya berhubung dengan—
mana-mana orang berdaftar yang lain, sama ada atau tidak orang berdaftar yang lain itu menyertai atau berniat untuk menyertai perolehan Kerajaan tersebut; dan
mana-mana orang di bawah bidang kuasa entiti perolehan yang terlibat dalam penjalanan perolehan
Kerajaan tersebut.
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus dan lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Bagi maksud seksyen ini—
“anggota keluarganya”, berhubung dengan seseorang, ahli lembaga perolehan atau ahli jawatankuasa perolehan, termasuklah—
suami atau isterinya;
Perolehan Kerajaan 43
“sekutu”, berhubung dengan seseorang, ahli lembaga perolehan atau ahli jawatankuasa perolehan, ertinya—
mana-mana orang yang merupakan penama atau pekerja orang itu;
firma yang seseorang itu atau mana-mana penamanya merupakan seorang pekongsi;
pemegang amanah sesuatu amanah yang di bawahnya seseorang itu atau seorang anggota keluarganya ialah seorang benefisiari;
mana-mana perbadanan mengikut pengertian Akta
Syarikat Labuan 1990 atau Akta Syarikat 2016, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang seseorang itu atau mana-mana penamanya atau seseorang anggota keluarganya ialah seorang pengarah atau mempunyai pemegangan syer substansial; atau
dalam hal suatu koperasi, termasuklah mana-mana orang yang memegang tanggungjawab utama dalam pengurusan koperasi itu.
Larangan terhadap campur tangan dalam perolehan Kerajaan
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Bagi maksud seksyen ini—
“perolehan aktif” ertinya suatu tempoh dari tarikh kelulusan untuk memulakan perolehan Kerajaan diberikan oleh pegawai pengawal sehingga tarikh surat setuju terima telah ditandatangani oleh pihak-pihak;
“surat setuju terima” ertinya suatu surat rasmi yang dikeluarkan oleh entiti perolehan yang memaklumkan penyetujuterimaan tanpa syarat oleh Kerajaan ke atas tawaran yang dikemukakan oleh orang berdaftar yang berjaya.
Bahagian VII
Pemantauan pematuhan dan kuasa penyeliaan Ketua Setiausaha
Perbendaharaan dan pihak berkuasa kewangan Negeri
Bagi maksud subseksyen (1), Ketua Setiausaha Perbendaharaan hendaklah mempunyai kuasa yang berikut:
untuk menjalankan kajian semula dan pemeriksaan ke atas apa-apa tatacara perolehan Kerajaan oleh mana-mana entiti perolehan di bawah bidang kuasanya;
Perolehan Kerajaan 45
untuk menjalankan pemeriksaan ke atas mana-mana orang berdaftar berhubung dengan mana-mana perolehan
Kerajaan;
untuk menjalankan siasatan ke atas apa-apa aduan atau bantahan terhadap mana-mana entiti perolehan;
untuk mengkaji semula pentadbiran aduan dan bantahan oleh mana-mana entiti perolehan; dan
untuk melakukan apa-apa perkara yang perlu atau suai manfaat bagi memberikan kuat kuasa penuh kepada peruntukan Akta ini dan apa-apa arahan, pekeliling atau garis panduan yang dikeluarkan di bawah Akta ini.
Bagi maksud subseksyen (1), pihak berkuasa kewangan
Negeri hendaklah mempunyai kuasa di bawah perenggan (2)(a),
Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau pihak berkuasa kewangan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah melantik apa-apa bilangan pegawai awam Perbendaharaan atau kementerian atau jabatan sesuatu Negeri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagai pegawai pemantauan dengan kuasa untuk memantau pematuhan di bawah Bahagian ini.
Pemantauan pematuhan oleh pegawai pengawal
untuk menyelia pegawai perolehan di bawah penyeliaannya dan memastikan pematuhan mereka kepada Akta ini dan apa-apa arahan, pekeliling atau garis panduan yang dikeluarkan di bawah Akta ini;
untuk melaksanakan dan mentadbir tatacara aduan yang ditetapkan dan mengkaji semula mana-mana aduan terhadap entiti perolehan di bawah bidang kuasanya;
Undang-Undang Malaysia 46
Akta 882
untuk menjalankan apa-apa aktiviti dan membuat apa-apa perkara yang perlu atau berfaedah dan patut bagi pentadbiran Akta ini, atau bagi apa-apa maksud lain yang selaras dengan Akta ini sebagaimana yang diarahkan oleh
Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau pihak berkuasa kewangan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Seseorang pegawai pengawal boleh menyatakan takat mana tanggungjawab yang dikenakan ke atasnya di bawah seksyen ini boleh dijalankan atau dilaksanakan bagi pihaknya oleh mana-mana pegawai awam di bawah bidang kuasanya dan memberi apa-apa arahan sebagaimana yang perlu untuk memastikan penjalanan atau pelaksanaan tanggungjawab tersebut dengan sepatutnya.
Walau apa pun subseksyen (2), seseorang pegawai pengawal hendaklah bertanggungjawab bagi tanggungjawabnya di bawah subseksyen (1).
Kuasa untuk menghendaki maklumat
Mana-mana orang yang dikehendaki untuk memberikan penjelasan, maklumat, dokumen atau rekod di bawah subseksyen (1) hendaklah memastikan bahawa penjelasan, maklumat, dokumen atau rekod yang diberikan adalah benar, tepat dan lengkap dan orang itu hendaklah memberikan suatu representasi nyata yang bermaksud sedemikian, termasuk suatu perisytiharan bahawa dia tidak tahu tentang apa-apa maklumat lain yang mungkin dapat menjadikan penjelasan, maklumat, dokumen atau rekod yang diberikan itu palsu atau mengelirukan.
Perolehan Kerajaan 47
Kuasa untuk menghendaki laporan penilaian pematuhan
Bagi maksud melaksanakan kuasanya di bawah Bahagian ini, Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau pihak berkuasa kewangan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh, sama ada secara am atau bagi suatu perolehan Kerajaan tertentu, menghendaki seseorang pegawai pengawal untuk mengemukakan suatu laporan penilaian pematuhan yang hendaklah mengandungi maklumat yang berhubungan dengan pematuhan kepada Akta ini dan apa-apa arahan, pekeliling atau garis panduan yang dikeluarkan di bawah Akta ini oleh entiti perolehan di bawah seliaannya.
