/akn/my/act/act/2022/836

AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2022

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
2022
Sections
102
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2022 is Malaysia Act, cited as Act 836 2022, currently marked in force and first recorded in 2022.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan dan pendaftaran petunjuk geografi berhubung dengan barang, dan untuk melaksanakan triti yang berkaitan dan bagi perkara yang berhubungan dengannya. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

Bahagian I

PERMULAAN

Suggest a correction

Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa bahagian atau peruntukan yang berlainan Akta ini.

Suggest a correction

(3)

Akta ini hendaklah terpakai bagi mana-mana orang yang berkepentingan bagi petunjuk geografi sama ada berdaftar atau tidak di bawah Akta ini melainkan jika diperuntukkan selainnya dengan nyata.

Undang-Undang Malaysia 12

Akta 836

Tafsiran

Suggest a correction

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

“Akta ini” termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;

“Akta yang dimansuhkan” ertinya Akta Petunjuk Geografi 2000

[Akta 602];

“barang” ertinya apa-apa barang sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar;

“cap dagangan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Akta Cap Dagangan 2019 [Akta 815] atau dalam mana-mana undang-undang bertulis terdahulu yang berhubungan dengan cap dagangan;

“cap dagangan berdaftar” ertinya suatu cap dagangan yang didaftarkan di bawah Akta Cap Dagangan 2019 atau mana-mana undang-undang bertulis terdahulu yang berhubungan dengan cap dagangan;

“cap dagangan terkenal” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Akta Cap Dagangan 2019 atau mana-mana undang-undang bertulis terdahulu yang berhubungan dengan cap dagangan;

“Daftar” ertinya Daftar Petunjuk Geografi yang disimpan di bawah Akta ini;

“ditentukan oleh Pendaftar” ertinya apa-apa penentuan yang dibuat oleh Pendaftar dalam garis panduan atau arahan amalan di bawah seksyen 95;

“ditetapkan” ertinya, berhubung dengan prosiding di hadapan

Mahkamah atau prosiding permulaan baginya atau prosiding yang berkaitan dengannya, ditetapkan oleh kaedah-kaedah mahkamah yang dibuat oleh Jawatankuasa Kaedah-Kaedah yang ditubuhkan di bawah Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91], dan dalam hal lain, ditetapkan oleh Menteri dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

Petunjuk Geografi 13

“ejen” ertinya seorang ejen petunjuk geografi yang berdaftar mengikut Akta ini;

“Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi petunjuk geografi;

“orang yang berkepentingan” berhubung dengan barang yang dikenal pasti oleh suatu petunjuk geografi, ertinya pengeluar barang, peniaga barang, atau persatuan bagi pengeluar itu, persatuan bagi peniaga itu atau persatuan bagi pengeluar dan peniaga itu;

“orang yang layak” ertinya—

(a)

seorang warganegara Malaysia atau seorang individu yang bermastautin di Malaysia;

Suggest a correction

(b)

suatu pertubuhan perbadanan yang diperbadankan di bawah mana-mana undang-undang bertulis di Malaysia;

atau

Suggest a correction

(c)

mana-mana orang lain yang mempunyai pertubuhan perindustrian atau komersial yang sebenar dan efektif di Malaysia;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar Petunjuk Geografi sebagaimana yang ditetapkan dalam subseksyen 3(1);

“pendaftaran antarabangsa terlindung yang menamakan Malaysia”

mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam

Akta Cap Dagangan 2019;

“pengeluar” ertinya mana-mana pengeluar, pengilang atau peniaga barang yang dikenal pasti oleh petunjuk geografi itu;

“penggunaan” ertinya penggunaan sebagai sebahagian daripada, berkaitan dengan—

Suggest a correction

(a)

apa-apa transaksi, termasuk suatu pembelian, jualan atau pertukaran;

Suggest a correction

(b)

apa-apa pengimportan atau pengeksportan;

Undang-Undang Malaysia 14

Akta 836

Suggest a correction

(d)

apa-apa invois, senarai wain, katalog, surat perniagaan, kertas kerja perniagaan, senarai harga atau dokumen komersial lain;

“Penolong Pendaftar” ertinya orang yang dilantik untuk menjadi Penolong Pendaftar di bawah subseksyen 3(3);

“Perbadanan” ertinya Perbadanan Harta Intelek Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002

[Akta 617];

“petunjuk geografi” ertinya suatu petunjuk yang boleh mengandungi satu atau lebih perkataan yang mengenal pasti apa-apa barang sebagai berasal daripada suatu negara atau wilayah, atau suatu rantau atau lokaliti dalam negara atau wilayah itu, yang suatu kualiti, reputasi atau ciri-ciri lain barang itu adalah pada dasarnya boleh dikaitkan dengan tempat asal geografinya;

“petunjuk geografi berdaftar” ertinya suatu petunjuk geografi yang berdaftar di bawah seksyen 17 atau Akta yang dimansuhkan;

“petunjuk geografi homonim” ertinya suatu petunjuk geografi yang, sebahagian atau keseluruhannya, mempunyai ejaan yang sama seperti, atau berbunyi sama seperti, suatu petunjuk geografi bagi apa-apa barang yang mempunyai tempat asal geografi yang berlainan;

“petunjuk geografi terdahulu” ertinya—

Suggest a correction

(a)

suatu petunjuk geografi yang telah didaftarkan di bawah seksyen 17 atau Akta yang dimansuhkan; atau

Suggest a correction

(b)

suatu permohonan bagi pendaftaran suatu petunjuk geografi yang telah dibuat di bawah seksyen 8 atau Akta yang dimansuhkan, sebelum tarikh permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi yang berkenaan;

Petunjuk Geografi 15

“pihak berkuasa yang berwibawa” ertinya mana-mana—

Suggest a correction

(a)

kerajaan atau badan berkanun yang menjalankan fungsi, bagi pihak, atau yang dibenarkan oleh, Kerajaan Malaysia atau Kerajaan Negeri;

Suggest a correction

(c)

pihak berkuasa yang berwibawa untuk memperaku barang, dan mempunyai tanggungjawab bagi petunjuk geografi yang berkenaan;

“Timbalan Pendaftar” ertinya orang yang dilantik untuk menjadi

Timbalan Pendaftar di bawah subseksyen 3(3);

“tuan punya berdaftar” berhubung dengan suatu petunjuk geografi, ertinya orang yang pada masa sekarang tercatat dalam

Daftar sebagai tuan punya petunjuk geografi itu;

“varian” ertinya apa-apa varian suatu petunjuk geografi yang terdiri daripada petunjuk geografi itu, dan termasuklah apa-apa terjemahan, transliterasi atau variasi lain petunjuk itu.

Suggest a correction

Bahagian II

Bahagian II

PENTADBIRAN

Suggest a correction

Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pendaftar hendaklah melaksanakan kewajipan yang dikenakan ke atasnya dan menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini bagi pentadbiran Akta ini yang sepatutnya.

Undang-Undang Malaysia 16

Akta 836

Suggest a correction

(3)

Perbadanan boleh melantik, atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan, dalam kalangan orang dalam penggajian Perbadanan itu, apa-apa bilangan Timbalan

Pendaftar Petunjuk Geografi, Penolong Pendaftar Petunjuk Geografi dan pegawai lain sebagaimana yang perlu bagi pentadbiran

Akta ini yang sepatutnya.

Suggest a correction

(4)

Tertakluk kepada arahan dan kawalan am Pendaftar dan apa-apa syarat atau sekatan sebagaimana yang dikenakan oleh

Pendaftar, seseorang Timbalan Pendaftar atau seseorang Penolong

Pendaftar boleh menjalankan apa-apa kuasa Pendaftar di bawah

Akta ini.

Suggest a correction

(5)

Pendaftar hendaklah mempunyai suatu meterai dengan reka bentuk sebagaimana yang diluluskan oleh Perbadanan dan teraan meterai itu hendaklah diberikan pengiktirafan kehakiman dan diterima sebagai keterangan.

Perlindungan Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong

Pendaftar dan pegawai lain

Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap—

(a)

Pendaftar, Timbalan Pendaftar atau Penolong Pendaftar, berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang diperintahkan atau dilakukan bagi maksud melaksanakan Akta ini;

dan

Suggest a correction

(b)

mana-mana pegawai lain berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau berupa sebagai dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan Pendaftar, jika perbuatan itu diperintahkan atau dilakukan dengan suci hati dan atas kepercayaan yang munasabah bahawa ia adalah perlu bagi maksud yang dihasratkan untuk dicapai dengannya.

Petunjuk Geografi 17

Pejabat Petunjuk Geografi dan pejabat cawangan lain

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sebagai tambahan kepada subseksyen (1), bagi maksud

Akta ini, apa-apa bilangan pejabat cawangan Pejabat Petunjuk

Geografi sebagaimana yang perlu hendaklah ditubuhkan.

Suggest a correction

(3)

Apa-apa dokumen yang dikehendaki oleh Akta ini untuk difailkan di Pejabat Petunjuk Geografi boleh difailkan di mana-mana pejabat cawangan Pejabat Petunjuk Geografi dan apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai pengemukaan di Pejabat Petunjuk

Geografi termasuklah sebutan mengenai pengemukaan di suatu pejabat cawangan.

Suggest a correction

(4)

Semua komunikasi dengan Pejabat Petunjuk Geografi hendaklah dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris.

Suggest a correction

Bahagian III

Bahagian III

DAFTAR PETUNJUK GEOGRAFI DAN REKOD PENDAFTAR

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(a)

suatu daftar yang dinamakan Daftar Petunjuk Geografi;

dan

Suggest a correction

(2)

Daftar dan rekod Pendaftar hendaklah mengandungi semua perkara dan butir-butir yang berhubungan dengan petunjuk geografi sebagaimana yang ditetapkan.

Suggest a correction

(3)

Daftar dan rekod Pendaftar hendaklah disimpan dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar.

Undang-Undang Malaysia 18

Akta 836

Pemeriksaan Daftar

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tertakluk kepada syarat dalam subseksyen (1), salinan yang diperaku atau cabutan apa-apa catatan dalam Daftar yang dimeteraikan dengan meterai Pendaftar hendaklah diberikan kepada mana-mana orang atas permohonan dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.

Suggest a correction

Bahagian IV

Bahagian IV

PENDAFTARAN PETUNJUK GEOGRAFI

Bab

Bab 1

Permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika orang yang disebut dalam subseksyen (1) berhasrat untuk mendaftarkan apa-apa varian suatu petunjuk geografi dan petunjuk geografi itu ialah subjek kepada suatu permohonan bagi pendaftaran, pendaftaran bagi varian itu hendaklah dibuat dalam suatu permohonan bagi pendaftaran yang berlainan.

Suggest a correction

(3)

Jika petunjuk geografi yang dimohon bagi pendaftaran itu mengandungi atau terdiri daripada perkataan yang tiada dalam huruf Rumi, atau bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, pemohon hendaklah mengemukakan kepada Pendaftar—

(b)

terjemahan petunjuk geografi itu; dan

Petunjuk Geografi 19

Suggest a correction

(c)

apa-apa maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh

Pendaftar.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Jika pemohon tidak mematuhi kehendak di bawah seksyen ini dalam tempoh yang ditetapkan, permohonannya bagi pendaftaran petunjuk geografi hendaklah disifatkan sebagai ditarik balik.

Suggest a correction

(5)

Bagi maksud subseksyen (1), “orang” ertinya—

(a)

mana-mana orang yang menjalankan aktiviti sebagai pengeluar dalam kawasan geografi itu berkenaan dengan barang itu dan termasuklah suatu persatuan bagi orang itu;

atau

Suggest a correction

(b)

suatu pihak berkuasa yang berwibawa.

Pendaftaran hanya berkenaan dengan barang yang termasuk dalam kategori barang

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pendaftar hendaklah menentukan sama ada atau tidak apa-apa barang termasuk dalam suatu kategori barang sebagaimana yang dinyatakan dalam garis panduan atau arahan amalan di bawah seksyen 95.

Suggest a correction

Bab

Bab 2

Alasan bagi penolakan pendaftaran

Suggest a correction

Alasan bagi penolakan pendaftaran petunjuk geografi

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

(a)

petunjuk geografi itu tidak berpadanan dengan pengertian “petunjuk geografi” sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2;

Undang-Undang Malaysia 20

Akta 836

Suggest a correction

(b)

petunjuk geografi itu mengenal pasti barang yang tidak termasuk dalam apa-apa kategori barang sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar;

Suggest a correction

(c)

petunjuk geografi itu terdiri semata-mata daripada suatu petunjuk yang sama dengan terma yang lazim dalam bahasa umum sebagai nama umum bagi apa-apa barang di Malaysia jika pendaftaran dimohon berhubung dengan barang itu;

Suggest a correction

(d)

petunjuk geografi itu bertentangan dengan ketenteraman awam atau kemoralan;

Suggest a correction

(e)

petunjuk geografi itu tidak atau telah terhenti daripada dilindungi di negara atau wilayah asalnya;

Suggest a correction

(f)

barang itu tidak berasal daripada negara, rantau atau lokaliti yang dinyatakan dalam permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi itu; atau

Suggest a correction

(g)

petunjuk geografi berhubung dengan barang itu adalah sedemikian rupa yang boleh mengelirukan orang awam tentang tempat asal sebenar barang itu.

Suggest a correction

(2)

Tertakluk kepada seksyen 11, Pendaftar hendaklah menolak untuk mendaftarkan suatu petunjuk geografi jika wujud kebarangkalian kekeliruan kepada orang awam kerana petunjuk geografi itu adalah sama atau serupa dengan, dan mempunyai asal geografi yang sama sebagaimana, suatu petunjuk geografi terdahulu.

