PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/2007/668
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA PERTUBUHAN BELIA DAN PEMBANGUNAN BELIA 2007 is Malaysia Act, cited as Act 668 2007, currently marked in force and first recorded in 2007.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh-tarikh yang berlainan—
bagi permulaan kuat kuasa Akta ini dalam bahagian yang berlainan di Malaysia;
12
Undang-Undang Malaysia
Akta 668
bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan
Akta ini dalam bahagian yang berlainan di Malaysia.
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“aktiviti belia” ertinya apa-apa aktiviti melibatkan belia yang antara objektifnya termasuklah yang berikut:
untuk mewujudkan kesedaran di kalangan belia terhadap unsur dan nilai negatif;
untuk membolehkan belia mempunyai kesedaran terhadap kebudayaan, alam sekitar, sukan, kesihatan, kerohanian dan kebajikan sosial;
untuk memberikan peluang bagi penyertaan belia dalam program pembangunan komuniti bandar dan luar bandar;
untuk memberikan peluang bagi latihan kepimpinan, kemahiran dan keusahawanan; dan
untuk membantu belia menyesuaikan diri dan membentuk sikap positif dalam menghadapi cabaran dan desakan hidup melalui penggunaan komponen pendidikan dan kemahiran hidup;
13
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia
“badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan” ertinya suatu pertubuhan belia yang didaftarkan di bawah Akta ini dan diiktiraf sebagai badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan di bawah seksyen 49;
“belia” ertinya seseorang yang berumur tidak kurang daripada lima belas tahun dan tidak lebih daripada empat puluh tahun;
“Institut” ertinya Institut Penyelidikan Pembangunan Belia
Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 55;
“ketua” termasuklah Presiden, Yang Dipertua, Pengerusi atau apa-apa kedudukan tertinggi yang merujuk kepada jawatan teratas dalam pertubuhan belia;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah yang bertanggungjawab bagi belia yang dilantik di bawah subseksyen 3(1);
“Lembaga” ertinya Lembaga Pengarah Institut yang ditubuhkan di bawah seksyen 59;
“Majlis” ertinya Majlis Perundingan Belia Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 35;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal belia;
“Panel” ertinya Panel Penyelesaian Pertikaian di bawah seksyen 29;
“pemegang jawatan” ertinya mana-mana orang yang menjadi presiden atau naib presiden, atau setiausaha atau bendahari sesuatu pertubuhan atau mana-mana cawangan pertubuhan, atau yang menjadi anggota jawatankuasa atau badan pengelola pertubuhannya, atau mana-mana cawangannya atau yang memegang apa-apa jawatan atau kedudukan dalam pertubuhan itu atau cawangan sesuatu pertubuhan yang sama dengan mana-mana yang tersebut di atas;
“Pendaftar” ertinya Pendaftar Pertubuhan Belia yang dilantik di bawah subseksyen 4(1);
14
Undang-Undang Malaysia
Akta 668
“pertubuhan” termasuklah mana-mana kelab, syarikat, perkongsian, atau persatuan tidak kira apa jua jenis atau tujuannya, sama ada sementara atau kekal, yang mengandungi tujuh orang atau lebih tetapi tidak termasuk—
mana-mana syarikat yang didaftarkan di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan syarikat yang sedang berkuat kuasa di Malaysia;
mana-mana syarikat atau persatuan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
mana-mana kesatuan sekerja yang didaftarkan atau dikehendaki didaftarkan di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan kesatuan sekerja yang sedang berkuat kuasa di Malaysia;
mana-mana syarikat, persatuan atau perkongsian yang ditubuhkan bagi maksud semata-mata untuk menjalankan apa-apa urusan yang sah di sisi undang-undang yang mempunyai objek untuk memperoleh keuntungan oleh syarikat, persatuan atau perkongsian itu, atau oleh anggota-anggota perseorangannya;
mana-mana koperasi, yang didaftar sedemikian, di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
mana-mana organisasi atau persatuan yang telah diberi suatu perakuan oleh seseorang atau sesuatu pihak berkuasa yang dilantik di bawah peruntukan undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan pendaftaran sekolah dan bahawa organisasi atau persatuan itu menjadi sebahagian daripada kurikulum sesuatu sekolah; atau
mana-mana sekolah, jawatankuasa pengurusan sesuatu sekolah, persatuan ibu bapa atau persatuan ibu bapa dan guru yang didaftarkan atau dikecualikan daripada pendaftaran di bawah mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa yang mengawal sekolah;
15
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia
“pertubuhan belia” ertinya mana-mana pertubuhan yang mempunyai ciri-ciri yang berikut:
mempunyai nama yang mengandungi perkataan “belia”
atau suatu perkataan yang mempunyai pengertian yang seumpama atau sama dengan belia;
kesemua anggotanya hendaklah berumur tidak kurang daripada lima belas tahun dan tidak lebih daripada empat puluh tahun atau mana-mana gabungan atau kumpulan pertubuhan yang keanggotaannya hendaklah berumur tidak kurang daripada lima belas tahun dan tidak lebih daripada empat puluh tahun; dan
mempunyai objektif untuk menjalankan aktiviti-aktiviti belia;
“pertubuhan belia berdaftar” ertinya suatu pertubuhan belia yang didaftarkan di bawah subseksyen 9(1).
Bahagian II
Pelantikan Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah dan
Pengarah
Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melantik daripada kalangan perkhidmatan awam, apa-apa bilangan Timbalan Ketua
Pengarah, Pengarah, Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah dan mana-mana pegawai lain sebagaimana yang perlu untuk membantu Ketua Pengarah melaksanakan fungsi dan tugasnya di bawah Akta ini.
16
Undang-Undang Malaysia
Akta 668
Semua pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (2)
hendaklah tertakluk kepada pengawasan, arahan dan kawalan
Ketua Pengarah.
Pelantikan Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong Pendaftar, pegawai dan pekhidmat lain
Menteri boleh melantik seorang Timbalan Pendaftar Pertubuhan
Belia dan apa-apa bilangan Penolong Pendaftar Pertubuhan Belia, pegawai dan pekhidmat lain yang hendaklah terletak di bawah arahan dan kawalan am Pendaftar.
Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa dan menjalankan fungsi yang diberikan kepadanya oleh Akta ini, dan semasa ketiadaannya kuasa dan fungsi sedemikian boleh dipunyai atau dijalankan oleh Timbalan Pendaftar.
Penolong Pendaftar boleh menjalankan semua kuasa dan fungsi yang diberikan kepada Pendaftar oleh atau di bawah Akta ini, tertakluk kepada apa-apa sekatan yang boleh dikenakan oleh
Pendaftar.
Semua pegawai dan pekhidmat lain yang dilantik di bawah subseksyen (2) hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam bagi maksud Kanun Keseksaan [Akta 574].
Kuasa Pendaftar
Sebagai tambahan kepada kuasa, tugas dan fungsi yang diberikan kepada Pendaftar oleh Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, Pendaftar hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan segala kuasa, menunaikan segala tugas dan melaksanakan segala fungsi sebagaimana yang perlu bagi maksud menguatkuasakan dan menjalankan peruntukan Akta ini.
17
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia
Kuasa pewakilan
Apa-apa pewakilan di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada apa-apa sekatan dan batasan sebagaimana yang ditetapkan oleh Pendaftar dalam surat cara pewakilan itu.
Bahagian III
Permohonan bagi pendaftaran
Tiap-tiap pertubuhan belia hendaklah berdaftar dengan
Pendaftar kecuali—
mana-mana pertubuhan yang ditubuhkan di bawah mana-mana Akta yang ditetapkan di bawah Jadual
Pertama; dan
Tiap-tiap pertubuhan belia yang didaftarkan di bawah Akta
Pertubuhan 1966 [Akta 335] hendaklah, dalam masa dua belas bulan dari tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini atau apa-apa tempoh yang dipersetujui oleh Menteri, memohon kepada Pendaftar supaya didaftarkan di bawah Akta ini.
18
Undang-Undang Malaysia
Akta 668
Sehingga Pendaftar meluluskan pendaftaran mana-mana pertubuhan belia di bawah subseksyen (3), Akta Pertubuhan 1966
hendaklah terus terpakai bagi mana-mana pertubuhan belia.
Kuasa Pendaftar menghendaki maklumat
Jika seseorang yang membuat apa-apa permohonan gagal membekalkan maklumat lanjut yang diminta, atau menjawab pertanyaan yang dibuat, di bawah subseksyen (1), hingga memuaskan hati Pendaftar, Pendaftar boleh menolak permohonan itu.
Pendaftaran dan penolakan pendaftaran
Pendaftar boleh menolak pendaftaran mana-mana pertubuhan belia jika—
beliau berpuas hati bahawa pertubuhan belia itu ialah cawangan mana-mana pertubuhan belia yang pendaftarannya telah dibatalkan di bawah perenggan 20(1)(c) atau di bawah Akta Pertubuhan 1966;
beliau tidak berpuas hati bahawa pertubuhan itu telah mematuhi peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya; atau
sesuatu pertikaian wujud di kalangan anggota pertubuhan itu tentang orang yang akan menjadi pemegang jawatan atau yang akan memegang atau mentadbir apa-apa harta pertubuhan itu sehingga pertikaian itu diselesaikan.
19
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia
Pendaftar hendaklah menolak pendaftaran mana-mana pertubuhan belia jika—
ternyata pada Pendaftar bahawa pertubuhan itu adalah menyalahi undang-undang menurut peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain atau mungkin digunakan bagi maksud yang menyalahi undang-undang atau bagi apa-apa maksud yang memudaratkan atau bertentangan dengan keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman awam atau kemoralan di Malaysia;
pertubuhan itu telah diisytiharkan oleh Menteri sebagai menyalahi undang-undang di bawah seksyen 33;
ternyata pada Pendaftar adalah mengelirukan atau dikira sebagai mengelirukan orang awam tentang sifat atau maksud pertubuhan itu yang sebenarnya atau hampir menyerupai nama pertubuhan lain sehingga boleh memperdayakan orang awam atau anggota salah satu pertubuhan itu;
adalah sama dengan nama mana-mana pertubuhan belia lain yang sedia ada; atau
perlembagaan atau kaedah-kaedah pertubuhan itu tidak mengandungi peruntukan bagi segala hal yang dinyatakan dalam Jadual Kedua atau apa-apa perkara lain yang dikehendaki oleh Pendaftar.
Jika Pendaftar telah menolak pendaftaran sesuatu pertubuhan belia di bawah seksyen ini, peruntukan seksyen 25 hendaklah terpakai bagi pertubuhan belia itu.
Mana-mana pertubuhan yang melanggar mana-mana syarat yang dikenakan ke atasnya oleh Pendaftar di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit.
20
Undang-Undang Malaysia
Akta 668
Perakuan pendaftaran
Pendaftar, apabila mendaftarkan suatu pertubuhan belia di bawah subseksyen 9(1), hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran dalam borang yang ditetapkan kepada pertubuhan itu, dan perakuan itu hendaklah, melainkan jika dibuktikan telah dibatalkan, menjadi keterangan konklusif bagi segala maksud bahawa pertubuhan itu telah didaftarkan dengan sewajarnya di bawah Akta ini.