Tindakan berdasarkan dapatan laporan penilaian pematuhan
Jika Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau pihak berkuasa kewangan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, berpuas hati bahawa, berdasarkan dapatannya, terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu ketidakpatuhan atau pelanggaran Akta ini telah atau mungkin telah berlaku, tindakan yang berikut boleh diambil:
dalam hal suatu ketidakpatuhan mana-mana arahan, pekeliling atau garis panduan oleh mana-mana pegawai pengawal atau pegawai perolehan, Perbendaharaan atau pihak berkuasa kewangan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mengesyorkan tindakan terhadap pegawai tersebut mengikut undang-undang bertulis yang berkaitan yang berhubungan dengan perkhidmatan awam;
atau
dalam hal suatu perlanggaran Akta ini, Perbendaharaan atau pihak berkuasa kewangan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh menyiasat kesalahan-kesalahan dan mengambil tindakan mengikut Akta ini.
Undang-Undang Malaysia 48
Akta 882
Kewajipan untuk melaporkan kepada agensi penguatkuasaan
Bagi maksud subseksyen (1), adalah mencukupi bagi seorang pegawai perolehan untuk melaporkan secara bertulis kepada pegawai pengawalnya.
Bahagian VIII
Pemberikuasaan pegawai awam
Maka hendaklah dikeluarkan kepada setiap pegawai diberi kuasa suatu kad kuasa yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha
Perbendaharaan atau pihak berkuasa kewangan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Bilamana pegawai diberi kuasa itu menjalankan mana-mana kuasa di bawah Akta ini, dia hendaklah apabila diminta mengemukakan kepada orang yang terhadapnya kuasa itu sedang dijalankan kad kuasa yang dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen (2).
Kuasa penyiasatan
Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu untuk menjalankan suatu penyiasatan apabila menerima apa-apa aduan atau laporan, atau atas apa-apa
Perolehan Kerajaan 49
ketidakpatuhan di bawah Akta ini atau syak bahawa mana-mana kesalahan telah dilakukan berhubung dengan perolehan Kerajaan di bawah Akta ini.
Penggeledahan dan penyitaan dengan waran
terdapat di dalam mana-mana premis keterangan yang perlu untuk menjalankan suatu penyiasatan mengenai, pelakuan suatu kesalahan berhubung dengan mana-mana perolehan
Kerajaan di bawah Akta ini, Majistret boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa kepada mana-mana pegawai diberi kuasa yang dinamakan dalam waran itu, untuk memasuki premis itu pada bila-bila masa yang munasabah pada waktu siang atau malam, dan dengan atau tanpa bantuan, dan jika perlu secara paksa.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), suatu waran yang dikeluarkan oleh Majistret boleh memberi kuasa kepada pegawai diberi kuasa untuk—
menggeledah dan menyita apa-apa rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan
Kerajaan yang sedang disiasat, yang mengandungi atau dengan munasabahnya dipercayai mengandungi maklumat atau dapat memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu;
membuat salinan atau mengambil cabutan daripada apa-apa rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain; dan
mengambil sampel apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat.
Undang-Undang Malaysia 50
Akta 882
Seseorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan suatu penggeledahan di bawah subseksyen (1) boleh, bagi maksud menyiasat kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di premis itu.
Seseorang pegawai diberi kuasa yang membuat pemeriksaan terhadap seseorang di bawah subseksyen (3) boleh menyita, atau mengambil milikan, dan menyimpan dalam jagaan selamat semua benda, selain pakaian yang perlu, yang dijumpai pada orang itu, dan apa-apa benda lain, yang baginya ada sebab untuk mempercayai bahawa benda itu merupakan peralatan atau keterangan lain bagi kesalahan itu, dan benda itu boleh ditahan sehingga orang itu dilepaskan atau dibebaskan.
Tiada seorang pun boleh diperiksa kecuali oleh seseorang lain yang sama jantina, dan pemeriksaan sedemikian hendaklah dijalankan dengan penuh kesopanan.
Jika, oleh sebab sifat, saiz atau amaunnya, adalah tidak praktik untuk memindahkan apa-apa rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat yang disita di bawah seksyen ini, pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat itu di dalam premis atau bekas yang di dalamnya ia dijumpai.
Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengusik atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (6)
atau memindahkan apa-apa rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan.
Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran
Jika seseorang pegawai diberi kuasa berpuas hati atas maklumat yang diterima bahawa dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh suatu waran geledah di bawah seksyen 47,
Perolehan Kerajaan 51
penyiasatan akan terjejas atau keterangan mengenai pelakuan sesuatu kesalahan mungkin diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan, pegawai diberi kuasa itu boleh memasuki premis itu dan menjalankan di dalam, pada dan berkenaan dengan premis itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen 47 dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.
Waran boleh diterima walaupun cacat
Suatu waran geledah yang dikeluarkan di bawah Akta ini adalah sah dan boleh dikuatkuasakan walau apa pun apa-apa kecacatan, kesilapan atau peninggalan dalam waran geledah itu atau dalam permohonan bagi waran itu dan apa-apa rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat yang disita di bawah waran itu hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini.
Akses kepada data berkomputer
Bagi maksud seksyen ini, pegawai diberi kuasa hendaklah diberi kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki untuk membolehkan pemahaman data berkomputer itu.
Senarai benda yang disita
Jika premis itu tidak berpenghuni, pegawai diberi kuasa yang melakukan penyitaan itu hendaklah di mana-mana mungkin menampalkan senarai benda yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu.
Pelepasan benda yang disita
Suatu rekod secara bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai diberi kuasa yang melakukan pelepasan apa-apa rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat di bawah subseksyen (1) yang menyatakan secara terperinci hal keadaan, dan sebab bagi, pelepasan itu, dan dia hendaklah menghantar salinan rekod itu kepada Pendakwa
Raya dalam masa tujuh hari daripada pelepasan itu.
Pelucuthakan benda yang disita
Perolehan Kerajaan 53
Suatu perintah bagi pelucuthakan atau bagi pelepasan apa-apa rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat yang disita hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat yang disita itu adalah hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.
Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan
Kerajaan yang sedang disiasat yang disita di bawah Akta ini, rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat itu hendaklah dikira dan disifatkan terlucut hak apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyampaian notis kepada alamat terakhir orang yang daripadanya rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat itu yang telah disita yang menyatakan bahawa tidak ada pendakwaan berkenaan dengan rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau
Undang-Undang Malaysia 54
Akta 882
benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat itu melainkan jika sebelum habis tempoh itu suatu tuntutan dibuat mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (4), (5), (6) dan (7).
Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat yang disebut dalam subseksyen (3) dan bahawa benda itu tidak boleh dilucuthakkan, boleh, secara sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis, memberikan notis bertulis kepada pegawai diberi kuasa yang dalam milikannya rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat itu dipegang bahawa dia menuntut rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat yang akan dilucuthakkan itu.