Suggest a correction

(3)

Pendaftar tidak boleh mendaftarkan suatu petunjuk geografi jika wujud kebarangkalian kekeliruan kepada orang awam atas sebab petunjuk geografi itu adalah sama atau serupa dengan suatu cap dagangan jika cap dagangan itu memenuhi mana-mana syarat yang berikut:

(a)

cap dagangan itu ialah cap dagangan berdaftar atau pendaftaran antarabangsa terlindung yang menamakan

Malaysia, dan mengambil kira, jika bersesuaian, tuntutan keutamaan berkenaan dengan cap dagangan di bawah

Akta Cap Dagangan 2019 jika—

Suggest a correction

(i)

permohonan bagi pendaftaran cap dagangan itu dibuat dengan suci hati; atau

(ii)

cap dagangan itu didaftarkan dengan suci hati,

Petunjuk Geografi 21

di bawah Akta Cap Dagangan 2019 atau mana-mana undang-undang bertulis terdahulu yang berhubungan dengan cap dagangan sebelum tarikh permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi itu di Malaysia; atau

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

cap dagangan itu telah digunakan dengan suci hati di Malaysia dalam penjalanan perdagangan sebelum tarikh permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi itu di Malaysia.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Pendaftar hendaklah menolak untuk mendaftarkan suatu petunjuk geografi yang sama atau serupa dengan suatu cap dagangan jika—

(a)

sebelum tarikh permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi itu, cap dagangan itu ialah cap dagangan terkenal di Malaysia; dan

Suggest a correction

(b)

pendaftaran petunjuk geografi itu boleh mengelirukan pengguna tentang identiti sebenar barang yang dikenal pasti oleh petunjuk geografi itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Walau apa pun subseksyen (3) dan (4), Pendaftar boleh, mengikut budi bicaranya, mendaftarkan mana-mana petunjuk geografi yang disebut dalam subseksyen (3) atau (4), jika tuan punya cap dagangan yang disebut dalam subseksyen (3) atau (4), mengikut mana-mana yang berkenaan—

(a)

memberikan kebenaran untuk pendaftaran itu; atau

Suggest a correction

(b)

gagal memfailkan suatu notis kepada Pendaftar mengenai bangkangannya terhadap pendaftaran mengikut subseksyen 16(1).

Suggest a correction
Suggest a correction

(6)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

sebutan bagi petunjuk geografi termasuklah suatu varian petunjuk geografi itu; dan

Suggest a correction

(b)

penolakan pendaftaran di bawah seksyen ini bagi apa-apa varian suatu petunjuk geografi tidak menghalang pendaftaran apa-apa varian lain bagi petunjuk geografi itu jika varian itu memenuhi kehendak Akta ini.

Undang-Undang Malaysia 22

Akta 836

Pendaftaran petunjuk geografi homonim

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), Pendaftar boleh mendaftarkan petunjuk geografi homonim itu dengan syarat yang praktik bagi membezakan petunjuk geografi homonim itu dengan petunjuk geografi terdahulu sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar, dengan mengambil kira keperluan untuk memastikan layanan yang saksama diberikan kepada semua pihak yang berkenaan dan orang awam tidak akan dikelirukan.

Suggest a correction

Bab

Bab 3

Pemeriksaan

Suggest a correction

Pemeriksaan permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud suatu pemeriksaan di bawah subseksyen (1),

Pendaftar hendaklah membuat suatu carian mengenai mana-mana petunjuk geografi terdahulu atau cap dagangan terdahulu setakat yang difikirkan perlu oleh Pendaftar.

Suggest a correction

(3)

Jika permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi yang dibuat oleh pemohon itu tidak memenuhi apa-apa kehendak bagi pendaftaran suatu petunjuk geografi, Pendaftar hendaklah memberitahu pemohon alasan penolakan sementara itu melalui suatu notis bertulis dan memberi pemohon itu suatu peluang, dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan oleh Pendaftar dalam notis bertulis itu, untuk—

(a)

membuat suatu representasi melalui hujahan bertulis atau pendengaran;

Petunjuk Geografi 23

Suggest a correction

(b)

meminda permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi itu untuk memenuhi apa-apa syarat, pindaan, ubah suaian atau pengehadan sebagaimana yang difikirkan patut oleh

Pendaftar untuk dikenakan; atau

Suggest a correction

(c)

memberikan maklumat atau keterangan tambahan atau apa-apa maklumat atau keterangan lain.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Mana-mana pendengaran di bawah perenggan (3)(a)

dan pindaan di bawah perenggan (3)(b) hendaklah dibuat oleh pemohon dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.

Suggest a correction

(5)

Jika—

(a)

pemohon tidak menjawab kepada Pendaftar dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis bertulis itu, permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi itu hendaklah disifatkan sebagai ditarik balik; atau

Suggest a correction

(b)

jawapan yang diberikan oleh pemohon tidak memuaskan hati

Pendaftar, Pendaftar hendaklah menolak permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi itu, dan setelah suatu permohonan dibuat oleh pemohon dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan, menyatakan secara bertulis alasan bagi penolakan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(6)

Selepas pemeriksaan, jika Pendaftar mendapati bahawa permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi itu memenuhi kehendak bagi pendaftaran suatu petunjuk geografi, Pendaftar hendaklah menyetuju terima permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi itu.

Suggest a correction

(7)

Jika suatu rayuan dibuat kepada Mahkamah terhadap keputusan Pendaftar yang berhubungan dengan penolakan di bawah perenggan (5)(b)—

(a)

rayuan itu hendaklah dibuat mengikut cara yang ditetapkan;

Suggest a correction

(b)

Mahkamah hendaklah, jika perlu, mendengar pemohon dan Pendaftar; dan

Undang-Undang Malaysia 24

Akta 836

Suggest a correction

(c)

rayuan itu hendaklah didengar berdasarkan material sebagaimana yang dinyatakan oleh Pendaftar yang telah digunakan olehnya dalam membuat keputusan itu dan tiada alasan tambahan bagi penolakan penyetujuterimaan permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi itu boleh dibenarkan untuk dikemukakan oleh Pendaftar selain yang dinyatakan sedemikian kecuali dengan kebenaran

Mahkamah.

Suggest a correction
Suggest a correction

(8)

Bagi maksud perenggan (7)(c), jika apa-apa alasan tambahan penolakan sementara itu dikemukakan oleh Pendaftar, pemohon hendaklah, tanpa pembayaran apa-apa kos, berhak untuk menarik balik—

(b)

permohonannya bagi pendaftaran petunjuk geografi dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar.

Suggest a correction
Suggest a correction

(9)

Dalam memutuskan suatu rayuan di bawah subseksyen (7),

Mahkamah hendaklah membuat suatu perintah tertakluk kepada apa-apa syarat, pindaan, ubah suaian atau pengehadan, jika ada, bagi penyetujuterimaan permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi itu.

Suggest a correction

(10)

Apa-apa permohonan bagi pendaftaran suatu petunjuk geografi yang difailkan di bawah seksyen 8 dan disetuju terima di bawah seksyen ini hendaklah, walau apa pun apa-apa syarat, pindaan, ubah suai atau pengehadan yang dibenarkan oleh Pendaftar atau Mahkamah yang akan dibuat dalam permohonan itu, disifatkan telah dibuat pada tarikh permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi itu.

Suggest a correction

(11)

Tanpa menjejaskan subseksyen (10), jika selepas penyetujuterimaan suatu permohonan bagi pendaftaran suatu petunjuk geografi tetapi sebelum pendaftaran petunjuk geografi itu, Pendaftar berpuas hati bahawa—

(a)

permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi itu telah disetuju terima secara khilaf; atau

Suggest a correction

(i)

petunjuk geografi itu tidak boleh didaftarkan; atau

Petunjuk Geografi 25

(ii)

petunjuk geografi itu hendaklah didaftarkan tertakluk kepada apa-apa syarat atau pengehadan tambahan atau berlainan,

Pendaftar boleh membatalkan penyetujuterimaan itu dan meneruskan seolah-olah permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi itu tidak pernah disetuju terima, atau berkenaan dengan suatu petunjuk geografi yang hendaklah didaftarkan tertakluk kepada apa-apa syarat atau pengehadan tambahan atau berlainan, mengeluarkan semula suatu penyetujuterimaan baharu tertakluk kepada syarat atau pengehadan tambahan atau berlainan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

(12)

Bagi maksud seksyen ini, “cap dagangan terdahulu”

ertinya—

(a)

suatu cap dagangan berdaftar atau pendaftaran antarabangsa terlindung yang menamakan Malaysia, yang permohonan bagi pendaftarannya telah dibuat terlebih dahulu daripada permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi yang berkenaan, dengan mengambil kira, jika bersesuaian, tuntutan keutamaan berkenaan dengan cap dagangan di bawah Akta Cap Dagangan 2019 atau mana-mana undang-undang bertulis terdahulu yang berhubungan dengan cap dagangan; atau

Suggest a correction

(b)

suatu cap dagangan, pada tarikh permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi yang berkenaan, ialah cap dagangan terkenal, dan termasuklah suatu cap dagangan yang berkenaan dengannya suatu permohonan bagi pendaftaran telah dibuat dan yang, jika didaftarkan, akan menjadi suatu cap dagangan yang terdahulu menurut perenggan (a) tertakluk kepada ia didaftarkan sedemikian.

Penyetujuterimaan permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika pemohon gagal untuk membuat bayaran di bawah subseksyen (1), permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi itu hendaklah disifatkan sebagai ditarik balik.

Penyiaran penyetujuterimaan permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi

Suggest a correction

Seksyen 14

Akta 836

Open as pageSuggest a correction

(2)

Penyiaran di bawah subseksyen (1) hendaklah mengandungi semua syarat, pindaan, ubah suaian atau pengehadan yang tertakluk kepadanya permohonan di bawah seksyen 13

telah disetuju terima.

Suggest a correction

Bab

Bab 4

Pindaan atau penarikan balik permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa pindaan kepada suatu permohonan bagi pendaftaran suatu petunjuk geografi di bawah subseksyen (1) hanya boleh dibuat berhubung dengan perkara sebagaimana yang ditetapkan dan tidak boleh menyentuh identiti petunjuk geografi itu secara substansial, atau memperluas perihalan barang yang diliputi oleh permohonan itu.

Suggest a correction

(3)

Jika pemohon itu menarik balik permohonannya bagi pendaftaran petunjuk geografinya setelah penyetujuterimaan telah disiarkan di bawah subseksyen 14(1), notis penarikan balik permohonan itu hendaklah disiarkan.

Petunjuk Geografi 27

Suggest a correction

(4)

Pemohon tidak boleh membatalkan permohonan bagi penarikan balik di bawah subseksyen (3) jika permohonan bagi penarikan balik itu telah diberikan kesan oleh Pendaftar.

Suggest a correction

Bab

Bab 5

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

(2)

Notis bangkangan yang difailkan di bawah subseksyen (1)

hendaklah disertakan dengan suatu pernyataan alasan bangkangan.

Suggest a correction

(3)

Pembangkang hendaklah, dalam tempoh yang ditetapkan, menyampaikan notis bangkangan itu bersama dengan pernyataan alasan bangkangan yang difailkan dengan Pendaftar di bawah subseksyen (1) dan (2) kepada pemohon.

Suggest a correction

(4)

Pemohon hendaklah, dalam tempoh yang ditetapkan selepas penerimaan notis bangkangan itu daripada pembangkang, memfailkan suatu pernyataan balas dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.

Suggest a correction

(5)

Jika pemohon tidak mematuhi kehendak di bawah subseksyen (4), permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi itu hendaklah disifatkan sebagai ditarik balik.

Suggest a correction

(6)

Pernyataan balas yang difailkan di bawah subseksyen (4)

hendaklah disertakan dengan suatu pernyataan alasan bagi pernyataan balas itu.

Suggest a correction

(7)

Pembangkang dan pemohon hendaklah memfailkan apa-apa keterangan mengikut cara yang ditetapkan dalam tempoh yang ditetapkan untuk menyokong bangkangan atau pernyataan balas itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Undang-Undang Malaysia 28

Akta 836

Suggest a correction

(8)

Jika pembangkang atau pemohon tidak mematuhi kehendak di bawah subseksyen (7), bangkangan atau permohonan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah disifatkan sebagai ditarik balik.

Suggest a correction

(9)

Jika pemohon memfailkan apa-apa keterangan di bawah subseksyen (7), pembangkang boleh memfailkan apa-apa keterangan balas mengikut cara yang ditetapkan.

Suggest a correction

(10)

Pemohon dan pembangkang boleh memfailkan suatu hujahan bertulis dalam tempoh yang ditetapkan.

Suggest a correction

(11)

Setelah menimbangkan keterangan dan hujahan bertulis,

Pendaftar hendaklah memutuskan untuk—

(a)

menolak untuk mendaftarkan petunjuk geografi sebagaimana yang difailkan oleh pemohon;

Suggest a correction

(b)

mendaftarkan petunjuk geografi sebagaimana yang difailkan oleh pemohon; atau

Suggest a correction

(c)

mendaftarkan petunjuk geografi sebagaimana yang difailkan oleh pemohon tertakluk kepada apa-apa syarat, pindaan, ubah suaian atau pengehadan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pendaftar.

Suggest a correction
Suggest a correction

(12)

Jika suatu rayuan dibuat kepada Mahkamah terhadap keputusan Pendaftar di bawah subseksyen (11)—

(a)

rayuan itu hendaklah dibuat mengikut cara yang ditetapkan;

Suggest a correction

(b)

Mahkamah hendaklah, jika perlu, mendengar pihak-pihak dan Pendaftar;

Suggest a correction

(c)

mana-mana pihak boleh, sama ada mengikut cara yang ditetapkan atau dengan kebenaran Mahkamah, memfailkan apa-apa keterangan tambahan bagi pertimbangan

Mahkamah; dan

Suggest a correction

(d)

pembangkang tidak boleh mengemukakan apa-apa alasan tambahan bagi bangkangan kepada pendaftaran petunjuk geografi itu bagi pertimbangan Mahkamah kecuali dengan kebenaran Mahkamah.

Petunjuk Geografi 29

Suggest a correction
Suggest a correction

(13)

Jika apa-apa alasan tambahan bagi bangkangan dikemukakan oleh pembangkang, pemohon hendaklah berhak untuk menarik balik permohonannya mengikut cara yang ditetapkan tanpa pembayaran apa-apa kos kepada pembangkang.

Suggest a correction

(14)

Bagi maksud seksyen ini, jika seseorang pembangkang, pemohon atau perayu, tidak tinggal atau tidak menjalankan perniagaan di Malaysia, Pendaftar atau Mahkamah boleh menghendakinya untuk memberikan jaminan kos bagi prosiding yang berhubungan dengan bangkangan, permohonan atau rayuan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Suggest a correction

(15)

Bagi maksud subseksyen (14), Pendaftar boleh menentukan cara dan bentuk untuk memberikan jaminan kos bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.

Suggest a correction

(16)

Jika jaminan kos itu tidak diberikan dengan sewajarnya di bawah subseksyen (14), bangkangan, permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi, atau rayuan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, disifatkan sebagai ditarik balik.

Suggest a correction

(17)

Bagi maksud seksyen ini, “pembangkang” ertinya orang yang berkepentingan yang disebut dalam subseksyen (1).