Peruntukan yang berikut hendaklah terpakai bagi pertubuhan belia berdaftar:
harta alih mana-mana pertubuhan belia, jika tidak terletak hak pada pemegang amanah, hendaklah disifatkan terletak hak pada masa itu pada badan pengelola pertubuhan belia itu, dan boleh, dalam semua prosiding sivil dan jenayah, diperihalkan sebagai harta badan pengelola pertubuhan belia itu dengan gelaran yang betul jika diketahui;
harta tak alih mana-mana pertubuhan belia boleh, jika tidak didaftarkan atas nama pemegang amanah, walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, didaftarkan atas nama pertubuhan belia itu, dan segala surat cara yang berhubungan dengan harta itu adalah sah dan berkuat kuasa seolah-olah surat cara itu telah disempurnakan oleh seorang pemunya berdaftar, dengan syarat bahawa surat cara itu disempurnakan oleh tiga orang pemegang jawatan yang pada masa pertubuhan belia itu, yang pelantikan mereka adalah disahkan oleh suatu perakuan daripada Pendaftar dan dimeteraikan dengan meterai pertubuhan belia itu;
21
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia
suatu pertubuhan belia boleh membawa guaman atau dibawa guaman atas nama mana-mana seorang daripada anggotanya sebagaimana yang dinyatakan kepada Pendaftar dan didaftarkan oleh Pendaftar sebagai pegawai awam pertubuhan belia itu bagi maksud itu, dan, sekiranya tiada seorang seperti itu didaftarkan, adalah kompeten bagi mana-mana orang yang mempunyai suatu tuntutan atau permintaan terhadap pertubuhan belia itu untuk membawa guaman terhadap pertubuhan belia itu atas nama mana-mana pemegang jawatan pertubuhan belia itu;
tiada guaman atau prosiding oleh atau terhadap mana-mana pertubuhan belia dalam mana-mana mahkamah sivil boleh terhenti atau diberhentikan disebabkan oleh orang yang membawa atau yang terhadapnya guaman atau prosiding itu dibawa atau diteruskan, meninggal dunia atau tidak lagi memegang jawatan yang atas namanya dia telah membawa guaman atau dibawa guaman, tetapi guaman atau prosiding yang sama boleh diteruskan atas nama, oleh atau terhadap, pengganti orang itu;
tiada penghakiman dalam apa-apa guaman terhadap mana-mana pertubuhan belia boleh dilaksanakan terhadap orang atau harta orang yang dibawa guaman itu tetapi terhadap harta pertubuhan belia itu;
permohonan untuk perlaksanaan hendaklah mengandungi penghakiman itu, butir mengenai pihak yang membawa guaman atau dibawa guaman, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi pihak pertubuhan belia dan permohonan itu hendaklah menghendaki supaya penghakiman itu dikuatkuasakan terhadap harta pertubuhan belia itu;
gagal untuk membayar yuran keahlian yang menurut kaedah pertubuhan belia yang dia menjadi anggota, dia terikat untuk membayar;
mengambil milik atau menahan apa-apa harta pertubuhan belia berlawanan dengan kaedah pertubuhan belia itu; atau
merosakkan atau memusnahkan apa-apa harta pertubuhan belia, boleh dibawa guaman bagi yuran keahlian atau wang atau kerosakan yang timbul daripada perbuatan memiliki secara salah, menahan, merosakkan atau memusnahkan harta itu:
Dengan syarat bahawa sekiranya defendan berjaya dalam guaman itu dan diawardkan kos, defendan boleh memilih untuk menuntut kos itu daripada pegawai yang atas namanya guaman itu telah dibawa atau daripada pertubuhan belia dan sekiranya daripada pertubuhan belia, dia boleh mendapat perlaksanaan terhadap harta pertubuhan belia itu;
mencuri atau yang menyalahgunakan dengan curang atau menjadikan untuk kegunaannya sendiri, apa-apa wang atau harta lain;
dengan sengaja atau niat memusnahkan atau merosakkan apa-apa harta pertubuhan belia;
atau
memalsukan apa-apa surat cara ikatan, bon, cagaran untuk wang, resit atau surat cara lain yang mendedahkan dana pertubuhan belia kepada kerugian, boleh didakwa dan dihukum seolah-olah dia bukan seorang anggota; dan
jika tiada apa-apa peruntukan tertentu dalam kaedah-kaedah sesuatu pertubuhan belia, tidak kurang tiga per lima daripada bilangan ahli bagi mana-mana pertubuhan belia itu yang tinggal di Malaysia boleh memutuskan supaya pertubuhan belia itu dibubarkan dengan serta merta atau pada masa yang dipersetujui, dan segala langkah yang perlu hendaklah diambil untuk melupuskan
23
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia dan menyelesaikan harta pertubuhan belia itu, tuntutan dan tanggungan, mengikut kaedah, jika ada, pertubuhan belia itu yang terpakai dan jika tiada kaedah sedemikian, maka ia hendaklah mengikut sebagaimana yang diarahkan oleh badan pengelolanya:
Dengan syarat bahawa jika apa-apa pertikaian timbul antara anggota badan pengelola atau anggota pertubuhan belia itu di bawah perenggan (h), pertikaian itu hendaklah diselesaikan menurut peruntukan seksyen 28 dan 29.
Ketua pertubuhan belia
Mana-mana anggota yang dilantik atau dipilih sebagai ketua dalam mana-mana pertubuhan belia di peringkat kebangsaan hendaklah memegang jawatan untuk suatu tempoh tidak melebihi enam tahun secara berterusan.
Kehilangan kelayakan yang terpakai kepada pemegang jawatan, penasihat dan pekerja pertubuhan belia berdaftar
jika dia telah disabitkan atas apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang dan dihukum denda tidak kurang daripada lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau kedua-duanya;
jika terdapat apa-apa perintah tahanan, sekatan, kawal seliaan, kediaman terhad, buang negeri atau deportasi di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan keselamatan atau ketenteraman awam Malaysia atau mana-mana bahagiannya, atau dengan pencegahan jenayah, tahanan pencegahan, kediaman terhad, buang negeri atau imigresen yang sedang berkuat kuasa terhadapnya;
24
Undang-Undang Malaysia
Akta 668
jika dia adalah dan telah didapati atau diisytiharkan sebagai tidak sempurna akal;
tertakluk kepada seksyen 14, jika dia didapati tidak layak memegang jawatan berkenaan oleh Pendaftar atas apa-apa sebab sebagaimana yang difikirkan sesuai dan perlu oleh Pendaftar.
Kehilangan kelayakan seseorang di bawah perenggan 1(b)
hendaklah terhenti pada akhir tempoh lima tahun bermula dari tarikh orang yang disabitkan itu dibebaskan daripada jagaan atau tarikh yang denda tersebut dikenakan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Kehilangan kelayakan mana-mana orang di bawah perenggan 1(c) hendaklah terhenti sebaik sahaja orang berkenaan dilepaskan daripada perintah yang berkaitan.
Kehilangan kelayakan mana-mana pemegang jawatan disebabkan oleh kebankrapan hendaklah terhenti apabila perintah penerimaan dan penghukuman telah dibatalkan.
Jika Pendaftar memaklumkan, melalui notis yang ditandatangani, sesuatu pertubuhan belia bahawa mana-mana pemegang jawatan, penasihat atau pekerja pertubuhan belia itu telah hilang kelayakan di bawah subseksyen (1), pertubuhan belia itu hendaklah dengan serta-merta menguatkuasakan kehilangan kelayakan itu.
Mana-mana orang yang kehilangan kelayakan di bawah perenggan 1(a), (b) atau (c) boleh memohon kepada Pendaftar untuk dikecualikan daripada kehilangan kelayakan tersebut, dan
Pendaftar boleh, jika beliau berpendapat adalah patut berbuat demikian, memberi pengecualian kepadanya untuk tempoh sebagaimana yang ditetapkan oleh Pendaftar dan tertakluk kepada batasan, sekatan, terma atau syarat sebagaimana yang diputuskan untuk dikenakan.
25
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia
Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan subseksyen (1), selain perenggan (1)(e) dan (f), atau apa-apa batasan, sekatan, terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (6) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Bagi maksud subseksyen (1), “pemegang jawatan”
termasuklah—
seorang anggota mana-mana jawatankuasa kecil atau badan lain yang ditubuhkan atau dibentuk oleh badan pengelola pertubuhan belia berdaftar, atau oleh badan pengelola sesuatu cawangan pertubuhan belia itu;
mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal atau penjalanan mana-mana aktiviti, sesuatu pertubuhan belia berdaftar atau mana-mana cawangan pertubuhan belia itu; dan
mana-mana orang yang dilantik atau diberi kuasa untuk mewakili, atau bertindak bagi pihak, pertubuhan belia berdaftar atau mana-mana cawangan pertubuhan belia itu, dalam apa-apa perkara, selain seseorang yang bukan anggota pertubuhan belia itu, diambil oleh pertubuhan belia itu untuk mewakili, atau bertindak bagi pihak, pertubuhan belia atau mana-mana cawangan pertubuhan itu dalam kapasiti profesionalnya atau melalui perkiraan kontrak.
Mana-mana orang yang, sebaik sebelum mula berkuat kuasanya seksyen ini, merupakan pemegang jawatan, penasihat, atau pekerja suatu pertubuhan belia berdaftar boleh, meneruskan jawatan yang berkenaan sehingga tamat tempoh semasa jawatannya atau pelantikan atau penamatan kontrak perkhidmatannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, walaupun dia hilang kelayakan di bawah subseksyen (1).
26
Undang-Undang Malaysia
Akta 668
Representasi
Representasi itu boleh dibuat secara hadir sendiri atau melalui pengemukaan dokumen atau kedua-duanya sekali di hadapan Pendaftar.
Representasi itu hendaklah dibuat dalam masa tiga puluh hari dari tarikh notis oleh Pendaftar kepada pemegang jawatan.
Mana-mana pemegang jawatan pertubuhan belia berdaftar yang hilang kelayakan daripada memegang jawatan boleh merayu kepada Menteri terhadap keputusan Pendaftar dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keputusan itu.
Keputusan Menteri terhadap sesuatu rayuan adalah muktamad dan tidak boleh dicabar dalam mana-mana mahkamah di Malaysia.
Syarat penghentian kehilangan kelayakan
Penghentian kehilangan kelayakan seseorang pemegang jawatan pertubuhan belia berdaftar hendaklah tertakluk kepada syarat bahawa dia belum mencapai umur empat puluh tahun pada tarikh penghentian kehilangan kelayakan itu.
Pemeriksaan dokumen dan nilai keterangan salinan yang diakui sah oleh Pendaftar
diperoleh oleh mana-mana orang daripada Pendaftar:
27
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia
Dengan syarat bahawa orang yang memohon untuk memeriksa atau mendapatkan salinan itu menyatakan maksud yang dia kehendaki dan Pendaftar berpuas hati bahawa maksud itu adalah maksud yang sah di sisi undang-undang, dan pemeriksaan atau salinan itu tidak diminta oleh atau bagi pihak mana-mana pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang.
Tiada seorang pun, selain seorang yang Pendaftar berpuas hati merupakan anggota suatu pertubuhan belia berdaftar, boleh memeriksa atau mendapatkan daripada Pendaftar akaun pertubuhan belia itu atau salinannya.
Suatu salinan atau cabutan daripada apa-apa dokumen yang diterima di pejabat Pendaftar yang diperakui sebagai salinan atau cabutan yang benar yang ditandatangani dan dimeterai oleh
Pendaftar hendaklah, dalam mana-mana prosiding boleh diterima sebagai keterangan tanpa apa-apa bukti selanjutnya.
Perubahan nama, tempat urusan dan kaedah-kaedah pertubuhan belia berdaftar
meminda kaedah-kaedahnya, tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan Pendaftar, dan sesuatu permohonan bagi apa-apa perubahan, atau pindaan kepada kaedah-kaedahnya hendaklah dibuat kepada Pendaftar dalam masa enam puluh hari dari tarikh keputusan bagi membuat perubahan atau pindaan itu.
Jika mana-mana pertubuhan belia berdaftar tidak mematuhi seksyen ini, pertubuhan belia berdaftar itu dan tiap-tiap pemegang jawatannya melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.
Bagi maksud seksyen ini—
ungkapan “pinda” dan ungkapan yang seumpamanya hendaklah termasuk sesuatu kaedah baru dan ketetapan yang membatalkan sesuatu kaedah; dan 28
Undang-Undang Malaysia
Akta 668
ungkapan “kaedah-kaedah” termasuklah matlamat dan tujuan penubuhan pertubuhan belia, atau yang boleh dicapainya, atau penggunaan dananya, kelayakan bagi keanggotaan dan bagi memegang apa-apa jawatan, cara pelantikan atau pemilihan untuk mana-mana jawatan, kaedah-kaedah yang dengannya pertubuhan belia itu ditadbirkan dan, kaedah dan cara dengan dan dalamnya mana-mana perkara di atas dipinda.
Cawangan pertubuhan belia
Pendaftar boleh enggan memberi keizinan bagi penubuhan sesuatu cawangan pertubuhan belia berdaftar jika—
kaedah-kaedah pertubuhan belia berdaftar itu tidak mengadakan peruntukan bagi penubuhan apa-apa cawangannya; atau
kaedah-kaedah cawangan pertubuhan belia berdaftar itu adalah sedemikian sehingga menjadikan cawangan pertubuhan belia berdaftar itu sebagai suatu pertubuhan yang bebas di bawah kawalan pertubuhan belia itu.
Jika suatu pertubuhan belia berdaftar menubuhkan sesuatu cawangan tanpa mendapat kelulusan terdahulu Pendaftar, cawangan yang ditubuhkan sedemikian hendaklah menjadi suatu pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang:
Dengan syarat bahawa sesuatu cawangan bagi mana-mana pertubuhan belia berdaftar yang ditubuhkan dan yang wujud sebaik sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklah tidak disifatkan sebagai suatu pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang jika dalam tempoh enam bulan daripada berkuat kuasanya Akta ini atau apa-apa tempoh lanjut yang tidak melebihi tiga bulan, sebagaimana yang dibenarkan oleh Pendaftar, pertubuhan belia itu memohon kepada Pendaftar secara bertulis untuk kelulusannya di bawah seksyen ini, dan dalam menimbangkan permohonan itu
Pendaftar hendaklah mempunyai semua kuasa yang diberikan kepadanya di bawah subseksyen (2).
29
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia
Peruntukan Akta ini, selain subseksyen 7(1), seksyen 9 dan 10, hendaklah terpakai kepada mana-mana cawangan pertubuhan belia berdaftar yang dibenarkan di bawah seksyen ini seolah-olah cawangan itu adalah suatu pertubuhan belia berdaftar di bawah
Bahagian III
telah dibuat oleh cawangan menurut kebenaran nyata yang diberikan kepada cawangan itu oleh jawatankuasa atau badan pengelola pertubuhan belia berdaftar itu;
atau
adalah suatu kontrak dalam kelas atau perihalan tertentu yang cawangan itu diberi kuasa secara am atau khusus oleh pertubuhan belia berdaftar itu untuk membuat kontrak, dan, peruntukan perenggan 11(c), (d) dan (e) hendaklah ditafsirkan sewajarnya dalam pemakaiannya kepada apa-apa guaman, prosiding, penghakiman, atau permohonan bagi pelaksanaan berhubung dengan apa-apa kontrak yang dibuat oleh sesuatu cawangan pertubuhan belia berdaftar.
