/akn/my/act/act/1964/91

AKTA MAHKAMAH KEHAKIMAN 1964

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1964
Sections
100
Languages
EN · MS

Quick answer

About this act

AKTA MAHKAMAH KEHAKIMAN 1964 is Malaysia Act, cited as Act 91 1964, currently marked in force and first recorded in 1964.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta yang berhubungan dengan Mahkamah Kehakiman Atasan. [Seluruh Malaysia—16 Mac 1964, L.N. 85/1964]

Bahagian I

BAHAGIAN I

Seksyen 3

Tafsiran

Open as pageSuggest a correction

"bidang kuasa tempatan" ertinya—

(a)

dalam hal Mahkamah Tinggi di Malaya, wilayah yang termasuk di dalam Negeri-Negeri Tanah Melayu, iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Selangor, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; dan

Suggest a correction

(b)

dalam hal Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, termasuklah dalam mana-mana hal itu, perairan wilayah dan ruang udara di atas Negeri-Negeri itu dan perairan wilayah;

"Hakim" ertinya Hakim Mahkamah Peresekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan atau Hakim Mahkamah Tinggi, dan termasuklah Ketua Hakim Negara, Presiden dan Hakim Besar;

"Hakim Besar" ertinya Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya atau Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, mengikut kehendak keadaan;

"Hari Malaysia" ertinya 16 September 1963;

"kausa" termasuklah apa-apa tindakan, guaman atau prosiding asal yang lain antara plaintiff dengan defendan, dan apa-apa prosiding jenayah;

"keputusan" termasuklah penghakiman, hukuman atau perintah, tetapi tidak termasuk apa-apa ketetapan yang dibuat dalam perjalanan sesuatu perbicaraan atau pendengaran apa-apa kausa atau perkara yang tidak melupuskan hak pihak-pihak secara muktamad;

"Mahkamah"ertinya Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi, mengikut kehendak keadaan;

"mahkamah rendah" ertinya mana-mana mahkamah bawahan yang daripada keputusannya, oleh sebab mana-mana undang-undang bertulis, terdapat hak untuk merayu kepada Mahkamah Tinggi dan, berhubung dengan Mahkamah Tinggi, ertinya mana-mana mahkamah sedemikian yang, melalui mana-mana undang-undang bertulis, mempunyai bidang kuasa dalam bidang kuasa tempatan Mahkamah Tinggi itu;

"Mahkamah Tinggi" ertinya Mahkamah Tinggi di Malaya dan Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak atau mana-mana satu daripadanya, mengikut kehendak keadaan;

"pemastautin tetap" ertinya seseorang yang telah diberikan kebenaran untuk bermastautin di Malaysia tanpa had masa di bawah mana-mana undang-undang persekutuan, dan termasuklah seseorang yang dikira sedemikian di bawah manamana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan imigresen;

"Pendaftar" ertinya Ketua Pendaftar dan mana-mana Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar atau Penolong Pendaftar yang dilantik di bawah seksyen 10;

"perkara" termasuklah tiap-tiap prosiding di mahkamah yang tidak dalam sesuatu kausa;

"Perlembagaan" ertinya Perlembagaan Malaysia;

"Presiden" ertinya Presiden Mahkamah Rayuan;

"prosiding" ertinya apa jua pun prosiding daripada jenis civil atau jenayah dan termasuklah suatu permohonan pada mana-mana peringkat sesuatu prosiding;

"tindakan" ertinya sesuatu prosiding civil yang dimulakan dengan writ atau dengan apa-apa cara lain yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah mahkamah, tetapi tidaklah termasuk sesuatu prosiding jenayah.

Peruntukan bagi mencegah percanggahan undang-undang

Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

Sekiranya terdapat ketidakselarasan atau percanggahan antara Akta ini dengan mana-mana undang-undang bertulis yang lain, selain Perlembagaan, yang berkuat kuasa pada permulaan kuat kuasa Akta ini, peruntukan Akta ini hendaklah terpakai.

Seksyen 6

Meterai Mahkamah

Open as pageSuggest a correction

(1A)

Mahkamah Rayuan hendaklah mempunyai dan menggunakan, mengikut kehendak keadaan, suatu meterai atau cap daripada jenis dan corak yang ditetapkan oleh Presiden melalui pemberitahuan dalam Warta.

Suggest a correction

(2)

Mahkamah Tinggi hendaklah mempunyai dan menggunakan, mengikut kehendak keadaan, suatu meterai atau cap daripada jenis dan corak yang ditetapkan oleh Hakim Besar melalui pemberitahuan dalam Warta.

Proses Mahkamah

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(2)

Segala apa jua pun writ, saman, waran, perintah, kaedah, notis dan proses lain, sama ada civil atau jenayah, yang dikeluarkan atau dibuat oleh atau dengan kuasa Mahkamah berkenaan dengan apa-apa kausa atau perkara dalam bidang kuasanya hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan penuh dan boleh disampaikan atau dilaksanakan di mana-mana jua di dalam Malaysia.

Keutamaan Hakim

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

Hakim-Hakim hendaklah mempunyai keutamaan mengikut susunan yang berikut:

(b)

Presiden;

(ba) Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya;

(bb) Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak;

Suggest a correction

(c)

Hakim Mahkamah Persekutuan mengikut kedahuluan pelantikan mereka masing-masing sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan dan jika mereka dilantik pada tarikh yang sama, mengikut susunan yang ditetapkan untuk mereka oleh Yang di-Pertuan Agong;

(ca) Hakim Mahkamah Rayuan mengikut kedahuluan pelantikan mereka masing-masing sebagai Hakim Mahkamah Rayuan dan jika mereka dilantik pada tarikh yang sama, mengikut susunan yang ditetapkan untuk mereka oleh Yang di-Pertuan Agong; dan

Suggest a correction

(d)

Hakim lain mengikut kedahuluan pelantikan mereka masing-masing sebagai Hakim dan jika mereka dilantik pada tarikh yang sama, mengikut susunan yang ditetapkan untuk mereka oleh Yang di-Pertuan Agong.

Penjalanan kuasa semasa ketidakupayaan atau ketiadaan

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(b)

jika Presiden tidak ada di Malaysia atau tidak dapat bertindak, atau sekiranya berlaku kekosongan jawatan itu, oleh Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya; atau

Suggest a correction

(c)

jika Presiden dan Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya tidak ada di Malaysia atau tidak dapat bertindak, atau sekiranya berlaku kekosongan dalam jawatan itu, oleh Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak; atau

Suggest a correction

(d)

jika Presiden, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya dan Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak tidak ada di Malaysia atau tidak dapat bertindak, atau sekiranya berlaku kekosongan dalam jawatan itu, oleh Hakim Mahkamah Persekutuan yang dinamakan bagi maksud itu oleh Yang di-Pertuan Agong.

Suggest a correction

(1A)

Bilamana semasa apa-apa tempoh, disebabkan oleh sakit atau ketiadaan di Malaysia atau apa-apa sebab lain, Presiden tidak dapat menjalankan kuasa atau melaksanakan tugas jawatannya, kuasa itu hendaklah dipunyai dan bolehlah dijalankan dan tugas itu hendaklah dilaksanakan oleh seorang Hakim Mahkamah Persekutuan yang ditetapkan bagi maksud itu oleh Ketua Hakim Negara selepas berunding dengan Presiden.

Suggest a correction

(1B)

Bilamana semasa apa-apa tempoh, disebabkan oleh sakit atau ketiadaan di Malaysia atau apa-apa sebab lain, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya tidak dapat menjalankan kuasa atau melaksanakan tugas jawatannya, kuasa-kuasa itu hendaklah dipunyai dan bolehlah dijalankan dan tugas itu hendaklah dilaksanakan oleh seorang Hakim Mahkamah Persekutuan yang ditetapkan bagi maksud itu oleh Ketua Hakim Negara selepas berunding dengan Hakim Besar bagi Mahkamah Tinggi itu.

Suggest a correction

(2)

Bilamana semasa apa-apa tempoh, disebabkan oleh sakit atau ketiadaan di Malaysia atau apa-apa sebab lain, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak tidak dapat menjalankan kuasa atau melaksanakan tugas jawatannya, kuasa itu hendaklah dipunyai dan bolehlah dijalankan dan tugas itu hendaklah dilaksanakan oleh seorang Hakim Mahkamah Persekutuan atau Hakim Mahkamah Tinggi itu yang ditetapkan bagi maksud itu oleh Ketua Hakim Negara selepas berunding dengan Hakim Besar Mahkamah Tinggi itu.

Suggest a correction

(3)

Jika jawatan Presiden atau Hakim Besar kosong, kuasa Presiden atau mana-mana Hakim Besar itu hendaklah dipunyai dan bolehlah dijalankan dan tugas itu hendaklah dilaksanakan oleh—

(b)

berkenaan dengan kekosongan dalam jawatan Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Hakim Mahkamah Persekutuan atau Hakim Mahkamah Tinggi itu, yang ditetapkan bagi maksud itu oleh Ketua Hakim Negara.

Pendaftar

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tertakluk kepada apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Hakim Negara, Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar dan Penolong Pendaftar Mahkamah Tinggi boleh menjalankan kuasa dan melaksanakan tugas Ketua Pendaftar atau Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar dan Penolong Pendaftar Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Rayuan masing-masingnya.

Suggest a correction

(3)

Ketua Pendaftar, Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar dan Penolong Pendaftar yang dilantik di bawah Akta ini hendaklah, tertakluk kepada Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain, mempunyai bidang kuasa, kuasa dan tugas yang sama seperti Master of the Supreme Court, Kerani Mahkamah Jenayah, Pendaftar dan pegawai yang seumpamanya di Master Court of Judicature di England dan, sebagai tambahan, apa-apa bidang kuasa, kuasa dan tugas selanjutnya yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah mahkamah.

Suggest a correction

(4)

Majistret yang had tempatan bidang kuasanya meluas kepada bandar yang dalamnya terletak pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi hendaklah menjadi Penolong Kanan Pendaftar ex-officio bagi Mahkamah Tinggi itu bagi segala maksud.

Pesuruhjaya Sumpah

Suggest a correction

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

(a)

menerima pengakuan perempuan bersuami dalam segala hal yang pengakuan dikehendaki oleh undang-undang supaya diambil di hadapan seorang pegawai awam;

Suggest a correction

(b)

menerima pengakuan ikatan jaminan dan bon jaminan;

Suggest a correction

(i)

justifikasi bagi jaminan;

(iii)

menerima dan mengambil jawapan, pli, demurer, penolak tuntutan, pengataan atau pemeriksaan manamana pihak atau pihak kepada apa-apa tindakan;

Suggest a correction

(iv)

pemeriksaan mana-mana saksi atas apa-apa interogatori atau secara de bene esse atau secara utama atau pada bila-bila masa lain;

Suggest a correction
Suggest a correction

(v)

mengambil sumpah wasi dan pentadbir; dan

(vi)

mengambil sumpah orang dalam apa-apa tindakan, perkara atau prosiding yang belum selesai atau yang baru hendak dimulakan di mana-mana mahkamah dalam mana-mana bidang kuasanya; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Ketua Hakim Negara boleh membuat keadah-kaedah bagi pelantikan, kelakuan, fi yang hendaklah dikenakan oleh, dan bagi segala benda yang bersangkutan dengan, Pesuruhjaya Sumpah dan orang yang dilantik olehnya di bawah subseksyen (1).