Suggest a correction

Bab

Bab 6

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

(a)

permohonan itu tidak dibangkang dan tempoh bagi bangkangan telah habis tempoh; atau

Suggest a correction

(b)

permohonan itu telah dibangkang dan bangkangan itu telah diputuskan memihak kepada pemohon,

Pendaftar hendaklah, melainkan jika permohonan itu telah disetuju terima secara khilaf, mendaftarkan petunjuk geografi itu dalam Daftar atas nama pemohon.

Undang-Undang Malaysia 30

Akta 836

Suggest a correction

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), petunjuk geografi itu hendaklah didaftarkan sebagaimana pada tarikh pemfailan permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi itu dan tarikh itu hendaklah disifatkan bagi maksud Akta ini sebagai tarikh pendaftaran.

Suggest a correction

(3)

Selepas pendaftaran petunjuk geografi itu, Pendaftar hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran petunjuk geografi itu dengan meterai Pendaftar kepada tuan punya berdaftar.

Suggest a correction

Bahagian V

Bahagian V

TEMPOH DAN PEMBAHARUAN PENDAFTARAN

Suggest a correction

PETUNJUK GEOGRAFI

Tempoh pendaftaran petunjuk geografi

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pendaftaran petunjuk geografi itu boleh diperbaharui mengikut seksyen 19 bagi tempoh sepuluh tahun yang berikutnya berkenaan dengan setiap pembaharuan.

Pembaharuan pendaftaran petunjuk geografi

Suggest a correction

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud memperbaharui pendaftaran petunjuk geografi di bawah subseksyen (1), Pendaftar boleh menghendaki tuan punya berdaftar untuk memberikan apa-apa butir-butir tambahan sebagaimana yang ditetapkan dan hendaklah menolak untuk memperbaharui pendaftaran itu jika tuan punya berdaftar tidak memberikan butir-butir tambahan sebagaimana yang dikehendaki.

Suggest a correction

(3)

Jika tuan punya berdaftar membuat permohonan bagi pembaharuan dalam tempoh enam bulan selepas tarikh habis tempoh pendaftaran itu, permohonan bagi pembaharuan itu hendaklah dibuat dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan dan surcaj yang ditetapkan.

Petunjuk Geografi 31

Suggest a correction

(4)

Dalam hal keadaan jika tuan punya berdaftar tidak memperbaharui pendaftaran petunjuk geografi selepas enam bulan dari tarikh habis tempoh pendaftaran, petunjuk geografi itu hendaklah disifatkan sebagai dikeluarkan.

Suggest a correction

(5)

Jika petunjuk geografi itu telah disifatkan sebagai dikeluarkan di bawah subseksyen (4), tuan punya berdaftar itu boleh memohon bagi kemasukan semula pendaftaran yang dikeluarkan itu dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar dalam tempoh enam bulan dari tarikh pengeluaran itu bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.

Suggest a correction

(6)

Bagi maksud kemasukan semula pendaftaran petunjuk geografi di bawah subseksyen (5), Pendaftar boleh menghendaki tuan punya berdaftar untuk memberikan apa-apa butir-butir tambahan sebagaimana yang ditetapkan dan hendaklah menolak untuk memasukkan semula pendaftaran petunjuk geografi itu jika tuan punya berdaftar tidak memberikan butir-butir tambahan sebagaimana yang dikehendaki.

Suggest a correction

(7)

Apa-apa pembaharuan atau kemasukan semula pendaftaran petunjuk geografi yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah berkuat kuasa dari tarikh habis tempoh pendaftaran itu atau tarikh habis tempoh pembaharuan pendaftaran yang terdahulu itu.

Suggest a correction

(8)

Pendaftaran petunjuk geografi itu hendaklah terhenti jika tiada permohonan bagi kemasukan semula dibuat di bawah subseksyen (5)

atau permohonan bagi pembaharuan pendaftaran petunjuk geografi itu ditolak oleh Pendaftar di bawah subseksyen (6).

Suggest a correction

(9)

Pembaharuan atau kemasukan semula pendaftaran suatu petunjuk geografi di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam

Jurnal Rasmi Harta Intelek.

Suggest a correction

Bahagian VI

Bahagian VI

Seksyen 20

Open as pageSuggest a correction

Bagi maksud Bahagian ini, “petunjuk geografi” termasuklah suatu varian.

Undang-Undang Malaysia 32

Akta 836

Seksyen 21

Pembetulan Daftar dan rekod Pendaftar

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pendaftar boleh, atas permintaan oleh mana-mana tuan punya berdaftar dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh

Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan—

(a)

membetulkan apa-apa kesalahan atau memasukkan apa-apa perubahan pada nama, alamat atau perihalan tuan punya berdaftar dalam Daftar; atau

Suggest a correction

(b)

membetulkan butir-butir perihalan barang dalam Daftar berkenaan dengan petunjuk geografi berdaftar tanpa, dengan apa-apa cara, meluaskan hak yang diberikan di bawah pendaftaran sedia ada petunjuk geografi itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Pendaftar hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran petunjuk geografi itu kepada tuan punya berdaftar setelah membuat apa-apa pembetulan di bawah seksyen ini.

Pembatalan sukarela petunjuk geografi berdaftar

Suggest a correction

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), tuan punya berdaftar hendaklah mematuhi apa-apa kehendak sebagaimana yang ditetapkan.

Suggest a correction

(3)

Pendaftar hendaklah membatalkan pendaftaran petunjuk geografi jika Pendaftar berpuas hati bahawa tuan punya berdaftar itu telah mematuhi kehendak sebagaimana yang ditetapkan.

Suggest a correction

(4)

Jika pendaftaran petunjuk geografi itu dibatalkan secara sukarela di bawah seksyen ini, hak yang diberikan oleh pendaftaran petunjuk geografi kepada mana-mana pihak berkepentingan bagi barang yang dikenal pasti oleh petunjuk geografi itu hendaklah terhenti berkuat kuasa dari tarikh pembatalan pendaftaran itu.

Petunjuk Geografi 33

Pembatalan petunjuk geografi berdaftar oleh Mahkamah

Suggest a correction

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

(a)

petunjuk geografi itu telah didaftarkan dengan melanggar seksyen 10 kecuali bagi perenggan 10(1)(e);

Suggest a correction

(b)

pendaftaran petunjuk geografi itu telah diperoleh secara fraud atau dengan salah nyataan;

Suggest a correction

(c)

petunjuk geografi itu tidak lagi digunakan atau telah terhenti daripada dilindungi di negara atau wilayah asalnya;

Suggest a correction

(d)

terdapat kegagalan oleh tuan punya berdaftar untuk menyenggara, di Malaysia, apa-apa aktiviti atau kepentingan komersial berhubung dengan petunjuk geografi itu, termasuk pengkomersialan, promosi atau pemantauan pasaran;

atau

Suggest a correction

(e)

berbangkit daripada kegagalan untuk menyenggara apa-apa aktiviti atau kepentingan komersial berhubung dengan petunjuk geografi itu, termasuk pengkomersialan, promosi atau pemantauan pasaran di Malaysia oleh mana-mana pihak yang berkepentingan bagi barang yang dikenal pasti oleh petunjuk geografi berdaftar itu, petunjuk geografi itu telah menjadi nama umum bagi barang itu di Malaysia.

Suggest a correction

(2)

Apabila suatu permohonan dibuat di bawah subseksyen (1), orang itu hendaklah memberitahu pengeluar yang mempunyai hak penggunaan petunjuk geografi itu di bawah seksyen 28 yang berada dalam pengetahuannya mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar.

Suggest a correction

(3)

Pengeluar yang disebut dalam subseksyen (2) dan mana-mana orang yang berkepentingan lain boleh, dalam tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Mahkamah, memohon kepada Mahkamah bagi kebenaran untuk menyertai apa-apa prosiding yang boleh didengar oleh Mahkamah untuk menentukan sama ada atau tidak pendaftaran petunjuk geografi itu patut dibatalkan.

Undang-Undang Malaysia 34

Akta 836

Suggest a correction

(4)

Jika pendaftaran petunjuk geografi itu dibatalkan oleh

Mahkamah atas mana-mana alasan di bawah perenggan (1)(a) atau (b), petunjuk geografi itu hendaklah disifatkan tidak pernah didaftarkan, tetapi pembatalan itu tidak boleh menyentuh transaksi yang lalu dan telah ditutup.

Suggest a correction

(5)

Jika pendaftaran petunjuk geografi itu dibatalkan oleh

Mahkamah atas mana-mana alasan di bawah perenggan (1)(c), (d)

atau (e), hak yang diberikan oleh pendaftaran petunjuk geografi itu kepada mana-mana orang yang berkepentingan bagi barang yang dikenal pasti oleh petunjuk geografi itu hendaklah terhenti berkuat kuasa dari—

(a)

tarikh permohonan bagi pembatalan itu dibuat; atau

Suggest a correction

(b)

jika Mahkamah berpuas hati bahawa alasan itu telah wujud pada tarikh yang lebih awal, tarikh yang lebih awal itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(6)

Jika pembatalan petunjuk geografi berdaftar dibuat oleh

Mahkamah di bawah seksyen ini, orang yang membuat permohonan untuk membatalkan pendaftaran itu hendaklah memberitahu semua orang yang mempunyai hak dalam petunjuk geografi berdaftar yang dalam pengetahuannya mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar mengenai pembatalan itu.

Suggest a correction

(7)

Bagi maksud seksyen ini, “dalam pengetahuannya” termasuklah maklumat dalam Daftar mengenai pengeluar yang mempunyai hak penggunaan ke atas petunjuk geografi itu.

Pembatalan pendaftaran apa-apa varian

Suggest a correction

Seksyen 24

Open as pageSuggest a correction

Bagi maksud Bahagian ini, apa-apa pembatalan pendaftaran mana-mana varian tidak boleh menyentuh pendaftaran mana-mana varian yang lain.

Petunjuk Geografi 35

Bahagian VII

Bahagian VII

KESAN PETUNJUK GEOGRAFI BERDAFTAR

Suggest a correction

Hak yang diberikan di bawah petunjuk geografi berdaftar

Seksyen 25

Open as pageSuggest a correction

(b)

membenarkan orang lain untuk menggunakan petunjuk geografi itu.

Suggest a correction

(2)

Bagi maksud Bahagian ini, “guna” termasuklah membuat, mengimport, mengeksport, menawarkan untuk dijual, menjual atau menggunakan petunjuk geografi berhubung dengan barang yang baginya petunjuk geografi itu didaftarkan.

Suggest a correction

(3)

Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, tuan punya berdaftar mempunyai hak untuk mengambil tindakan, atau mendapatkan relief atau remedi di bawah seksyen 34, 35 atau 77.

Suggest a correction

(4)

Hak tuan punya berdaftar itu hendaklah terakru dari tarikh pendaftaran petunjuk geografi itu dan tiada prosiding boleh dimulakan sebelum tarikh yang petunjuk geografi itu sebenarnya didaftarkan.

Suggest a correction

(5)

Bagi maksud subseksyen (4), tiada kesalahan di bawah seksyen 34 atau 35 dilakukan bagi apa-apa yang dibuat sebelum tarikh yang petunjuk geografi itu sebenarnya didaftarkan.

Suggest a correction

(6)

Jika petunjuk geografi itu didaftarkan tertakluk kepada apa-apa syarat atau pengehadan, hak tuan punya berdaftar itu adalah disekat oleh syarat atau pengehadan itu.

Pemindahmilikan pendaftaran petunjuk geografi berdaftar

Suggest a correction

Seksyen 26

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pendaftaran suatu petunjuk geografi itu tidak boleh dipindah milik kepada orang lain melainkan jika orang itu—

(a)

berhak untuk memfailkan suatu permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi itu di bawah subseksyen 8(1); dan

Suggest a correction

(b)

memberikan persetujuan secara bertulis bagi pendaftaran petunjuk geografi itu untuk dipindah milik kepadanya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Apabila permohonan bagi pemindahmilikan pendaftaran petunjuk geografi itu diterima daripada tuan punya berdaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan di bawah subseksyen (1)

dan kehendak di bawah subseksyen (2) telah dipatuhi, Pendaftar hendaklah mendaftarkan pemindahmilikan pendaftaran petunjuk geografi itu.

Pendaftaran sebagai keterangan prima facie

Suggest a correction

Seksyen 27

Akta 836

Open as pageSuggest a correction

Dalam mana-mana prosiding undang-undang yang berhubungan dengan suatu petunjuk geografi berdaftar—

(a)

Daftar hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai apa-apa yang terkandung dalam Daftar itu;

Suggest a correction

(b)

pendaftaran apa-apa pemindahmilikan yang dibuat di bawah seksyen 26 hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai pemindahmilikan itu; dan

Suggest a correction

(c)

pendaftaran seseorang sebagai tuan punya berdaftar suatu petunjuk geografi hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai—

Suggest a correction

(i)

kesahan pendaftaran asal petunjuk geografi itu;

dan

(ii)

apa-apa pemindahmilikan yang berikutnya pendaftaran petunjuk geografi itu.

Petunjuk Geografi 37

Hak penggunaan pengeluar

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 28

Open as pageSuggest a correction

(2)

Hak penggunaan itu hendaklah berkenaan dengan barang mengikut kualiti, reputasi atau ciri-ciri sebagaimana yang dinyatakan dalam Daftar.

Suggest a correction

Bahagian VIII

Bahagian VIII

EJEN PETUNJUK GEOGRAFI

Suggest a correction

Pengiktirafan ejen petunjuk geografi berdaftar

Seksyen 29

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang yang tidak menetap atau menjalankan perniagaan utamanya di Malaysia hendaklah melantik dan memberi kuasa kepada seseorang ejen petunjuk geografi berdaftar untuk bertindak baginya bagi maksud pendaftaran suatu petunjuk geografi atau mana-mana tatacara yang berhubungan dengan suatu petunjuk geografi berdaftar dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.

Suggest a correction

(3)

Apabila dilantik dan diberi kuasa oleh orang itu untuk bertindak baginya di bawah subseksyen (2), seseorang ejen petunjuk geografi berdaftar yang dilantik dan diberi kuasa untuk bertindak bagi orang itu hendaklah, melainkan jika ditamatkan oleh orang itu atau terhenti untuk bertindak bagi orang itu mengikut cara yang ditetapkan bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan—

(a)

terus menjadi ejen orang itu; dan

Undang-Undang Malaysia 38

Akta 836

Suggest a correction

(b)

bertanggungjawab bagi segala perbuatan, perkara dan benda yang dikehendaki untuk dilakukan oleh orang itu di bawah Akta ini.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Jika seseorang ejen petunjuk geografi berdaftar yang bertindak bagi seseorang berniat untuk berhenti untuk bertindak bagi pihak orang itu—

(a)

ejen petunjuk geografi berdaftar itu hendaklah memfailkan suatu notis niat untuk berhenti untuk bertindak bagi pihak orang itu dengan Pendaftar dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan; dan

Suggest a correction

(b)

ejen petunjuk geografi berdaftar itu hendaklah memberitahu orang itu mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Ejen itu hendaklah terhenti menjadi ejen bagi orang itu apabila Pendaftar berpuas hati bahawa ejen itu telah mematuhi subseksyen (4).