Tanpa menjejaskan subseksyen (1), jika sesuatu cawangan, yang dalam subseksyen ini disebut sebagai “cawangan bawahan”, adalah di bawah kawalan dan bertanggungjawab kepada suatu cawangan lain, yang disebut “cawangan atasan”, dalam
30
Undang-Undang Malaysia
Akta 668
subseksyen ini, cawangan atasan itu boleh membawa guaman atau dibawa guaman bagi kontrak yang dibuat oleh cawangan bawahan jika—
kontrak itu dibuat menurut kuasa kebenaran bertulis yang nyata yang diberi oleh cawangan atasan; atau
kontrak itu adalah suatu kontrak yang termasuk dalam kelas atau perihalan kontrak yang cawangan bawahan itu diberi kuasa oleh cawangan atasan untuk membuatnya:
Dengan syarat bahawa sesuatu cawangan hendaklah dalam apa-apa hal disifatkan berada di bawah kawalan dan bertanggungjawab kepada suatu cawangan lain jika anggota cawangan atasan itu adalah dicalonkan atau dipilih atau selainnya dipilih daripada anggota cawangan bawahan.
Pembatalan dan penggantungan
apabila pembubarannya oleh pertubuhan belia berdaftar hendaklah ditentusahkan mengikut cara yang dikehendaki oleh Pendaftar atau apabila pembubarannya oleh Pendaftar mengikut Akta ini;
bahawa pendaftaran itu telah dibuat disebabkan fraud atau kesilapan atau salah nyataan dalam apa-apa butir yang material;
bahawa pertubuhan belia berdaftar itu mungkin digunakan bagi maksud yang menyalahi undang-undang atau bagi maksud yang memudaratkan atau bertentangan dengan keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman awam, atau kemoralan di Malaysia;
31
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia
bahawa pertubuhan belia berdaftar itu meneruskan objektif selain objektif yang pertubuhan belia itu didaftarkan;
bahawa pertubuhan belia berdaftar itu telah dengan sengaja melanggar mana-mana peruntukan
Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya atau mana-mana kaedahnya atau bahawa mana-mana anggota pertubuhan belia berdaftar itu telah secara kebiasaanya melanggar peruntukan subseksyen 4(1) Akta Hasutan 1948
[Akta 15] melalui apa-apa perbuatan atau ungkapan yang perenggan 3(1)(f) Akta itu terpakai;
bahawa pertubuhan belia berdaftar itu telah terhenti wujud;
bahawa pertubuhan belia berdaftar itu telah tidak mematuhi sesuatu perintah yang dibuat oleh
Pendaftar di bawah seksyen 21;
bahawa pertubuhan belia berdaftar itu telah tidak mematuhi peruntukan seksyen 31; atau
bahawa pertubuhan belia berdaftar itu telah melanggar peruntukan seksyen 91; dan
apabila pertubuhan belia berdaftar itu menjadi pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang di bawah subseksyen 23(6) kerana gagal memberikan maklumat bertulis.
Jika Pendaftar bercadang untuk membatalkan pendaftaran mana-mana pertubuhan belia berdaftar di bawah perenggan 1(c),
Pendaftar—
hendaklah memberitahu seorang atau lebih pemegang jawatan pertubuhan belia itu tentang niatnya untuk membatalkan pendaftaran pertubuhan belia itu; dan
hendaklah memberi peluang kepadanya atau mereka untuk mengemukakan sebab secara bertulis mengapa tidak patut dibatalkan pendaftaran itu dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pemberitahuan itu.
32
Undang-Undang Malaysia
Akta 668
Pendaftar boleh, dalam tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (2)(b), melalui perintah secara bertulis menggantung semua atau mana-mana kegiatan pertubuhan belia—
demi kepentingan awam; atau
untuk menghalang pertubuhan belia itu daripada terus melanggar mana-mana peruntukan Akta ini, mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya atau mana-mana kaedah pertubuhan belia itu.
Sesuatu perintah yang dibuat dibawah subseksyen (3)—
boleh mengandungi apa-apa syarat yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh Pendaftar; dan
hendaklah terus berkuat kuasa sehingga perintah itu atau pendaftaran pertubuhan belia itu dibatalkan.
Seseorang pemegang jawatan atau mana-mana orang yang menguruskan atau membantu dalam pengurusan pertubuhan belia yang tidak mematuhi perintah yang dibuat di bawah subseksyen (3)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit, dan dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Jika Pendaftar membatalkan pendaftaran mana-mana pertubuhan belia di bawah seksyen ini atau di bawah mana-mana peruntukan lain Akta ini, peruntukan seksyen 25 hendaklah terpakai bagi pertubuhan belia itu dan pembatalan itu hendaklah disiarkan dalam Warta.
Kuasa Pendaftar membuat perintah tertentu berkenaan dengan pertubuhan belia berdaftar
menghendaki pertubuhan belia itu, dalam masa yang dinyatakan dalam perintah, memperuntukkan dalam kaedah-kaedah atau perlembagaannya bahawa pemegang jawatan dalam pertubuhan belia itu hendaklah warganegara
Malaysia, dan seterusnya menghendaki pertubuhan belia itu menamatkan jawatan mana-mana orang, yang bukan warganegara Malaysia, yang adalah pemegang jawatan sebaik sebelum perintah itu dibuat; atau
melarang pertubuhan belia itu daripada mengadakan, secara langsung atau tidak langsung, apa-apa penggabungan, pertalian, perhubungan, atau apa-apa pun urusan lain, dengan mana-mana pertubuhan, organisasi, atau apa-apa pun badan yang lain di luar Malaysia dengan mana-mana pihak berkuasa, pihak kerajaan atau selainnya, dalam mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar
Malaysia.
Pendaftar boleh pada bila-bila masa, selepas memberi pertubuhan belia berdaftar itu suatu peluang untuk membuat representasi kepadanya, membuat suatu perintah secara bertulis menghendaki pertubuhan belia itu, dalam masa yang dinyatakan dalam perintah itu, meminda kaedah-kaedah atau perlembagaannya, supaya—
mematuhi, atau selaras dan mengikut peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya;
atau
menghapuskan apa-apa ketaksaan atau kekaburan, atau memperuntukkan maksud yang lebih jelas dan tepat dalam mana-mana peruntukan; atau
memperuntukkan apa-apa perkara lain yang Pendaftar dapati perlu, munasabah atau suai manfaat untuk dikehendaki.
34
Undang-Undang Malaysia
Akta 668
Jika Pendaftar membuat sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) atau (2), dia bolehlah memasukkan ke dalam perintah itu, atau membuat atau memberi pada bila-bila masa, apa-apa kehendak atau arahan berbangkit atau bersampingan berhubung dengan perintah itu sebagaimana yang didapatinya perlu atau suai manfaat untuk dibuat atau diberi.
Pendaftar boleh, melalui permohonan secara bertulis yang dibuat kepadanya oleh suatu pertubuhan belia berdaftar, melanjutkan masa yang diberikan olehnya kepada pertubuhan belia itu dalam mana-mana perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) atau (2) jika dia berpuas hati bahawa pertubuhan belia itu telah memberikan alasan yang baik dalam permohonannya dan adalah patut dan sesuai untuk memberikan pelanjutan itu.
Bagi maksud subseksyen (1), “pemegang jawatan” termasuklah orang yang dinyatakan dalam perenggan 13(8)(a), (b) dan (c).
Mana-mana pertubuhan belia yang melanggar mana-mana perintah yang diberi oleh Pendaftar di bawah subseksyen (1)
atau (2) atau apa-apa kehendak atau arahan yang dibuat atau diberi olehnya di bawah subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Maklumat yang diberikan oleh pertubuhan belia berdaftar
Tiap-tiap pertubuhan belia berdaftar hendaklah mengemukakan kepada Pendaftar dalam masa enam puluh hari selepas mengadakan mesyuarat agung tahunannya atau sekiranya tiada mesyuarat agung tahunan diadakan, dalam tempoh enam puluh hari selepas berakhirnya setiap tahun kalendar—
suatu salinan yang benar dan lengkap apa-apa pindaan kepada kaedah-kaedah pertubuhan belia itu yang dibuat sejak tarikh pendaftaran atau tarikh penyata terakhir;
suatu senarai yang benar dan lengkap pemegang jawatan dan bilangan anggota pertubuhan belia itu yang bermastautin atau berada di Malaysia pada tarikh penyata itu atau, sekiranya tiada seorang pun pemegang jawatan pertubuhan belia itu yang bermastautin atau berada di Malaysia,
35
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia nama, alamat dan pekerjaan orang di Malaysia yang diberi kuasa untuk bertindak untuk atau bagi pihak pertubuhan belia itu, dan bilangan anggotanya yang sedemikian bersama dengan suatu senarai yang benar dan lengkap mengenai pemegang jawatan bagi semua cawangan, jika ada, pertubuhan belia itu;
akaun bagi tahun kewangan terakhir bagi pertubuhan belia itu bersama dengan kunci kira-kira yang menunjukkan kedudukan kewangan pada penutup tahun kewangan terakhir bagi pertubuhan belia itu;
nama dan alamat mana-mana pertubuhan, persatuan, atau mana-mana kumpulan orang lain, yang diperbadankan atau tidak diperbadankan, di luar Malaysia yang dengannya pertubuhan belia itu mengikut apa-apa cara bersekutu atau bergabung;
perihalan apa-apa wang atau harta, apa-apa faedah atau keuntungan kewangan yang diterima oleh pertubuhan belia itu daripada mana-mana sumber di luar Malaysia dan butir-butir lain yang berkaitan; dan
apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Pendaftar dari semasa ke semasa.
Pendaftar meluluskan audit dan perintah sementara bagi pembubaran
suatu salinan yang benar dan lengkap mengenai kaedah-kaedah mana-mana pertubuhan belia itu yang berkuat kuasa pada tarikh perintah itu;
suatu senarai yang benar dan lengkap pemegang jawatan dan anggota bagi mana-mana pertubuhan belia itu atau mana-mana cawangannya yang bermastautin atau berada di Malaysia pada tarikh perintah itu;
36
Undang-Undang Malaysia
Akta 668
suatu penyata yang benar dan lengkap bilangan mesyuarat yang telah diadakan oleh mana-mana pertubuhan belia itu atau cawangannya di Malaysia dalam tempoh enam bulan sebaik sebelum perintah itu dengan menyatakan tempat mesyuarat itu diadakan;
nama dan alamat mana-mana pertubuhan, persatuan atau mana-mana kumpulan orang lain, yang diperbadankan atau tidak diperbadankan, di luar Malaysia yang bergabung dengan pertubuhan belia itu dan butir-butir lain yang berhubungan dengannya;
perihalan apa-apa wang atau harta, apa-apa faedah atau keuntungan kewangan yang diterima oleh pertubuhan belia itu daripada mana-mana sumber di luar Malaysia dan butir-butir lain yang berhubungan dengannya; atau
apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Pendaftar dari semasa ke semasa.
Sesuatu notis yang diberikan di bawah subseksyen (1)
hendaklah menyatakan masa yang tidak kurang daripada empat belas hari yang dalam tempoh itu maklumat itu hendaklah diberikan:
Dengan syarat bahawa Pendaftar boleh, menurut budi bicaranya, apabila permohonan dibuat kepadanya dan ditunjukkan sebab-sebab yang cukup, memberikan apa-apa pelanjutan masa.
Bagi maksud seksyen ini, “diaudit dengan sewajarnya”
ertinya telah diaudit oleh seorang juruaudit yang diluluskan oleh Pendaftar, dan Pendaftar boleh memberikan kelulusan itu dan juruaudit yang diluluskan itu hendaklah membuat laporan tentang akaun yang diperiksa olehnya dalam apa-apa bentuk yang dikehendaki oleh Pendaftar.
Jika butir-butir yang dikehendaki diberikan di bawah subseksyen (1) tidak diberikan dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu, atau dalam tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh
Pendaftar, Pendaftar boleh membuat suatu perintah sementara bagi pembubaran pertubuhan belia itu.
37
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia
Jika sebelum tamat tempoh tiga puluh hari dari tarikh perintah sementara itu butir-butir yang dikehendaki supaya diberikan di bawah subseksyen (1) diberikan sedemikian, Pendaftar boleh membatalkan perintah itu.
Apabila tamat tempoh tiga puluh hari dari tarikh perintah sementara itu atau, jika ada sesuatu rayuan, apabila rayuan itu ditolak, perintah tersebut hendaklah menjadi mutlak dan pertubuhan belia berdaftar itu hendaklah disifatkan sebagai suatu pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang dan pendaftarannya hendaklah dibatalkan.
Mana-mana pertubuhan belia berdaftar yang, atas alasan kegagalannya mematuhi suatu perintah di bawah seksyen ini, telah dibatalkan pendaftarannya di bawah seksyen 20, tidak layak memohon bagi pendaftaran sehingga perintah itu telah dipatuhi atau melainkan jika dibuktikan hingga memuaskan hati Pendaftar bahawa adalah mustahil untuk mematuhi perintah itu.
Orang yang bertanggungjawab membekalkan maklumat
Jika suatu notis, perintah, atau dokumen lain disampaikan kepada seorang yang telah terhenti menjadi pemegang jawatan sesuatu pertubuhan belia, dia hendaklah dengan serta-merta menyerahkan notis, perintah atau dokumen itu kepada pemegang jawatan yang sedia ada atau, jika tidak diketahui, hendaklah mengembalikannya kepada Pendaftar yang menghantarnya, dan mana-mana orang yang gagal untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit.