Syerif

Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

(2)

Syerif atau pegawainya hendaklah melaksanakan segala writ, saman, waran, perintah, kaedah, notis, suruhan dan proses lain mana-mana Mahkamah yang diberikan kepadanya oleh Mahkamah itu bagi maksud itu, dan hendaklah membuat suatu penyata mengenainya serta cara pelaksanaannya kepada Mahkamah yang daripadanya proses itu dikeluarkan, dan hendaklah menerima semua orang yang dikomitkan ke dalam jagaannya oleh Mahkamah.

Suggest a correction

(3)

Syerif atau pegawainya dalam melaksanakan apa-apa writ penyitaan dan penjualan atau apa-apa writ pelaksanaan atau distres yang lain boleh memasuki mana-mana bangunan, dan bagi maksud itu jika perlu boleh memecah buka mana-mana pintu atau tingkap di bahagian luar atau dalam bangunan itu atau apa-apa bekas di dalamnya, dengan menggunakan kekerasan yang semunasabahnya perlu bagi memasukinya.

Penghinaan

Suggest a correction

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi hendaklah mempunyai kuasa untuk menghukum apa-apa penghinaan terhadap dirinya.

Seksyen 14

Perlindungan Hakim dan pegawai kehakiman yang lain

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada seorang pun pegawai mana-mana mahkamah atau seorang lain yang terikat untuk melaksanakan waran atau perintah yang sah yang dibuat oleh mana-mana Hakim atau orang lain yang bertindak secara kehakiman boleh dibawa guaman terhadapnya di dalam mana-mana mahkamah sivil kerana pelaksanaan apa-apa waran atau perintah yang dia akan terikat untuk melaksanakannya jika dalam bidang kuasa orang yang mengeluarkan waran atau perintah itu.

Suggest a correction

(3)

Tiada seorang pun syerif, bailif atau pegawai lain Mahkamah yang dipertanggungkan dengan tugas melaksanakan apa-apa penghakiman, perintah atau waran distress, atau menahan apa-apa harta sebelum penghakiman, boleh dibawa guaman terhadapnya di dalam mana-mana mahkamah sivil berkenaan dengan apa-apa harta yang telah disita olehnya, atau berkenaan dengan apa-apa kerosakan yang disebabkan kepada apa-apa harta dalam melaksanakan atau mencuba untuk melaksanakan penyitaan itu, melainkan jika didapati bahawa dia dengan disedarinya telah bertindak melebihi kuasa yang diberikan kepadanya oleh writ, waran atau perintah yang berkenaan itu, dan dia tidaklah boleh disifatkan telah bertindak dengan disedarinya melebihi kuasanya semata-mata oleh sebab dia mengetahui tentang kewujudan sesuatu pertikaian tentang pemunyaan harta yang disita sedemikian.

Mahkamah hendaklah terbuka dan awam

Suggest a correction

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sesuatu Mahkamah boleh pada bila-bila masa memerintahkan bahawa tiada seorang pun boleh menyiarkan nama, alamat atau fotograf mana-mana saksi dalam apa-apa kausa atau perkara atau mana-mana bahagiannya yang dibicarakan atau diadakan atau yang akan dibicarakan atau diadakan di hadapannya, atau apa-apa keterangan atau apa-apa benda lain yang mungkin membawa kepada pengenalan mana-mana saksi itu; dan mana-mana orang yang bertindak dengan melanggar mana-mana perintah itu melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Kaedah-kaedah mahkamah

Suggest a correction

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

Kaedah-kaedah mahkamah boleh dibuat bagi maksud yang berikut:

(a)

bagi mengawal selia dan menetapkan tatacara (termasuk aturan pliding) dan amalan yang hendaklah diikuti di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan dalam segala apa jua pun kausa dan perkara yang dalamnya atau berkenaan dengannya Mahkamah itu pada masa ini mempunyai bidang kuasa (termasuk tatacara dan amalan yang hendaklah diikuti di pejabat pendaftaran Mahkamah itu), dan apa-apa perkara yang bersampingan dengan atau yang berhubungan dengan apa-apa tatacara atau amalan itu, termasuk (tetapi tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yang terdahulu) cara yang mengikutnya, dan masa yang dalamnya, apa-apa permohonan yang akan dibuat kepada Mahkamah Tinggi, kepada Mahkamah Rayuan atau kepada Mahkamah Persekutuan hendaklah dibuat;

Suggest a correction

(b)

bagi mengawal selia dan menetapkan tatacara mengenai rayuan civil atau jenayah daripada mana-mana mahkamah atau orang kepada Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan;

Suggest a correction

(d)

bagi mengawal selia penguatkuasaan dan pelaksanaan oleh suatu Mahkamah Tinggi dekri, penghakiman dan perintah Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi yang satu lagi;

Suggest a correction

(e)

bagi menetapkan bahagian manakah daripada urusan yang boleh ditransaksikan dan daripada bidang kuasa yang boleh dijalankan oleh Hakim dalam mahkamah atau dalam kamar boleh ditransaksikan atau dijalankan oleh Pendaftar;

Suggest a correction

(f)

bagi menetapkan fi dan peratusan yang hendaklah diambil di dalam mana-mana Mahkamah dan bagi mengawal selia apa-apa perkara yang berhubungan dengan kos prosiding di dalam mana-mana Mahkamah;

Suggest a correction

(g)

bagi mengawal selia cara yang melaluinya fakta tertentu boleh dibuktikan, dan kaedah yang mengikutnya keterangan mengenainya boleh diberikan, dalam apa-apa prosiding atau atas apa-apa permohonan berkaitan dengan, atau pada mana-mana peringkat, apa-apa prosiding;

Suggest a correction

(h)

bagi mengawal selia percantuman pihak dan bagi menetapkan dalam hal-hal apakah orang yang tidak hadir, tetapi mempunyai kepentingan dalam sesuatu kausa atau perkara, hendaklah terikat dengan apa-apa perintah yang dibuat dalamnya, dan dalam hal apakah perintah boleh dibuat bagi pewakilan orang yang tidak hadir oleh satu pihak atau lebih dalam sesuatu kausa atau perkara;

Suggest a correction

(i)

bagi mengawal selia kadar bunga yang kena dibayar atas segala hutang, termasuklah hutang penghakiman, atau atas jumlah wang yang didapati kena dibayar ketika mengambil akaun antara pihak, atau atas jumlah wang yang didapati kena dibayar dan belum dijelaskan oleh penerima atau orang lain yang bertanggungan untuk memberi akaun kepada Mahkamah:

Dengan syarat bahawa apa-apa kadar bunga tidak boleh sekali-kali melebihi lapan peratus setahun, melainkan jika telah dipersetujui selainnya antara pihak-pihak;

Suggest a correction

(j)

bagi mengawal selia kaedah yang mengikutnya sesuatu writ penyitaan dan penjualan boleh dilaksanakan, dan cara yang mengikutnya penyitaan boleh dibuat ke atas apa-apa harta yang boleh disita di bawahnya, dan kaedah penjualan oleh Syerif atau mana-mana pegawai lain Mahkamah apa-apa harta yang disita sedemikian, dan cara yang mengikutnya hak dan hakmilik pembeli harta itu di mana-mana penjualan oleh mana-mana pegawai Mahkamah boleh dijaminkan kepada pembeli;

Suggest a correction

(k)

bagi mengawal selia penzahiran harta penghutang penghakiman untuk membantu pelaksanaan apa-apa penghakiman;

Suggest a correction

(l)

bagi mengawal selia pengambilan keterangan di hadapan seorang pemeriksa atau atas tauliah atau dengan surat permintaan, dan bagi menetapkan hal keadaan yang dalamnya keterangan yang diambil sedemikian boleh dibaca dalam perbicaraan sesuatu tindakan;

Suggest a correction

(m)

bagi menetapkan dalam hal apakah Mahkamah boleh bertindak atas perakuan akauntan, aktuari atau orang sains lain;

Suggest a correction

(n)

bagi menetapkan tugas Akauntan Negara berkenaan dengan wang atau harta dalam jagaan Mahkamah, dan khususnya bagi menetapkan kaedah pemindahan sekuriti kepada nama Akauntan Negara, dan cara pelaburan mana-mana wang itu, dan kadar bunga yang hendaklah dikenakan ke atasnya, dan, sehingga peruntukan lain dibuat berkenaan dengannya, cara yang mengikutnya wang tidak dituntut boleh diperlakukan;

Suggest a correction

(o)

bagi meminda, menukar atau menambah borang yang dinyatakan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tatacara jenayah; dan

Suggest a correction

(p)

bagi apa-apa maksud yang baginya kaedah-kaedah mahkamah boleh dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

Suggest a correction

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jawatankuasa Kaedah-Kaedah hendaklah terdiri daripada orang yang berikut:

Pembuatan kaedah-kaedah mahkamah

(a)

Ketua Hakim Negara, yang hendaklah menjadi Pengerusi Jawatankuasa itu;

Suggest a correction

(d)

seorang Hakim Mahkamah Persekutuan, seorang Hakim Mahkamah Rayuan, seorang Hakim Mahkamah Tinggi di Malaya, dan seorang Hakim Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, yang hendaklah dilantik oleh Ketua Hakim Negara bagi apa-apa tempoh yang dinyatakan secara bertulis;

Suggest a correction

(g)

tiga orang peguam bela, seorang yang menjalankan amalan di Negeri di Semenanjung Malaysia, seorang yang menjalankan amalan di Sabah dan seorang yang menjalankan amalan di Sarawak, yang dilantik oleh Ketua Hakim Negara bagi apa-apa tempoh yang dinyatakannya secara bertulis; dan

$ ^{} ( h ) $ Ketua Setiausaha Kementerian Undang-Undang, atau penamanya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2A)

Sekiranya Ketua Hakim Negara tidak hadir, Presiden atau Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya atau Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak yang hadir hendaklah menjadi Pengerusi Jawatankuasa itu.

Suggest a correction

(3)

Dalam apa-apa mesyuarat Jawatankuasa Kaedah-Kaedah lima orang anggotanya membentuk kuorum. Segala soal hendaklah diputuskan dengan undi lebih suara anggota yang hadir dan mengundi:

Dengan syarat bahawa—

(a)

tiada kaedah boleh dibuat berhubung dengan Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Rayuan tanpa persetujuan Ketua Hakim Negara baginya; dan

Suggest a correction

(b)

tiada kaedah boleh dibuat berhubung dengan mana-mana Mahkamah Tinggi tanpa persetujuan Hakim Besar Mahkamah Tinggi itu baginya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3A)

Kaedah-kaedah mahkamah yang mempunyai implikasi kewangan hendaklah dirujuk kepada Kerajaan bagi kelulusannya.

Suggest a correction

(4)

Kaedah-kaedah mahkamah hendaklah disiarkan dalam Warta, dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh penyiaran atau pada apa-apa tarikh lain yang ditentukan dalamnya.

Suggest a correction

(5)

Kaedah-kaedah mahkamah hendaklah dibentangkan dihadapan Dewan Rakyat pada mesyuarat pertama selepas penyiarannya, dan bolehlah tidak dipersetujui keseluruhannya atau sebahagiannya melalui suatu ketetapan Dewan Rakyat.

Suggest a correction

Seksyen 17A

Open as pageSuggest a correction

(1A)

Presiden boleh, dengan kelulusan Ketua Hakim Negara, memanggil mesyuarat Majlis Hakim Mahkamah Rayuan sebagaimana dan apabila didapatinya perlu.

Suggest a correction

(2)

Hakim Besar boleh, dengan kelulusan Ketua Hakim Negara, memanggil mesyuarat Majlis Hakim Mahkamah Tinggi sebagaimana dan apabila didapatinya perlu.