Apabila menerima notis yang disebut dalam subseksyen (4), pegawai diberi kuasa itu hendaklah merujuk tuntutan itu kepada seorang Majistret bagi keputusannya.
Seorang Majistret yang kepadanya perkara itu dirujuk di bawah subseksyen (5) hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat yang hendak dilucuthakkan itu dan orang yang daripadanya benda yang hendak dilucuthakkan itu disita supaya hadir di hadapannya, dan apabila mereka hadir atau gagal untuk hadir, selepas dibuktikan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sewajarnya, Majistret itu hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu.
Jika dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat yang disebut dalam subseksyen (6) merupakan hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, Majistret hendaklah memerintahkan supaya rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda
Perolehan Kerajaan 55
yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat itu dilucuthakkan, dan hendaklah, jika tidak dibuktikan sedemikian, memerintahkan supaya benda itu dilepaskan.
Apa-apa rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat yang dilucuthakkan atau disifatkan telah dilucuthakkan hendaklah diserahkan kepada pegawai diberi kuasa dan hendaklah dilupuskan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang pegawai diberi kuasa fikirkan patut.
Hak harta mengenai benda yang dilucuthakkan
Apa-apa rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat, yang dilucuthakkan atau disifatkan terlucut hak di bawah Akta ini hendaklah menjadi harta Kerajaan Persekutuan.
Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan
Tiada seorang pun boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat yang disita dalam menjalankan atau yang berupa sebagai menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak kepada kos prosiding itu atau kepada apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.
Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes
Jika mana-mana orang sedemikian enggan atau tidak hadir sebagaimana yang dikehendaki oleh suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), pegawai diberi kuasa itu boleh melaporkan keengganan atau ketidakhadiran itu kepada Majistret yang hendaklah mengeluarkan suatu waran untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah itu.
Pemeriksaan orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes
Akta 882
Orang yang diperiksa di bawah subseksyen (1) itu adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab semua soalan yang berhubungan dengan kes itu yang diajukan kepadanya oleh pegawai diberi kuasa itu, tetapi orang itu boleh enggan menjawab mana-mana soalan yang jawapannya berkecenderungan mendedahkannya kepada suatu pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.
Seorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada pernyataan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya bagi menjawab soalan-soalan itu atau tidak.
Pegawai diberi kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memaklumkan orang itu mengenai peruntukan subseksyen (2) dan (3).
Suatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, bilamana mungkin, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dilekatkan dengan cap jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan—
selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa yang dalamnya pernyataan itu dibuat olehnya; dan
selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang ingin dibuat olehnya.
Perolehan Kerajaan 57
Kebolehterimaan pernyataan sebagai keterangan
Tiada pernyataan di bawah subseksyen (1) boleh diterima atau digunakan—
jika pembuatan pernyataan itu pada hemat mahkamah telah disebabkan oleh apa-apa dorongan, ugutan atau janji yang berkaitan dengan pertuduhan terhadap orang itu yang datang daripada seseorang yang berkuasa dan cukup, pada pendapat mahkamah, untuk memberi orang yang dipertuduh itu alasan yang pada pendapatnya munasabah untuk mengandaikan bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan mendapat apa-apa kelebihan atau mengelakkan apa-apa durjana keduniaan berkenaan dengan prosiding terhadapnya; atau
dalam hal suatu pernyataan yang dibuat oleh orang itu selepas penangkapannya, melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa dia telah diberi amaran dengan perkataan seperti yang berikut atau perkataan yang mempunyai maksud yang sama:
“Adalah menjadi kewajipan saya untuk memberikan amaran kepada kamu bahawa kamu tidak diwajibkan untuk menyatakan apa-apa atau menjawab apa-apa soalan, tetapi apa-apa yang kamu nyatakan, sama ada sebagai jawapan kepada suatu soalan atau tidak, boleh diberikan sebagai keterangan.”.
Undang-Undang Malaysia 58
Akta 882
Suatu pernyataan yang dibuat oleh seseorang sebelum ada kesempatan untuk memberikan amaran kepadanya tidak boleh menjadikan pernyataan itu tidak boleh diterima sebagai keterangan hanya semata-mata kerana orang itu tidak diberi amaran jika dia diberi amaran secepat yang dapat dilaksanakan selepas itu.
Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, seseorang yang dipertuduh atas suatu kesalahan yang baginya subseksyen (1)
terpakai tidaklah terikat untuk menjawab apa-apa soalan yang berhubungan dengan kes itu selepas apa-apa amaran yang disebut dalam perenggan (2)(b) telah diberikan kepadanya.
Galangan
Mana-mana orang yang—
mengamang, melengahkan, merintangi, menghalang atau menggalang seseorang pegawai diberi kuasa dalam membuat apa-apa kemasukan yang pegawai diberi kuasa itu berhak membuatnya di bawah Akta ini atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini;
memecahkan apa-apa lak yang telah dipasang oleh seseorang pegawai diberi kuasa di mana-mana premis atau tempat;
tidak mematuhi apa-apa tuntutan sah oleh seseorang pegawai diberi kuasa dalam pelaksanaan kuasa dan kewajipannya di bawah Akta ini;
tidak, enggan atau abai untuk memberi apa-apa maklumat, keterangan atau dokumen yang dikehendaki dengan munasabahnya oleh seseorang pegawai diberi kuasa;
tanpa alasan yang munasabah tidak menunjukkan apa-apa rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat yang dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa; atau
Perolehan Kerajaan 59
memberikan apa-apa maklumat, keterangan atau dokumen yang dia mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai adalah palsu atau mengelirukan, sebagai respons kepada suatu arahan yang dikeluarkan oleh seseorang pegawai diberi kuasa, melakukan suatu kesalahan.
Pemusnahan, penyembunyian, pencacatan dan pengubahan rekod
Mana-mana orang yang—
menghantar atau cuba untuk menghantar atau berkomplot dengan mana-mana orang lain untuk memindahkan dari premisnya atau menghantar ke luar Malaysia, apa-apa rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat yang disimpan atau disenggarakan dengan niat untuk memfraud Perbendaharaan atau pihak berkuasa kewangan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, Pendaftar atau mana-mana entiti perolehan, atau untuk menyekat, melengahkan atau menggalang penjalanan suatu penyiasatan atau penjalanan apa-apa kuasa oleh Perbendaharaan atau pihak berkuasa kewangan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau Pendaftar di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan.