38
Undang-Undang Malaysia
Akta 668
Jika mana-mana pertubuhan belia berdaftar tidak mematuhi kesemua atau mana-mana bahagian perintah yang diberikan di bawah seksyen 22 dan 23, setiap orang yang disebut dalam subseksyen (1) yang telah disampaikan dengan perintah sedemikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit melainkan jika dia membuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa dia telah melaksanakan kebijaksanaan dengan sewajarnya dan telah tidak mematuhi perintah itu atas alasan yang di luar kawalannya.
Jika apa-apa maklumat yang dibekalkan kepada Pendaftar bagi mematuhi apa-apa perintah yang diberikan di bawah seksyen 22 dan 23 adalah palsu, tidak betul atau tidak lengkap tentang mana-mana butir yang material, maka orang yang telah membekalkan maklumat itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit melainkan jika dia membuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa dia mempunyai alasan yang baik untuk mempercayai bahawa maklumat itu adalah benar, betul dan lengkap.
Akibat perintah Menteri di bawah seksyen 33, penolakan pendaftaran pertubuhan belia oleh Pendaftar di bawah seksyen 9
dan pembatalan pendaftaran pertubuhan belia di bawah seksyen 20
harta pertubuhan belia itu hendaklah dengan serta-merta terletak hak pada Ketua Pengarah Insolvensi, bagi maksud penggulungan urusan hal ehwal pertubuhan belia itu;
Ketua Pengarah Insolvensi hendaklah meneruskan dengan penggulungan urusan hal ehwal pertubuhan belia itu, dan setelah menyelesaikan segala hutang dan liabiliti pertubuhan belia itu dan kos bagi penggulungan hendaklah membayar aset lebihan, jika ada—
atas arahan Menteri, kepada Kumpulan Wang
Disatukan jika pendaftaran pertubuhan belia itu telah ditolak atau dibatalkan menurut perintah
39
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia di bawah seksyen 33 atau atas alasan yang dinyatakan dalam perenggan 9(3)(a) atau subperenggan 20(1)(c)(ii) atau jika anggota pertubuhan belia itu meminta sedemikian; dan
dalam hal lain, kepada anggota pertubuhan belia mengikut kaedah-kaedah pertubuhan belia itu, atau jika tiada kaedah sedemikian, maka Ketua
Pengarah Insolvensi hendaklah menyediakan suatu skim bagi penggunaan aset lebihan itu untuk kelulusan Mahkamah Tinggi;
permohonan bagi kelulusan skim itu hendaklah dibuat melalui saman pemula dan boleh dipinda oleh Mahkamah mengikut cara sebagaimana yang difikirkannya betul mengikut hal keadaan kes itu;
apabila kelulusan Mahkamah terhadap skim atau skim yang dipinda itu, diperoleh harta lebihan itu, yang menjadi subjek skim itu hendaklah dipegang dan digunakan oleh
Ketua Pengarah Insolvensi mengikut terma dan bagi maksud yang ditetapkan dalam perintah Mahkamah itu;
dan
bagi maksud penggulungan hal ehwal pertubuhan belia itu,
Ketua Pengarah Insolvensi hendaklah mempunyai segala kuasa di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan kebangkrapan atau penggulungan syarikat bagi maksud menyelesaikan harta pertubuhan belia di bawah Akta ini.
Pendaftar boleh, dengan persetujuan Menteri, menggantung kuat kuasa seksyen ini setakat yang dan selama tempoh yang difikirkannya suai manfaat.
Pendaftar atau Ketua Pengarah Insolvensi boleh menghendaki—
badan pengelola pertubuhan belia itu, yang merupakan badan pengelola yang wujud sebaik sebelum mula berkuat kuasanya subseksyen (1) berhubung dengan pertubuhan belia itu;
mana-mana orang yang pada ketika itu atau yang dahulunya pernah menjadi pemegang jawatan, anggota atau pekerja pertubuhan belia itu, untuk memberikan kepada Pendaftar atau Ketua Pengarah Insolvensi, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau kepada mana-mana orang lain sebagaimana yang dinyatakan oleh Pendaftar atau
Ketua Pengarah Insolvensi, apa-apa maklumat berhubungan dengan harta, hal ehwal, urusan, akaun atau buku pertubuhan belia itu, atau apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan pertubuhan belia itu, yang mungkin dikehendaki bagi maksud seksyen ini.
Tertakluk kepada subseksyen (5), apa-apa yang dilakukan oleh mana-mana orang yang disebutkan dalam subseksyen (3)
dalam mematuhi subseksyen itu bukanlah menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini, dengan syarat bahawa perkara itu dilakukan selainnya menurut undang-undang.
Mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (3)
yang tidak mematuhi apa-apa kehendak Pendaftar atau Ketua
Pengarah Insolvensi, di bawah subseksyen itu, atau melakukan apa-apa perkara di luar bidang, atau berlawanan dengan, apa-apa kehendak Pendaftar atau Ketua Pengarah Insolvensi di bawah subseksyen (3), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Bagi maksud subseksyen (3), “pemegang jawatan” termasuklah mana-mana orang yang disebut dalam perenggan 13(8)(a), (b)
dan (c).
Bagi mengelakkan keraguan, dengan ini diisytiharkan bahawa jika harta sesuatu pertubuhan belia berdaftar terletak hak pada Ketua Pengarah Insolvensi di bawah perenggan 1(a), maka harta tiap-tiap cawangan pertubuhan belia itu, sama ada ia merupakan suatu cawangan yang sah di sisi undang-undang atau tidak, hendaklah juga terletak hak pada Ketua Pengarah Insolvensi dan seksyen ini hendaklah terpakai bagi tiap-tiap cawangan sedemikian itu dan hartanya.
41
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia
Pemakaian seksyen 25 bagi cawangan pertubuhan belia berdaftar yang menyalahi undang-undang
Jika cawangan sesuatu pertubuhan belia berdaftar—
telah diisytiharkan sebagai menyalahi undang-undang melalui suatu perintah Menteri di bawah seksyen 33;
diberitahu oleh Pendaftar kepada Ketua Pengarah Insolvensi sebagai suatu pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang di bawah subseksyen 18(3); atau
telah, dengan apa jua cara, menjadi suatu pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang di bawah subseksyen 86(1), peruntukan seksyen 25 hendaklah terpakai bagi cawangan pertubuhan belia berdaftar dan hartanya mengikut cara yang sama sebagaimana ia terpakai bagi apa-apa pertubuhan belia berdaftar dan hartanya, dan sebutan mengenai badan pengelola pertubuhan belia berdaftar dalam subseksyen 25(3) dan (5) hendaklah dengan sewajarnya ditafsirkan sebagai sebutan mengenai badan pengelola cawangan pertubuhan belia itu.
Peletakhakan harta pertubuhan belia yang dibatalkan pendaftarannya kepada pertubuhan belia berdaftar yang baru
Walau apa pun peruntukan subperenggan 25(1)(b)(ii), Ketua
Pengarah Insolvensi boleh, jika dia berpuas hati bahawa—
pertubuhan belia baru itu telah didaftarkan di bawah
Akta ini;
42
Undang-Undang Malaysia
Akta 668
perlembagaan dan kaedah-kaedah pertubuhan belia baru itu serupa dengan perlembagaan dan kaedah-kaedah pertubuhan belia lama;
majoriti orang yang menjadi anggota yang sah pertubuhan belia lama sebaik sebelum pembatalan pendaftarannya adalah anggota pertubuhan belia baru itu; dan
badan pengelola pertubuhan belia baru telah memberikan suatu aku janji bertulis yang menyatakan bahawa pertubuhan belia baru itu akan mengambil alih tanggungjawab bagi segala hutang dan liabiliti pertubuhan belia lama yang sedia ada, memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk suatu perintah bagi meletakhakkan segala aset, hutang dan liabiliti pertubuhan belia lama itu dan semua cawangannya pada pertubuhan belia baru itu.
Mahkamah boleh, jika ia berpuas hati tentang segala perkara yang disebut dalam subseksyen (2) meluluskan permohonan itu sebagaimana yang dipohon oleh Ketua Pengarah Insolvensi dengan apa-apa ubah suaian atau ubahan yang difikirkan patut dan perlu.
Permohonan hendaklah dibuat melalui saman pemula yang hendaklah disiarkan dalam Warta dan diiklankan dalam surat khabar dalam bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris, yang diedarkan di Malaysia.
Mana-mana orang yang mungkin terjejas atau terkilan dengan keputusan Mahkamah, atas sifatnya sebagai anggota sama ada pertubuhan belia lama atau pertubuhan belia baru atau sebagai seorang pemiutang pertubuhan belia lama boleh memohon kepada Mahkamah untuk hadir dan membuat representasi mengenainya mengikut *Kaedah-Kaedah Mahkamah
Tinggi.
*CATATAN–Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 [P.U. (A) 50/1980] telah dimansuhkan oleh Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 [P.U. (A) 205/2012]— lihat Aturan 1 kaedah 1 dan Aturan 94 kaedah 1 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 [P.U. (A) 205/2012] m.b.p. 1 Ogos 2012.
43
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia
Mana-mana orang yang merupakan anggota yang sah pertubuhan belia lama sebaik sebelum pembatalan pendaftarannya dan yang bukan seorang anggota dalam pertubuhan belia baru yang tidak membantah terhadap permohonan Ketua Pengarah
Insolvensi hendaklah dilepaskan daripada semua hutang dan liabiliti pertubuhan belia lama dan semua cawangannya apabila perintah seperti yang dipohon oleh Ketua Pengarah Insolvensi itu dibuat.
Apabila suatu perintah peletakhakan dibuat oleh Mahkamah di bawah subseksyen (3), segala harta yang terkandung dalam perintah itu hendaklah terletakhak dengan sewajarnya kepada pertubuhan belia baru itu tanpa apa-apa pindah hak, pemindahan hakmilik atau penyerahhakan selanjutnya.
Adalah sah bagi Ketua Pengarah Insolvensi untuk melakukan atau mengambil apa-apa tindakan sebagaimana yang perlu untuk menguruskan apa-apa harta atau melepaskan hutang dan liabiliti pertubuhan belia lama walaupun permohonan di bawah subseksyen (2) belum selesai di Mahkamah.
Ketua Pengarah Insolvensi hendaklah menyiarkan perintah di bawah subseksyen (3) dalam Warta dan mengiklankannya dalam surat khabar bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris, yang diedarkan di Malaysia, dan selepas itu Ketua Pengarah Insolvensi hendaklah terlepas sepenuhnya daripada segala tanggungjawab dan liabiliti dalam perkara itu.
Segala kos dan belanja yang ditanggung oleh Ketua
Pengarah Insolvensi dalam perkara ini hendaklah dibayar daripada aset pertubuhan belia lama dan semua cawangannya dan hendaklah diberikan keutamaan mengatasi segala hutang dan liabiliti lain.
Segala surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang sebaik sebelum wujud sebelum penyiaran dalam
Warta keputusan Mahkamah di bawah subseksyen (3) hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya terhadap atau berpihak kepada pertubuhan belia baru dan boleh dikuatkuasakan dengan sepenuhnya dan berkesan, terhadap pertubuhan belia baru itu.
Peruntukan subseksyen 25(3), (5) dan (6) hendaklah terpakai berhubung dengan seksyen ini mengikut cara yang sama sebagaimana ia terpakai berhubung dengan seksyen 25.
44
Undang-Undang Malaysia
Akta 668
Jika kelulusan untuk menubuhkan suatu cawangan telah diberikan, cawangan itu hendaklah ditubuhkan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh kelulusan itu melainkan jika Pendaftar telah memberikan pelanjutan masa.
Tanggungan pertubuhan belia berdaftar berkenaan dengan kontrak yang dibuat oleh cawangan
Pertikaian
Mana-mana pihak kepada pertikaian yang terkilan dengan keputusan yang dibuat oleh Pendaftar boleh merayu kepada Panel
Penyelesaian Pertikaian.
Panel Penyelesaian Pertikaian
Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi belia sebagai Pengerusi; dan
Dalam menjalankan tugas dan fungsinya dalam membuat keputusan, Panel boleh mengarahkan pihak kepada pertikaian itu menzahirkan apa-apa dokumen atau hadir di hadapan Panel atau memberikan apa-apa arahan yang difikirkan wajar.
pembatalan pendaftaran pertubuhan belia di bawah seksyen 20;
45
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia
keengganan memberi pengecualian di bawah subseksyen 13(6) kepada orang berkelayakan untuk memegang jawatan dalam mana-mana pertubuhan belia;
keengganan meluluskan penukaran nama atau tempat urusan pertubuhan belia itu, atau pindaan kepada kaedah-kaedahnya di bawah seksyen 17;
keengganan meluluskan penubuhan sesuatu cawangan pertubuhan belia di bawah seksyen 18;
perintah melarang orang bukan warganegara daripada memegang jawatan dalam suatu pertubuhan belia atau melarang gabungan, perkaitan, hubungan, atau urusan lain dengan mana-mana pertubuhan di luar Malaysia dan perkara-perkara lain yang dinyatakan dalam subseksyen 21(1);
perintah supaya meminda kaedah-kaedah atau perlembagaan pertubuhan belia di bawahsubseksyen 21(2);
keengganan meluluskan seorang juruaudit atau meluluskan seorang juruaudit di bawah subseksyen 23(3) yang tidak diterima oleh pertubuhan belia;
membuat suatu perintah sementara untuk pembubaran pertubuhan belia di bawah subseksyen 23(4); atau
keengganan memberi kebenaran di bawah seksyen 13
untuk menjadi seorang pemegang jawatan, boleh, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keputusan Panel
Penyelesaian Pertikaian atau Pendaftar itu, merayu terhadap keputusan itu kepada Menteri.