Daftar Ejen Petunjuk Geografi

Suggest a correction

Seksyen 30

Open as pageSuggest a correction

(2)

Daftar Ejen Petunjuk Geografi hendaklah mengandungi nama, alamat dan perkara lain yang ditetapkan mengenai ejen petunjuk geografi berdaftar yang hendaklah bertindak bagi pihak mana-mana orang bagi maksud seksyen 29.

Suggest a correction

(3)

Dalam semua prosiding undang-undang yang berhubungan dengan ejen petunjuk geografi berdaftar, Daftar Ejen Petunjuk Geografi hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai apa-apa yang terkandung dalam Daftar Ejen Petunjuk Geografi itu.

Pendaftaran ejen petunjuk geografi

Suggest a correction

Seksyen 31

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), orang itu hendaklah mematuhi apa-apa kehendak sebagaimana yang ditetapkan.

Suggest a correction

(3)

Jika orang itu mematuhi kehendak yang ditetapkan,

Pendaftar hendaklah mendaftarkan orang itu sebagai seorang ejen petunjuk geografi dan mencatatkan nama orang itu dalam

Daftar Ejen Petunjuk Geografi.

Pembatalan pendaftaran ejen petunjuk geografi, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 32

Open as pageSuggest a correction

(a)

membatalkan pendaftaran ejen petunjuk geografi itu atas apa-apa alasan sebagaimana yang ditetapkan;

Suggest a correction

(b)

membenarkan pembatalan secara sukarela pendaftaran ejen petunjuk geografi itu apabila suatu permohonan dibuat oleh ejen petunjuk geografi berdaftar itu bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan;

Suggest a correction

(c)

membenarkan pertukaran nama atau alamat penyampaian ejen petunjuk geografi berdaftar itu apabila permohonan dibuat oleh ejen petunjuk geografi berdaftar itu bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan;

Suggest a correction

(d)

mengeluarkan pendaftaran ejen petunjuk geografi itu daripada Daftar Ejen Petunjuk Geografi apabila ejen petunjuk geografi berdaftar itu mati;

Suggest a correction

(e)

enggan untuk mengiktiraf mana-mana orang sebagai ejen petunjuk geografi berdaftar tertakluk kepada apa-apa hal keadaan sebagaimana yang ditetapkan; dan

Suggest a correction

(f)

memperbaharui pendaftaran ejen petunjuk geografi berdaftar itu apabila permohonan bagi pembaharuan pendaftaran dibuat oleh ejen petunjuk geografi berdaftar itu bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.

Undang-Undang Malaysia 40

Akta 836

Suggest a correction

(2)

Jika Pendaftar membatalkan pendaftaran seorang ejen petunjuk geografi di bawah seksyen ini, Pendaftar hendaklah—

(a)

mengeluarkan nama ejen petunjuk geografi berdaftar itu daripada Daftar Ejen Petunjuk Geografi; dan

Suggest a correction

(b)

menyiarkan dalam Jurnal Rasmi Harta Intelek berkenaan dengan—

Suggest a correction

(i)

pengeluaran ejen petunjuk geografi berdaftar itu daripada Daftar Ejen Petunjuk Geografi; dan

(ii)

butir-butir yang berhubungan dengan permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi atau petunjuk geografi berdaftar yang dikendalikan oleh ejen petunjuk geografi berdaftar itu.

Komunikasi terlindung dengan ejen petunjuk geografi berdaftar

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 33

Open as pageSuggest a correction

(2)

Ejen petunjuk geografi berdaftar mempunyai, berhubung dengan dokumen dan harta orang yang melantik dan memberi kuasa kepada ejen itu dalam perkara yang berhubungan dengan petunjuk geografi, hak lien yang sama yang dipunyai oleh seorang peguam cara berhubung dengan dokumen dan harta anak guamnya.

Petunjuk Geografi 41

Suggest a correction

Bahagian IX

Bahagian IX

KESALAHAN

Suggest a correction

Memakaikan dengan salah petunjuk geografi berdaftar pada barang

Seksyen 34

Open as pageSuggest a correction

(a)

dia memakaikan petunjuk geografi itu atau apa-apa petunjuk yang secara langsung atau tidak langsung merujuk kepada petunjuk geografi itu pada barang itu tanpa persetujuan tuan punya berdaftar; dan

Suggest a correction

(i)

bukan barang tulen tuan punya berdaftar, orang yang diberi kuasa oleh tuan punya berdaftar atau orang yang mempunyai hak untuk menggunakan petunjuk geografi itu di bawah seksyen 28; atau

(ii)

tidak mengikut kualiti, reputasi atau ciri-ciri sebagaimana yang dinyatakan dalam Daftar.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Bagi maksud subseksyen (1)—

(a)

suatu petunjuk geografi atau apa-apa petunjuk yang secara langsung atau tidak langsung merujuk kepada petunjuk geografi itu dipakaikan pada barang itu jika ia dipakaikan secara langsung pada barang itu sendiri;

Suggest a correction

(b)

suatu petunjuk geografi atau apa-apa petunjuk yang secara langsung atau tidak langsung merujuk kepada petunjuk geografi itu hendaklah disifatkan telah dipakaikan pada barang itu jika ia digunakan dalam—

Suggest a correction

(i)

apa-apa tanda atau iklan; atau

(ii)

apa-apa invois, katalog, surat perniagaan, kertas perniagaan, senarai harga atau dokumen komersial lain, termasuk apa-apa dokumen sedemikian dalam apa-apa medium; dan

Undang-Undang Malaysia 42

Akta 836

barang itu diserahkan kepada seseorang menurut permintaan atau pesanan yang dibuat dengan merujuk kepada petunjuk geografi itu sebagaimana yang digunakan;

Suggest a correction
Suggest a correction

(c)

suatu petunjuk geografi atau apa-apa petunjuk yang secara langsung atau tidak langsung merujuk kepada petunjuk geografi itu hendaklah disifatkan telah dipakaikan pada barang itu jika—

Suggest a correction

(i)

ia dipakaikan pada apa-apa pembalut, label, gelendong atau benda di dalamnya atau yang dengannya barang itu dijual, ditawarkan atau dipamerkan untuk dijual atau yang berada dalam milikan bagi maksud perdagangan atau pengilangan;

dan

(ii)

ia digunakan mengikut cara yang mungkin menyebabkan orang untuk mempercayai bahawa ia merujuk kepada, memperihalkan atau menamakan barang itu.

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang yang memakaikan dengan salah suatu petunjuk geografi berdaftar atau apa-apa petunjuk yang secara langsung atau tidak langsung merujuk petunjuk geografi itu pada barang di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit bagi setiap barang yang diletakkan petunjuk geografi berdaftar yang dipakaikan dengan salah itu, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit bagi setiap barang yang diletakkan petunjuk geografi berdaftar yang dipakaikan dengan salah itu; atau

Suggest a correction

(b)

jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap barang yang diletakkan suatu petunjuk geografi berdaftar yang dipakaikan dengan salah itu atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya, didenda

Petunjuk Geografi 43

tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap barang yang diletakkan suatu petunjuk geografi berdaftar yang dipakaikan dengan salah itu, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Bagi maksud subperenggan (2)(c)(i)—

(a)

“pembalut” termasuklah apa-apa penyumbat, gelas, botol, bekas, kotak, kapsul, sarung, bingkai atau pembungkus;

dan

Suggest a correction

(b)

“label” termasuklah apa-apa gegelang atau tiket.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Dalam suatu pendakwaan di bawah seksyen ini, beban untuk membuktikan persetujuan tuan punya berdaftar petunjuk geografi itu hendaklah terletak pada tertuduh.

Mengimport atau menjual, dsb., barang yang petunjuk geografi dipakaikan dengan salah

Suggest a correction

Seksyen 35

Open as pageSuggest a correction

(a)

mengimport ke dalam Malaysia bagi maksud perdagangan atau pengilangan;

Suggest a correction

(b)

menjual, atau menawarkan atau mempamerkan bagi jualan; atau

Suggest a correction

(c)

mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya bagi maksud perdagangan atau pengilangan, apa-apa barang yang petunjuk geografi berdaftar dipakaikan dengan salah padanya di bawah seksyen 34, melainkan jika orang itu membuktikan bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah terhadap melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini, dia telah, pada masa pelakuan kesalahan yang dikatakan itu, tiada sebab untuk mengesyaki ketulenan suatu petunjuk geografi itu dan atas permintaan yang dibuat oleh

Penolong Pengawal sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 39, dia memberikan semua maklumat dalam pengetahuannya berkenaan dengan orang yang daripadanya dia memperoleh barang itu, melakukan suatu kesalahan.

Undang-Undang Malaysia 44

Akta 836

Suggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) boleh, apabila disabitkan—

(a)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit bagi setiap barang yang dipakaikan dengan salah petunjuk geografi berdaftar itu, dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit bagi setiap barang yang dipakaikan dengan salah petunjuk geografi berdaftar itu; atau

Suggest a correction

(b)

jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap barang yang dipakaikan dengan salah petunjuk geografi berdaftar itu atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap barang yang dipakaikan dengan salah petunjuk geografi berdaftar itu, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Bagi maksud perenggan (1)(c), seseorang yang mempunyai dalam milikannya tiga atau lebih barang yang dipakaikan dengan salah suatu petunjuk geografi berdaftar disifatkan sebagai mempunyai dalam milikan barang itu bagi maksud perdagangan atau pengilangan.

Pengemukaan maklumat palsu kepada Pejabat Petunjuk

Geografi atau catatan palsu dalam Daftar

Suggest a correction

Seksyen 36

Mana-mana orang yang—

Open as pageSuggest a correction

(a)

mengemukakan atau menyebabkan untuk dikemukakan apa-apa maklumat palsu kepada Pejabat Petunjuk Geografi atau membuat catatan palsu dalam Daftar;

Suggest a correction

(b)

mengemukakan atau menyebabkan untuk dikemukakan apa-apa maklumat palsu dalam mana-mana salinan dokumen yang diperaku untuk disimpan di Pejabat Petunjuk Geografi;

Petunjuk Geografi 45

Suggest a correction

(c)

membuat atau menyebabkan untuk dibuat apa-apa benda palsu yang berupa sebagai salinan catatan dalam

Daftar atau untuk difailkan dengan Pejabat Petunjuk

Geografi; atau

Suggest a correction

(d)

mengeluarkan atau memberikan atau menyebabkan untuk dikeluarkan atau diberikan sebagai keterangan apa-apa dokumen atau catatan di bawah perenggan (c), mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa catatan, maklumat atau dokumen itu palsu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Menyatakan dengan palsu petunjuk geografi sebagai berdaftar

Suggest a correction

Seksyen 37

Open as pageSuggest a correction

(a)

menyatakan dengan palsu bahawa suatu petunjuk geografi ialah suatu petunjuk geografi berdaftar; atau

Suggest a correction

(b)

membuat suatu representasi palsu mengenai barang yang baginya suatu petunjuk geografi didaftarkan, mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa representasi itu palsu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

Suggest a correction

(2)

Bagi maksud seksyen ini, penggunaan dalam penjalanan perdagangan di Malaysia berhubung dengan suatu petunjuk geografi bagi perkataan “berdaftar” atau apa-apa perkataan atau simbol lain yang membawa sebutan secara nyata atau tersirat bagi pendaftaran hendaklah disifatkan sebagai representasi mengenai pendaftaran di bawah Akta ini melainkan jika ditunjukkan bahawa sebutan itu adalah untuk pendaftaran di tempat lain selain di Malaysia dan bahawa petunjuk geografi itu sebenarnya telah didaftarkan bagi barang yang berkenaan.

Undang-Undang Malaysia 46

Akta 836

Kesalahan yang berhubungan dengan ketidakpatuhan terhadap saman atau keengganan untuk memberikan keterangan

Suggest a correction

Seksyen 38

Open as pageSuggest a correction

(c)

menghendaki pengemukaan apa-apa dokumen atau artikel.

Suggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang mengingkari saman atau permintaan yang dibuat oleh Pendaftar di bawah subseksyen (1)

tanpa apa-apa sebab yang sah di sisi undang-undang melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

Suggest a correction

Bahagian X

Bahagian X

PENYIASATAN DAN PENGUATKUASAAN

Seksyen 39

Bagi maksud Bahagian ini—

Open as pageSuggest a correction

(a)

“Pengawal”, “Timbalan Pengawal” atau “Penolong Pengawal”

ertinya Pengawal, Timbalan Pengawal atau Penolong

Pengawal Perihal Dagangan yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730];

dan

Suggest a correction

(b)

“premis” ertinya apa-apa tempat, yang tidak bergerak atau selainnya, yang ditubuhkan atau didirikan oleh mana-mana orang, sama ada tempat itu ada atau tiada kepungan, dan termasuklah suatu kenderaan, pesawat udara, kapal dan apa-apa vesel lain.

Petunjuk Geografi 47

Kuasa Pengawal, Timbalan Pengawal dan Penolong Pengawal

Suggest a correction

Seksyen 40

Open as pageSuggest a correction

(2)

Timbalan Pengawal dan Penolong Pengawal hendaklah berada di bawah arahan dan kawalan Pengawal.

Suggest a correction

(3)

Timbalan Pengawal boleh melaksanakan segala kewajipan yang dikenakan dan menjalankan segala kuasa yang diberikan kepada Pengawal.

Suggest a correction

(4)

Pengawal dan Timbalan Pengawal boleh melaksanakan segala kewajipan yang dikenakan dan menjalankan segala kuasa yang diberikan kepada Penolong Pengawal.

Suggest a correction

(5)

Pengawal atau Timbalan Pengawal boleh, secara bertulis, mewakilkan semua atau mana-mana kuasa, kewajipan atau fungsinya di bawah Bahagian ini kepada mana-mana Penolong Pengawal.