Bahagian IX
Pentadbiran aduan, bantahan dan kajian semula
Mana-mana orang yang tidak berpuas hati dengan mana-mana perolehan Kerajaan yang melebihi suatu nilai ambang kelulusan tertentu yang ditentukan oleh Menteri boleh mengemukakan bantahan kepada entiti perolehan.
Mana-mana orang yang telah mengemukakan bantahan di bawah subseksyen (2) dan tidak berpuas hati dengan keputusan entiti perolehan boleh mengemukakan keputusan tersebut untuk kajian semula oleh panel kajian semula entiti perolehan itu.
Keputusan oleh panel kajian semula hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada orang yang membuat bantahan itu dalam tempoh yang munasabah.
Jika orang yang membuat bantahan itu tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh panel kajian semula di bawah subseksyen (4), orang itu boleh, dalam tempoh empat belas hari selepas tarikh keputusan itu, merayu kepada Tribunal Rayuan.
Bagi maksud seksyen ini, Menteri boleh menetapkan—
tatacara, hal perkara dan syarat bagi bantahan berkenaan dengan perolehan Kerajaan yang melebihi suatu nilai ambang kelulusan tertentu sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri;
fi bagi aduan, bantahan dan kajian semula.
Penubuhan dan pentadbiran panel kajian semula
Akta 882
Seseorang pegawai pengawal hendaklah menubuhkan dan mentadbir suatu panel kajian semula bagi maksud mengkaji semula bantahan mengenai perkara yang berhubungan dengan pentadbiran dan penjalanan perolehan Kerajaan yang dilaksanakan oleh entiti perolehan di bawah bidang kuasanya mengikut tatacara, hal perkara dan syarat yang ditetapkan.
Perolehan Kerajaan 61
Bahagian X
Penubuhan Tribunal Rayuan Perolehan Kerajaan
Menteri hendaklah, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, melantik anggota Tribunal Rayuan seperti yang berikut:
seorang Pengerusi dan tidak lebih daripada dua Timbalan
Pengerusi yang hendaklah dilantik dalam kalangan pegawai
Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan dengan tidak kurang daripada sepuluh tahun pengalaman; dan
tidak kurang daripada lima anggota dalam kalangan orang yang mempunyai integriti dan reputasi yang amat baik dengan pengalaman yang terbukti dan pengetahuan yang diiktiraf dalam—
undang-undang;
Tanpa menjejaskan subseksyen (2), bagi maksud perenggan (b), tiada seorang pun boleh dilantik sebagai anggota Tribunal
Rayuan jika—
dia telah disabitkan atas suatu kesalahan, di bawah mana-mana undang-undang, oleh suatu mahkamah di Malaysia;
dia merupakan salah seorang dalam dapatan pelanggaran suatu larangan yang telah ditentukan oleh Suruhanjaya
Persaingan di bawah Akta Persaingan 2010;
Undang-Undang Malaysia 62
Akta 882
selain daripada pegawai awam Perkhidmatan Kehakiman dan
Perundangan yang dilantik di bawah perenggan 63(2)(a), dia merupakan seorang pegawai awam atau anggota pentadbiran;
dia merupakan seorang anggota Dewan Negara atau Dewan
Rakyat atau mana-mana Dewan Undangan; atau
dia merupakan orang berdaftar atau mempunyai kepentingan dalam mana-mana orang berdaftar.
Seseorang anggota Tribunal Rayuan hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan hendaklah layak untuk dilantik semula apabila habis tempoh jawatannya, tetapi tidak boleh dilantik bagi lebih daripada dua tempoh berturut-turut.
Bagi maksud seksyen ini—
“kepentingan” termasuklah apa-apa kepentingan secara langsung atau tidak langsung dengan sendirinya, anggota keluarganya atau sekutunya, dan mana-mana pemunya benefisialnya;
“anggota keluarganya” dan “sekutu” mempunyai erti yang sama sebagaimana dalam perenggan 37(6)(a) dan 37(6)(b)
masing-masing.
Peletakan jawatan dan pembatalan pelantikan
Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan mana-mana anggota Tribunal Rayuan melalui perintah yang disiarkan dalam Warta jika—
dia telah disabitkan atas suatu kesalahan, di bawah mana-mana undang-undang bertulis, oleh suatu mahkamah di Malaysia;
Perolehan Kerajaan 63
dia merupakan salah seorang dalam dapatan pelanggaran suatu larangan yang telah ditentukan oleh Suruhanjaya
Persaingan di bawah Akta Persaingan 2010;
kelakuannya, sama ada berkaitan dengan kewajipannya sebagai anggota Tribunal Rayuan atau selainnya, telah mencemarkan nama baik Tribunal Rayuan;
dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya;
dia menjadi seorang anggota Dewan Negara atau
Dewan Rakyat atau mana-mana Dewan Undangan;
dalam hal suatu pelantikan di bawah perenggan 63(2)(b), dia menjadi seorang pegawai awam atau anggota pentadbiran;
dia meletakkan jawatannya atau selainnya mengosongkan jawatannya sebelum habis tempoh yang baginya dia dilantik; atau
pelantikannya dibatalkan di bawah subseksyen 64(2).
Undang-Undang Malaysia 64
Akta 882
Menteri hendaklah melantik seseorang mengikut seksyen 63
untuk menggantikan Pengerusi atau mana-mana anggota Tribunal
Rayuan yang lain sepanjang kekosongan jawatan Pengerusi atau mana-mana anggota lain Tribunal Rayuan itu.
Menteri boleh melantik buat sementara waktu mana-mana orang dalam kalangan anggota Tribunal Rayuan mengikut seksyen 63 untuk bertindak sebagai Pengerusi atau mana-mana anggota Tribunal Rayuan yang lain semasa apa-apa tempoh apabila—
Pengerusi atau mana-mana anggota lain tidak hadir bertugas atau tidak ada di Malaysia; atau
Pengerusi atau mana-mana anggota lain, atas apa-apa sebab lain, tidak dapat menjalankan kewajipannya.
Penjalanan kuasa atau pelaksanaan fungsi Tribunal Rayuan tidak terjejas hanya kerana terdapat kekosongan dalam keanggotaan
Tribunal Rayuan.
Keanggotaan dan kuorum
Dalam menentukan kuorum di bawah subseksyen (1),
Pengerusi hendaklah mengambil kira hal perkara suatu rayuan dan kepakaran anggota yang berkaitan.