Menteri boleh mengesahkan, menolak atau mengubah keputusan Panel Penyelesaian Pertikaian atau Pendaftar dan keputusan Menteri adalah muktamad.
46
Undang-Undang Malaysia
Akta 668
Pertubuhan belia berdaftar hendaklah bertindak mengikut
Perlembagaan
Menjadi kewajipan tiap-tiap pertubuhan belia berdaftar dalam menjalankan aktivitinya mengendalikan hal ehwalnya memastikan bahawa ia selaras dan sesuai mengikut dan mematuhi peruntukan
Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri, dan jika apa-apa aktiviti atau hal ehwal mana-mana pertubuhan belia berdaftar dalam apa jua cara mencabuli, mencemarkan atau menyekat atau menunjuk tidak mengendahkan—
sistem kerajaan demokratik yang diketuai oleh seorang raja berperlembagaan Malaysia, dan di negeri-negeri, oleh
Sultan berperlembagaan atau Yang di-Pertua Negeri;
kedudukan agama Islam sebagai agama Malaysia, dengan agama lain diamalkan secara aman dan harmoni;
kepentingan sah taraf kaum-kaum yang lain, seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan atau mana-mana Perlembagaan Negeri, Pendaftar boleh membatalkan pendaftaran pertubuhan belia itu selepas memberi pertubuhan belia itu suatu peluang untuk membuat representasi kepadanya.
Pertubuhan belia disifatkan ditubuhkan di Malaysia
Tiada pertubuhan belia boleh disifatkan sebagai ditubuhkan sedemikian, jika dan selagi—
tiada pejabat, tempat urusan atau tempat mesyuarat disenggarakan atau digunakan di Malaysia oleh pertubuhan belia itu atau oleh sesiapa jua bagi pihaknya;
tiada daftar mengenai semua atau mana-mana anggota pertubuhan belia itu disimpan di Malaysia; dan
tiada yuran dipungut atau didapatkan di Malaysia oleh pertubuhan belia itu atau oleh sesiapa jua bagi pihaknya.
Kuasa Menteri mengisytiharkan pertubuhan belia sebagai menyalahi undang-undang
Sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta dan hendaklah berkuat kuasa bagi membatalkan dengan serta-merta pendaftaran mana-mana pertubuhan belia itu, jika telah didaftarkan di bawah Akta ini dan tiada pertubuhan belia yang terhadapnya sesuatu perintah telah dibuat di bawah seksyen ini boleh didaftarkan sedemikian.
Peruntukan seksyen 25 hendaklah terpakai bagi mana-mana pertubuhan belia yang terjejas oleh perintah yang dibuat di bawah seksyen ini.
48
Undang-Undang Malaysia
Akta 668
Bahagian IV
Dasar berhubung dengan pembangunan belia
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), dasar atau arahan boleh dibuat untuk semua atau mana-mana perkara yang berikut:
Menteri boleh, dari semasa ke semasa, memberi
Ketua Pengarah arahan yang bersifat am dan selaras dengan peruntukan Akta ini mengenai penjalanan kuasa dan budi bicara yang diberikan kepada Ketua Pengarah dan tugas yang perlu dilaksanakan di bawah Akta ini dan peraturan yang dibuat di bawahnya berhubung dengan semua perkara mengenai pembangunan belia, dan Ketua Pengarah hendaklah melaksanakan setiap arahan sedemikian.
49
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia
Bahagian V
Suatu majlis dengan nama “Majlis Perundingan Belia Negara”
ditubuhkan.
Fungsi Majlis
Fungsi Majlis adalah untuk bertindak sebagai badan perunding dalam hal yang berhubungan dengan pembangunan belia.
Keanggotaan Majlis
seorang wakil setiap Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal belia;
seorang wakil daripada Kementerian yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan;
tidak lebih daripada sepuluh orang wakil daripada agensi kerajaan yang mengendalikan hal ehwal belia yang ditentukan oleh Menteri;
tidak lebih daripada dua puluh lima orang pegawai
Kementerian yang bertanggungjawab bagi hal ehwal belia yang dilantik oleh Menteri;
50
Undang-Undang Malaysia
Akta 668
semua Anggota Dewan Tertinggi dan Anggota Jawatankuasa
Kerja badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan; dan
tidak lebih daripada dua puluh orang yang pada pendapat
Menteri boleh menyumbang secara berkesan kepada pembangunan belia, yang dilantik oleh Menteri.
Menteri boleh melantik secara sementara mana-mana anggota
Majlis untuk melaksanakan fungsi Pengerusi bagi tempoh apabila
Pengerusi tidak berupaya, disebabkan sakit, cuti atau apa-apa sebab lain, untuk melaksanakan fungsinya.
Anggota yang dilantik sebagai Pengerusi di bawah subseksyen (2) hendaklah, semasa tempoh dia melaksanakan fungsi
Pengerusi di bawah seksyen ini, disifatkan sebagai Pengerusi.
Majlis boleh mengundang orang lain ke persidangan atau mesyuarat
Majlis boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana persidangan atau mesyuarat Majlis bagi maksud menasihati atau membantunya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan.
Tempoh jawatan
Seseorang anggota Majlis yang dilantik di bawah perenggan 37(1)(i) adalah layak untuk dilantik semula.
Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan
Seseorang anggota Majlis boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan empat belas hari notis bertulis kepada Menteri.
Pengosongan jawatan
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia
Jawatan seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 37(1)(i) hendaklah menjadi kosong, jika—
telah dibuktikan terhadapnya atau dia telah disabitkan dengan apa-apa kesalahan—
yang melibatkan fraud, rasuah, kecurangan atau keburukan akhlak; atau
yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti suatu denda, selama lebih daripada dua tahun;
dia didapati tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menjalankan tugasnya;
dia tidak menghadiri persidangan selama tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran daripada Pengerusi;
dia telah dikenakan perintah tahanan, kediaman terhad, buang negeri atau yang seumpama dengannya di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan keselamatan dan keselamatan awam yang sedang berkuat kuasa;
Apabila seseorang tidak lagi menjadi anggota Majlis, Menteri boleh melantik orang lain untuk mengisi kekosongan tersebut dan mana-mana orang yang dilantik itu hendaklah memegang jawatan itu selama baki tempoh jawatan itu.
Jawatankuasa
Pengerusi sesuatu jawatankuasa boleh, dengan persetujuan
Majlis melantik mana-mana orang untuk menganggotai sesuatu jawatankuasa.
Jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa bagi maksud menasihatinya atau membantunya mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang tersebut tidak layak untuk mengundi dalam persidangan, mesyuarat atau pertimbangtelitian.
Sekretariat
Menteri hendaklah melantik seorang pegawai awam untuk menjadi setiausaha kepada sekretariat bersama yang hendaklah bertanggungjawab untuk pentadbiran dan pengurusan hal ehwal hari ke hari keseluruhannya Majlis dan sekretariat bersama.
53
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia
Saraan atau elaun
Pengerusi dan anggota Majlis atau jawatankuasa dan mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri persidangan Majlis atau mesyuarat jawatankuasa boleh dibayar apa-apa saraan atau elaun pada apa-apa kadar sebagaimana yang ditentukan oleh
Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan.
Persidangan Majlis
Kuorum bagi persidangan hendaklah tidak kurang daripada separuh jumlah keanggotaan Majlis yang diisi.
Apa-apa keputusan Majlis hendaklah dibuat secara rundingan.
Kehilangan kelayakan menjadi anggota
Mana-mana anggota Majlis hendaklah disifatkan sebagai telah terhenti daripada menjadi anggota Majlis apabila dia tidak lagi memegang jawatan dalam badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan.
Penguntukan dana
Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan, boleh meluluskan suatu penguntukan dana tahunan bagi Majlis melaksanakan fungsinya.
54
Undang-Undang Malaysia
Akta 668
Bahagian VI
KEBANGSAAN
Badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan
Objektif badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan ialah—
menggalakkan dan mendorong pertubuhan belia supaya memainkan peranan yang positif dan berkesan kepada masyarakat dan negara;
merangsang dan mewujudkan perhubungan, kerjasama, persefahaman dan persahabatan antara pertubuhan belia dengan belia atau dengan pertubuhan belia antarabangsa;
menggalakkan kemajuan pertubuhan belia yang seimbang dalam pelbagai bidang; dan
memupuk sikap bertanggungjawab, semangat patriotism dan kesukarelawanan di kalangan pertubuhan belia.
Fungsi badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan
Fungsi badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan ialah—
untuk menyalurkan suara belia kepada kerajaan;
55
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia
untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam menjalankan program dan aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan belia daripada aspek pendidikan, penyelidikan dan pembangunan sumber manusia; dan
Badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan hendaklah, pada atau sebelum 31 Mac setiap tahun, mengemukakan kepada Menteri suatu laporan berkenaan dengan program dan aktivitinya yang dijalankan dalam tahun sebelumnya dan hendaklah memberikan apa-apa maklumat lanjut yang diperlukan oleh Menteri.
Permohonan bagi penguntukan tahunan badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan
Bagi tujuan subseksyen (1), badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan hendaklah menyediakan anggaran perbelanjaan bagi tiap-tiap tahun kewangan.
Badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan tahunan untuk tahun berikutnya dalam apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa butir yang ditetapkan oleh
Menteri.
56
Undang-Undang Malaysia
Akta 668
Kelulusan penguntukan kewangan dan bantuan
Selepas menerima permohonan di bawah seksyen 52, Menteri boleh, selepas berunding dengan Menteri Kewangan meluluskan apa-apa penguntukan kewangan atau bantuan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang disifatkan perlu.
Akaun dan audit badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan
Penyata kewangan badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan hendaklah diaudit tiap-tiap tahun oleh juruaudit yang dilantik oleh badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan.
Penyata kewangan badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan hendaklah diaudit dalam masa enam bulan dari akhir tiap-tiap tahun kewangan dan dalam tempoh itu, badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan hendaklah mengemukakan suatu salinan penyata akaun itu dengan cara yang dikehendaki oleh Menteri untuk dikemukakan kepada Menteri bersama-sama dengan suatu salinan laporan juruaudit yang disediakan oleh juruaudit yang dilantik itu.
Bahagian VII
BELIA MALAYSIA
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia
Institut boleh membawa guaman atau dibawa guaman terhadapnya atas nama perbadanannya.
Meterai perbadanan
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia
Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan
Ketua Pegawai Eksekutif atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh sama ada Ketua Pegawai Eksekutif atau oleh mana-mana orang lain yang dibenarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif secara bertulis.
Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan itu dan disahkan mengikut subseksyen (2) hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya disifatkan telah disempurnakan dengan sah.
Apa-apa surat ikatan, dokumen dan surat cara lain, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan mengikut cara yang serupa oleh seorang anggota
Institut atau seorang pekerja Institut yang diberi kuasa bagi maksud itu.
Meterai perbadanan Institut hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Fungsi Institut
Fungsi-fungsi Institut adalah—
untuk mengumpul, mengurus dan menyebarkan maklumat dan menyenggara rekod semua perkara berkaitan yang berhubungan dengan pembangunan belia;
58
Undang-Undang Malaysia
Akta 668
untuk menjalankan, memudahkan atau membiayai penyelidikan yang berkaitan dengan pembangunan belia;
untuk mengadakan perkhidmatan teknikal, nasihat, perundingan dan perkhidmatan yang berkaitan berkenaan dengan pembangunan belia;
untuk mewujudkan dan mengekalkan hubungan dan kerjasama dengan lain-lain institusi yang berkaitan di dalam dan di luar Malaysia bagi tujuan mempertingkatkan pembangunan belia;
untuk menganalisis, menilai dan membuat syor mengenai aktiviti belia yang dianjurkan oleh pertubuhan belia, badan kerajaan, organisasi bukan kerajaan atau mana-mana organisasi sektor swasta yang lain;
untuk menjalankan program bercorak pendidikan dan kesedaran untuk menggalakkan pembangunan belia;
untuk bekerjasama, menyelaras dan menyertai dalam program atau aktiviti pembangunan belia yang berkaitan dengan penyelidikan yang dianjurkan oleh organisasi kebangsaan atau antarabangsa; dan
untuk melakukan apa-apa perkara lain yang didapatinya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya dengan berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.
Kuasa Institut
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa Institut hendaklah termasuk kuasa—
untuk memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati tiap-tiap jenis harta alih atau hak tak alih;
59
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia
untuk memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan dalamnya, yang terletak hak pada
Institut;
untuk menjalankan atau menyelaraskan aktiviti yang berhubungan dengan penyelidikan pembangunan belia dan perkhidmatan yang berkaitan dengannya;
untuk mengutip dan menerima wang berhubung dengan apa-apa aktiviti atau perkhidmatan yang diberikan oleh
Institut atau penggunaan kemudahan Institut;
untuk membuat apa-apa rundingan dan perjanjian atau perkiraan yang disifatkannya patut bagi menunaikan fungsinya;
untuk memperoleh, memegang, melupuskan atau memberikan hak yang berhubungan dengan apa-apa hasil penyelidikan yang dijalankan oleh atau bagi pihak Institut atau berhubung hasil dengan apa-apa hasil penyelidikan yang diusahakan oleh mana-mana orang atau organisasi;
untuk menugaskan mana-mana orang atau badan untuk menjalankan penyelidikan atau pembangunan atau kedua-duanya;
untuk menjalankan dan menyelaraskan apa-apa aktiviti yang disifatkannya patut bagi maksud melindungi dan memajukan belia Malaysia; dan
untuk melakukan semua perkara yang suai manfaat atau perlu atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.