Kuasa penyiasatan

Suggest a correction

Seksyen 41

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana Penolong Pengawal yang menyiasat apa-apa pelakuan kesalahan di bawah Akta ini boleh menjalankan semua atau mana-mana kuasa berhubung dengan penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap yang diperuntukkan oleh Kanun Tatacara Jenayah

[Akta 593].

Aduan kepada Penolong Pengawal

Suggest a correction

Seksyen 42

Open as pageSuggest a correction

(2)

Aduan yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah menyatakan orang yang terhadapnya aduan itu dibuat atau premis yang dikatakan kesalahan itu telah dilakukan dan butiran mengenai kesalahan yang dikatakan itu telah dilakukan di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(3)

Jika aduan yang dibuat di bawah subseksyen (1) berhubung dengan suatu petunjuk geografi yang tidak sama dengan petunjuk geografi berdaftar itu, mana-mana orang yang berkepentingan hendaklah mendapatkan penentusahan Pendaftar dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan untuk dikemukakan kepada

Penolong Pengawal.

Suggest a correction

(4)

Penentusahan Pendaftar di bawah subseksyen (3) hendaklah menjadi keterangan prima facie dalam mana-mana prosiding di hadapan mana-mana mahkamah.

Kuasa mengumpul maklumat

Suggest a correction

Kuasa Penolong Pengawal untuk menghendaki pemberian maklumat

Suggest a correction

Seksyen 43

Akta 836

Open as pageSuggest a correction

(a)

mempunyai apa-apa maklumat atau apa-apa dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan kuasa dan fungsi

Penolong Pengawal di bawah Akta ini; atau

Suggest a correction

(b)

berupaya untuk memberikan apa-apa keterangan yang

Penolong Pengawal mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa ia berkaitan dengan pelaksanaan kuasa dan fungsi

Penolong Pengawal di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(2)

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain, Penolong Pengawal boleh, melalui notis bertulis, mengarahkan mana-mana orang—

(a)

untuk memberikan kepada Penolong Pengawal, dalam tempoh dan mengikut cara dan bentuk yang dinyatakan dalam notis itu, apa-apa maklumat atau dokumen yang disebut dalam subseksyen (1);

Petunjuk Geografi 49

Suggest a correction

(b)

untuk mengemukakan kepada Penolong Pengawal, dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan dalam notis itu, apa-apa maklumat atau dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada dalam bentuk fizikal atau elektronik;

Suggest a correction

(c)

untuk membuat salinan, atau cabutan daripada, apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1) dan untuk mengemukakan salinan atau cabutan dokumen itu kepada

Penolong Pengawal dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan dalam notis itu;

Suggest a correction

(d)

jika orang itu ialah seorang individu, untuk hadir di hadapan Penolong Pengawal pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, dan untuk mengemukakan apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada dalam bentuk fizikal atau elektronik;

Suggest a correction

(e)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan atau badan awam, supaya menyebabkan pegawai yang berkaitan dan berkelayakan pertubuhan atau badan itu untuk hadir di hadapan Penolong Pengawal pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, dan untuk mengemukakan apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada dalam bentuk fizikal atau elektronik;

Suggest a correction

(f)

jika orang itu ialah suatu perkongsian, supaya menyebabkan individu yang merupakan seorang pekongsi dalam perkongsian itu atau pekerja perkongsian itu untuk hadir di hadapan Penolong Pengawal pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, dan untuk mengemukakan apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada dalam bentuk fizikal atau elektronik; atau

Suggest a correction

(g)

untuk membuat suatu pernyataan kepada Penolong Pengawal dengan memberikan suatu penjelasan mengenai apa-apa maklumat atau dokumen yang disebut dalam subseksyen (1)

dalam tempoh dan mengikut cara dan bentuk yang dinyatakan dalam notis itu.

Undang-Undang Malaysia 50

Akta 836

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Jika Penolong Pengawal mengarahkan mana-mana orang untuk mengemukakan apa-apa dokumen di bawah subseksyen (2)

dan dokumen itu tiada dalam jagaan orang itu, orang itu hendaklah—

(a)

menyatakan, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, di mana dokumen itu boleh dijumpai; dan

Suggest a correction

(b)

mengenal pasti, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, orang yang terakhir mempunyai jagaan ke atas dokumen itu dan menyatakan, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, di mana orang itu boleh dijumpai.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Mana-mana orang yang diarahkan untuk memberikan apa-apa maklumat di bawah subseksyen (2) atau (3) hendaklah memastikan bahawa maklumat yang diberikan itu adalah benar, tepat dan lengkap dan orang itu hendaklah memberikan representasi yang nyata yang bermaksud sedemikian, termasuk suatu perisytiharan bahawa dia tidak menyedari mengenai apa-apa maklumat lain yang akan menjadikan maklumat yang diberikan itu tidak benar atau mengelirukan.

Suggest a correction

(5)

Mana-mana orang yang enggan atau tidak mematuhi arahan yang diberikan oleh Penolong Pengawal di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

Penolong Pengawal boleh memegang simpan dokumen

Suggest a correction

Seksyen 44

Open as pageSuggest a correction

(2)

Orang yang memberikan dokumen itu berhak untuk dibekalkan, secepat yang dapat dilaksanakan, suatu salinan yang diperaku sah oleh Penolong Pengawal sebagai salinan benar dokumen itu.

Suggest a correction

(3)

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain, salinan yang diperaku sah bagi dokumen itu hendaklah diterima sebagai keterangan seolah-olah ia ialah dokumen asal.

Petunjuk Geografi 51

Suggest a correction

(4)

Jika Penolong Pengawal berpuas hati bahawa dokumen itu tidak lagi perlu dipegang simpan, Penolong Pengawal boleh mengembalikan dokumen itu kepada orang yang memberikan dokumen itu, secepat yang dapat dilaksanakan.

Kerahsiaan

Suggest a correction

Seksyen 45

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh berkuat kuasa untuk menghalang penzahiran maklumat jika—

(a)

penzahiran itu dibuat dengan persetujuan orang yang daripadanya maklumat atau dokumen itu diperoleh;

Suggest a correction

(b)

penzahiran itu dibuat dalam hal keadaan yang maklumat yang diberikan itu dirangka dengan cara yang sebegitu rupa sehingga sumber maklumat itu tidak dapat dipastikan;

Suggest a correction

(c)

maklumat itu telah sedia ada dalam domain awam;

Suggest a correction

(d)

penzahiran itu dibuat bagi memudahkan pelaksanaan fungsi atau kuasa Pengawal, Timbalan Pengawal atau

Penolong Pengawal;

Suggest a correction

(e)

penzahiran itu dibuat secara munasabah semasa apa-apa prosiding di bawah Akta ini dengan syarat bahawa penzahiran itu tidak dibuat berlawanan dengan apa-apa arahan Pengawal, Timbalan Pengawal atau Penolong

Pengawal yang di hadapannya prosiding itu berjalan;

atau

Suggest a correction

(f)

penzahiran itu dibuat berkaitan dengan penyiasatan terhadap suatu kesalahan di bawah Akta ini.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Bagi maksud seksyen ini, “maklumat rahsia” ertinya maklumat perdagangan, perniagaan atau perindustrian yang dipunyai oleh mana-mana orang yang mempunyai nilai ekonomi dan secara amnya tidak tersedia kepada atau diketahui oleh orang lain atau apa-apa maklumat yang dikira sebagai rahsia di bawah Akta ini.

Undang-Undang Malaysia 52

Akta 836

Komunikasi terlindung

Suggest a correction

Seksyen 46

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pengawal boleh menghendaki seseorang peguam bela dan peguam cara untuk mengemukakan apa-apa dokumen di bawah seksyen 44.

Suggest a correction

(3)

Jika dokumen yang dikehendaki di bawah subseksyen (2)

mengandungi komunikasi terlindung yang dibuat oleh atau bagi pihak atau kepada peguam bela dan peguam cara itu atas kapasitinya sebagai seorang peguam bela dan peguam cara—

(a)

peguam bela dan peguam cara itu hendaklah berhak untuk enggan mematuhi kehendak itu; atau

Suggest a correction

(b)

orang yang kepadanya atau olehnya atau bagi pihaknya komunikasi terlindung itu dibuat, atau jika orang itu ialah pertubuhan perbadanan yang di bawah penerimaan atau sedang digulung, penerima atau pelikuidasi, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh bersetuju bahawa peguam bela dan peguam cara itu hendaklah mematuhi kehendak itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Walau apa pun perenggan (3)(b), jika peguam bela dan peguam cara itu enggan untuk mematuhi kehendak di bawah subseksyen (2), peguam bela dan peguam cara itu hendaklah dengan segera memberikan kepada Pengawal secara bertulis nama dan alamat orang yang kepadanya, olehnya atau bagi pihaknya komunikasi terlindung itu dibuat.

Memberikan maklumat, keterangan atau dokumen palsu atau yang mengelirukan

Suggest a correction

Seksyen 47

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang tidak menzahirkan atau meninggalkan untuk memberikan apa-apa maklumat, keterangan atau dokumen yang berkaitan, atau memberikan apa-apa maklumat, keterangan atau dokumen yang diketahuinya atau yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai adalah palsu atau mengelirukan, dalam

Petunjuk Geografi 53

penjalanan penyiasatan oleh Penolong Pengawal, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.

Seksyen 48

Pemusnahan, penyembunyian, pencacatan dan pengubahan rekod

Open as pageSuggest a correction

(a)

memusnahkan, menyembunyikan, mencacatkan atau mengubah; atau

Suggest a correction

(b)

menghantar, cuba untuk menghantar atau berkomplot dengan mana-mana orang lain untuk mengalihkan dari premisnya atau menghantar ke luar Malaysia, apa-apa barang, dokumen, bahan, artikel atau benda yang disimpan atau disenggarakan dengan niat untuk memfraud

Penolong Pengawal atau untuk menyekat, melengahkan atau menghalang penjalanan suatu penyiasatan atau penjalanan mana-mana kuasa Penolong Pengawal di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.

Kuasa penangkapan, penggeledahan, penyitaan, dsb.

Suggest a correction

Kuasa menangkap

Suggest a correction

Seksyen 49

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana Penolong Pengawal yang membuat tangkapan di bawah subseksyen (1) hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak perlu, membawa orang yang ditangkap itu ke balai polis yang paling hampir, dan orang itu hendaklah selepas itu diperlakukan sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah yang sedang berkuat kuasa.

Undang-Undang Malaysia 54

Akta 836

Kuasa untuk memasuki premis, memeriksa dan menyita barang, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 50

Open as pageSuggest a correction

(a)

bagi maksud menentukan sama ada apa-apa kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan, memeriksa apa-apa barang, dokumen, bahan, artikel atau benda, dan memasuki mana-mana premis selain premis yang digunakan sebagai tempat kediaman sahaja;

Suggest a correction

(b)

jika Penolong Pengawal mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah

Akta ini telah dilakukan, menyita dan menahan apa-apa barang, dokumen, bahan, artikel atau benda bagi maksud menentukan, dengan cara menguji atau selainnya, sama ada kesalahan itu telah dilakukan;

Suggest a correction

(c)

menyita dan menahan apa-apa barang, dokumen, bahan, artikel atau benda yang Penolong Pengawal itu mempunyai sebab untuk mempercayai mungkin dikehendaki sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini; dan

Suggest a correction

(d)

bagi maksud menjalankan kuasanya di bawah subseksyen ini, menyita apa-apa barang, dokumen, bahan, artikel atau benda, tetapi hanya jika dan setakat yang semunasabahnya perlu untuk memastikan bahawa peruntukan Akta ini dan mana-mana perintah yang dibuat di bawah Akta ini dituruti dengan sewajarnya, menghendaki mana-mana orang yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian supaya memecah buka apa-apa bekas atau membuka apa-apa mesin penjualan, dan jika orang itu tidak mematuhi kehendak itu, Penolong Pengawal itu sendiri boleh berbuat demikian.

Suggest a correction

(2)

Seseorang Penolong Pengawal yang menyita apa-apa barang, dokumen, bahan, artikel atau benda pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini hendaklah memaklumkan orang yang daripadanya barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu disita, dan dalam hal barang yang disita daripada mesin penjualan,

Petunjuk Geografi 55

orang yang nama dan alamatnya dinyatakan pada mesin itu sebagai tuan punya, atau jika tiada nama dan alamat dinyatakan sedemikian, penghuni premis tempat mesin itu berada atau yang padanya mesin itu dilekatkan.

Suggest a correction

(3)

Jika barang, dokumen, bahan, artikel atau benda yang disita oleh Penolong Pengawal pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini disebabkan oleh jenis, saiz atau amaunnya tidak praktik untuk dipindahkan dari tempat barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu dijumpai, dia boleh dengan apa-apa cara mengelak barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu di dalam premis atau bekas yang di dalamnya ia dijumpai dan ia hendaklah menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana orang tanpa kuasa yang sah untuk memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak itu atau untuk memindahkan barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu atau untuk cuba berbuat demikian.

Majistret boleh mengeluarkan waran geledah

Suggest a correction

Seksyen 51

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang Penolong Pengawal yang memasuki mana-mana premis di bawah seksyen ini boleh membawa bersamanya mana-mana orang lain dan apa-apa kelengkapan yang ternyata pada

Penolong Pengawal itu perlu dan apabila meninggalkan mana-mana premis yang telah dimasukinya menurut kuasa waran di bawah subseksyen yang terdahulu Penolong Pengawal itu hendaklah, jika premis itu tidak dihuni atau penghuni tidak ada buat sementara waktu, meninggalkan premis itu dalam keadaan yang selamat daripada penceroboh sebagaimana keadaan premis itu ditemui olehnya.

Undang-Undang Malaysia 56

Akta 836

Suggest a correction

(3)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), waran yang dikeluarkan oleh Majistret boleh memberi kuasa penggeledahan dan penyitaan apa-apa barang, dokumen, bahan, artikel atau benda yang mengandungi atau yang dengan munasabahnya disyaki mengandungi maklumat tentang apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan atau selainnya perlu untuk menjalankan suatu penyiasatan bagi apa-apa kesalahan.

Suggest a correction

(4)

Tertakluk kepada subseksyen (5), Penolong Pengawal yang menjalankan penggeledahan di bawah subseksyen (1) boleh, bagi maksud menyiasat kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di premis itu.

Suggest a correction

(5)

Apabila adalah perlu untuk menyebabkan seseorang wanita diperiksa, pemeriksaan itu hendaklah dibuat oleh wanita lain dengan ketertiban sepenuhnya.