Bidang kuasa
Tribunal Rayuan tidak mempunyai bidang kuasa dalam perkara—
yang berhubungan dengan penyiasatan dan penguatkuasaan di bawah Bahagian VIII;
yang berhubungan dengan apa-apa keputusan yang dibuat berhubung dengan penyelesaian pertikaian bagi kontrak perolehan Kerajaan di bawah Akta ini;
yang berbangkit selepas suatu surat setuju terima dikeluarkan oleh suatu entiti perolehan kepada orang berdaftar dan surat setuju terima itu telah ditandatangani oleh pihak-pihak;
jika suatu tribunal telah ditubuhkan oleh mana-mana undang-undang bertulis untuk mendengar dan menentukan sesuatu tuntutan; dan
yang berhubungan dengan apa-apa bantahan yang masih belum diputuskan oleh suatu panel kajian semula.
Rayuan kepada Tribunal Rayuan
Perolehan Kerajaan 65
Notis rayuan hendaklah dibuat secara bertulis dalam tempoh empat belas hari dari tarikh keputusan panel kajian semula dan perayu hendaklah memberi suatu salinan notis itu kepada panel kajian semula yang berkaitan.
Notis rayuan itu hendaklah menyatakan secara ringkas kandungan keputusan panel kajian semula yang dirayukan, mengandungi suatu alamat di mana apa-apa notis atau dokumen
Undang-Undang Malaysia 66
Akta 882
yang berkaitan dengan rayuan itu boleh disampaikan kepada perayu itu atau ke atas peguam belanya, dan ditandatangani oleh perayu itu atau peguam belanya.
Perintah penggantungan terhadap perolehan Kerajaan
tatacara yang membawa kepada award kontrak perolehan
Kerajaan yang menjadi hal perkara rayuan itu; atau
pelaksanaan mana-mana keputusan yang dibuat sewaktu menjalankan tatacara yang disebut dalam perenggan (a).
Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dalam tempoh tujuh hari daripada pemfailan notis rayuan dan disokong dengan afidavit yang menyatakan alasan munasabah bagi perintah itu.
Perayu hendaklah memberikan sesalinan permohonan di bawah subseksyen (1) bersama-sama afidavit sokongan kepada entiti perolehan tanpa kelengahan yang tidak perlu.
Entiti perolehan boleh memfailkan afidavit kepada Tribunal
Rayuan dengan menyatakan sebab untuk tidak membuat perintah untuk menggantung suatu perolehan Kerajaan, termasuk alasan kepentingan awam dengan disokong oleh Sijil Perolehan Demi
Kepentingan Awam yang dikeluarkan di bawah seksyen 32.
Tribunal Rayuan, selepas menimbangkan afidavit perayu dan entiti perolehan, boleh menolak permintaan perayu atau membuat suatu perintah untuk menggantung perolehan Kerajaan itu, sama ada tanpa syarat atau mengikut apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Tribunal Rayuan.
Perolehan Kerajaan 67
Tribunal Rayuan hendaklah tidak membuat suatu perintah di bawah seksyen ini jika—
kontrak yang disebut di bawah perenggan (1)(a) telah diawardkan pada tarikh pendengaran permohonan bagi perintah itu.
Jika Tribunal Rayuan menolak untuk membuat suatu perintah di bawah seksyen ini, Tribunal Rayuan hendaklah memberi alasan penolakannya secara bertulis.
Penyingkiran bidang kuasa mahkamah
prosiding di hadapan mahkamah itu telah dimulakan sebelum rayuan itu dibuat kepada Tribunal Rayuan; atau
rayuan di hadapan Tribunal Rayuan telah ditarik balik, ditinggalkan atau dibatalkan.
Jika perenggan (1)(a) terpakai, isu yang dipertikaikan dalam tuntutan yang prosiding itu berkaitan, sama ada sebagaimana yang ditunjukkan dalam tuntutan yang mula-mula atau yang timbul dalam penjalanan pendengaran itu, tidak boleh menjadi hal prosiding antara pihak yang sama di hadapan Tribunal Rayuan melainkan jika tuntutan di hadapan mahkamah itu ditarik balik, ditinggalkan atau dibatalkan.
Undang-Undang Malaysia 68
Akta 882
Kuasa Tribunal Rayuan
untuk memanggil pihak-pihak ke prosidingnya atau mana-mana orang lain supaya hadir di hadapannya untuk memberikan keterangan berkenaan dengan sesuatu rayuan;
untuk mendapatkan dan menerima keterangan secara bersumpah atau ikrar, sama ada bertulis atau lisan, dan memeriksa semua orang sedemikian sebagai saksi sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Tribunal Rayuan untuk didapatkan, diterima atau diperiksa;
jika seseorang dipanggil sedemikian, untuk menghendaki pengemukaan apa-apa rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain dalam milikannya atau di bawah kawalannya yang difikirkan perlu oleh Tribunal
Rayuan bagi maksud rayuan itu;
untuk mengendalikan apa-apa sumpah, ikrar atau akuan berkanun, mengikut kehendak keadaan;
jika seseorang dipanggil sedemikian, untuk membenarkan pembayaran apa-apa perbelanjaan yang munasabah yang dilakukan berkaitan dengan kehadirannya;
untuk menerima keterangan atau menolak keterangan yang dikemukakan, sama ada secara bertulis atau lisan, dan sama ada boleh diterima atau tidak boleh diterima di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan kebolehterimaan keterangan;
untuk secara amnya mengarahkan dan melakukan segala perkara yang perlu atau suai manfaat bagi mempercepat keputusan rayuan.
Perolehan Kerajaan 69
Tribunal Rayuan hendaklah mempunyai kuasa mahkamah rendah di bawah Akta Mahkamah Rendah 1948 [Akta 92]
berkenaan dengan penguatkuasaan kehadiran saksi, pendengaran keterangan secara bersumpah atau ikrar dan penjatuhan hukuman bagi penghinaan mahkamah.
Tatacara Tribunal Rayuan
Tertakluk kepada Akta ini, Tribunal Rayuan boleh menerima pakai apa-apa tatacara yang difikirkannya patut dan sesuai.
Penzahiran kepentingan oleh Pengerusi dan anggota Tribunal
Rayuan
Dalam hal seorang anggota Tribunal Rayuan, jika Pengerusi berpendapat bahawa kepentingan anggota itu bercanggah dengan kewajipan anggota itu, Pengerusi hendaklah memaklumkan semua pihak kepada perkara itu mengenai percanggahan itu, dan—
jika tiada mana-mana pihak kepada perkara itu membantah percanggahan itu, anggota itu boleh terus melaksanakan kewajipannya sebagai anggota Tribunal Rayuan berhubung dengan perkara itu; atau
jika suatu pihak kepada perkara itu membantah mengenai percanggahan itu, anggota Tribunal Rayuan itu tidak boleh terus melaksanakan kewajipannya sebagai anggota
Tribunal Rayuan berhubung dengan perkara itu.