Institut boleh, dalam menunaikan apa-apa fungsinya dalam hal yang bersesuaian menjalankan aktiviti perniagaan bagi mendapat untung atau faedah melalui syarikat yang boleh ditubuhkan dari semasa ke semasa di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] dan syarikat itu hanya boleh ditubuhkan setelah diluluskan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan.
60
Undang-Undang Malaysia
Akta 668
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi menetapkan apa-apa aktiviti atau kepentingan atau menetapkan terma dan syarat mana-mana aktiviti atau kepentingan mana-mana anggota, pegawai atau pekhidmat Institut berhubung dengan mana-mana syarikat yang ditubuhkan di bawah subseksyen (2) atau kepada mana-mana syarikat, perusahaan atau pengusahaan.
Apa-apa peninggalan atau ketidakpatuhan dan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau yang cuba dilakukan yang berlawanan dengan peruntukan peraturan-peraturan itu suatu kesalahan di bawah Akta ini dan pesalah itu boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Pembangunan Belia Malaysia
Lembaga Pengarah
Suatu Lembaga Pengarah yang dikenali sebagai Lembaga
Pengarah Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia ditubuhkan.
Keanggotaan Lembaga
tujuh orang anggota yang, pada pendapat Menteri, mempunyai pengalaman dan menunjukkan keupayaan dan profesionalisme dalam perkara yang berhubungan dengan pembangunan belia daripada aspek pendidikan, penyelidikan atau sumber manusia, atau selainnya sesuai dilantik disebabkan oleh pengetahuan khas dan pengalamannya, seorang daripadanya hendaklah wakil daripada badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan.
61
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia
Menteri boleh melantik mana-mana anggota Lembaga untuk menjalankan fungsi Pengerusi—
jika Pengerusi tidak berupaya untuk menjalankan fungsinya disebabkan sakit, cuti atau sebab-sebab lain; atau
Seorang anggota yang dilantik sebagai Pengerusi di bawah subseksyen (2) hendaklah, semasa tempoh dia melaksanakan fungsi
Pengerusi di bawah seksyen ini, disifatkan sebagai Pengerusi.
Lima orang anggota Lembaga hendaklah membentuk kuorum dalam mana-mana mesyuarat Lembaga.
Peruntukan Jadual Ketiga hendaklah terpakai kepada
Lembaga.
Kuasa dan fungsi Lembaga
Fungsi Lembaga hendaklah termasuk menjalankan semua aktiviti dan melakukan semua perkara yang perlu atau memberi faedah dan sesuai untuk kerajaan, kawalan dan pentadbiran
Institut.
Tempoh jawatan
Seseorang anggota Lembaga hendaklah layak untuk dilantik semula.
Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan
Akta 668
Seseorang anggota Lembaga, selain anggota-anggota di bawah perenggan 60(1)(b) dan (c), boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatan dengan memberikan notis bertulis kepada
Menteri.
Pengosongan jawatan
Jawatan seseorang anggota Lembaga hendaklah menjadi kosong—
jika telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan, atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
apa-apa kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda, selama lebih daripada dua tahun;
jika kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan tugasnya sebagai seorang anggota Lembaga atau selainnya, telah menjejaskan nama baik Lembaga;
jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;
dalam hal Pengerusi, jika dia tidak menghadiri mesyuarat
Lembaga tanpa kebenaran Menteri;
dalam hal seseorang anggota Lembaga dalam perenggan 60(1)(d), jika dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran bertulis Pengerusi;
jika Menteri berpuas hati bahawa anggota itu telah tidak menghadirkan dirinya tiga kali berturut-turut dalam mesyuarat Institut tanpa kebenaran atau alasan yang munasabah.
Pewakilan fungsi dan kuasa Lembaga
Mana-mana fungsi dan kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama dan bagi pihak Lembaga.
Pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang Lembaga sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan pada bila-bila masa, mana-mana fungsi dan kuasa yang diwakilkan.
Jawatankuasa Lembaga
Lembaga boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).
Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini boleh memilih mana-mana anggotanya menjadi pengerusi dan boleh mengawal selia tatacaranya sendiri dan, pada menjalankan kuasanya di bawah subseksyen ini, jawatankuasa itu adalah tertakluk kepada dan hendaklah bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa itu oleh Lembaga.
Mesyuarat sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu, tertakluk kepada subseksyen (3).
Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang yang bukan anggota jawatankuasa untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa, bagi maksud menasihatinya mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak mengundi pada mana-mana mesyuarat itu.
Anggota jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (5) untuk menghadiri mana-mana mesyuarat sesuatu jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain yang ditentukan oleh Lembaga.
Anggota sesuatu jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya dan adalah layak untuk dilantik semula.
Pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Lembaga tanpa memberikan apa-apa sebab baginya.
Anggota sesuatu jawatankuasa boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis yang dialamatkan kepada Pengerusi Lembaga.
Saraan dan elaun
Akta 668
Anggota Lembaga, selain daripada Ketua Pegawai Eksekutif, boleh dibayar apa-apa saraan atau elaun daripada Kumpulan Wang yang boleh ditentukan oleh Menteri, selepas berunding dengan
Menteri Kewangan.
65
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia
Kuasa Menteri untuk memberikan arahan
Menteri boleh memberi Lembaga arahan yang bersifat am yang berhubungan dengan fungsi dan kuasa Lembaga dan
Lembaga hendaklah melaksanakan arahan itu.
Kesahan perbuatan dan prosiding
Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—
wujudnya apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau kecacatan dalam penubuhan Lembaga; atau
wujudnya apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit kes itu.
Ketua Pegawai Eksekutif
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran dan pengurusan fungsi dan hal ehwal hari ke hari
Institut pada keseluruhannya.
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pegawai Institut yang lain.
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan yang diarahkan oleh Menteri dan Lembaga dari semasa ke semasa.
Dalam menunaikan kewajipannya, Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Lembaga.
66
Undang-Undang Malaysia
Akta 668
Pelantikan pegawai
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah, dengan kelulusan
Lembaga menentukan syarat perkhidmatan pegawai-pegawainya tertakluk kepada peraturan dan persetujuan Menteri Kewangan.
Penubuhan Kumpulan Wang
Kumpulan Wang itu hendaklah terdiri daripada—
segala wang yang diperoleh daripada jualan, pelupusan, pemajakan atau penyewaan, atau apa-apa urusan lain tentang, apa-apa harta yang terletak hak pada atau yang diperoleh oleh Institut;
segala wang yang diperoleh sebagai pendapatan daripada pelaburan oleh Institut; dan
segala wang lain yang diterima dengan sah oleh
Institut.
67
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia
Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan
Wang
Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud yang berikut:
membayar saraan, elaun dan perbelanjaan lain anggota dan pegawai Institut, termasuklah pemberian pinjaman dan wang pendahuluan, elaun persaraan, faedah persaraan, pencen dan ganjaran;
membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan secara sah oleh Institut termasuklah fi dan kos guaman dan fi serta kos lain;
membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan, diterima atau dianggap wajar oleh Institut dalam melaksanakan fungsi-fungsinya;
memperoleh tanah dan apa-apa aset, dan membina bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja lain dalam menjalankan apa-apa fungsinya; dan
secara amnya, membayar apa-apa perbelanjaan bagi melaksanakan fungsi-fungsinya.
Perbelanjaan dan penyediaan anggaran
Sebelum 1 September setiap tahun, Institut hendaklah mengemukakan satu anggaran perbelanjaan, termasuk perbelanjaan bagi program penyelidikan dan pembangunan, bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa butiran sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.
Menteri hendaklah, sebelum 1 Januari tahun yang berikutnya, memberitahu Institut amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan pada amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap jenis perbelanjaan berdasarkan anggaran yang disediakan di bawah subseksyen (2).
68
Undang-Undang Malaysia
Akta 668
Institut boleh, pada bila-bila masa, mengemukakan kepada
Menteri suatu anggaran perbelanjaan tambahan bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan dimasukkan dalam anggaran perbelanjaan tambahan itu.
Pemeliharaan Kumpulan Wang
Menjadi kewajipan Institut untuk memelihara Kumpulan
Wang dengan melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini dengan sedemikian cara supaya dapat dipastikan bahawa jumlah hasil Institut mencukupi untuk membayar semua jumlah wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada akaun hasilnya, termasuk susut nilai dan bunga atas modal, dari setahun ke setahun.
Kuasa untuk melabur
Institut boleh menyimpan, sama ada dalam deposit tetap atau akaun semasa, apa-apa wang yang tidak dilaburkan buat sementara waktu di mana-mana bank di Malaysia yang memegang lesen yang sah di bawah peruntukan *Akta Bank dan
Institusi Kewangan 1989 [Akta 372] atau Akta Bank Islam 1983
[Akta 276] dan diberi kelulusan terlebih dahulu secara bertulis bagi maksud ini oleh Menteri.
Akaun dan laporan
Institut hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin menghantar satu salinan penyata akaun yang diperakui oleh juruaudit dan satu salinan laporan juruaudit kepada Menteri yang hendaklah menyebabkan supaya penyata dan laporan itu dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.
Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980
[Akta 240] hendaklah terpakai bagi Institut.
Tatacara kewangan
Tertakluk kepada Akta ini dan kelulusan Menteri, Institut hendaklah menentukan tatacara kewangannya sendiri.
Tahun kewangan
Tahun kewangan Institut hendaklah bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember setiap tahun.
Bahagian VIII
Pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang
suatu pertubuhan belia atau cawangannya yang telah diisytiharkan sebagai menyalahi undang-undang oleh
Menteri di bawah seksyen 33;
suatu pertubuhan belia atau cawangannya yang tidak didaftarkan di bawah seksyen 9;
70
Undang-Undang Malaysia
Akta 668
suatu cawangan sesuatu pertubuhan belia, jika cawangan itu telah ditubuhkan bertentangan dengan subseksyen 18(1), atau terus wujud bertentangan dengan proviso kepada subseksyen 18(3); dan
suatu pertubuhan belia atau cawangannya yang pendaftarannya telah dibatalkan di bawah seksyen 31
dan 20.
Jika mana-mana pertubuhan belia adalah menyalahi undang-undang di bawah subseksyen (1), atau pendaftarannya dibatalkan di bawah Akta ini, setiap cawangan pertubuhan belia itu hendaklah dengan serta-merta selepas itu menjadi menyalahi undang-undang dan kelulusan Pendaftar bagi penubuhannya hendaklah disifatkan terbatal.
Penalti kerana mengurus, dsb., pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang
Mana-mana pemegang jawatan dan mana-mana orang yang mengurus atau membantu dalam pengurusan mana-mana pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Penalti kerana menghadiri mesyuarat, dsb., pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang
Mana-mana anggota atau orang yang bertindak sebagai anggota mana-mana pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang atau menghadiri mesyuarat suatu pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang atau yang membayar wang atau memberi apa-apa bantuan kepada atau bagi maksud pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang dan dengan pengetahuan bahawa pertubuhan belia itu adalah menyalahi undang-undang melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
71
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia
Penalti bagi orang yang membenarkan pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang dalam premis
Mana-mana orang dengan diketahuinya membenarkan suatu mesyuarat sesuatu pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang, diadakan di mana-mana rumah, bangunan atau tempat yang dipunyai, diduduki atau dikawal olehnya melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Penalti kerana menghasut, dsb., seseorang supaya menjadi seorang anggota pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang
Mana-mana orang yang menggunakan apa-apa kekerasan, ugutan atau intimidasi terhadap mana-mana orang lain bagi mendorong orang lain itu menjadi anggota atau membantu dalam pengurusan mana-mana pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Penalti kerana mendapatkan yuran atau bantuan untuk pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang
Mana-mana orang yang mendapatkan atau cuba mendapatkan daripada mana-mana orang lain apa-apa yuran atau bantuan bagi maksud suatu pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
72
Undang-Undang Malaysia
Akta 668
Penalti kerana menyiarkan, dsb., dakyah pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang
Apa-apa pelekat, surat khabar, buku, majalah, terbitan berkala, poster, pekeliling, perisytiharan, pernyataan bergambar, surat atau apa-apa jua dokumen atau penulisan lain dan apa-apa jua buku, majalah, terbitan berkala, poster, perisytiharan, akhbar, surat atau apa-apa dokumen lain atau tulisan yang berkenaan dengannya orang itu telah disabitkan hendaklah dilucuthakkan.
Penalti kerana bertindak bagi pihak atau mewakili suatu pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang
badan pengelola cawangannya, berhubung dengan apa-apa perkara berkenaan pertubuhan belia itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
73
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia
Subseksyen (1) tidak terpakai bagi suatu rayuan oleh pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang di bawah seksyen 30, atau bagi apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa perkara yang melibatkan pertubuhan itu.
Penalti terhadap pemegang jawatan dalam pertubuhan belia yang pendaftarannya telah dibatalkan
Jika pendaftaran mana-mana pertubuhan belia telah dibatalkan di bawah seksyen 31 atau perenggan 20(1)(c), mana-mana pemegang jawatan pertubuhan belia yang dibatalkan pendaftarannya itu—
pada bila-bila masa selepas pembatalan itu, menjadi pemegang jawatan pertubuhan belia yang lain; atau
selepas tamat tempoh tiga puluh hari daripada pembatalan itu, terus menjadi pemegang jawatan dalam mana-mana pertubuhan belia yang lain, tanpa kebenaran bertulis Pendaftar melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Penggunaan bendera, simbol, lambang, lencana dan tanda kebesaran lain bagi pertubuhan belia
Pendaftar boleh mengenakan apa-apa syarat bagi membolehkan apa-apa bendera, simbol, lambang, lencana atau tanda kebesaran lain pertubuhan belia itu dipamerkan.