Prosiding di Mahkamah Tinggi hendaklah dibereskan oleh Hakim tunggal

Suggest a correction

Bahagian II

BAHAGIAN II

MAHKAMAH TINGGI

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bilamana mana-mana Hakim, setelah mendengar dan merekodkan keseluruhan atau mana-mana bahagian keterangan dalam sesuatu prosiding, tidak dapat melalui kematian, sakit atau sebab lain untuk menyelesaikan prosiding itu, seorang Hakim lain boleh—

(a)

meneruskan prosiding itu dari peringkat yang Hakim terdahulu itu berhenti dan—

Suggest a correction

(i)

bertindak atas keterangan yang telahpun direkodkan oleh Hakim terdahulu; atau

(ii)

bertindak atas keterangan yang sebahagiannya direkodkan oleh Hakim terdahulu dan sebahagiannya oleh beliau sendiri; atau

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

memanggil semula saksi dan memulakan semula prosiding.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Jika Hakim bertindak di bawah subperenggan (2)(a)(i) dia boleh, sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas permintaan mana-mana pihak kepada prosiding itu, memanggil semula manamana saksi berkenaan dengan mana-mana bahagian keterangan yang telahpun direkodkan, atau dia boleh mengambil keterangan mereka semula:

Dengan syarat bahawa berkenaan dengan prosiding jenayah, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan boleh, atas rayuan, mengetepikan mana-mana sabitan atas keterangan yang tidak keseluruhannya direkodkan oleh Hakim yang di hadapannya sabitan itu dibuat jika Mahkamah itu berpendapat bahawa tertuduh itu terjejas olehnya secara material, dan boleh memerintahkan suatu perbicaraan baru.

Persidangan Mahkamah Tinggi

Suggest a correction

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

Mahkamah Tinggi hendaklah bersidang pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditetapkan oleh Hakim Besar dari semasa ke semasa.

Seksyen 20

Pembahagian urusan

Open as pageSuggest a correction

Pembahagian urusan di kalangan Hakim Mahkamah Tinggi hendaklah dibuat mengikut apa-apa arahan, yang bolehlah bersifat am atau khusus, sebagaimana yang diberikan oleh Hakim Besar.

Seksyen 21

Cuti

Open as pageSuggest a correction

Hakim Besar boleh membuat kaedah-kaedah tentang cuti Mahkamah Tinggi yang tidak melebihi satu bulan dalam manamana tahun kalendar.

Bidang Kuasa Asal

Seksyen 22

Bidang kuasa jenayah

Open as pageSuggest a correction

(i)

dalam bidang kuasa tempatannya;

(ii)

di laut lepas di atas mana-mana kapal atau di atas mana-mana pesawat udara yang didaftarkan di Malaysia;

Suggest a correction

(iii)

oleh mana-mana warganegara atau mana-mana pemastautin tetap di laut lepas di atas mana-mana kapal atau di atas mana-mana pesawat udara;

Suggest a correction

(iv)

oleh mana-mana orang di laut lepas jika kesalahan itu ialah kesalahan pelanunan mengikut undang-undang antarabangsa; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

kesalahan di bawah Bab VI Kanun Keseksaan [Akta 574], dan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang dinyatakan dalam Jadual kepada Akta Kesalahan-Kesalahan Di Luar Negeri 1976 [Akta 163], atau kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain yang pelakuannya diperakui oleh Peguam Negara sebagai menjejaskan keselamatan Malaysia, yang dilakukan, mengikut mana-mana yang berkenaan—

(ii)

oleh mana-mana warganegara atau mana-mana pemastautin tetap di laut lepas di atas mana-mana kapal atau di atas mana-mana pesawat udara; atau

Suggest a correction
Suggest a correction

(i)

di laut lepas di atas mana-mana kapal atau di atas mana-mana pesawat udara yang didaftarkan di Malaysia;

(iii)

oleh mana-mana warganegara atau mana-mana pemastautin tetap di mana-mana tempat di luar sempadan Malaysia.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Mahkamah Tinggi boleh menjatuhkan apa-apa hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang.

Bidang kuasa civil - am

Suggest a correction

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

(b)

defendan atau salah seorang daripada beberapa orang defendan bermastautin atau mempunyai tempat urusannya;

Suggest a correction

(c)

fakta yang atasnya prosiding itu diasaskan wujud atau dikatakan telah berlaku; atau

Suggest a correction

(d)

mana-mana tanah yang pemunyaannya dipertikaikan terletak, dalam bidang kuasa tempatan Mahkamah itu dan, walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini, dalam apa-apa hal, jika semua pihak bersetuju secara bertulis, dalam bidang kuasa tempatan Mahkamah Tinggi yang satu lagi itu.

Suggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Mahkamah Tinggi hendaklah mempunyai apa-apa bidang kuasa yang terletak hak padanya sebelum sahaja Hari Malaysia dan apa-apa bidang kuasa lain yang terletak hak padanya oleh mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa dalam bidang kuasa tempatannya.

Bidang kuasa civil - khusus

Suggest a correction

Seksyen 24

Open as pageSuggest a correction

Tanpa menjejaskan keluasan seksyen 23, bidang kuasa civil Mahkamah Tinggi hendaklah termasuk—

(a)

bidang kuasa di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan perceraian dan kausa hal ehwal suami isteri;

Suggest a correction

(b)

bidang kuasa dan kuasa yang sama berhubung dengan perkara admiralti seperti yang dipunyai oleh Mahkamah Keadilan Tinggi di England di bawah Akta Mahkamah Agung 1981 bagi United Kingdom;

Suggest a correction

(c)

bidang kuasa di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan kebankrapan atau syarikat;

Suggest a correction

(d)

bidang kuasa untuk melantik dan mengawal penjaga budak dan pada amnya ke atas diri dan harta budak;

Suggest a correction

(e)

bidang kuasa untuk melantik dan mengawal penjaga dan pengawas diri dan estet orang dungu, orang bercelaru mental dan orang tidak sempurna akal; dan

Suggest a correction

(f)

bidang kuasa untuk memberikan probet bagi wasiat dan testamen dan surat kuasa mentadbir bagi harta pusaka orang yang mati meninggalkan harta dalam bidang kuasa wilayah Mahkamah itu dan untuk menukar atau membatalkan pemberian itu.

Rujukan di bawah perintah Mahkamah

Suggest a correction

Seksyen 24A

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dalam apa-apa kausa atau perkara selain sesuatu prosiding jenayah oleh Pendakwa Raya—

(a)

jika semua pihak yang berkepentingan yang tidak menanggung ketidakupayaan bersetuju;

Suggest a correction

(b)

jika kausa atau perkara itu menghendaki apa-apa pemeriksaan dokumen yang berpanjangan atau apa-apa penyiasatan saintifik atau tempatan yang, pada pendapat Mahkamah Tinggi, tidak dapat dijalankan dengan mudah oleh Mahkamah itu melalui pegawai biasanya; atau

Suggest a correction

(c)

jika soal yang dipertikaikan itu terdiri, keseluruhannya atau sebahagiannya, daripada perkara akaun,

Mahkamah Tinggi boleh pada bila-bila masa memerintahkan supaya seluruh kausa atau perkara itu atau apa-apa soal atau persoalan fakta yang berbangkit dalam kausa atau perkara itu dibicarakan di hadapan seorang referi khas atau penimbang tara yang dipersetujui masing-masingnya oleh pihak itu atau di hadapan seorang pegawai Mahkamah itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

(a)

Dalam segala hal, rujukan kepada seseorang referi khas atau penimbang tara di bawah sesuatu perintah Mahkamah Tinggi dalam apa-apa kausa atau perkara, referi khas atau penimbang tara itu hendaklah disifatkan sebagai seorang pegawai Mahkamah dan hendaklah mempunyai kuasa dan hendaklah menjalankan rujukan itu mengikut apa-apa cara yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah mahkamah, dan tertakluk kepada yang diarahkan oleh Mahkamah Tinggi.

(b)

Laporan atau award mana-mana referi khas atau penimbang tara atas apa-apa rujukan itu hendaklah, melainkan jika diketepikan oleh Mahkamah Tinggi, menjadi setara dengan dekri, penghakiman atau perintah Mahkamah itu.

Suggest a correction

(c)

Saraan yang hendaklah dibayar kepada mana-mana referi khas atau penimbang tara yang kepadanya apa-apa perkara dirujukkan di bawah perintah Mahkamah Tinggi hendaklah ditentukan oleh Mahkamah itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Mahkamah Tinggi hendaklah, tentang rujukan di bawah perintah Mahkamah, mempunyai segala kuasa yang diberikan oleh Akta Timbang Tara 1952 [Akta 93] kepada Mahkamah Tinggi tentang rujukan dengan persetujuan di luar Mahkamah.

Kuasa Mahkamah Tinggi

Suggest a correction

Seksyen 25

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Mahkamah Tinggi hendaklah mempunyai kuasa tambahan yang dinyatakan dalam Jadual:

Dengan syarat bahawa segala kuasa itu hendaklah dijalankan mengikut mana-mana undang-undang bertulis atau kaedah-kaedah mahkamah yang berhubungan dengannya.

Perintah untuk pembayaran interim

Suggest a correction

Seksyen 25A

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa kaedah mahkamah yang membuat peruntukan mengikut subseksyen (1) boleh memasukkan peruntukan bagi membolehkan sesuatu pihak kepada apa-apa prosiding yang, menurut sesuatu perintah itu telah membuat pembayaran interim, untuk mendapatkan keseluruhan atau sebahagian daripada amaun bayaran dalam apa-apa hal keadaan dan daripada mana-mana pihak yang satu lagi kepada prosiding itu sebagaimana yang ditentukan mengikut kaedah-kaedah itu.

Suggest a correction

(3)

Apa-apa kaedah yang dibuat menurut kuasa seksyen ini boleh memasukkan peruntukan sampingan, tambahan dan berbangkit yang didapati perlu atau suai manfaat.

Suggest a correction

(4)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai menyentuh penjalanan apa-apa kuasa yang berhubungan dengan kos, termasuklah apa-apa kuasa untuk membuat kaedah-kaedah mahkamah yang berhubungan dengan kos.

Suggest a correction

(5)

Dalam seksyen ini "pembayaran interim", berhubung dengan sesuatu pihak kepada apa-apa prosiding, ertinya sesuatu pembayaran disebabkan oleh apa-apa ganti rugi, hutang atau apa-apa jumlah wang lain tidak termasuk apa-apa kos yang pihak itu boleh bertanggungan untuk membayar kepada atau bagi faedah pihak lain kepada prosiding itu jika sesuatu penghakiman atau perintah muktamad Mahkamah dalam prosiding itu diberikan atau dibuat dengan memihak pihak yang satu lagi itu.

Bidang Kuasa Rayuan

Bidang kuasa rayuan jenayah

Suggest a correction

Seksyen 26

Open as pageSuggest a correction

Bidang kuasa rayuan jenayah Mahkamah Tinggi hendaklah terdiri daripada pendengaran rayuan daripada mahkamah rendah mengikut mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa dalam bidang kuasa wilayah Mahkamah Tinggi itu.

Seksyen 27

Bidang kuasa rayuan civil

Open as pageSuggest a correction

Bidang kuasa rayuan sivil Mahkamah Tinggi hendaklah terdiri daripada pendengaran rayuan daripada mahkamah rendah sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini.

Seksyen 28

Rayuan civil daripada mahkamah rendah

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sesuatu rayuan boleh dibuat daripada apa-apa keputusan mahkamah rendah dalam apa-apa prosiding yang berhubungan dengan penyenggaraan isteri atau anak, tanpa mengira amaun yang terlibat.