Suggest a correction

(6)

Penolong Pengawal yang membuat pemeriksaan ke atas seseorang di bawah subseksyen (4) boleh menyita, atau mengambil milikan, dan menyimpan dalam jagaan selamat semua benda selain pakaian yang perlu yang didapati pada orang itu, dan apa-apa benda lain, yang berkenaan dengannya terdapat sebab untuk mempercayai bahawa benda itu merupakan peralatan atau keterangan mengenai kesalahan itu, dan benda itu boleh ditahan sehingga perintah mahkamah untuk melupuskannya diperoleh.

Suggest a correction

(7)

Jika, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, adalah tidak praktik untuk mengalihkan apa-apa barang, dokumen, bahan, artikel atau benda yang disita di bawah seksyen ini, Penolong

Pengawal yang membuat penyitaan itu hendaklah dengan apa-apa cara mengelak premis atau bekas yang di dalamnya barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu dijumpai.

Suggest a correction

(8)

Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (7)

atau mengalihkan apa-apa barang, dokumen, bahan, artikel atau benda yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.

Petunjuk Geografi 57

Penggeledahan boleh dilakukan tanpa waran

Suggest a correction

Seksyen 52

Open as pageSuggest a correction

Jika Penolong Pengawal berpuas hati atas maklumat yang diterima bahawa dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam mendapatkan waran geledah di bawah seksyen 51 penyiasatan akan terjejas atau keterangan mengenai pelakuan pelanggaran atau kesalahan mungkin diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan,

Penolong Pengawal boleh memasuki premis dan menjalankan di dalam, pada dan berkenaan dengan premis itu, semua kuasa yang disebut dalam seksyen 51 dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.

Akses kepada maklumat berekod atau data berkomputer, dsb.

Seksyen 53

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sebagai tambahan kepada kuasanya di bawah subseksyen (1),

Penolong Pengawal itu boleh—

(a)

memeriksa pengendalian apa-apa komputer dan apa-apa radas atau bahan yang berkaitan yang dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki sedang atau telah digunakan berkaitan dengan maklumat atau data itu; dan

Suggest a correction

(i)

orang yang, olehnya atau bagi pihaknya

Penolong Pengawal itu mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki komputer itu sedang atau telah digunakan berkaitan dengan maklumat atau data itu; atau

(ii)

orang yang bertanggungjawab bagi, atau yang selainnya terlibat dengan, pengendalian komputer, radas atau bahan itu berkaitan dengan maklumat atau data,

Undang-Undang Malaysia 58

Akta 836

untuk memberinya apa-apa bantuan yang munasabah sebagaimana yang dikehendaki olehnya bagi maksud seksyen ini.

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Penolong Pengawal boleh membuat salinan atau mengambil cabutan maklumat berekod itu, atau data berkomputer atau berdigital itu, jika difikirkannya perlu.

Suggest a correction

(4)

Bagi maksud seksyen ini, “akses” termasuklah diberikan kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki untuk membolehkan pemahaman maklumat berekod dan data berkomputer atau berdigital itu.

Pemberian maklumat

Suggest a correction

Seksyen 54

Open as pageSuggest a correction

(a)

mengetahui atau mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa seorang Penolong Pengawal sedang bertindak, atau bercadang untuk bertindak, berkaitan dengan suatu penyiasatan yang sedang, atau akan, dijalankan di bawah atau bagi maksud Akta ini dan menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin akan menjejaskan penyiasatan atau penyiasatan yang dicadangkan itu; atau

Suggest a correction

(b)

mengetahui atau mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa suatu penzahiran telah dibuat kepada seorang

Penolong Pengawal dan menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin akan menjejaskan apa-apa penyiasatan yang mungkin dijalankan berikutan penzahiran itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.

Suggest a correction

(2)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) menjadikannya suatu kesalahan bagi seseorang peguam bela dan peguam cara atau pekerjanya untuk menzahirkan apa-apa maklumat atau perkara lain—

(a)

kepada anak guamnya atau wakil anak guamnya berkaitan dengan pemberian nasihat kepada anak guam itu dalam penjalanan dan bagi maksud khidmat profesional peguam bela dan peguam cara itu; atau

Petunjuk Geografi 59

Suggest a correction

(b)

kepada mana-mana orang yang menjangkakan, atau berkaitan dengan dan bagi maksud, apa-apa prosiding undang-undang.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Subseksyen (2) tidak terpakai berhubung dengan apa-apa maklumat atau perkara lain yang dizahirkan dengan tujuan untuk melaksanakan apa-apa maksud yang menyalahi undang-undang.

Suggest a correction

(4)

Dalam mana-mana prosiding terhadap seseorang bagi suatu kesalahan di bawah seksyen ini, ia adalah menjadi suatu pembelaan untuk membuktikan bahawa—

(a)

dia tidak mengetahui atau mengesyaki bahawa penzahiran yang dibuat di bawah perenggan (1)(b) berkemungkinan menjejaskan penyiasatan itu; atau

Suggest a correction

(b)

dia mempunyai kuasa yang sah atau alasan yang munasabah untuk membuat penzahiran itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Seseorang Penolong Pengawal atau mana-mana orang lain tidak melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini berkenaan dengan apa-apa jua perkara yang telah dilakukan olehnya dalam penjalanan tindakan yang berkaitan dengan penguatkuasaan, atau penguatkuasaan yang diniatkan, Akta ini.

Waran geledah boleh diterima walaupun cacat

Suggest a correction

Seksyen 55

Open as pageSuggest a correction

Sesuatu waran geledah yang dikeluarkan di bawah Akta ini adalah sah dan boleh dikuatkuasakan walau apa pun kecacatan, kesilapan atau peninggalan dalam waran geledah itu atau dalam permohonan bagi waran geledah itu dan apa-apa barang, dokumen, bahan, artikel atau benda yang disita di bawah waran itu boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah

Akta ini.

Seksyen 56

Senarai benda yang disita

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika premis itu tidak berpenghuni, Penolong Pengawal yang membuat penyitaan itu hendaklah di mana-mana yang mungkin menampalkan senarai benda yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu.

Pelucuthakan barang, dsb., yang disita

Suggest a correction

Seksyen 57

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu perintah bagi pelucuthakan atau bagi pelepasan apa-apa barang, dokumen, bahan, artikel atau benda yang disita di bawah Akta ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan yang berhubungan dengannya telah dijalankan dan suatu perintah bagi pelucuthakan barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu hendaklah dibuat jika dibuktikan dengan memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu ialah hal perkara atau telah digunakan dalam perlakuan kesalahan itu walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.

Suggest a correction

(3)

Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa barang, dokumen, bahan, artikel atau benda yang disita di bawah Akta ini, barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu hendaklah dikira dan disifatkan sebagai telah dilucuthakkan apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyitaan melainkan jika suatu tuntutan ke atas barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu dibuat sebelum tarikh itu mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (4), (5) dan (6).

Suggest a correction

(4)

Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu dan bahawa barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu tidak boleh dilucuthakkan boleh dengan sendirinya atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis memberikan notis bertulis kepada seseorang Penolong Pengawal bahawa dia menuntut barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu.

Petunjuk Geografi 61

Suggest a correction

(5)

Apabila notis di bawah subseksyen (4) diterima,

Penolong Pengawal hendaklah merujuk tuntutan itu kepada

Pengawal yang boleh mengarahkan supaya barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu dilepaskan atau boleh mengarah

Penolong Pengawal untuk merujuk perkara itu kepada mahkamah bagi keputusan.

Suggest a correction

(6)

Mahkamah yang kepadanya perkara itu dirujuk hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu dan orang yang daripadanya barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu telah disita supaya hadir di hadapan mahkamah dan apabila dia hadir atau tidak hadir, selepas dibuktikan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sewajarnya, mahkamah hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu dan apabila dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah

Akta ini telah dilakukan dan bahawa barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu ialah hal perkara kesalahan itu atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu, hendaklah memerintahkan supaya barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu dilucuthakkan atau boleh jika tidak dibuktikan sedemikian memerintahkan supaya barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu dilepaskan kepada orang yang berhak ke atasnya.

Suggest a correction

(7)

Apa-apa barang, dokumen, bahan, artikel atau benda yang dilucuthakkan atau disifatkan dilucuthakkan hendaklah diserahkan kepada Penolong Pengawal yang hendaklah melupuskan barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu mengikut arahan Pengawal.

Suggest a correction

(8)

Jika apa-apa barang, dokumen, bahan, artikel atau benda yang disita di bawah Akta ini adalah daripada jenis yang mudah musnah atau jika penjagaan barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu melibatkan perbelanjaan dan kesusahan yang tidak munasabah, barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu boleh dijual oleh Penolong Pengawal pada bila-bila masa dan hasil jualan itu dipegang oleh Penolong Pengawal untuk mematuhi keputusan apa-apa pendakwaan atau tuntutan di bawah seksyen ini.

Pelepasan barang, dsb., yang disita

Suggest a correction

Seksyen 58

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu rekod secara bertulis hendaklah dibuat oleh Penolong

Pengawal yang melakukan pelepasan bagi apa-apa benda di bawah subseksyen (1) dengan menyatakan secara terperinci hal keadaan, dan sebab bagi, pelepasan itu, dan dia hendaklah menghantar suatu salinan rekod itu kepada Pendakwa Raya dalam masa tujuh hari selepas pelepasan itu.

Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan balik

Suggest a correction

Seksyen 59

Open as pageSuggest a correction

Tiada seorang pun, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa barang, dokumen, bahan, artikel atau benda yang disita di bawah Akta ini, berhak untuk mendapatkan kos prosiding itu atau kepada apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu telah dibuat tanpa sebab yang munasabah.

Seksyen 60

Halangan

Open as pageSuggest a correction

(a)

enggan untuk memberi mana-mana Penolong Pengawal akses kepada mana-mana premis yang Penolong Pengawal itu berhak untuk mendapatkan di bawah Akta ini atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini; atau

Suggest a correction

(b)

mengamang, menghalang, menggalang atau melengahkan mana-mana Penolong Pengawal dalam melakukan apa-apa kemasukan yang Penolong Pengawal itu berhak untuk

Petunjuk Geografi 63

melakukan di bawah Akta ini atau dalam melakukan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.

Keterangan ejen provokasi boleh diterima

Suggest a correction

Seksyen 61

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun mana-mana rukun undang-undang atau peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, apa-apa pernyataan, sama ada lisan atau bertulis, yang dibuat kepada ejen provokasi itu oleh mana-mana orang yang kemudiannya dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh diterima sebagai keterangan semasa perbicaraannya.

Mengambil sampel

Suggest a correction

Seksyen 62

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika bungkusan atau bekas yang mengandungi barang, dokumen, bahan, artikel atau benda melanggar peruntukan Akta ini atau yang selainnya boleh disita telah disita, ia adalah mencukupi untuk membuka dan memeriksa satu peratus atau tidak kurang daripada lima sampel, mengikut mana-mana yang lebih kurang, daripada kandungan dalam setiap bungkusan atau bekas yang disita itu.

Undang-Undang Malaysia 64

Akta 836

Suggest a correction

(3)

Mahkamah hendaklah menganggap bahawa lebihan sampel yang terkandung dalam bungkusan atau bekas itu adalah sama jenis dengan sampel yang diperiksa.

Bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan

Suggest a correction

Seksyen 63

Open as pageSuggest a correction

Walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis, Mahkamah Sesyen hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan di bawah

Akta ini dan mengenakan hukuman penuh bagi apa-apa kesalahan itu.

Seksyen 64

Pemulaan pendakwaan

Open as pageSuggest a correction

Tiada pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis

Pendakwa Raya.

Seksyen 65

Pengkompaunan kesalahan

Open as pageSuggest a correction

(a)

apa-apa kesalahan di bawah Akta ini sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun; dan

Suggest a correction

(b)

kaedah dan tatacara untuk mengkompaun kesalahan itu.

Suggest a correction

(2)

Pengawal boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya, pada bila-bila masa sebelum suatu pertuduhan dimulakan, mengkompaun mana-mana kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada

Pengawal suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang orang itu boleh dikenakan jika dia disabitkan atas kesalahan itu, dalam apa-apa masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu.

Petunjuk Geografi 65

Suggest a correction

(3)

Suatu tawaran bertulis di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu, atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang boleh diberikan oleh Pengawal, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran bertulis itu dibuat.

Suggest a correction

(4)

Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan Pengawal boleh melucuthakkan atau memulangkan barang, dokumen, bahan, artikel atau benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu, tertakluk kepada apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh

Pengawal.

Suggest a correction

(5)

Semua jumlah wang yang diterima oleh Pengawal di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

Prinsipal bertanggungjawab bagi perbuatan pekhidmat atau ejen

Suggest a correction

Seksyen 66

Open as pageSuggest a correction

Jika pekhidmat atau ejen seseorang melakukan suatu kesalahan atau membuat apa-apa atau meninggalkan daripada melakukan apa-apa perbuatan yang jika dibuat atau ditinggalkan oleh orang itu akan menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini, orang itu hendaklah, walaupun orang itu tiada pengetahuan mengenai kesalahan itu, disifatkan sebagai melakukan kesalahan itu dan boleh dihukum bagi kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa—

(a)

perbuatan atau peninggalan yang diadukan itu bukan dalam skop biasa pekerjaan pekhidmat atau agensi ejen itu; atau

Suggest a correction

(b)

perbuatan atau peninggalan yang diadukan itu telah dilakukan atau ditinggalkan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha yang

Undang-Undang Malaysia 66

Akta 836

wajar untuk mengelakkan pelakuan atau peninggalan itu sebagaimana yang sepatutnya dilakukannya dengan mengambil kira segala hal keadaan kes itu.

Kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan

Suggest a correction

Seksyen 67

Open as pageSuggest a correction

(a)

boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan itu;

dan

Suggest a correction

(b)

jika pertubuhan perbadanan itu didapati bersalah melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan sebagai bersalah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas kapasiti itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—

Suggest a correction

(i)

bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan

(ii)

bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mengelakkan pelakuan kesalahan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Jika mana-mana orang boleh dikenakan di bawah Akta ini apa-apa hukuman atau penalti bagi perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkarannya, dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran mana-mana pekerja atau ejennya, atau pekerja ejen itu, jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan oleh—

(a)

pekerja orang itu dalam masa penggajiannya;

Petunjuk Geografi 67

Suggest a correction

(b)

ejen itu semasa bertindak bagi pihak orang itu; atau

Suggest a correction

(c)

pekerja ejen itu dalam masa penggajian pekerja itu oleh ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen yang bertindak bagi pihak orang itu.