Mana-mana orang atau pertubuhan belia yang mempamerkan apa-apa bendera, simbol, lambang, lencana atau tanda kebesaran lain tanpa kelulusan Pendaftar atau bertentangan dengan mana-mana syarat yang dikenakan oleh Pendaftar melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
74
Undang-Undang Malaysia
Akta 668
Liabliti pemegang jawatan berkenaan dengan kesalahan oleh pertubuhan belia
sama ada atau tidak mana-mana orang telah disabitkan berkenaan dengannya; dan
telah dilakukan atau berupaya sebagai telah dilakukan atas nama atau bagi pihak mana-mana pertubuhan belia yang ditubuhkan oleh, di bawah atau menurut Akta ini;
tiap-tiap pemegang jawatan dalam pertubuhan belia itu atau tiap-tiap orang yang menguruskan atau membantu dalam pengurusan pertubuhan belia itu pada masa kesalahan itu dilakukan, hendaklah disifatkan sebagai melakukan kesalahan tersebut dan boleh dikenakan hukuman yang ditetapkan oleh undang-undang, mengenainya melainkan dia membuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuannya dan dia telah melaksanakan segala usaha yang sewajarnya untuk mencegah pelakuan kesalahan.
Dalam mana-mana pendakwaan di bawah seksyen ini terhadap seseorang pemegang jawatan atau mana-mana orang yang menguruskan atau membantu dalam pengurusan mana-mana pertubuhan belia yang dinyatakan dalam subseksyen (1), apa-apa dokumen yang ditemui dalam pemilikan mana-mana pemegang jawatan atau orang yang membantu dalam pengurusan pertubuhan belia tersebut, atau dalam pemilikan seseorang anggota pertubuhan belia tersebut, adalah menjadi keterangan prima facie tentang kandungannya bagi maksud untuk membuktikan bahawa apa-apa jua telah dilakukan atau berupa sebagai telah dilakukan oleh atau bagi pihak pertubuhan belia itu.
Pertubuhan belia yang menggunakan upacara kongsi gelap disifatkan sebagai pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang
Bagi maksud subseksyen (1) upacara kongsi gelap ertinya apa-apa upacara yang biasanya digunakan oleh kumpulan kongsi gelap, apa-apa upacara yang menyerupai upacara itu dan sebahagian daripada upacara itu.
Mana-mana orang yang menjadi atau bertindak sebagai anggota kumpulan kongsi gelap atau menghadiri mesyuarat kumpulan kongsi gelap itu atau didapati memiliki, atau ada dalam jagaan atau kawalannya, apa-apa dokumen, akaun, senarai anggota, meterai, sepanduk, simbol atau benda lain, yang berhubungan dengan suatu kumpulan kongsi gelap, sama ada pertubuhan itu ditubuhkan di Malaysia atau tidak, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Penalti kerana salah guna wang atau harta pertubuhan belia berdaftar
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia
ada dalam milikan atau kawalannya apa-apa harta pertubuhan belia itu selain daripada berdasarkan kaedah-kaedah pertubuhan belia itu;
dengan sengaja menggunakan apa-apa wang pertubuhan belia itu bagi maksud selain yang dinyatakan dalam kaedah-kaedah pertubuhan belia itu dan peruntukan Akta ini.
Jika Mahkamah itu berpuas hati dengan hal keadaan yang dinyatakan dalam subseksyen (1), mahkamah hendaklah, jika difikirkan perlu untuk keadilan hal itu, memerintahkan pemegang jawatan atau anggota pertubuhan belia berdaftar itu supaya menyerahkan harta atau membayar wang itu kepada pemegang amanah pertubuhan belia berdaftar itu.
76
Undang-Undang Malaysia
Akta 668
Suatu aduan yang dibuat di bawah subseksyen (1) tidak boleh dilayani melainkan jika Mahkamah itu berpuas hati bahawa pengadu itu, pada tarikh aduan itu, merupakan seorang anggota kepada pertubuhan belia yang berhubung dengan hartanya aduan itu dibuat.
Mana-mana orang yang terikat dengan perintah di bawah subseksyen (2) yang gagal mematuhi terma dan arahan dalam perintah yang tersebut dalam masa yang ditentukan dalam perintah itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.
Suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2)
hendaklah tidak menjejaskan atau menghalang sesuatu prosiding pendakwaan atau sivil terhadap mana-mana pemegang jawatan atau anggota pertubuhan belia itu.
Penalti kerana mempamerkan atau menggunakan perakuan pendaftaran yang telah dibatalkan
Mana-mana orang yang mempamerkan atau menggunakan apa-apa perakuan pendaftaran pertubuhan belia yang pendaftarannya telah dibatalkan atau salinannya dengan mengetahui bahawa perakuan pendaftaran itu telah dibatalkan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit.
Penalti bagi fraud
Mana-mana orang, dengan niat untuk mengeliru atau memfraud, memberikan kepada mana-mana orang suatu salinan apa-apa kaedah, undang-undang, peraturan-peraturan atau dokumen lain selain kaedah-kaedah suatu pertubuhan belia dengan dalih—
bahawa tiada kaedah lain bagi pertubuhan belia itu; atau 77
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia
bahawa kaedah-kaedah itu adalah kaedah-kaedah suatu pertubuhan belia yang berdaftar sedangkan pertubuhan belia itu tidak berdaftar, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Penalti kerana memberikan maklumat palsu
Mana-mana orang yang memberikan kepada Pendaftar,
Timbalan Pendaftar atau Penolong Pendaftar, apa-apa maklumat atau dokumen yang dikehendaki di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, yang sama ada dia mengetahui atau ada sebab untuk mempercayai adalah palsu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit.
Anggapan
jika dibuktikan bahawa sesuatu badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan, pertubuhan, persatuan, organisasi sukarela atau kelab belia wujud, maka hendaklah dianggap bahawa badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan, pertubuhan, persatuan, organisasi sukarela atau kelab belia itu suatu pertubuhan belia dalam erti
Akta ini melainkan jika dibuktikan sebaliknya;
tidaklah perlu bagi pihak pendakwa membuktikan bahawa suatu pertubuhan belia itu mempunyai nama atau bahawa ia telah ditubuhkan atau biasanya dikenali dengan suatu nama yang tertentu; dan
jika sekiranya suatu pertubuhan belia dikatakan sebagai suatu pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang, beban pembuktian yang ia adalah suatu pertubuhan belia yang sah, hendaklah terletak ke atas orang yang dipertuduhkan itu.
78
Undang-Undang Malaysia
Akta 668
Anggapan mengenai keanggotaan, dsb., pertubuhan belia
Jika mana-mana dokumen, akaun, senarai anggota, meterai, sepanduk, simbol atau benda lain yang berhubungan dengan, mana-mana pertubuhan belia didapati—
ada di dalam milikan, jagaan atau di bawah kawalan mana-mana orang, maka hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa orang itu adalah membantu dalam pengurusan pertubuhan belia itu; dan
tersembunyi dalam mana-mana bangunan, maka hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa yang tersebut itu dimiliki oleh penghuni bangunan itu.
Apabila Mahkamah mendapati bahawa ada sebab-sebab yang munasabah bagi mengesyaki bahawa apa-apa tempat yang dimasuki atau digeledah menurut kuasa yang sah diberikan oleh atau di bawah Akta ini, sebaik sahaja sebelum atau pada masa kemasukan itu, digunakan oleh atau bagi maksud suatu pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang, mana-mana orang yang dijumpai di tempat tersebut pada masa penggeledahan itu atau yang didapati meninggalkan tempat itu sebaik sahaja sebelum atau pada masa kemasukan itu, hendaklah, melainkan jika ia memberi sebab yang munasabah ia berada di tempat tersebut dianggap sebagai seorang anggota pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang.
Keterangan pakar
Dalam apa-apa pendakwaan di bawah Akta ini, tidaklah boleh menjadi apa-apa bantahan terhadap kebolehterimaan keterangan pakar bahawa pakar tersebut bukan atau tidak pernah menjadi anggota bagi mana-mana pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang.
79
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia
Perlindungan pemberi maklumat
Jika apa-apa buku, rekod, akaun, dokumen atau data yang dikomputerkan yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam apa-apa prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan yang di dalamnya mana-mana pemberi maklumat dinamakan diperihalkan atau yang mungkin membawa kepada pemberi maklumat itu diketahui, mahkamah hendaklah menyebabkan supaya semua catatan sedemikian ditutupkan daripada penglihatan atau dipadamkan hanya setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat daripada diketahui.
Jika dalam perbicaraan bagi apa-apa kesalahan di bawah
Akta ini, mahkamah selepas siasatan penuh tentang kes itu mempercayai bahawa pemberi maklumat telah dengan sengaja membuat dalam aduannya suatu pernyataan material yang dia tahu atau percaya adalah palsu atau tidak percaya adalah benar, atau jika dalam apa-apa prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dibuat sepenuhnya antara pihak-pihak dalam prosiding itu tanpa mengetahui pemberi maklumat, mahkamah boleh menghendaki pengemukaan maklumat asal, jika bertulis, dan boleh membenarkan siasatan dan boleh menghendaki penzahiran sepenuhnya kepada Mahkamah, berkenaan dengan pemberi maklumat itu.
Pelucuthakan
Apa-apa buku, akaun, tulisan, sepanduk, tanda kebesaran atau harta lain yang dipunyai oleh mana-mana pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang hendaklah, selepas mendapat perintah Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret, dilucuthakkan dan diberikan kepada Pendaftar atau Penolong Pendaftar untuk pelupusan mengikut cara yang difikirnya patut.
80
Undang-Undang Malaysia
Akta 668
Kesalahan tertentu yang tidak boleh dijamin dan yang kena didaftarkan
Tiap-tiap kesalahan terhadap peruntukan-peruntukan seksyen 13, 21, 81, 82, 83, 84, 85, 86, 87 dan 91 hendaklah disifatkan sebagai kesalahan yang boleh ditangkap dan yang tidak boleh dijamin di bawah undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah dan hendaklah juga disifatkan sebagai yang kena didaftarkan di bawah undang-undang yang berhubungan dengan pendaftaran penjenayah.
Bahagian IX
Pegawai penguat kuasa
Bagi maksud Akta ini, Menteri boleh melantik mana-mana pegawai dari Kementerian yang bertanggungjawab bagi belia sebagai pegawai penguat kuasa untuk melaksanakan apa-apa kewajipan yang berhubungan dengan penguatkuasaan dan penyiasatan di bawah Akta ini.
Kuasa pegawai penguat kuasa
untuk menguatkuasakan mana-mana peruntukan di bawah
Akta ini.
Penzahiran kad kuasa
Kad kuasa yang dinyatakan dalam subseksyen (1) hendaklah dikeluarkan oleh Menteri.
Kuasa membuat pemeriksaan
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia
Apa-apa pernyataan yang dibuat, oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di dalam mahkamah di bawah Akta ini terhadap orang itu atau terhadap mana-mana orang lain.
Penzahiran dokumen, dsb.
Semasa menjalankan suatu penyiasatan atau pemeriksaan di bawah Bahagian ini pegawai penguat kuasa boleh—
menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan kepadanya apa-apa buku, buku minit, daftar, penyata akaun, dokumen, apa-apa butiran atau barang lain sama ada dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik;
dan
untuk memeriksa, membuat salinan, mengambil cabutan daripada, mengalihkan dan menahan apa-apa buku, buku minit, daftar, penyata akaun, dokumen, apa-apa butiran atau barang lain sama ada dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik.
Penyitaan dokumen, dsb.
Jika seseorang pegawai penguat kuasa yang menjalankan suatu penyiasatan di bawah Akta ini mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan telah dilakukan terhadap
Akta ini, dia boleh menyita apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata akaun, apa-apa butiran atau barang lain sama ada dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik yang dikemukakan
82
Undang-Undang Malaysia
Akta 668
di bawah seksyen 108 dan apa-apa buku, buku minit, daftar, penyata akaun, dokumen, apa-apa butiran atau barang lain itu hendaklah boleh diterima dalam mana-mana prosiding di dalam mahkamah di bawah Akta ini terhadap orang itu atau terhadap mana-mana orang lain.
Permohonan waran geledah
Jika seseorang pegawai penguat kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana premis telah digunakan, sedang digunakan atau hendak digunakan bagi, atau terdapat di dalam mana-mana premis, keterangan yang diperlukan untuk membuktikan perlakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, dia boleh memohon suatu waran geledah kepada seorang Majistret melalui maklumat bertulis secara bersumpah.