Rayuan civil hendaklah dengan cara pendengaran semula

Suggest a correction

Seksyen 29

Open as pageSuggest a correction

Semua rayuan sivil daripada sesuatu mahkamah rendah hendaklah dengan cara pendengaran semula, dan Mahkamah Tinggi hendaklah mempunyai kuasa dan bidang kuasa yang sama semasa mendengar rayuan itu seperti yang dipunyai oleh Mahkamah Rayuan semasa mendengar rayuan daripada Mahkamah Tinggi.

Seksyen 30

Rujukan soal perlembagaan oleh mahkamah rendah

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa rekod prosiding yang dihantar ke Mahkamah Tinggi di bawah seksyen ini hendaklah diperiksa oleh seorang Hakim Mahkamah itu dan jika Hakim itu memikirkan bahawa keputusan bagi soal tentang kesan sesuatu peruntukan Perlembagaan itu adalah perlu bagi memutuskan prosiding itu dia hendaklah memperlakukan kes itu mengikut seksyen 84 seolah-olah kes itu ialah suatu kes yang berada di hadapannya dalam bidang kuasa asal Mahkamah Tinggi di mana soal itu berbangkit.

Suggest a correction

(3)

Subseksyen (1) dan (2) hendaklah disifatkan sebagai kaedahkaedah mahkamah bagi maksud Perkara 128(2) Perlembagaan.

Penyemakan

Penyemakan prosiding jenayah mahkamah rendah

Suggest a correction

Seksyen 31

Open as pageSuggest a correction

Mahkamah Tinggi boleh menjalankan kuasa penyemakan berkenaan dengan prosiding dan perkara jenayah di mahkamah rendah mengikut mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan tatacara jenayah.

Seksyen 32

Kuasa Mahkamah Tinggi untuk meminta rekod prosiding civil di mahkamah rendah

Open as pageSuggest a correction

Mahkamah Tinggi boleh meminta dan memeriksa rekod manamana prosiding civil yang diadakan di hadapan mana-mana mahkamah rendah bagi maksud memuaskan hatinya tentang betulnya, sahnya atau patutnya mana-mana keputusan yang telah direkodkan atau diberikan, dan tentang teraturnya apa-apa prosiding mana-mana mahkamah rendah itu.

Seksyen 33

Kuasa Mahkamah Tinggi tentang semakan prosiding civil

Open as pageSuggest a correction

Dalam hal apa-apa prosiding civil di mahkamah rendah yang telah diminta rekodnya atau yang secara lain telah sampai ke pengetahuannya, Mahkamah Tinggi boleh memberikan apa-apa perintah mengenai prosiding civil itu, sama ada dengan mengarahkan suatu perbicaraan baru atau selainnya, yang difikirkan perlu bagi memastikan bahawa keadilan substansial dilakukan.

Seksyen 34

Tiada penyemakan atas kehendak pihak yang boleh membuat rayuan

Open as pageSuggest a correction

Jika sesuatu rayuan boleh dibuat terhadap apa-apa keputusan dalam apa-apa perkara civil, dan tiada rayuan dibawa, tiada prosiding dengan cara penyemakan boleh dilayan atas kehendak pihak yang boleh membuat rayuan.

Seksyen 35

Bidang kuasa pengawasan dan penyemakan am Mahkamah Tinggi

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apabila Mahkamah Tinggi meminta mana-mana rekod sebagaimana yang disebut terdahulu, segala prosiding di mahkamah rendah dalam perkara atau prosiding yang berkenaan hendaklah digantung sementara menunggu perintah selanjutnya daripada Mahkamah Tinggi.

Budi bicara Mahkamah tentang pendengaran pihak

Suggest a correction

Seksyen 36

Open as pageSuggest a correction

Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa, tiada pihak boleh mempunyai apa-apa hak untuk didengar di hadapan Mahkamah Tinggi apabila Mahkamah itu menjalankan kuasa penyemakan dan pengawasannya:

Dengan syarat bahawa tiada perintah muktamad boleh dibuat yang memudaratkan mana-mana orang melainkan jika orang itu telah mendapat peluang untuk didengar.

Seksyen 37

Peruntukan khas tentang Negeri-Negeri Tanah Melayu

Open as pageSuggest a correction

Jika dalam apa-apa prosiding jenayah di hadapan sesuatu mahkamah rendah di Negeri-Negeri Tanah Melayu suatu hukuman telah dijatuhkan oleh mahkamah itu pada menjalankan kuasa-kuasa hukuman khas yang diberikan oleh subseksyen 87(2) Akta Mahkamah Rendah 1948 [Akta 92], dan tiada notis rayuan telah dibuat terhadap hukuman itu mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan tatacara jenayah, mahkamah rendah itu hendaklah menghantar rekod prosiding itu kepada Mahkamah Tinggi supaya Mahkamah Tinggi boleh memuaskan hatinya tentang betulnya, sahnya atau patutnya hukuman itu, dan Mahkamah Tinggi boleh sesudah itu menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya oleh seksyen 31.

Bahagian III

BAHAGIAN III

Seksyen 40

Open as pageSuggest a correction

Presiden boleh membuat kaedah-kaedah tentang cuti Mahkamah Rayuan yang tidak melebihi satu bulan dalam mana-mana tahun kalendar.

Seksyen 41

Bagaimana prosiding diputuskan

Open as pageSuggest a correction

Prosiding hendaklah diputuskan mengikut pendapat majoriti Hakim yang menganggotai Mahkamah itu.

Seksyen 42

Penerusan prosiding walaupun Hakim tidak hadir

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dalam mana-mana hal itu sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (1), prosiding itu hendaklah diputuskan mengikut pendapat majoriti Hakim Mahkamah yang tinggal itu, dan, jika tidak ada majoriti, prosiding itu hendaklah didengar semula.

Suggest a correction

Seksyen 43

Open as pageSuggest a correction

Bilamana permohonan boleh dibuat sama ada kepada Mahkamah Tinggi atau kepada Mahkamah Rayuan, ia hendaklah pada mulamulanya, dibuat kepada Mahkamah Tinggi.

Seksyen 44

Arahan sampingan dan perintah interim

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiap-tiap permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai suatu prosiding di Mahkamah Rayuan.

Suggest a correction

(3)

Tiap-tiap perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh, apabila permohonan dibuat oleh pihak yang terkilan dalam tempoh sepuluh hari selepas perintah itu disampaikan, disahkan, diubah atau dilepaskan oleh Mahkamah itu.

45-49. (Dipotong oleh Akta A886).

Bidang Kuasa Asal

Bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan rayuan jenayah

Bidang Kuasa Rayuan-Rayuan Jenayah

Suggest a correction

Seksyen 50

Open as pageSuggest a correction

(b)

pada menjalankan bidang kuasa rayuan atau penyemakannya berkenaan dengan apa-apa perkara jenayah yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen.

Suggest a correction

(2)

Sesuatu rayuan boleh dibuat kepada Mahkamah Rayuan, dengan kebenaran Mahkamah Rayuan, terhadap mana-mana keputusan Mahkamah Tinggi pada menjalankan bidang kuasa rayuan atau penyemakannya berkenaan dengan apa-apa perkara jenayah yang diputuskan oleh Mahkamah Majistret tetapi rayuan itu hendaklah terbatas kepada soal undang-undang sahaja yang berbangkit semasa rayuan atau penyemakan itu dan penentuan oleh Mahkamah Tinggi yang melibatkan kesudahan rayuan atau penyemakan itu.

Suggest a correction

(2A)

Suatu permohonan bagi kebenaran di bawah subseksyen (2) hendaklah dibuat dalam tempoh empat belas hari selepas tarikh keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Suggest a correction

(3)

Notis apa-apa rayuan oleh Pendakwa Raya hendaklah diberikan oleh, atau dengan persetujuan bertulis, pegawai itu sahaja; dan walau apa pun subseksyen (2), tiada kebenaran Mahkamah Rayuan dikehendaki.

Suggest a correction

(4)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam seksyen ini, sesuatu rayuan boleh dibuat atas soal fakta atau soal undang-undang atau atas soal campuran fakta dan undang-undang.

Notis rayuan

Suggest a correction

Seksyen 51

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiap-tiap notis rayuan hendaklah menyatakan dengan ringkasisi penghakiman yang dirayukan, hendaklah mengandungi alamat yang apa-apa notis atau dokumen yang berkaitan dengan rayuan itu boleh disampaikan kepada perayu atau kepada peguam belanya, dan, kecuali jika notis rayuan itu diberikan secara lisan di bawah seksyen 54, hendaklah ditandatangani oleh perayu atau peguam belanya:

Dengan syarat bahawa, dalam hal suatu rayuan di bawah subseksyen 50(2), pengiraan tempoh empat belas hari yang disebut terdahulu hendaklah bermula dari tarikh sebaik selepas kebenaran diberikan oleh Mahkamah Rayuan.

Rekod prosiding

Suggest a correction

Seksyen 52

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dengan seberapa segera yang mungkin selepas notis rayuan telah difailkan, Pendaftar hendaklah menyebabkan supaya disampaikan kepada perayu atau peguam belanya di alamat bagi penyampaiannya yang dinyatakan di bawah subseksyen 51(2) suatu notis bahawa salinan rekod itu sudah tersedia dan boleh diperoleh atas permohonan untuk mendapatkannya atas pembayaran fi yang ditetapkan:

Dengan syarat bahawa dalam hal rayuan oleh Pendakwa Raya suatu salinan rekod itu hendaklah diberikan kepadanya tanpa pembayaran apa-apa fi.

Petisyen rayuan

Suggest a correction

Seksyen 53

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiap-tiap petisyen rayuan hendaklah ditandatangani oleh perayu atau peguam belanya dan hendaklah mengandungi butiran mengenai. perkara undang-undang atau fakta yang tentangnya Mahkamah Tinggi dikatakan telah silap, dan, kecuali dengan kebenaran Mahkamah Rayuan, perayu tidak boleh dibenarkan, semasa pendengaran rayuan itu, untuk bergantung pada apa-apa alasan rayuan selain yang telah dinyatakan dalam petisyen itu.

Suggest a correction

(3)

Jika sesuatu petisyen tidak difailkan dalam masa yang ditetapkan oleh seksyen ini rayuan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik, tetapi tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh disifatkan menghadkan atau menyekat kuasa melanjutkan masa yang diberikan kepada Mahkamah Rayuan oleh seksyen 56.

Tatacara jika perayu berada di dalam penjara

Suggest a correction

Seksyen 54

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pegawai penjara yang disebut terdahulu hendaklah dengan serta-merta menghantar notis dan petisyen itu atau maksudnya kepada Pendaftar Mahkamah yang daripadanya rayuan itu dibuat di tempat keputusan yang dirayukan itu telah diberikan.

Pemindahan kertas ke Mahkamah Rayuan

Suggest a correction

Seksyen 55

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pendaftar Mahkamah yang daripadanya rayuan dibuat hendaklah juga memberikan responden atau peguam belanya suatu salinan rekod prosiding dalam kes itu dan suatu salinan notis rayuan dan petisyen rayuan itu.

Rayuan luar masa dan kecacatan formal

Suggest a correction

Seksyen 56

Open as pageSuggest a correction

Mahkamah Rayuan boleh menurut budi bicaranya, atas permohonan mana-mana orang yang berhasrat hendak merayu yang telah dihalang daripada berbuat demikian oleh sebab dia tidak mematuhi sesuatu formaliti atau sesuatu kehendak Akta ini, membenarkan rayuan atas apa-apa terma dan dengan apa-apa arahan yang difikirkannya perlu supaya keadilan yang substansial boleh dilakukan dalam perkara itu, dan boleh, bagi maksud itu, melanjutkan apa-apa tempoh masa yang ditetapkan oleh seksyen 51 atau 53.