Perlindungan Pengawal, Timbalan Pengawal, Penolong Pengawal dan orang lain

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 68

Open as pageSuggest a correction

Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap—

(a)

Pengawal, Timbalan Pengawal atau Penolong Pengawal berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang diperintahkan atau yang dilakukan bagi maksud melaksanakan

Akta ini; dan

Suggest a correction

(b)

mana-mana orang lain berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau berupa sebagai dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan Pengawal, jika perbuatan itu diperintahkan atau dilakukan dengan suci hati dan dengan kepercayaan yang munasabah bahawa ia adalah perlu bagi maksud yang dihasratkan untuk dicapai dengannya.

Suggest a correction

Bahagian XI

Bahagian XI

PROSIDING UNDANG-UNDANG DI MAHKAMAH,

Suggest a correction

KOS DAN KETERANGAN

Penyampaian permohonan, perintah atau penghakiman kepada

Pendaftar

Seksyen 69

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apabila sesalinan permohonan termasuk suatu rayuan di bawah subseksyen (1) diterima, Pendaftar boleh mengubah status permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi atau petunjuk geografi berdaftar itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh

Pendaftar, tertakluk kepada syarat, arahan, suruhan, perintah atau penghakiman lanjut mahkamah.

Suggest a correction

(3)

Apa-apa perintah atau penghakiman yang dibuat oleh mahkamah apabila selesai permohonan termasuk suatu rayuan yang difailkan di bawah subseksyen (1) hendaklah disampaikan kepada Pendaftar mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan oleh pihak-pihak yang perintah atau penghakiman itu dibuat atau diberikan memihak kepadanya.

Suggest a correction

(4)

Apabila perintah atau penghakiman di bawah subseksyen (3)

diterima, jika difikirkan oleh Pendaftar bahawa publisiti harus diberikan dalam menguatkuasakan perintah atau penghakiman mahkamah itu, Pendaftar boleh membuat suatu penyiaran yang berhubungan dengan penguatkuasaan perintah atau penghakiman mahkamah itu dalam Jurnal Rasmi Harta Intelek.

Pendaftar tidak boleh dijadikan pihak kepada prosiding tertentu

Suggest a correction

Seksyen 70

Dalam ketiadaan suatu kausa tindakan terhadap Pendaftar,

Open as pageSuggest a correction

Pendaftar tidak boleh dijadikan pihak kepada prosiding yang berikut:

(a)

prosiding terhadap penggunaan petunjuk geografi tertentu di bawah seksyen 77;

Suggest a correction

(b)

pembatalan petunjuk geografi berdaftar oleh Mahkamah di bawah seksyen 23; atau

Suggest a correction

(c)

apa-apa rayuan terhadap keputusan Pendaftar berhubung dengan apa-apa perkara yang dinyatakan di bawah subseksyen 96(1).

Petunjuk Geografi 69

Kehadiran Pendaftar dalam prosiding di hadapan Mahkamah

Suggest a correction

Seksyen 71

Open as pageSuggest a correction

(2)

Melainkan jika diarahkan selainnya oleh Mahkamah,

Pendaftar, sebagai ganti hadir dan didengar, boleh mengemukakan kepada Mahkamah suatu pernyataan secara bertulis dan ditandatangani olehnya, memberikan butir-butir prosiding di hadapan Pendaftar berhubung dengan perkara yang menjadi isu atau alasan bagi apa-apa keputusan yang telah diberikan oleh Pendaftar yang menyentuh perkara yang sama atau amalan pejabat Pendaftar dalam kes yang serupa, atau apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan isu itu, dan dalam pengetahuannya sebagai Pendaftar, sebagaimana yang difikirkannya patut, dan pernyataan itu hendaklah disifatkan menjadi sebahagian daripada keterangan dalam prosiding itu.

Kos prosiding di hadapan mahkamah

Suggest a correction

Seksyen 72

Open as pageSuggest a correction

Dalam semua prosiding di hadapan mana-mana mahkamah, mahkamah itu boleh, mengikut budi bicaranya, mengawardkan mana-mana pihak termasuk Pendaftar apa-apa kos sebagaimana yang difikirkannya munasabah tetapi Pendaftar tidak boleh diperintahkan untuk membayar kos mana-mana pihak.

Seksyen 73

Perakuan kesahan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apabila menerima perakuan itu daripada Mahkamah di bawah subseksyen (1), Pendaftar hendaklah merekodkan perakuan itu apabila diminta oleh tuan punya berdaftar dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.

Nilai keterangan salinan yang diperaku oleh Pendaftar

Suggest a correction

Seksyen 74

Open as pageSuggest a correction

Suatu salinan atau cabutan daripada apa-apa borang atau dokumen yang difailkan di Pejabat Petunjuk Geografi yang diperaku oleh Pendaftar sebagai suatu salinan atau cabutan yang benar yang ditandatangani dan dimeteraikan oleh Pendaftar hendaklah diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding sebagai mempunyai kesahan yang sama dengan dokumen asal.

Seksyen 75

Salinan dokumen yang dimeterai menjadi keterangan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu perakuan pendaftaran petunjuk geografi hendaklah diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di hadapan mana-mana mahkamah tanpa bukti lanjut atau pengemukaan yang asal.

Suggest a correction

(3)

Suatu perakuan yang berupa sebagai ditandatangani oleh

Pendaftar mengenai apa-apa perbuatan yang Pendaftar diberi kuasa untuk melakukan dan yang dia telah atau belum lakukan hendaklah menjadi keterangan prima facie dalam mana-mana prosiding di hadapan mana-mana mahkamah mengenai hal yang dia telah lakukan atau belum lakukan perbuatan itu.

Petunjuk Geografi 71

Suggest a correction

(4)

Tiada seorang pun dalam penggajian Perbadanan boleh dikehendaki untuk hadir ke mahkamah bagi maksud mengemukakan apa-apa dokumen yang berhubungan dengan suatu permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi atau suatu petunjuk geografi berdaftar yang boleh diperoleh di bawah peruntukan Akta ini.

Suggest a correction

(5)

Tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar, mana-mana orang boleh meminta apa-apa dokumen di bawah subseksyen (1) atau (3) dengan memfailkan suatu permintaan dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh

Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.

Borang elektronik, dsb., yang diperaku oleh Pendaftar boleh diterima sebagai keterangan

Suggest a correction

Seksyen 76

Open as pageSuggest a correction

(a)

suatu salinan benar bagi borang, maklumat atau dokumen yang difailkan dengan Pendaftar sebagaimana yang dikehendaki di bawah Akta ini; dan

Suggest a correction

(b)

keterangan prima facie mengenai perkara yang dinyatakan dalam borang, maklumat atau dokumen itu.

Suggest a correction

(2)

Tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar, mana-mana orang boleh meminta apa-apa dokumen di bawah subseksyen (1) dengan memfailkan suatu permintaan dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.

Suggest a correction

Bahagian XII

Bahagian XII

PERLINDUNGAN BAGI PETUNJUK GEOGRAFI

Suggest a correction

Pemulaan prosiding terhadap penggunaan tertentu petunjuk geografi

Seksyen 77

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seksyen ini hendaklah terpakai bagi perbuatan yang berikut:

(a)

penggunaan dalam penjalanan perdagangan suatu petunjuk geografi dengan apa-apa cara mengenai nama atau penyampaian apa-apa barang yang menunjukkan atau mencadangkan, mengikut cara yang mengelirukan orang awam tentang tempat asal geografi barang itu, bahawa barang yang berkenaan berasal daripada kawasan geografi selain tempat asal sebenar barang itu;

Suggest a correction

(b)

apa-apa penggunaan dalam penjalanan perdagangan suatu petunjuk geografi yang menjadi suatu tindakan persaingan tidak saksama mengikut pengertian

Perkara 10bis Konvensyen Paris bagi Perlindungan

Harta Perindustrian bertarikh 20 Mac 1883, sebagaimana yang disemak atau dipinda dari semasa ke semasa, sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual;

Suggest a correction

(c)

apa-apa penggunaan dalam penjalanan perdagangan suatu petunjuk geografi yang mengenal pasti wain bagi wain yang tidak berasal daripada tempat yang ditunjukkan oleh petunjuk geografi yang berkenaan atau suatu petunjuk geografi yang mengenal pasti spirit bagi spirit yang tidak berasal daripada tempat yang ditunjukkan oleh petunjuk geografi yang berkenaan, walaupun jika asal sebenar wain atau spirit itu ditunjukkan atau petunjuk geografi itu digunakan dalam terjemahan atau bersama dengan ungkapan seperti

“jenis”, “macam”, “gaya” atau “tiruan” atau apa-apa perkataan atau ungkapan yang serupa.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Apa-apa penggunaan dalam penjalanan perdagangan suatu petunjuk geografi mengikut pengertian subseksyen (2) hendaklah disifatkan sebagai suatu perbuatan yang seksyen ini terpakai, walaupun jika petunjuk geografi itu secara harfiahnya adalah benar tentang tempat asal geografi barang yang berkenaan, dengan syarat bahawa penggunaan itu memberikan gambaran yang palsu kepada orang awam bahawa barang itu berasal daripada negara, wilayah, rantau atau lokaliti lain.

Petunjuk Geografi 73

Suggest a correction

(4)

Bagi maksud subseksyen (2), “apa-apa penggunaan dalam penjalanan perdagangan suatu petunjuk geografi“ termasuklah penggunaan suatu cap dagangan yang mengandungi atau terdiri daripada petunjuk geografi yang berkenaan.

Suggest a correction

(5)

Seksyen ini hendaklah terpakai bagi apa-apa penggunaan suatu petunjuk geografi berdaftar yang mengenal pasti apa-apa barang, selain wain atau spirit, merujuk kepada suatu kategori barang, berhubung dengan apa-apa barang yang berada dalam kategori yang sama seperti barang itu, tetapi tidak berasal daripada tempat yang ditunjukkan oleh petunjuk geografi berdaftar yang berkenaan, walaupun jika tempat asal sebenar barang itu ditunjukkan atau petunjuk geografi itu digunakan dalam terjemahan atau bersama dengan apa-apa ungkapan seperti “jenis” “macam”,

“gaya” atau “tiruan” atau apa-apa perkataan atau ungkapan yang serupa.

Suggest a correction

(6)

Apa-apa penggunaan suatu petunjuk geografi berdaftar mengikut pengertian subseksyen (5) hendaklah disifatkan sebagai suatu perbuatan yang baginya seksyen ini terpakai, walaupun jika petunjuk geografi itu secara harfiahnya adalah benar tentang asal geografi barang yang berkenaan, dengan syarat bahawa penggunaan itu memberikan gambaran yang palsu kepada orang awam bahawa barang itu berasal daripada negara, wilayah, rantau atau lokaliti lain.

Suggest a correction

(7)

Subseksyen (5) tidak terpakai bagi penggunaan suatu petunjuk geografi berdaftar untuk mengenal pasti suatu bahan apa-apa barang, jika petunjuk geografi itu secara harfiahnya adalah benar tentang tempat asal geografi bahan yang berkenaan, dengan syarat bahawa penggunaan itu tidak memberikan gambaran yang palsu kepada orang awam bahawa barang itu berasal daripada tempat yang ditunjukkan oleh petunjuk geografi itu.

Suggest a correction

(8)

Dalam suatu tindakan di bawah seksyen ini, Mahkamah boleh memberikan—

(a)

suatu injunksi tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah; atau

Suggest a correction

(b)

dalam apa-apa hal yang baginya subseksyen (5), (6)

atau (7) terpakai—

Suggest a correction

(i)

suatu award ganti rugi atau akaun keuntungan; dan

Undang-Undang Malaysia 74

Akta 836

(ii)

apa-apa remedi undang-undang atau relief lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah.

Petunjuk geografi homonim

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 78

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang berkepentingan bagi barang yang dikenal pasti oleh petunjuk geografi homonim boleh, jika tiada syarat yang praktik berkenaan dengan petunjuk geografi homonim yang telah dikenakan oleh Pendaftar di bawah seksyen 11, memohon kepada Mahkamah bagi suatu pengisytiharan syarat yang praktik yang di bawahnya petunjuk geografi homonim itu boleh dibezakan antara satu sama lain, dengan mengambil kira keperluan untuk memastikan layanan yang saksama diberikan kepada pihak yang berkepentingan yang berkenaan dan bahawa orang awam tidak dikelirukan.

Suggest a correction

Bahagian XIII

Bahagian XIII

KECUALIAN

Kecualian berkenaan dengan petunjuk geografi

Suggest a correction

Kecualian bagi penggunaan tertentu petunjuk geografi

Seksyen 79

Open as pageSuggest a correction

(a)

yang bertentangan dengan ketenteraman awam atau kemoralan di Malaysia;

Suggest a correction

(b)

yang tidak atau telah terhenti daripada dilindungi di negara atau wilayah asalnya;

Suggest a correction

(c)

berhubung dengan apa-apa barang atau perkhidmatan yang sama dengan terma yang lazim dalam bahasa umum sebagai nama umum bagi barang atau perkhidmatan itu di Malaysia;

Petunjuk Geografi 75

Suggest a correction

(d)

yang sama dengan nama lazim bagi suatu jenis anggur yang wujud di Malaysia mulai 1 Januari 1995, yang berkenaan dengan hasil pokok anggur daripada jenis anggur itu; atau

Suggest a correction

(e)

yang tidak berdaftar di bawah Akta ini, dan yang tidak lagi digunakan di negara atau wilayah asalnya.

Kecualian bagi kegagalan untuk mengambil tindakan

Suggest a correction

Seksyen 80

Open as pageSuggest a correction

(a)

dari tarikh penggunaan itu oleh orang itu atau pendulunya dalam hakmilik telah diketahui umum di Malaysia; atau

Suggest a correction

(b)

dari tarikh pendaftaran cap dagangan itu oleh orang itu di bawah Akta Cap Dagangan 2019, mengikut mana-mana yang lebih awal.

Suggest a correction

(2)

Subseksyen (1) tidak terpakai jika cap dagangan itu telah digunakan atau didaftarkan dengan niat jahat.

Kecualian bagi penggunaan terdahulu

Suggest a correction

Seksyen 81

Open as pageSuggest a correction

(a)

bagi sekurang-kurangnya sepuluh tahun sebelum 15 April 1994; atau

Suggest a correction

(b)

dengan suci hati sebelum 15 April 1994.