Kuasa Majistret untuk mengeluarkan waran geledah
Jika Majistret berpuas hati bahawa ada kesalahan dilakukan di bawah mana-mana peruntukan Akta ini, dia boleh mengeluarkan suatu waran geledah kepada pegawai penguat kuasa, pada bila-bila masa yang munasabah sama ada siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan—
untuk menggeledah dan menyita dan melucut hak apa-apa buku, buku minit, daftar, penyata akaun, dokumen, apa-apa butiran atau barang lain sama ada dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik—
yang berkaitan dengan sesuatu kesalahan yang telah dilakukan;
yang semunasabahnya dipercayai dapat digunakan sebagai keterangan terhadap kesalahan yang telah dilakukan itu;
83
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia
memecah buka mana-mana pintu luar atau pintu dalam premis itu atau mana-mana pagar, kepungan, pintu pagar atau halangan lain ke premis itu, supaya boleh masuk ke dalamnya;
untuk mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan atau pengalihan; atau
menahan tiap-tiap orang yang berada dalam premis itu sehingga premis itu selesai diperiksa.
Kuasa untuk memasuki premis tanpa waran atau notis
Seseorang pegawai penguat kuasa hendaklah, bagi maksud memastikan sama ada peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya atau mana-mana syarat pendaftaran di bawah Akta ini dipatuhi, mempunyai kuasa tanpa waran atau notis pada semua masa yang munasabah untuk memasuki mana-mana premis dan membuat siasatan atau pemeriksaan apabila terdapat sebab yang menasabah bahawa premis tersebut digunakan atau sedang digunakan bagi maksud yang memudaratkan atau bertentangan dengan kepentingan keselamatan Malaysia, ketenteraman awam atau kemoralan.
Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran
Jika seseorang pegawai penguat kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa, disebabkan kelengahan mendapatkan suatu waran geledah di bawah seksyen 109—
buku, buku minit, daftar, penyata akaun, apa-apa butiran atau barang lain yang dicari mungkin dialihkan atau diganggu; atau
keterangan yang dicari mungkin diganggu atau dimusnahkan,
84
Undang-Undang Malaysia
Akta 668
dia boleh menjalankan dalam, dan berkenaan dengan, premis itu segala kuasa yang secukupnya seolah-oleh dia telah diberi kuasa berbuat sedemikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.
Kuasa untuk mengelak
Pegawai penguat kuasa, dalam menjalankan tugasnya di bawah seksyen ini, tidaklah bertanggungan bagi apa-apa kos yang berbangkit daripada tindakan atau kerosakan pada premis yang dielak melainkan jika kerosakan itu dilakukan dengan sengaja.
Apa-apa tindakan yang dilakukan di bawah seksyen ini berkenaan dengan premis itu tidak menghalang pendakwaan terhadap mana-mana pertubuhan belia yang menggunakan premis itu secara berlawanan dengan Akta ini.
Bahagian X
Pekhidmat awam
Semua anggota dan pegawai Institut hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan.
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Institut atau anggota Institut atau pegawai
Institut berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atau Institut dengan suci hati atau apa-apa peninggalan yang ditinggalkan olehnya dengan suci hati, atas sifat sedemikian.
85
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia
Kewajipan kerahsiaan
tiada anggota Institut atau pegawai Institut atau mana-mana orang yang menghadiri mana-mana mesyuarat Institut, sama ada dalam tempoh jawatannya atau dalam tempoh pekerjaannya atau selepas itu, boleh mendedahkan apa-apa maklumat yang didapatinya semasa melaksanakan fungsinya dan yang tidak disiarkan menurut Akta ini;
dan
tiada seorang pun orang lain yang melalui apa-apa cara mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Institut boleh mendedahkan maklumat atau dokumen itu.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak lebih lima ribu ringgit atau dipenjarakan tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.
Pewakilan dalam prosiding sivil
Institut—
dalam apa-apa prosiding sivil yang lain yang dalamnya
Institut dikehendaki atau dibenarkan oleh mahkamah untuk diwakili, atau untuk didengar, atau selainnya berhak untuk diwakili atau didengar, mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Institut bagi maksud itu boleh, bagi pihak Institut, memulakan prosiding sedemikian atau hadir dalam prosiding itu dan boleh membuat semua kehadiran dan permohonan dan melakukan segala perbuatan berkenaan dengan prosiding itu, bagi pihak Institut.
86
Undang-Undang Malaysia
Akta 668
Pendakwaan
Tiada pendakwaan boleh dimulakan bagi mana-mana kesalahan di bawah Akta ini tanpa kebenaran secara bertulis daripada Pendakwa Raya.
Perlindungan
Tiada seorang atau anggota sesuatu jawatankuasa yang dibentuk atau dilantik di bawah Akta ini atau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejennya boleh didakwa di mana-mana Mahkamah bagi apa-apa perbuatan yang dilakukan olehnya dengan suci hati dan dalam menjalankan apa-apa kuasa atau melaksanakan apa-apa kewajipan di bawah Akta ini.
Ketidaklayakan kos prosiding, ganti rugi atau relief lain, dsb.
Tiada seorang pun boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang disita atau ditahan pada menjalankan atau berupa sebagai menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Bahagian ini, berhak mendapat kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau relief lain, selain suatu perintah untuk pemulangan benda yang disita atau ditahan itu, atau bayaran berdasarkan nilainya, melainkan penyitaan atau penahanan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.
Pindaan Jadual
Menteri boleh meminda Jadual melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
Peraturan-peraturan
Khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan untuk atau berkenaan dengan segala atau mana-mana jua daripada hal yang berikut—
menetapkan borang yang boleh digunakan untuk menjalankan peruntukan Akta ini;
menetapkan cara Panel Penyelesaian Pertikaian bersidang atau secara amnya bagi penjalanan yang lebih baik akan tugas dan fungsi Panel Penyelesaian Pertikaian di bawah
Akta ini;
bentuk suatu daftar atau rekod lain yang hendaklah disimpan atau disenggarakan di bawah Akta ini dan catatan yang hendaklah dibuat dalam daftar dan rekod itu; dan
Mana-mana peraturan yang tersebut itu boleh mengadakan peruntukan bahawa pelanggaran mana-mana peraturan adalah suatu kesalahan terhadap peraturan itu dan boleh menetapkan hukuman penalti suatu denda yang tidak melebihi dua ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya bagi kesalahan itu dan pemenjaraan.
Kesalahan am
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia
Mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan yang dibuat di bawahnya yang baginya tiada penalti diperuntukkan secara khusus apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit.
88
Undang-Undang Malaysia
Akta 668
Kuasa am Menteri
Menteri boleh mengecualikan mana-mana orang atau pertubuhan belia daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta ini melalui perintah yang disiarkan dalam Warta apabila berpuas hati bahawa terdapat hal keadaan khas untuk berbuat demikian.
Peruntukan peralihan
Apa-apa prosiding atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang wujud sebaik sebelum tarikh mula berkuatkuasanya
Akta ini di bawah Akta Pertubuhan 1966 boleh diteruskan atau dimulakan di bawah Akta itu seolah-olah Akta ini telah tidak diperbuat.
Akta ini tidak menjejaskan liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah
Akta Pertubuhan 1966 sebelum tarikh mula berkuatkuasanya
Akta ini, atau apa-apa prosiding yang dibawa atau hukuman yang dikenakan sebelum tarikh itu berkenaan dengan kesalahan itu.
Mana-mana anggota yang dilantik atau dipilih sebagai pemegang jawatan dalam pertubuhan belia yang telah mencapai empat puluh tahun atau telah melebihi umur empat puluh tahun sebelum tarikh kuat kuasa Akta ini, hendaklah dibenarkan terus memegang jawatannya sehingga tamat tempohnya.
Pencegahan anomali
Dalam seksyen ini, “ubah suaian” termasuklah pindaan, tambahan, pemotongan, penggantian, adaptasi, variasi, pengubahan dan ketidakpakaian mana-mana peruntukan Akta ini.
Jadual Pertama
[Subperenggan 7(2)(a)]
1. Akta Pandu Puteri 1953 [Akta 456]
2. Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Pemerbadanan) 1965 [Akta 540]
3. Akta Persatuan Pengakap-Pengakap (Perbadanan) Malaysia 1968 [Akta 409]
4. Akta (Perbadanan) St. John Ambulans Malaysia 1972 [Akta 74]
Jadual Kedua
[Subperenggan 9(3)(e)]
PERLEMBAGAAN DAN KAEDAH-KAEDAH PERTUBUHAN BELIA
1. Perkara yang peruntukan baginya dikehendaki dibuat dalam perlembagaan atau peraturan-peraturan bagi tiap-tiap pertubuhan belia berdaftar atau cawangannya adalah seperti yang berikut:
nama dan tempat urusan berdaftar atau alamat pos berdaftar bagi pertubuhan belia berdaftar itu;
butir-butir yang tepat mengenai sifat reka bentuk dan warna apa-apa bendera, lambang, lencana atau lain-lain tanda kebesaran yang digunakan oleh pertubuhan belia berdaftar itu;
maksud atau tujuan pertubuhan belia berdaftar itu ditubuhkan, atau yang ia hendak mencapai, atau yang kerananya kumpulan wangnya atau mana-mana daripadanya boleh digunakan;
kelayakan keanggotaan, termasuk butir-butir mengenai apa-apa sekatan atau batasan yang boleh dikenakan tentang bilangan, had umur, jantina, agama, bangsa, kewarganegaraan tempat tinggal, suku bangsa atau nama baka bagi orang-orang yang boleh diterima menjadi anggota pertubuhan itu;
kaedah pelantikan atau pemilihan bagi anggota;
90
Undang-Undang Malaysia
Akta 668
penubuhan dan kaedah pelantikan jawatankuasa atau badan pengelola dan jawatan, kuasa dan fungsi pemegang jawatan bagi pertubuhan dan jika berkenaan, cawangannya;
bahawa, jika Pendaftar menghendaki, pemegang jawatan bagi pertubuhan dan tiap-tiap pegawai yang melaksanakan fungsi eksekutif dalam pertubuhan itu, hendaklah warganegara Malaysia;
punca yang daripadanya pertubuhan akan mendapat pendapatannya, termasuk kadar dan kaedah pembayaran apa-apa bayaran masuk dan yuran berkala sebagaimana yang diputuskan;
kuasa atau kuasa-kuasa bagi perbelanjaan daripada kumpulan wang pertubuhan;
penyimpanan akaun pendapatan dan perbelanjaan pertubuhan dan penyiaran akaun itu kepada anggotanya setiap tahun;
pelantikan seorang atau beberapa orang juruaudit;
kuorum yang dikehendaki untuk menjalankan urusan dalam mana-mana mesyuarat pertubuhan atau badan pengelolanya; dan
cara bagaimana perlembagaan atau peraturan-peraturan pertubuhan boleh dipinda.
2. Jika mana-mana pertubuhan belia berdaftar membuat peruntukan dalam perlembagaan atau kaedah-kaedahnya bagi penubuhan cawangan, hendaklah juga sebagai tambahan membuat peruntukan di dalamnya berkenaan dengan kaedah dan cara bagaimana penubuhan cawangan itu akan diluluskan oleh pertubuhan itu atau badan pengelolanya.
Jadual Ketiga
[Subseksyen 60(7)]
Masa dan tempat mesyuarat
1. (1) Lembaga hendaklah mengadakan seberapa mesyuarat yang perlu bagi melaksanakan fungsinya dengan berkesan dan mesyuarat itu hendaklah diadakan di tempat dan pada masa yang diputuskan oleh Pengerusi, dengan syarat bahawa Pengerusi tidak boleh membenarkan lebih daripada tiga bulan berlalu antara mesyuarat.
Pengerusi hendaklah memanggil mesyuarat jika diminta berbuat demikian oleh Menteri atau oleh sekurang-kurangnya dua orang anggota Lembaga.
Kuorum
2. Kuorum Lembaga ialah separuh daripada bilangan anggota Lembaga.
91
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia
Undi pemutus
3. Jika mengenai apa-apa soal yang hendak ditentukan oleh Lembaga terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya.
Lembaga boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat
4. (1) Lembaga boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi orang yang hadir itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.
Seseorang yang diundang di bawah subseksyen (1) hendaklah dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Minit
5. (1) Lembaga hendaklah menyebabkan minit kesemua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.
Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat Lembaga, jika ditandatangani dengan sewajarnya, hendaklah diterima dalam mana-mana prosiding undang-undang sebagai keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan di dalamnya tanpa bukti selanjutnya dan tiap-tiap mesyuarat
Lembaga dengan prosiding yang minitnya telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.
Tatacara
6. Lembaga boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.
Penzahiran kepentingan
7. (1) Seseorang anggota Lembaga yang mempunyai apa-apa kepentingan dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga hendaklah menzahirkan kepada Lembaga hakikat dan jenis kepentingannya itu.
Bagi maksud subseksyen (1), seseorang anggota Lembaga hendaklah disifatkan mempunyai kepentingan dalam perkara yang dibincangkan jika dia mempunyai kepentingan dalam mana-mana syarikat yang menjalankan aktiviti yang serupa atau berhubung dengan perkara yang dibincangkan.
Sesuatu penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit Lembaga dan selepas penzahiran itu, anggota yang mempunyai kepentingan dalam perkara itu—
tidak boleh mengambil bahagian atau hadir dalam apa-apa keputusan
Lembaga; dan 92
Undang-Undang Malaysia
Akta 668
tidak boleh diambil kira bagi maksud membentuk kuorum Lembaga.
Tiada tindakan atau prosiding Lembaga boleh menjadi tidak sah atas alasan bahawa mana-mana anggota Lembaga telah melanggar peruntukan seksyen ini
93
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia
Akta 668
SENARAI PINDAAN
Undang-undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa yang meminda dari
– Tiada –
94
Undang-Undang Malaysia
Akta 668
Akta 668
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
– Tiada –