Seksyen 56A

Atas rayuan terhadap pembebasan, tertuduh boleh ditangkap

Open as pageSuggest a correction

Jika sesuatu rayuan dikemukakan terhadap sesuatu pembebasan, Mahkamah Rayuan boleh mengeluarkan suatu waran yang mengarahkan supaya tertuduh ditangkap dan dibawa di hadapannya dan boleh menahannya di penjara sementara menunggu pemberesan rayuan itu atau membenarkannya dijamin.

Seksyen 57

Rayuan tidak boleh berkuat kuasa sebagai penggantungan pelaksanaan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika pada akhirnya perayu dihukum dengan pemenjaraan, masa yang pelaksanaan hukuman itu digantung hendaklah tidak dimasukkan dalam pengiraan tempoh hukumannya melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah Rayuan.

Suggest a correction

(3)

Dalam hal sesuatu sabitan yang melibatkan hukuman mati atau hukuman jasad—

(a)

hukuman itu tidak boleh sekali-kali dilaksanakan sehingga selepas tamat masa yang dalamnya notis rayuan boleh diberikan di bawah seksyen 51, atau apa-apa pelanjutan masa yang dibenarkan di bawah seksyen 56; dan

Suggest a correction

(b)

jika notis diberikan sedemikian hukuman itu tidak boleh dilaksanakan sehingga selepas rayuan itu diputuskan.

Penolakan terus rayuan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 58

Open as pageSuggest a correction

Jika alasan rayuan tidak membangkitkan apa-apa soal undang-undang dan ternyata pada Presiden dan dua orang Hakim lain Mahkamah Rayuan bahawa keterangan mencukupi untuk menyokong sabitan itu dan bahawa tidak ada perkara dalam hal keadaan kes itu yang boleh membangkitkan suatu keraguan yang munasabah sama ada sabitan itu betul atau membawa Mahkamah Rayuan untuk menimbangkan bahawa hukuman itu patut dikurangkan, rayuan itu boleh, tanpa ditetapkan untuk pendengaran, ditolak terus oleh suatu perintah yang ditandatangani oleh Presiden, yang memperakui bahawa Hakim tersebut, setelah meneliti rekod itu, berpuas hati bahawa rayuan itu telah dibawa tanpa apa-apa alasan yang mencukupi bagi aduan dan notis penolakan itu hendaklah disampaikan kepada perayu:

(i)

jika, dalam mana-mana kes yang ditolak di bawah seksyen ini, perayu memberikan, dalam tempoh tujuh hari dari penyampaian notis penolakan kepadanya, notis kepada Pendaftar Mahkamah Rayuan mengenai permohonan bagi kebenaran untuk meminda alasan rayuannya supaya membangkitkan suatu soal undang-undang, disertai dengan suatu perakuan yang ditandatangani oleh seorang peguam bela yang menyatakan soal yang hendak dibangkitkan dan mengaku janji untuk menghujahkannya, Mahkamah Rayuan boleh memberi kebenaran untuk meminda dengan sewajarnya dan hendaklah memulihkan rayuan itu untuk didengar; dan

(ii)

bagi maksud seksyen ini, soal sama ada sesuatu hukuman itu patut dikurangkan hendaklah disifatkan sebagai bukan suatu soal undang-undang.

Notis dan masa pendengaran

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 59

Dengan syarat bahawa—

Open as pageSuggest a correction

Jika Mahkamah Rayuan tidak menolak terus sesuatu rayuan di bawah seksyen 58, atau jika Pendakwa Raya ialah perayu, Mahkamah Rayuan hendaklah menyebabkan notis mengenai masa dan tempat bagi pendengaran rayuan itu diberikan kepada pihak kepada rayuan itu.

Seksyen 60

Kuasa Mahkamah Rayuan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dalam pendengaran sesuatu rayuan Mahkamah Rayuan boleh, jika ia berpendapat bahawa suatu hukuman yang lain sepatutnya dijatuhkan, membatalkan hukuman yang telah dijatuhkan, disahkan atau diubah oleh Mahkamah Tinggi dan menjatuhkan apa-apa hukuman lain yang diwajarkan di sisi undang-undang (sama ada lebih atau kurang beratnya) sebagai menggantikan hukuman itu yang difikirkannya patut telah dijatuhkan.

Suggest a correction

(3)

Mahkamah Rayuan tidak boleh sekali-kali membuat apaapa perintah di bawah seksyen ini tentang pembayaran kos manamana rayuan kepada atau oleh perayu atau responden.

Keterangan tambahan

Suggest a correction

Seksyen 61

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apabila keterangan tambahan itu diambil oleh mahkamah perbicaraan, ia hendaklah memperakui keterangan itu, dengan suatu pernyataan pendapatnya mengenai kes yang dipertimbangkan itu tentang keterangan tambahan itu, kepada Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Rayuan hendaklah sesudah itu meneruskan untuk membereskan rayuan itu.

Suggest a correction

(3)

Pihak kepada rayuan itu hendaklah hadir apabila keterangan tambahan diambil.

Suggest a correction

(4)

Pada menguruskan apa-apa rayuan dalam sesuatu kes jenayah Mahkamah Rayuan boleh juga, jika difikirkannya patut, meminta dan menerima daripada mahkamah perbicaraan suatu laporan tentang apa-apa perkara yang berkaitan dengan perbicaraan itu.

Penghakiman

Suggest a correction

Seksyen 62

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dalam rayuan dan perkara jenayah Mahkamah Rayuan hendaklah pada lazimnya memberikan hanya satu penghakiman, yang bolehlah diumumkan oleh Presiden atau oleh anggota lain Mahkamah Rayuan yang diarahkan oleh Presiden:

Dengan syarat bahawa penghakiman yang berasingan hendaklah diumumkan jika ditentukan sedemikian oleh Presiden.

Suggest a correction

(3)

Penghakiman mana-mana anggota Mahkamah Rayuan yang tidak hadir bolehlah dibaca oleh mana-mana Hakim lain.

Penghakiman hendaklah diperakukan

Suggest a correction

Seksyen 63

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mahkamah yang berkenaan hendaklah sesudah itu membuat apa-apa perintah yang menepati penghakiman atau perintah Mahkamah Rayuan itu, dan, jika perlu, rekod itu hendaklah dipinda mengikut penghakiman atau perintah itu.

Suggest a correction

(3)

Apabila mana-mana rayuan ditarik balik atau diberhentikan Pendaftar Mahkamah Rayuan hendaklah memberitahu mahkamah yang berkenaan itu dengan sewajarnya dan jika apa-apa penggantungan pelaksanaan telah diberikan hukuman atau perintah mahkamah perbicaraan itu atau yang telah diubah oleh Mahkamah Tinggi dalam bidang kuasa rayuannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dikuatkuasakan dengan serta-merta, tetapi apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh disifatkan menghadkan atau menyekat kuasa melanjutkan masa yang diberikan kepada Mahkamah Rayuan oleh seksyen 56.

Suggest a correction

Seksyen 64

Open as pageSuggest a correction

(Dipotong oleh Akta A328).

65-66. (Dipotong oleh Akta A909).

Bidang Kuasa Rayuan-Rayuan Civil

Bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan rayuan civil

Seksyen 67

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mahkamah Rayuan hendaklah mempunyai segala kuasa yang diberikan oleh seksyen 24A kepada Mahkamah Tinggi di bawah peruntukan yang berhubungan dengan rujukan di bawah perintah Mahkamah Tinggi.

(a)

apabila amaun atau nilai hal perkara dalam tuntutan itu (tidak termasuk bunga) kurang daripada dua ratus lima puluh ribu ringgit, kecuali dengan kebenaran Mahkamah Rayuan;

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 68

Perkara yang tidak boleh dirayu

Open as pageSuggest a correction

(b)

jika penghakiman atau perintah itu dibuat dengan persetujuan pihak-pihak;

Suggest a correction

(c)

jika penghakiman atau perintah itu berhubungan dengan kos sahaja, yang mengikut undang-undang adalah terpulang kepada budi bicara Mahkamah, kecuali dengan kebenaran Mahkamah Rayuan; dan

Suggest a correction

(d)

jika, melalui mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa, penghakiman atau perintah Mahkamah Tinggi itu diisytiharkan dengan nyata sebagai muktamad.

Suggest a correction

(3)

Tiada rayuan boleh dibuat terhadap sesuatu keputusan seorang Hakim dalam Kamar secara terus atas sesuatu saman interplider, jika fakta tidak dipertikaikan, kecuali dengan kebenaran Mahkamah Rayuan, tetapi rayuan boleh dibuat terhadap sesuatu penghakiman yang diberikan di dalam mahkamah atas perbicaraan sesuatu isu interplider.

Pendengaran rayuan

Suggest a correction

Seksyen 69

Open as pageSuggest a correction

(2)

Keterangan lanjutan itu boleh diberikan tanpa kebenaran atas permohonan interlokutori, atau dalam mana-mana hal tentang perkara yang telah berlaku selepas tarikh keputusan yang terhadapnya rayuan itu dibawa.

Suggest a correction

(3)

Dalam rayuan terhadap sesuatu penghakiman, selepas perbicaraan atau pendengaran apa-apa kausa atau perkara tentang meritnya, keterangan lanjutan itu, kecuali tentang perkara yang kemudian seperti yang disebut terdahulu, boleh diterima atas alasan khas sahaja, dan tidak tanpa kebenaran Mahkamah Rayuan.

Suggest a correction

(4)

Mahkamah Rayuan boleh membuat inferens fakta, dan memberikan apa-apa penghakiman, dan membuat apa-apa perintah yang sepatutnya telah diberikan atau dibuat, dan membuat apa-apa perintah lanjutan atau perintah lain sebagaimana yang dikehendaki oleh kes itu.

Suggest a correction

(5)

Kuasa yang disebut terdahulu boleh dijalankan walaupun notis rayuan itu berhubungan hanya dengan sebahagian daripada keputusan itu, dan kuasa itu boleh juga dijalankan dengan memihak kepada kesemua atau mana-mana responden atau pihak walaupun responden atau pihak itu tidak merayu terhadap atau mengadu tentang keputusan itu.

Kos rayuan

Suggest a correction

Seksyen 70

Open as pageSuggest a correction

Mahkamah Rayuan boleh membuat apa-apa perintah tentang keseluruhan atau mana-mana bahagian kos rayuan atau kos di mahkamah bawahan sebagaimana yang adil.

Seksyen 71

Perbicaraan baru

Open as pageSuggest a correction

(2)

Perbicaraan baru tidak boleh dibenarkan atas alasan penerimaan atau penolakan tidak wajar keterangan melainkan jika pada pendapat Mahkamah Rayuan kesalahan yang substansial atau salah laksana keadilan telah disebabkan olehnya; dan jika ternyata pada Mahkamah Rayuan bahawa kesalahan atau salah laksana itu menyentuh sebahagian sahaja daripada perkara yang menjadi kontroversi, atau beberapa atau satu sahaja daripada pihak, Mahkamah Rayuan boleh memberikan penghakiman muktamad tentang sebahagian daripadanya, atau tentang beberapa atau satu sahaja daripada pihak itu, dan mengarahkan perbicaraan baru tentang bahagian yang lain itu sahaja, atau tentang pihak atau pihak-pihak yang lain itu.