Dalam hal Pengerusi Tribunal Rayuan, Menteri hendaklah mempertimbangkan perkara itu dan jika Menteri berpendapat bahawa ada percanggahan kepentingan dengan kewajipannya sebagai Pengerusi Tribunal Rayuan, Menteri boleh melantik mana-mana Timbalan Pengerusi sebagai Pengerusi ganti mengikut seksyen 63.
Undang-Undang Malaysia 70
Akta 882
Kegagalan Pengerusi atau mana-mana anggota
Tribunal Rayuan untuk menzahirkan kepentingannya di bawah subseksyen (1) hendaklah—
menidaksahkan keputusan Tribunal Rayuan, melainkan jika semua pihak bersetuju untuk terikat dengan keputusan itu; dan
menjadikan Pengerusi atau anggota Tribunal Rayuan itu tertakluk kepada pembatalan pelantikannya di bawah subseksyen 64(2).
Setiausaha Tribunal Rayuan dan pegawai lain
seorang pegawai awam kanan sebagai Setiausaha Tribunal
Rayuan untuk membantu Tribunal Rayuan dalam menjalankan fungsinya di bawah Akta ini; dan
apa-apa bilangan pegawai awam sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri untuk membantu Setiausaha dalam menjalankan fungsinya di bawah perenggan (a).
Bagi maksud seksyen ini, Setiausaha dan mana-mana pegawai awam yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai pegawai Tribunal Rayuan.
Setiausaha Tribunal Rayuan hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran dan pengurusan Tribunal Rayuan mengikut
Akta ini.
Obligasi kerahsiaan
Pengerusi, tiap-tiap anggota lain, Setiausaha atau mana-mana pegawai lain Tribunal Rayuan tidak boleh, semasa dia berkhidmat sebagai Pengerusi, anggota atau pegawai, mendedahkan apa-apa maklumat yang diperolehnya dalam penjalanan kewajipannya; dan
Perolehan Kerajaan 71
tiada mana-mana orang lain pun yang, melalui apa-apa cara, mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Tribunal
Rayuan boleh mendedahkan maklumat atau dokumen itu.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.
Pekhidmat awam dan pegawai awam
Pengerusi, tiap-tiap anggota lain, Setiausaha dan mana-mana pegawai lain Tribunal Rayuan, semasa menunaikan kewajipan mereka masing-masing hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574], dan menjadi pegawai awam bagi maksud Kanun Tatacara Jenayah
[Akta 593].
Pemakaian Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Tribunal Rayuan, Pengerusi Tribunal
Rayuan, tiap-tiap anggota lain Tribunal Rayuan dan Setiausaha
Tribunal Rayuan atau mana-mana pegawai lain Tribunal Rayuan berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat yang sedemikian itu.
Tindakan atau peninggalan yang dibuat dengan suci hati
Tiada tindakan atau guaman boleh dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap—
seseorang yang diberi kuasa untuk bertindak bagi dan bagi pihak Tribunal Rayuan,
Undang-Undang Malaysia 72
Akta 882
bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dilakukan dengan suci hati dalam pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya di bawah Akta ini.
Prosiding hendaklah terbuka
Walau apa pun subseksyen (1), Pengerusi boleh, atas permohonan oleh seseorang responden kepada suatu rayuan, memerintahkan mana-mana atau semua peringkat prosiding untuk dibuat dalam sesi tertutup jika Pengerusi berpuas hati bahawa ia bertentangan dengan kepentingan awam bagi apa-apa perkara di bawah rayuan itu untuk didengar dalam prosiding terbuka.
Keputusan Tribunal Rayuan
Keputusan Tribunal Rayuan mengenai apa-apa perkara hendaklah diputuskan mengikut majoriti anggota Tribunal Rayuan.
Tribunal Rayuan hendaklah mempunyai kuasa—
untuk mengetepikan keputusan panel kajian semula dan membuat suatu keputusan baharu.
Tribunal Rayuan hendaklah memberikan alasan bagi keputusannya dalam mana-mana rayuan yang didengar di hadapannya.
Perolehan Kerajaan 73
Jika Tribunal Rayuan membuat suatu keputusan di bawah perenggan (3)(c), Tribunal Rayuan boleh membuat perintah yang berikut:
dalam hal jika suatu perolehan Kerajaan digantung mengikut seksyen 69, memerintahkan apa-apa keputusan atau tindakan yang diambil oleh entiti perolehan yang berkenaan berhubung dengan perolehan Kerajaan yang menjadi hal yang dicabar untuk diketepikan dan memerintahkan entiti perolehan untuk membuat satu atau lebih keputusan atau tindakan, mengikut peruntukan yang berkaitan di bawah Akta ini, sebagai ganti kepada apa yang telah diketepikan;
dalam hal jika suatu perolehan Kerajaan tidak digantung dan surat setuju terima belum ditandatangani oleh pihak-pihak, memerintahkan entiti perolehan untuk meremedi situasi itu dan meletakkan perayu atau proses perolehan Kerajaan itu atau kedua-duanya dalam keadaan sebelum hal perkara rayuan itu dikemukakan kepada
Tribunal Rayuan; dan
dalam hal jika suatu perolehan Kerajaan tidak digantung dan surat setuju terima telah ditandatangani oleh pihak-pihak, memerintahkan entiti perolehan untuk membayar kepada perayu kos penyertaan dalam kelayakan pembekal dan kontraktor, atau kos penyediaan tender, yang telah ditanggung oleh perayu secara munasabah bagi maksud perolehan Kerajaan itu.
Tribunal Rayuan boleh, sebagai tambahan kepada suatu perintah yang dibuat di bawah perenggan (5)(a) atau (5)(b), memerintahkan entiti perolehan itu untuk membayar kepada perayu kos penyertaan dalam kelayakan pembekal dan kontraktor, atau kos penyediaan tender, yang telah ditanggung oleh perayu secara munasabah bagi maksud perolehan Kerajaan itu.
Suatu keputusan Tribunal Rayuan adalah muktamad dan mengikat pihak-pihak kepada rayuan itu.
Keputusan Tribunal Rayuan hendaklah secara bertulis dan disiarkan dalam bentuk dan cara yang ditetapkan.
Undang-Undang Malaysia 74
Akta 882
Penguatkuasaan keputusan Tribunal Rayuan
Suatu keputusan yang diberikan oleh Tribunal Rayuan boleh, dengan kebenaran Mahkamah Tinggi, dikuatkuasakan mengikut cara yang sama seperti penghakiman atau perintah
Mahkamah Tinggi.
Bahagian XI
Dokumen dan maklumat palsu
apa-apa maklumat yang palsu atau mengelirukan, atau mengandungi peninggalan material.
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.
Tanggungan pengarah, dsb., pertubuhan perbadanan, dsb.
Perbendaharaan—
Akta ini ialah sesuatu pertubuhan perbadanan, firma, koperasi atau kumpulan orang yang lain, mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah atau pegawai lain yang seumpamanya bagi pertubuhan perbadanan, firma, koperasi atau kumpulan orang yang lain itu atau berupa sebagai bertindak atas apa-apa sifat sedemikian atau dalam apa-apa cara atau apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan mana-mana hal ehwal pertubuhan perbadanan, firma, koperasi atau kumpulan orang yang lain itu atau telah membantu dalam pengurusannya—
boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan, firma, koperasi atau kumpulan orang yang lain itu; dan
Perolehan Kerajaan 75
jika pertubuhan perbadanan, firma, koperasi atau kumpulan orang yang lain itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu dan hendaklah dihukum dengan hukuman atau penalti yang sama sebagaimana seorang individu melainkan jika, setelah mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan semua hal keadaan, dia membuktikan—
bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuannya; atau
bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.
Tanggungan seseorang bagi perbuatan, dsb., pekerja, dsb.
Jika mana-mana orang boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti di bawah Akta ini bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran yang dilakukan—
oleh pekerja ejen orang itu semasa bertindak dalam penjalanan pekerjaannya dengan ejen orang itu atau selainnya bagi pihak ejen orang itu yang bertindak bagi pihak orang itu, orang itu boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran oleh pekerja atau ejen orang itu, atau oleh pekerja ejen orang itu.
Kuasa untuk mengenakan penalti pentadbiran
Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Pendaftar atau pihak berkuasa kewangan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, sebelum membuat keputusan untuk mengenakan suatu penalti pentadbiran terhadap mana-mana orang, menyampaikan kepadanya suatu notis bertulis yang memintanya menunjukkan sebab, dalam masa empat belas hari daripada tarikh notis bertulis itu, mengapa penalti pentadbiran itu tidak patut dikenakan ke atasnya.
Jika Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Pendaftar atau pihak berkuasa kewangan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan sebagai jawapan kepada notis bertulis yang disampaikan di bawah subseksyen (2)
atau jika notis bertulis itu tidak diberikan jawapan dalam masa empat belas hari, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Pendaftar atau pihak berkuasa kewangan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mengenakan suatu penalti pentadbiran—
dalam suatu amaun yang tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari ketidakpatuhan itu dan amaun itu tidak boleh secara keseluruhannya melebihi lima puluh ribu ringgit.
Semua jumlah wang yang diterima oleh Ketua Setiausaha
Perbendaharaan, Pendaftar atau pihak berkuasa kewangan Negeri di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Apa-apa amaun yang kena dibayar di bawah seksyen ini hendaklah didapatkan semula sebagai suatu hutang sivil kepada
Kerajaan.
Perolehan Kerajaan 77
Pendakwaan
Tiada pendakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis
Pendakwa Raya.
Pengkompaunan kesalahan
apa-apa kesalahan di bawah Akta ini sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun; dan
Ketua Setiausaha Perbendaharaan boleh, dengan keizinan secara bertulis oleh Pendakwa Raya, pada bila-bila masa sebelum sesuatu pendakwaan dimulakan, mengkompaun mana-mana kesalahan yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada
Perbendaharaan suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang orang itu boleh dihukum jika dia disabitkan atas kesalahan itu, dalam apa-apa masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu.
Suatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan apa-apa rekod, buku, akaun,
Undang-Undang Malaysia 78
Akta 882
dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilucuthakkan atau dilepaskan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, tertakluk kepada apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
Penalti am
Mana-mana orang yang melanggar mana-mana kehendak atau peruntukan Akta ini, melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan, jika tiada penalti diperuntukkan secara nyata, boleh, apabila disabitkan—
dalam hal seseorang individu, dengan denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya; atau
dalam hal suatu syarikat, perkongsian, koperasi atau badan profesional, dengan denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit.
Bahagian XII
Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan
Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan berhubung dengan semua atau mana-mana perkara yang berikut:
penjalanan kewajipan dan kuasa pegawai pengawal di bawah seksyen 7;
Perolehan Kerajaan 79
tatacara perolehan Kerajaan oleh entiti perolehan selain
Kementerian atau kementerian atau jabatan sesuatu Negeri di bawah seksyen 9;
tatacara bagi kelulusan perolehan Kerajaan di bawah seksyen 10, termasuk penubuhan dan pelantikan apa-apa jawatankuasa bagi maksud penilaian, pertimbangan dan pengesyoran apa-apa perkara mengenai perolehan
Kerajaan, termasuk pentadbiran dan tatacara jawatankuasa tersebut;
syarat dan tatacara kelulusan oleh mana-mana orang dengan kuasa untuk meluluskan perolehan
Kerajaan; dan
perkara yang berhubungan dengan kerahsiaan dan integriti proses membuat keputusan;
tatacara bagi pendaftaran, pembaharuan pendaftaran, pindaan pendaftaran, penggantungan pendaftaran dan pembatalan pendaftaran di bawah Bahagian IV, termasuk—
kehendak dan prasyarat bagi pendaftaran, pembaharuan pendaftaran dan pindaan pendaftaran;
hal perkara, bentuk dan cara bagi perisytiharan yang dikehendaki untuk dibuat di bawah perenggan 18(3)(b);
bentuk dan cara penzahiran kepentingan di bawah subseksyen 37(2); dan
Undang-Undang Malaysia 80
Akta 882
tatacara bagi perolehan terbuka dan berdaya saing;
kriteria, kelayakan, syarat dan sekatan bagi pemakaian kaedah selain kaedah perolehan terbuka dan berdaya saing serta tatacaranya;
kriteria dan syarat bagi kelulusan pemindahan, penyerahakan atau novasi kontrak atau apa-apa kepentingan dalam kontrak, dan pemindahan atau penyerahakan suatu pemberian dan apa-apa kepentingan dalam pemberian di bawah seksyen 35;
kuasa dan kewajipan panel kajian semula dan anggota panel kajian semula;
kaedah perolehan Kerajaan dan pihak yang berkelayakan untuk membuat kajian semula; dan
tatacara yang berhubungan dengan pentadbiran Tribunal
Rayuan di bawah Bahagian X, termasuk—
tanggungjawab dan kawalan anggota Tribunal
Rayuan;
peruntukan yang berhubungan dengan kos dan perbelanjaan Tribunal Rayuan; dan
fi, caj dan deposit yang perlu dibayar berkenaan dengan apa-apa perkara di bawah Akta ini; dan
apa-apa perkara lain yang dikehendaki oleh Akta ini untuk ditetapkan.