Suggest a correction

(3)

Perbicaraan baru boleh diperintahkan atas apa-apa soal tanpa mengganggu dapatan atau keputusan mahkamah bawahan atas apa-apa soal lain.

Kesilapan tidak material

Suggest a correction

Seksyen 72

Open as pageSuggest a correction

Tiada penghakiman atau perintah Mahkamah Tinggi, atau mana-mana Hakim boleh diakas atau diubah secara substansial atas rayuan, dan tiada perbicaraan baru boleh diperintahkan oleh Mahkamah Rayuan, kerana apa-apa kesilapan, kecacatan atau luar aturan, sama ada dalam keputusannya atau selainnya, yang tidak melibatkan merit atau bidang kuasa Mahkamah.

Seksyen 73

Rayuan tidak boleh berkuat kuasa sebagai penggantungan pelaksanaan

Open as pageSuggest a correction

Sesuatu rayuan tidak boleh berkuat kuasa sebagai penggantungan pelaksanaan atau prosiding di bawah keputusan yang dirayukan melainkan jika mahkamah bawahan atau Mahkamah Rayuan memerintahkan sedemikian dan tiada tindakan atau prosiding perantaraan boleh menjadi tidak sah kecuali setakat yang diarahkan oleh Mahkamah Rayuan.

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

MAHKAMAH PERSEKUTUAN

Suggest a correction

Keanggotaan Mahkamah Persekutuan

Seksyen 75

Open as pageSuggest a correction

(2)

Ketua Hakim Negara boleh membatalkan atau menangguhkan mana-mana persidangan Mahkamah yang telah ditetapkan di bawah subseksyen (1).

Cuti

Suggest a correction

Seksyen 76

Open as pageSuggest a correction

Ketua Hakim Negara boleh membuat kaedah-kaedah tentang cuti Mahkamah Persekutuan yang tidak melebihi satu bulan dalam mana-mana tahun kalendar.

Seksyen 77

Bagaimana prosiding diputuskan

Open as pageSuggest a correction

Prosiding hendaklah diputuskan mengikut pendapat majoriti Hakim yang menganggotai Mahkamah itu.

Seksyen 78

Penerusan prosiding walaupun Hakim tidak hadir

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dalam mana-mana hal itu sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (1), prosiding itu hendaklah diputuskan mengikut pendapat majoriti Hakim Mahkamah yang tinggal itu, dan, jika tidak ada majoriti prosiding itu hendaklah didengar semula.

Suggest a correction

Seksyen 79

Open as pageSuggest a correction

Bilamana permohonan boleh dibuat sama ada kepada Mahkamah Rayuan atau kepada Mahkamah Persekutuan, ia hendaklah pada mula-mulanya dibuat kepada Mahkamah Rayuan.

Seksyen 80

Arahan sampingan dan perintah interim

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiap-tiap permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai suatu prosiding di Mahkamah Persekutuan.

Suggest a correction

(3)

Tiap-tiap perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh, apabila permohonan dibuat oleh pihak yang terkilan dalam tempoh sepuluh hari selepas perintah itu disampaikan, disahkan, diubah atau dilepaskan oleh Mahkamah itu.

Bidang Kuasa Asal

Bidang kuasa dan kuasa

Suggest a correction

Seksyen 81

Open as pageSuggest a correction

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini dalam Akta ini Mahkamah Persekutuan bagi maksud bidang kuasanya di bawah Perkara 128(1) dan (2) Perlembagaan (dalam Akta ini dipanggil "bidang kuasa asal"), hendaklah mempunyai bidang kuasa yang sama dan boleh menjalankan kuasa yang sama seperti yang dipunyai dan boleh dijalankan oleh Mahkamah Tinggi.

Seksyen 82

Penghakiman hendaklah bersifat perisytiharan

Open as pageSuggest a correction

Mahkamah Persekutuan pada menjalankan bidang kuasa asalnya di bawah Perkara 128(1)(b) Perlembagaan berkenaan dengan sesuatu pertikaian antara Negeri dengan Negeri atau antara Persekutuan dengan mana-mana Negeri tidak boleh mengumumkan apa-apa penghakiman selain penghakiman perisytiharan.

Seksyen 83

Kos

Open as pageSuggest a correction

Mahkamah Persekutuan tidak boleh membuat apa-apa perintah tentang kos bagi apa-apa prosiding yang diadakan di bawah bidang kuasa asalnya:

Dengan syarat bahawa dalam apa-apa prosiding di bawah seksyen 84 Mahkamah Tinggi boleh membuat apa-apa perintah tentang kos berkenaan dengan prosiding di Mahkamah Persekutuan.

Seksyen 84

Rujukan soal perlembagaan oleh Mahkamah Tinggi

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu perintah yang menggantung prosiding di bawah seksyen ini boleh dibuat oleh Hakim atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak dan hendaklah dibuat pada apa-apa peringkat prosiding itu yang difikirkan patut oleh Hakim setelah mengambil kira keputusan apa-apa soal fakta sebagaimana yang perlu diselesaikan bagi membantu Mahkamah Persekutuan dalam memutuskan soal yang telah berbangkit itu dan kepada penyelesaian muktamad prosiding itu dengan cepat dan ekonomi.

Suggest a correction

(3)

Jika suatu perintah penggantungan prosiding telah dibuat di bawah seksyen ini, Hakim hendaklah menyatakan soal yang pada pendapatnya telah berbangkit tentang kesan Perlembagaan dalam bentuk kes khas yang setakat yang boleh hendaklah menyatakan soal tersebut dalam suatu bentuk yang akan membolehkan suatu jawapan diberikan dalam bentuk mengia atau menidakkan.

Suggest a correction

(4)

Jika seorang Hakim telah menyatakan suatu kes khas di bawah seksyen ini kes khas itu hendaklah dihantar kepada Mahkamah Persekutuan mengikut kaedah-kaedah mahkamah bagi Mahkamah Persekutuan.

Prosiding di Mahkamah Persekutuan

Suggest a correction

Seksyen 85

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apabila Mahkamah Persekutuan telah memutuskan apa-apa kes khas di bawah seksyen ini Mahkamah Tinggi yang dalamnya prosiding yang dalam perjalanannya kes itu dinyatakan menunggu penyelesaian hendaklah meneruskan dan membereskan prosiding itu mengikut penghakiman Mahkamah Persekutuan dan selainnya mengikut undang-undang.

Bidang kuasa dan kuasa

Suggest a correction

Seksyen 86

Open as pageSuggest a correction

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta ini, pada menjalankan bidang kuasa rayuannya, Mahkamah Persekutuan hendaklah mempunyai bidang kuasa yang sama, boleh menjalankan kuasa yang sama dan boleh membuat apa-apa perintah yang dipunyai dan boleh dijalankan atau dibuat oleh Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi.

Seksyen 87

Bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan rayuan jenayah

Open as pageSuggest a correction

(2)

Notis apa-apa rayuan oleh Pendakwa Raya hendaklah diberikan oleh, atau dengan persetujuan bertulis, pegawai itu sahaja.

Suggest a correction

(3)

Sesuatu rayuan boleh dibuat atas soal fakta atau soal undang-undang atau atas soal campuran fakta dan undang-undang.

Atas rayuan terhadap pembebasan, tertuduh boleh ditangkap

Suggest a correction

Seksyen 88

Open as pageSuggest a correction

Jika sesuatu rayuan dikemukakan terhadap sesuatu.pembebasan, Mahkamah Persekutuan boleh mengeluarkan suatu waran yang mengarahkan supaya tertuduh ditangkap dan dibawa di hadapannya dan boleh menahannya di penjara sementara menunggu pemberesan rayuan itu atau membenarkannya dijamin.

Seksyen 89

Rayuan tidak boleh berkuat kuasa sebagai penggantungan pelaksanaan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika pada akhirnya perayu dihukum dengan pemenjaraan, masa yang pelaksanaan hukuman itu digantung hendaklah tidak dimasukkan dalam pengiraan tempoh masa hukumannya melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah Persekutuan.

(a)

hukuman itu tidak boleh sekali-kali dilaksanakan sehingga selepas tamat masa yang dalamnya notis rayuan boleh diberikan atau apa-apa pelanjutan masa yang dibenarkan; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Dalam hal sesuatu sabitan yang melibatkan hukuman mati atau hukuman jasad—

(b)

jika notis diberikan sedemikian hukuman itu tidak boleh dilaksanakan sehingga selepas rayuan itu diputuskan.

Penolakan terus rayuan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 90

Open as pageSuggest a correction

Jika alasan rayuan tidak membangkitkan apa-apa soal undangundang dan ternyata pada Ketua Hakim Negara dan dua orang Hakim lain Mahkamah Persekutuan bahawa keterangan mencukupi untuk menyokong sabitan itu dan bahawa tidak ada perkara dalam hal keadaan kes itu yang boleh membangkitkan suatu keraguan yang munasabah sama ada sabitan itu betul atau membawa Mahkamah Persekutuan untuk menimbangkan bahawa hukuman itu patut dikurangkan, rayuan itu boleh, tanpa ditetapkan untuk pendengaran, ditolak terus oleh suatu perintah yang ditandatangani oleh Ketua Hakim Negara, yang memperakui bahawa Hakim tersebut, setelah meneliti rekod itu, berpuas hati bahawa rayuan itu telah dibawa tanpa apa-apa alasan yang mencukupi bagi aduan dan notis penolakan itu hendaklah disampaikan kepada perayu:

(i)

jika, dalam mana-mana kes yang ditolak di bawah seksyen ini, perayu memberikan, dalam tempoh tujuh hari dari penyampaian notis penolakan kepadanya, notis kepada Pendaftar Mahkamah Persekutuan mengenai permohonan bagi kebenaran untuk meminda alasan rayuannya supaya membangkitkan suatu soal undang-undang, disertai dengan suatu perakuan yang ditandatangani oleh seorang peguam bela yang menyatakan soal yang hendak dibangkitkan dan mengaku janji untuk menghujahkannya, Mahkamah Persekutuan boleh memberi kebenaran untuk meminda dengan sewajarnya dan hendaklah memulihkan rayuan itu untuk didengar; dan

(ii)

bagi maksud seksyen ini, soal sama ada sesuatu hukuman itu patut dikurangkan hendaklah disifatkan sebagai bukan suatu soal undang-undang.

Notis dan masa pendengaran

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 91

Dengan syarat bahawa—

Open as pageSuggest a correction

Jika Mahkamah Persekutuan tidak menolak terus sesuatu rayuan di bawah seksyen 90, atau jika Pendakwa Raya ialah perayu, Mahkamah Persekutuan hendaklah menyebabkan notis mengenai masa dan tempat bagi pendengaran rayuan itu diberikan kepada pihak kepada rayuan itu.

Seksyen 92

Kuasa Mahkamah Persekutuan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dalam pendengaran sesuatu rayuan Mahkamah Persekutuan boleh, jika ia berpendapat bahawa suatu hukuman yang lain sepatutnya dijatuhkan, membatalkan hukuman yang telah dijatuhkan, disahkan atau diubah oleh Mahkamah Rayuan dan menjatuhkan apa-apa hukuman lain yang diwajarkan di sisi undang-undang (sama ada lebih atau kurang beratnya) sebagai menggantikan hukuman itu yang difikirkannya patut telah dijatuhkan.

Suggest a correction

(3)

Mahkamah Persekutuan tidak boleh sekali-kali membuat apa-apa perintah di bawah seksyen ini tentang pembayaran kos mana-mana rayuan kepada atau oleh perayu atau responden.