Kuasa Menteri untuk meminda Jadual
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual kepada Akta.
Arahan dan pekeliling oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Ketua Setiausaha Perbendaharaan boleh mengeluarkan apa-apa arahan atau pekeliling sebagaimana yang perlu atau suai manfaat bagi memberikan kuat kuasa penuh kepada peruntukan Akta ini, untuk menjalankan atau mencapai matlamat dan maksud Akta ini, atau mana-mana peruntukannya, atau untuk melaksanakan peruntukan Akta ini selanjutnya, dengan lebih baik atau lebih mudah.
Undang-Undang Malaysia 82
Akta 882
Arahan oleh pihak berkuasa kewangan Negeri
pihak berkuasa kewangan Negeri boleh, sebagai tambahan kepada Akta ini atau apa-apa arahan, pekeliling atau garis panduan yang dikeluarkan di bawah Akta ini, mengeluarkan apa-apa arahan sebagaimana yang perlu atau suai manfaat bagi pentadbiran sepatutnya Akta ini di Negeri itu, dengan syarat bahawa arahan itu tidak bercanggah dengan Akta ini; dan
apa-apa obligasi untuk mematuhi Akta ini termasuklah obligasi untuk patuh kepada apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah perenggan (a) dan apa-apa enakmen oleh Dewan Undangan yang berkaitan dengan perolehan
Kerajaan.
Kecualian dan peralihan
Mana-mana permohonan bagi pendaftaran, pembaharuan pendaftaran, pindaan pendaftaran atau pengecualian berhubung dengan mana-mana pembekal barangan atau perkhidmatan atau kontraktor bagi kerja bagi maksud perolehan Kerajaan yang belum selesai pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah diuruskan di bawah Akta ini.
Mana-mana aduan atau bantahan berhubung dengan suatu pendaftaran, pembaharuan pendaftaran atau pindaan pendaftaran yang belum selesai pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini
Perolehan Kerajaan 83
hendaklah diuruskan di bawah arahan dan pekeliling yang berkaitan yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan di bawah Akta Tatacara
Kewangan 1957 sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.
Mana-mana aduan atau bantahan yang dibuat terhadap mana-mana entiti perolehan berhubung dengan mana-mana perolehan Kerajaan yang belum selesai pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah diuruskan di bawah arahan dan pekeliling yang berkaitan yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan di bawah Akta Tatacara Kewangan 1957 sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.
Mana-mana permohonan yang dibuat kepada Kementerian
Kewangan atau mana-mana entiti perolehan untuk membuat kajian semula apa-apa tatacara berhubung dengan mana-mana perolehan
Kerajaan yang belum selesai pada tarikh permulaan kuat kuasa
Akta ini hendaklah diuruskan mengikut arahan dan pekeliling yang berkaitan yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan di bawah
Akta Tatacara Kewangan 1957 sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.
Mana-mana rayuan yang dibuat kepada Kementerian
Kewangan berhubung dengan apa-apa keputusan perolehan Kerajaan yang belum selesai pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah diuruskan mengikut arahan dan pekeliling yang berkaitan yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan di bawah Akta Tatacara
Kewangan 1957 sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.
Mana-mana perolehan Kerajaan yang dimulakan oleh mana-mana entiti perolehan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa
Akta ini hendaklah diuruskan mengikut arahan dan pekeliling yang berkaitan yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan di bawah
Akta Tatacara Kewangan 1957 sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.
Mana-mana pengecualian yang diberikan oleh Perbendaharaan menurut mana-mana arahan atau pekeliling yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan di bawah Akta Tatacara Kewangan 1957
mengenai perkara yang berhubungan dengan perolehan Kerajaan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, disifatkan telah dibatalkan.
Undang-Undang Malaysia 84
Akta 882
Jadual Pertama
[Seksyen 10]
NILAI AMBANG KELULUSAN
Bil.
Pihak berkuasa yang meluluskan
Perolehan bagi barangan dan perkhidmatan
Perolehan bagi kerja 1.
Menteri/Menteri Besar atau
Ketua Menteri atau pihak berkuasa yang ditentukan oleh Kerajaan Negeri
L e b i h d a r i p a d a
RM50 juta
Lebih daripada
RM100 juta 2.
Lembaga perolehan
L e b i h d a r i p a d a
RM500,000 hingga
RM50 juta
Lebih daripada
RM500,000 hingga
RM100 juta 3.
Jawatankuasa
Daripada RM50,000
hingga RM500,000
nilai suatu kontrak perolehan atau jumlah nilai bagi setahun
Daripada RM50,000
hingga RM500,000 4.
Pegawai pengawal
Di bawah RM50,000
nilai suatu kontrak perolehan atau jumlah nilai bagi setahun
Di bawah RM50,000
Perolehan Kerajaan 85
Jadual Kedua
[Seksyen 11]
AHLI LEMBAGA PEROLEHAN
Bil.
Entiti perolehan
Ahli lembaga perolehan 1.
Kementerian/kementerian atau jabatan sesuatu
Negeri
Pegawai pengawal atau mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa oleh pegawai pengawal untuk bertindak bagi pihaknya, yang hendaklah menjadi pengerusi;
Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau mana-mana pegawai awam
Perbendaharaan yang dinamakan oleh
Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau, berhubung dengan sesuatu Negeri, pihak berkuasa kewangan Negeri atau mana-mana pegawai awam yang dinamakan oleh pihak berkuasa kewangan Negeri;
Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya atau wakilnya atau, berhubung dengan sesuatu Negeri, Pengarah Jabatan Kerja
Raya Negeri atau wakilnya; dan
Tertakluk kepada kelulusan Menteri atau, Menteri Besar atau Ketua Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, ahli tambahan daripada Kementerian atau kementerian atau jabatan sesuatu
Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan.
2.
Kementerian Kewangan
Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau mana-mana pegawai awam
Perbendaharaan yang dinamakan oleh
Ketua Setiausaha Perbendaharaan untuk bertindak bagi pihaknya, yang hendaklah menjadi pengerusi;
Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan
Kementerian Kewangan atau wakilnya;
Pengarah yang bertanggungjawab bagi belanjawan negara di bawah Kementerian
Kewangan atau wakilnya; dan
Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya atau wakilnya.