Keterangan tambahan

Suggest a correction

Seksyen 93

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apabila keterangan tambahan itu diambil oleh Mahkamah Tinggi, ia hendaklah memperakui keterangan itu, dengan suatu pernyataan pendapatnya mengenai kes yang dipertimbangkan itu tentang keterangan tambahan itu, kepada Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Persekutuan hendaklah sesudah itu meneruskan untuk membereskan rayuan itu.

Suggest a correction

(3)

Pihak kepada rayuan itu hendaklah hadir apabila keterangan tambahan diambil.

Suggest a correction

(4)

Pada menguruskan apa-apa rayuan dalam sesuatu kes jenayah Mahkamah Persekutuan boleh juga, jika difikirkannya patut, meminta dan menerima daripada Mahkamah Tinggi suatu laporan tentang apa-apa perkara yang berkaitan dengan perbicaraan itu.

Penghakiman

Suggest a correction

Seksyen 94

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dalam rayuan dan perkara jenayah Mahkamah Persekutuan hendaklah pada lazimnya memberikan hanya satu penghakiman, yang bolehlah diumumkan oleh Ketua Hakim Negara atau oleh anggota lain Mahkamah Persekutuan yang diarahkan oleh Ketua Hakim Negara:

Dengan syarat bahawa penghakiman yang berasingan hendaklah diumumkan jika ditentukan sedemikian oleh Ketua Hakim Negara.

Suggest a correction

(3)

Penghakiman mana-mana anggota Mahkamah Persekutuan yang tidak hadir bolehlah dibaca oleh mana-mana Hakim lain.

Penghakiman hendaklah diperakukan

Suggest a correction

Seksyen 95

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mahkamah yang berkenaan hendaklah sesudah itu membuat apa-apa perintah yang menepati penghakiman atau perintah Mahkamah Persekutuan itu, dan, jika perlu, rekod itu hendaklah dipinda mengikut penghakiman atau perintah itu.

Suggest a correction

(3)

Apabila mana-mana rayuan ditarik balik atau diberhentikan Pendaftar Mahkamah Persekutuan hendaklah memberitahu mahkamah yang berkenaan itu dengan sewajarnya dan, jika apa-apa penggantungan pelaksanaan telah diberikan, hukuman atau perintah Mahkamah Tinggi atau yang telah diubah oleh Mahkamah Rayuan itu hendaklah dikuatkuasakan dengan serta-merta.

Bidang Kuasa Rayuan-Rayuan Civil

Syarat-syarat rayuan

Suggest a correction

Seksyen 96

Open as pageSuggest a correction

Tertakluk kepada mana-mana kaedah yang mengawal selia prosiding Mahkamah Persekutuan berkenaan dengan rayuan daripada Mahkamah Rayuan, sesuatu rayuan bolehlah dibuat daripada Mahkamah Rayuan kepada Mahkamah Persekutuan dengan kebenaran Mahkamah Persekutuan—

(a)

daripada apa-apa penghakiman atau perintah Mahkamah Rayuan berkenaan dengan apa-apa kausa atau perkara sivil yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada menjalankan bidang kuasa asalnya yang melibatkan soal prinsip am yang diputuskan buat pertama kali atau soal yang penting yang akan dihujahkan secara lanjut dan suatu keputusan Mahkamah Persekutuan akan memberi kebaikan kepada awam; atau

Suggest a correction

(b)

daripada apa-apa keputusan tentang kesan mana-mana peruntukan Perlembagaan termasuklah kesahan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan mana-mana peruntukan itu.

Kebenaran untuk merayu

Suggest a correction

Seksyen 97

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika penghakiman yang dirayukan itu menghendaki perayu membayar wang atau melaksanakan sesuatu kewajipan, Mahkamah Persekutuan hendaklah mempunyai kuasa, apabila memberi kebenaran untuk merayu, sama ada untuk mengarahkan supaya penghakiman itu dilaksanakan atau supaya pelaksanaannya digantung sementara menunggu rayuan itu, sebagaimana yang nampak adil pada Mahkamah; dan sekiranya Mahkamah mengarahkan supaya penghakiman itu dilaksanakan, orang yang kepadanya penghakiman itu memihak hendaklah, sebelum pelaksanaannya, memberikan jaminan yang baik dan mencukupi sehingga memuaskan hati Mahkamah itu bagi pelaksanaan yang wajar apa-apa perintah yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan untuk memberikan kuat kuasa kepadanya.

Suggest a correction

(3)

Walau apa pun seksyen 74, sesuatu permohonan bagi kebenaran untuk merayu kepada Mahkamah Persekutuan boleh didengar oleh seorang Hakim Mahkamah itu, dan apa-apa arahan atau perintah yang boleh diberikan atau dibuat oleh Mahkamah atas permohonan itu boleh diberikan atau dibuat oleh Hakim itu.

Suggest a correction

(4)

Apa-apa arahan atau perintah yang diberikan atau dibuat di bawah subseksyen (3) boleh, apabila permohonan dibuat oleh pihak yang terkilan dalam tempoh sepuluh hari selepas arahan atau perintah itu diberikan atau dibuat, disahkan, diubah atau dilepaskan oleh Mahkamah itu.

Tatacara untuk menguatkuasakan perintah Mahkamah Persekutuan

Suggest a correction

Seksyen 98

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang berhasrat untuk menguatkuasakan atau mendapatkan pelaksanaan apa-apa perintah Mahkamah Persekutuan hendaklah memfailkan dalam mahkamah perbicaraan suatu salinan perintah itu yang diperakui yang hendaklah dikuatkuasakan atau dilaksanakan dengan cara yang sama sebagaimana penghakiman Mahkamah Rayuan dikuatkuasakan atau dilaksanakan.

Seksyen 99

Kos

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mahkamah Persekutuan boleh membuat apa-apa perintah tentang keseluruhan atau mana-mana bahagian kos di dalam Mahkamah Persekutuan, atau di dalam Mahkamah Rayuan atau di dalam Mahkamah Tinggi sebagaimana yang adil.

Perbicaraan baru

Suggest a correction

Seksyen 100

Open as pageSuggest a correction

(2)

Perbicaraan baru tidak boleh dibenarkan atas alasan penerimaan atau penolakan tidak wajar keterangan melainkan jika pada pendapat Mahkamah Persekutuan kesalahan yang substansial atau salah laksana keadilan telah disebabkan olehnya; dan jika ternyata pada Mahkamah Persekutuan bahawa kesalahan atau salah laksana itu menyentuh sebahagian sahaja daripada perkara yang menjadi kontroversi, atau beberapa atau satu sahaja daripada pihak, Mahkamah Persekutuan boleh memberikan penghakiman muktamad tentang sebahagian daripadanya, atau tentang beberapa atau salah satu sahaja daripada pihak itu, dan mengarahkan perbicaraan baru tentang bahagian yang lain itu sahaja, atau tentang pihak atau pihak yang lain itu.

Suggest a correction

(3)

Perbicaraan baru boleh diperintahkan atas apa-apa soal tanpa mengganggu dapatan atau keputusan mahkamah bawahan atas apa-apa soal lain.

Kesilapan tidak material

Suggest a correction

Seksyen 101

Open as pageSuggest a correction

Tiada penghakiman atau perintah Mahkamah Tinggi, atau mana-mana Hakim, boleh diakas atau diubah secara substansial atas rayuan, dan tiada perbicaraan baru boleh diperintahkan oleh Mahkamah Persekutuan, kerana apa-apa kesilapan, kecacatan atau luar aturan, sama ada dalam keputusannya atau selainnya, yang tidak melibatkan merit atau bidang kuasa Mahkamah.

Seksyen 102

Rayuan tidak boleh berkuat kuasa sebagai penggantungan pelaksanaan

Open as pageSuggest a correction

Sesuatu rayuan tidak boleh berkuat kuasa sebagai penggantungan pelaksanaan atau prosiding di bawah keputusan yang dirayukan melainkan jika mahkamah bawahan atau Mahkamah Persekutuan memerintahkan sedemikian dan tiada tindakan atau prosiding perantaraan boleh menjadi tidak sah kecuali setakat yang diarahkan oleh Mahkamah Persekutuan.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL

[Subseksyen 25(2)]

KUASA TAMBAHAN MAHKAMAH TINGGI

Writ prerogatif

1. Kuasa untuk mengeluarkan arahan, perintah atau writ, termasuklah writ yang bersifat habeas corpus, mandamus, larangan, quo warranto dan certiorari, atau mana-mana yang lain, kepada mana-mana orang atau pihak berkuasa bagi menguatkuasakan hak yang diberikan oleh Bahagian II Perlembagaan, atau mana-mana daripadanya, atau bagi apa-apa maksud.

Distres untuk sewa

2. Kuasa untuk mengeluarkan dan menguatkuasakan writ atau waran distres untuk tunggakan sewa.

Pecah milik tanah

3. Kuasa untuk mengarahkan penjualan sebagai ganti pecah milik dalam apa-apa tindakan untuk pecah milik tanah; dan dalam apa-apa kausa atau perkara yang berhubungan dengan tanah, jika didapati perlu atau suai manfaat, untuk memerintahkan supaya tanah itu atau mana-mana bahagiannya dijual, dan untuk memberikan segala arahan yang perlu dan berbangkit.

Penjualan tanah

4. Kuasa untuk memerintahkan supaya tanah digadaikan atau digadai janji dalam mana-mana hal yang dalamnya ada bidang kuasa untuk memerintahkan penjualan.

Interplider

5. Kuasa untuk memberikan relief dengan cara interplider—

(a)

jika orang yang meminta relief itu adalah di bawah liabiliti bagi apaapa hutang, wang, atau barangan atau catel, yang baginya atau berkenaan dengannya dia telah, atau dijangka akan, didakwa oleh dua pihak atau lebih yang membuat tuntutan bertentangan ke atas hutang, wang, barangan atau catel itu; dan

(b)

jika seseorang Syerif, bailif atau pegawai mahkamah yang lain dipertanggungkan dengan pelaksanaan proses mahkamah, dan tuntutan dibuat ke atas apa-apa wang atau barang atau catel yang diambil atau dicadangkan diambil dalam pelaksanaan di bawah apa-apa proses, atau ke atas hasil atau nilai mana-mana barang atau catel itu oleh mana-mana orang selain orang yang terhadapnya proses itu dikeluarkan, dan untuk memerintahkan penjualan apa-apa harta yang tertakluk kepada prosiding interplider.

Pemeliharaan harta

6. Kuasa untuk memperuntukkan bagi pemeliharaan interim harta yang menjadi hal perkara apa-apa kausa atau perkara melalui penjualan atau melalui injunksi atau pelantikan seorang penerima atau pendaftaran suatu kaveat atau suatu lis pendens atau dengan apa jua pun cara lain.

Bunga

7. Kuasa untuk mengarahkan supaya bunga dibayar ke atas hutang, termasuk hutang penghakiman, atau ke atas jumlah wang yang didapati kena dibayar semasa mengambil akaun antara pihak, atau ke atas jumlah wang yang didapati kena dibayar dan tidak dibayar oleh penerima atau orang lain yang bertanggungan memberikan akaun kepada Mahkamah.

Masa

8. Kuasa untuk melanjutkan atau memendekkan masa yang ditetapkan oleh mana-mana undang-undang bertulis bagi melakukan apa-apa tindakan atau mengambil apa-apa prosiding, walaupun apa-apa permohonan baginya tidak dibuat sehingga selepas habisnya masa yang ditetapkan:

Dengan syarat bahawa peruntukan ini tidaklah menjejaskan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan had masa.

Writ penyitaan dan penjualan

9. Kuasa untuk menguatkuasakan penghakiman Mahkamah bagi pembayaran wang kepada mana-mana orang atau ke dalam Mahkamah melalui suatu writ, yang hendaklah dinamakan writ penyitaan dan penjualan, yang di bawahnya segala harta, alih atau tak alih, daripada apa jua pun perihalan, seseorang penghutang penghakiman boleh disita, kecuali harta yang dikecualikan daripada penyitaan dan penjualan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

Pelaksanaan lain

10. Kuasa untuk menguatkuasakan sesuatu penghakiman Mahkamah dengan apa-apa cara lain yang ditetapkan oleh mana-mana undang-undang bertulis atau kaedah-kaedah mahkamah.

Res judicata

11. Kuasa untuk membuang atau menggantung prosiding jika perkara yang menjadi persoalan itu adalah res judicata antara pihak, atau jika oleh sebab berbilangnya prosiding di mana-mana mahkamah atau mahkamah-mahkamah, prosiding itu tidak sepatutnya diteruskan.

Pemindahan prosiding

Pemindahan prosiding

12. Kuasa untuk memindahkan mana-mana prosiding kepada mana-mana Mahkamah lain atau kepada atau daripada mana-mana mahkamah rendah, dan dalam hal pemindahan kepada atau daripada mahkamah rendah untuk memberikan ap-apa arahan tentang penjalanan selanjutnya:

Dengan syarat bahawa kuasa ini hendaklah dijalankan mengikut apa-apa cara yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah mahkamah.

Tolakan

13. Kuasa untuk membenarkan pembelaan tolakan.

Penzahiran dan interogatori

(

14. Kuasa untuk memerintahkan penzahiran fakta atau dokumen oleh manamana pihak atau orang mengikut apa-apa cara yang ditetapkan oleh kaedahkaedah mahkamah.

Kos

15. Kuasa untuk mengawardkan kos.

Penyempurnaan dokumen

16. Kuasa untuk menyempurnakan, atau untuk mengarahkan mana-mana pegawainya untuk menyempurnakan, apa-apa pindah milik, pemindahhakkan, penyerahhakkan, kontrak atau dokumen lain, termasuk sesuatu pengendorsan pada sesuatu surat cara boleh niaga, yang mana-mana orang telah diperintahkan oleh Mahkamah supaya menyempurnakan, jika dia telah abai atau enggan menyempurnakannya atau berada di luar bidang kuasa, dan yang demikian itu hendaklah berkuat kuasa bagi segala tujuan seolah-olah telah disempurnakan oleh orang itu.

Litigan yang menyusahkan

17. Kuasa untuk menyekat mana-mana orang yang secara kebiasan dan dengan mendesak dan tanpa sebab yang munasabah memulakan prosiding undang-undang yang menyusahkan di mana-mana mahkamah, sama ada terhadap orang yang sama atau yang berlainan, daripada memulakan apa-apa prosiding undang-undang di mana-mana mahkamah kecuali dengan kebenaran seorang Hakim. Suatu salinan mana-mana perintah itu hendaklah disiarkan dalam Warta.

AKTA 91

SENARAI PINDAAN

Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari

Akta 35/1964 Akta Mahkamah Kehakiman 16-03-1964 (Pindaan) 1964

P.U. 400/1966 Perintah Pengubahsuaian Undang- 03-11-1966 Undang (Mahkamah Kehakiman) 1966

Ord. 14/1969 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa 19-12-1969 (P.U. (A) 521/1969 Perlu) No. 14 1969

P.U.(A) 7/1970 Pembetulan kepada Ordinan 09-01-1970 14/1969

Akta A33 Akta Mahkamah (Pindaan) 1971 30-04-1971

Akta A63 Akta Mahkamah Kehakiman 31-08-1971 (Pindaan) 1971

Akta A126 Akta Mahkamah Kehakiman 01-11-1972 (Pindaan) 1972

Akta A279 Akta Mahkamah Kehakiman 01-01-1975 (Pindaan) 1975

Akta A160 Akta Mata Wang Malaysia 29-08-1975 (Ringgit) 1975

Akta A328 Akta Mahkamah Kehakiman 23-01-1976;

(Pindaan) 1976 s. 13:

01-01-1978

Akta A514 Akta Perlembagaan (Pindaan) 27-08-1976 1981

P.U. (A) 357/1980 Perintah Akta Mahkamah Rendah 01-06-1981 (Peluasan) 1980

Undang-undang yang memindaTajuk ringkasBerkuat kuasa dariAkta A530Akta Mahkamah Kehakiman(Pindaan)198223-02-1982Akta A556Akta Mahkamah Kehakiman(Pindaan)198313-05-1983Akta A566Akta Perlembagaan(Pindaan)198316-12-1983;s.3:01-02-1974s.15-17:01-01-1985Akta A600Akta Mahkamah Kehakiman(Pindaan)198401-01-1985Akta A606Akta Mahkamah Kehakiman(Pindaan)(No.2)198401-01-1985Akta A670Akta Mahkamah Kehakiman(Pindaan)198722-05-1987Akta A671Akta Mahkamah Rendah(Pindaan)198722-05-1987Akta A746Akta Mahkamah Kehakiman(Pindaan)199012-01-1990Akta A886Akta Mahkamah Kehakiman(Pindaan)199424-06-1994Akta A909Akta Mahkamah Kehakiman(Pindaan)199524-06-1994Akta A940Akta Mahkamah Kehakiman(Pindaan)199602-02-1996Akta A1031Akta Mahkamah Kehakiman(Pindaan)199801-08-1998

AKTA 91

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

SeksyenKuasa yang memindaBerkuat kuasa dari3P.U.400/196603-11-1966AktaA12601-11-1972AktaA32823-01-1976AktaA60601-01-1985AktaA88624-06-1994AktaA103101-08-19985AktaA12601-11-1972AktaA60601-01-19856AktaA88624-06-19947AktaA12601-11-1972AktaA88624-06-19948AktaA55613-05-1983AktaA88624-06-1994AktaA94002-02-19969Ord.14/196919-12-1969AktaA3330-04-1971AktaA74612-01-1990AktaA88624-06-1994AktaA94002-02-199610AktaA12601-11-1972AktaA67122-05-1987AktaA88624-06-1994AktaA103101-08-199811AktaA12601-11-1972AktaA88624-06-199412AktaA12601-11-197213AktaA88624-06-199414P.U.400/196603-11-1966AktaA12601-11-1972

SeksyenKuasa yang memindaBerkuat kuasa dari16Akta A12601-11-1972Akta A60601-01-1985Akta A88624-06-199417P.U.400/196603-11-1966Ord.14/196919-12-1969Akta A12601-11-1972Akta A74612-01-1990Akta A88624-06-199417AP.U.(A)7/197009-01-1970Akta A3330-04-1971Akta A12601-11-1972Akta A88624-06-199418Akta A94002-02-199619Akta A88624-06-199420Akta A88624-06-199421Akta A88624-06-199422Akta A32823-01-197623P.U.400/196603-11-196624Akta A60601-01-1985Akta A67022-05-198724AAkta A12601-11-197225P.U.400/196603-11-196625AAkta A60601-01-198528Akta A27901-01-1975Akta A53023-02-1982Akta A67022-05-198729Akta A88624-06-199430Akta 35/196416-03-196437Akta A55613-05-198338Akta A88624-06-199439Akta A88624-06-1994

SeksyenKuasa yang memindaBerkuat kuasa dari40Akta A88624-06-199442Akta A103101-08-199843Akta A88624-06-199444Akta A103101-08-199845Akta A88624-06-199446Akta A88624-06-199447Akta A88624-06-199448Akta 35/196416-03-1964Akta A88624-06-199449Akta A88624-06-199450Akta A32823-01-1976Akta A53023-02-1982Akta A55613-05-1983Akta A60601-01-1985Akta A88624-06-1994Akta A90924-06-199451Akta A88624-06-1994Akta A90924-06-199452Akta A32823-01-1976Akta A90924-06-199453Akta A90924-06-199455Akta A32823-01-197656AAkta A32823-01-197657Akta A32823-01-1976Akta A90924-06-199459Akta A32823-01-197660Akta A90924-06-199461Akta A90924-06-199463Akta A90924-06-199464Akta A32823-01-1976

SeksyenKuasa yang memindaBerkuat kuasa dari65Akta A90924-06-199466Akta A32823-01-1976Akta A53023-02-1982Akta A90924-09-199467Akta A12601-11-1972Akta A90924-06-199468Akta A27901-01-1975Akta A53023-02-1982Akta A60601-01-1985Akta A67022-05-1987Akta A88624-06-199474Akta A6331-08-1971Akta A32801-01-1978Akta A53023-02-1982Akta A60001-01-1985Akta A88624-06-199475Akta A60001-01-1985Akta A88624-06-199476Akta A88624-06-199477Akta A88624-06-199478Akta A88624-06-1994Akta A103101-08-199879Akta A60001-01-1985Akta A88624-06-1994Akta A60001-01-198580Akta A88624-06-1994Akta A103101-08-1998Akta A60001-01-198581Akta A88624-06-1994Akta A88601-01-198582Akta A60001-01-1985Akta A88624-06-199483Akta A60001-01-1985Akta A88624-06-199484Akta A60001-01-1985Akta A88624-06-1994

SeksyenKuasa yang memindaBerkuat kuasa dari85Akta A60001-01-1985Akta A88624-06-199486Akta A60001-01-1985Akta A88624-06-199487Akta A60001-01-1985Akta A88624-06-199488Akta A60001-01-1985Akta A88624-06-199489Akta A60001-01-1985Akta A88624-06-199490Akta A60001-01-1985Akta A88624-06-199491Akta A60001-01-1985Akta A88624-06-199492Akta A60001-01-1985Akta A88624-06-1994Akta A90924-06-199493Akta A60001-01-1985Akta A88624-06-1994Akta A90924-06-199494Akta A60001-01-1985Akta A88624-06-199495Akta A60001-01-1985Akta A88624-06-1994Akta A90924-06-199496Akta A60001-01-1985Akta A88624-06-1994Akta A90924-06-1994Akta A103101-08-199897Akta A60001-01-1985Akta A88624-06-199498Akta A60001-01-1985Akta A88624-06-199499Akta A60001-01-1985Akta A88624-06-1994

8Undang-Undang MalaysiaAKTA 91SeksyenKuasa yang memindaBerkuat kuasa dari100Akta A60001-01-1985Akta A88624-06-1994101Akta A60001-01-1985Akta A88624-06-1994102Akta A60001-01-1985Akta A88624-06-1994Keseluruhan AktaAkta 16029-08-1975

Common questions

What is COURTS OF JUDICATURE ACT 1964?
AKTA MAHKAMAH KEHAKIMAN 1964 is Malaysia Act, cited as Act 91 1964, currently marked in force and first recorded in 1964.
Is COURTS OF JUDICATURE ACT 1964 still in force?
Yes — COURTS OF JUDICATURE ACT 1964 is currently in force.
When did COURTS OF JUDICATURE ACT 1964 take effect?
COURTS OF JUDICATURE ACT 1964 was first recorded in 1964.
How many sections does COURTS OF JUDICATURE ACT 1964 have?
COURTS OF JUDICATURE ACT 1964 contains 99 sections.
Where can I read the official version of COURTS OF JUDICATURE ACT 1964?
The official text of COURTS OF JUDICATURE ACT 1964 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA MAHKAMAH KEHAKIMAN 1964 (No. 91) | mylaw.my