Undang-Undang Malaysia 76

Akta 836

Suggest a correction

(2)

Seksyen 77 tidak terpakai bagi penggunaan oleh seseorang suatu cap dagangan yang sama atau serupa dengan suatu petunjuk geografi jika—

(a)

permohonan untuk pendaftaran cap dagangan telah dibuat dengan suci hati, atau cap dagangan itu telah didaftarkan dengan suci hati, di bawah

Akta Cap Dagangan 1976; atau

Suggest a correction

(b)

dia telah, atau dia dan pendulunya dalam hakmilik telah, secara berterusan menggunakan cap dagangan itu dengan suci hati di Malaysia dalam penjalanan perdagangan itu, sama ada sebelum 15 Ogos 2001 atau sebelum petunjuk geografi yang berkenaan dilindungi di negara atau wilayah asalnya.

Kecualian bagi penggunaan nama sendiri

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 82

Open as pageSuggest a correction

Seksyen 77 tidak terpakai bagi penggunaan dalam penjalanan perdagangan oleh mana-mana orang atas nama orang itu atau atas nama pendulunya dalam perniagaan kecuali jika nama itu digunakan mengikut cara yang mengelirukan orang awam.

Kecualian berkenaan dengan petunjuk geografi berdaftar

Suggest a correction

Kecualian bagi penggunaan tertentu petunjuk geografi berdaftar

Seksyen 83

Seksyen 77 tidak terpakai bagi penggunaan dalam penjalanan perdagangan—

Open as pageSuggest a correction

(a)

apa-apa nama yang terkandung dalam suatu petunjuk geografi berdaftar berhubung dengan apa-apa barang atau perkhidmatan yang nama itu sama dengan terma yang lazim dalam bahasa umum untuk memperihalkan barang atau perkhidmatan itu di Malaysia; atau

Petunjuk Geografi 77

Suggest a correction

(b)

apa-apa komponen individu yang terkandung dalam petunjuk geografi berdaftar yang komponen individu itu sama dengan terma yang lazim dalam bahasa umum sebagai nama umum apa-apa barang atau perkhidmatan di Malaysia.

Kecualian bagi penggunaan terdahulu petunjuk geografi berdaftar dan cap dagangan

Suggest a correction

Seksyen 84

Open as pageSuggest a correction

(a)

bagi sekurang-kurangnya sepuluh tahun sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini; atau

Suggest a correction

(b)

dengan suci hati sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini.

Suggest a correction

(2)

Seksyen 77 tidak terpakai bagi penggunaan suatu cap dagangan yang sama atau serupa dengan suatu petunjuk geografi berdaftar jika—

(a)

cap dagangan itu ialah cap dagangan berdaftar atau pendaftaran antarabangsa terlindung yang menamakan Malaysia, dan dengan mengambil kira, jika sesuai, apa-apa tuntutan keutamaan berkenaan dengan cap dagangan itu di bawah

Akta Cap Dagangan 2019—

Suggest a correction

(i)

permohonan untuk pendaftaran cap dagangan itu telah dibuat dengan suci hati; atau

(ii)

cap dagangan itu telah didaftarkan dengan suci hati, di bawah Akta Cap Dagangan 2019 yang berhubungan dengan cap dagangan sebelum tarikh permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi itu di Malaysia; atau

Undang-Undang Malaysia 78

Akta 836

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

dia telah, atau dia dan pendulunya dalam hakmilik telah, secara berterusan menggunakan cap dagangan itu dengan suci hati di Malaysia dalam penjalanan perdagangan, sebelum tarikh permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi itu di Malaysia.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Seksyen 77 tidak terpakai bagi penggunaan oleh seseorang bagi suatu cap dagangan yang sama atau serupa dengan suatu petunjuk geografi berdaftar jika—

(a)

cap dagangan itu ialah, sebelum tarikh permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi di Malaysia, suatu cap dagangan terkenal di Malaysia; dan

Suggest a correction

(b)

pemakaian seksyen 77 bagi penggunaan cap dagangan itu boleh mengelirukan pengguna tentang identiti sebenar barang itu yang dikenal pasti oleh petunjuk geografi itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

Bahagian XIV

Bahagian XIV

Seksyen 85

Open as pageSuggest a correction

(a)

semua perkara yang berhubungan dengan petunjuk geografi yang dikehendaki untuk disiarkan di bawah Akta ini;

dan

Suggest a correction

(b)

apa-apa maklumat yang berhubungan dengan petunjuk geografi sebagaimana yang disifatkan perlu oleh Pendaftar.

Suggest a correction

(2)

Pendaftar hendaklah menjadikan Jurnal Rasmi Harta Intelek tersedia kepada mana-mana orang setelah dibayar fi yang ditetapkan.

Suggest a correction

(3)

Penyiaran dalam Jurnal Rasmi Harta Intelek hendaklah menjadi notis yang mencukupi bagi apa-apa perkara yang dikehendaki untuk disiarkan di bawah Akta ini.

Petunjuk Geografi 79

Suggest a correction

(4)

Suatu salinan Jurnal Rasmi Harta Intelek hendaklah, atas pengemukaannya, diterima dalam prosiding undang-undang sebagai keterangan tanpa bukti lanjut diberikan bahawa salinan itu telah disiarkan sedemikian.

Suggest a correction

(5)

Suatu salinan Jurnal Rasmi Harta Intelek hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang fakta yang dinyatakan dalamnya.

Suggest a correction

(6)

Jika Jurnal Rasmi Harta Intelek itu disiarkan dalam lebih daripada satu bentuk, tarikh Jurnal Rasmi Harta Intelek itu disiarkan pada kali pertama dalam apa-apa bentuk hendaklah disifatkan sebagai tarikh penyiaran Jurnal Rasmi Harta Intelek itu.

Pemfailan elektronik

Suggest a correction

Seksyen 86

Harta Intelek yang hendaklah mengandungi—

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu dokumen yang difailkan secara elektronik di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai telah memenuhi kehendak bagi pemfailan jika dokumen itu disampaikan atau dihantar kepada Pendaftar mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar.

Suggest a correction

(3)

Suatu dokumen yang dikehendaki untuk dicap, ditandatangani atau dimeterai hendaklah, jika dokumen itu hendak difailkan secara elektronik, diperaku sebagai salinan benar atau disahkan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar.

Suggest a correction

(4)

Jika suatu dokumen yang dikehendaki untuk ditandatangani dan diaku saksi di bawah Akta ini hendak difailkan secara elektronik, kehendak bagi pengakusaksian tandatangan itu tidak terpakai.

Suggest a correction

(5)

Jika suatu dokumen difailkan secara elektronik dengan

Pendaftar, Pendaftar tidak bertanggungan bagi apa-apa kehilangan atau kerosakan yang ditanggung oleh mana-mana orang disebabkan oleh apa-apa kesilapan atau peninggalan apa-apa jua jenis atau walau bagaimanapun berlaku, berbangkit atau yang terdapat dalam mana-mana dokumen yang diperoleh oleh mana-mana orang di bawah perkhidmatan yang disebut dalam subseksyen (1),

Undang-Undang Malaysia 80

Akta 836

jika kesilapan atau peninggalan itu berlaku, berbangkit atau terdapat akibat daripada apa-apa kecacatan atau kerosakan dalam perkhidmatan itu atau dalam kelengkapan yang digunakan bagi menyediakan perkhidmatan itu atau tanpa pengetahuan Pendaftar.

Mengeluarkan dokumen secara elektronik

Suggest a correction

Seksyen 87

Open as pageSuggest a correction

Pendaftar boleh, melalui cara elektronik, mengeluarkan suatu dokumen yang dikehendaki untuk dikeluarkan oleh Pendaftar di bawah Akta ini.

Seksyen 88

Alamat penyampaian

Open as pageSuggest a correction

(2)

Alamat yang diberikan kepada Pendaftar di bawah subseksyen (1) hendaklah dicatatkan ke dalam Daftar atau rekod

Pendaftar dan hendaklah disifatkan sebagai alamat penyampaian orang itu di bawah subseksyen (1) bagi semua prosiding di hadapan

Pendaftar.

Suggest a correction

(3)

Seseorang pemohon, mana-mana orang yang membangkang pendaftaran suatu petunjuk geografi atau mana-mana orang lain yang terlibat dalam mana-mana prosiding di hadapan Pendaftar boleh meminta untuk mengubah alamat penyampaian dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar dalam tempoh yang ditetapkan.

Suggest a correction

(4)

Apabila permintaan untuk perubahan dalam subseksyen (3)

bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan diterima,

Pendaftar hendaklah mengubah alamat penyampaian orang itu di bawah subseksyen (1).

Petunjuk Geografi 81

Suggest a correction

(5)

Pendaftar boleh enggan untuk meneruskan dengan permohonan atau pendaftaran suatu petunjuk geografi jika alamat penyampaian sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen (1) tidak diberikan.

Suggest a correction

(6)

Jika orang yang dinyatakan dalam subseksyen (1) tidak menetap atau menjalankan perniagaan secara prinsipal di Malaysia, alamat penyampaian ejen petunjuk geografi berdaftarnya hendaklah dicatatkan ke dalam Daftar atau rekod Pendaftar dan hendaklah disifatkan sebagai alamat penyampaian orang itu di bawah subseksyen (1) bagi semua prosiding di hadapan Pendaftar.

Kuasa Pendaftar untuk membenarkan pindaan dokumen

Suggest a correction

Seksyen 89

Open as pageSuggest a correction

(a)

suatu permohonan bagi pendaftaran suatu petunjuk geografi;

Suggest a correction

(d)

apa-apa dokumen lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pendaftar.

Suggest a correction

(2)

Pendaftar boleh, atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan adil oleh Pendaftar, membenarkan pindaan yang dimohon di bawah subseksyen (1) jika pindaan itu—

(a)

tidak memperluas dalam apa-apa cara hak yang diberikan oleh pendaftaran petunjuk geografi yang sedia ada; atau

Suggest a correction

(b)

tidak menjejaskan secara substansial kandungan dokumen yang difailkan dengan Pejabat Petunjuk Geografi.

Undang-Undang Malaysia 82

Akta 836

Kuasa Pendaftar untuk membenarkan pelanjutan masa

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 90

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika atas sebab—

(a)

suatu kesilapan atau peninggalan oleh orang itu atau oleh ejen petunjuk geografi berdaftarnya;

Suggest a correction

(b)

hal keadaan di luar kawalan orang itu atau ejen petunjuk geografi berdaftarnya; atau

Suggest a correction

(c)

suatu kesilapan atau tindakan di pihak Pejabat Petunjuk

Geografi, suatu perbuatan, berhubung dengan permohonan bagi pendaftaran suatu petunjuk geografi atau dalam prosiding di hadapan Pendaftar, yang dikehendaki untuk dilakukan dalam suatu masa tertentu belum dilakukan sedemikian, Pendaftar boleh melanjutkan masa untuk melakukan perbuatan itu walaupun masa itu telah habis tempoh.

Penghidupan semula

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 91

Open as pageSuggest a correction

(a)

permohonannya disifatkan sebagai ditarik balik; atau

Suggest a correction

(b)

haknya telah dimansuhkan, atau benda yang telah terhenti berkuat kuasa atau wujud, atas sebab bahawa dia telah gagal untuk mematuhi apa-apa kehendak tatacara dalam mana-mana prosiding atau perkara lain di hadapan

Pendaftar dalam masa sebagaimana yang dinyatakan atau ditetapkan di bawah Akta ini atau sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bagi mematuhi kehendak itu,

Petunjuk Geografi 83

boleh membuat permintaan kepada Pendaftar bagi penghidupan semula permohonan, hak atau benda itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam masa dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.

Suggest a correction

(2)

Pendaftar boleh menghendaki orang itu untuk memberikan justifikasi bagi permintaannya bagi penghidupan semula yang dibuat di bawah subseksyen (1) dengan memberikan apa-apa maklumat lanjut sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Pendaftar.

Suggest a correction

(3)

Jika Pendaftar membenarkan permintaan bagi penghidupan semula itu, Pendaftar hendaklah menyiarkan suatu pemberitahuan dalam Jurnal Rasmi Harta Intelek bahawa permohonan, hak atau benda itu telah dihidupkan semula.

Cara memberikan keterangan

Suggest a correction

Seksyen 92

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana akuan berkanun itu boleh, dalam hal suatu rayuan, digunakan di hadapan Mahkamah sebagai ganti keterangan melalui afidavit, tetapi jika digunakan sedemikian, hendaklah mempunyai segala nilai dan kesan keterangan yang sama sebagaimana keterangan melalui afidavit.

Suggest a correction

(3)

Dalam apa-apa tindakan atau prosiding yang berhubungan dengan suatu petunjuk geografi, Pendaftar atau Mahkamah, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menerima sebagai keterangan amalan dan penggunaan perdagangan yang berkenaan atau amalan dan penggunaan perniagaan dalam penyediaan perkhidmatan yang berkenaan, dan apa-apa petunjuk geografi atau nama dagangan atau nama perniagaan atau cara gayanya yang berkenaan yang digunakan dengan sah oleh orang lain.

Undang-Undang Malaysia 84

Akta 836

Menjalankan kuasa budi bicara

Suggest a correction

Seksyen 93

Open as pageSuggest a correction

Jika apa-apa kuasa budi bicara diberikan kepada Pendaftar oleh Akta ini, Pendaftar tidak boleh menjalankan kuasa yang akan memudaratkan pemohon bagi pendaftaran suatu petunjuk geografi atau tuan punya berdaftar suatu petunjuk geografi yang berkenaan tanpa, jika dikehendaki dengan sewajarnya untuk berbuat demikian dalam tempoh yang dinyatakan dalam apa-apa notis bertulis, memberi pemohon atau tuan punya berdaftar itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, suatu peluang untuk didengar.

Seksyen 94

Kos yang diawardkan oleh Pendaftar

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu pihak kepada mana-mana prosiding di hadapan seorang Pendaftar yang berhasrat untuk mendapatkan kos atau menetapkan kos hendaklah memohon kepada Pendaftar mengikut cara yang ditetapkan.

Suggest a correction

(3)

Kos yang diawardkan oleh Pendaftar di bawah subseksyen (1)

boleh, jika tidak dibayar, didapatkan balik dalam suatu mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa sebagai hutang.

Garis panduan atau arahan amalan oleh Pendaftar

Suggest a correction

Seksyen 95

Open as pageSuggest a correction

(2)

Garis panduan atau arahan amalan yang dikeluarkan oleh

Pendaftar di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Jurnal

Rasmi Harta Intelek dan hendaklah berkuat kuasa mulai tarikh yang dinyatakan dalam garis panduan atau arahan amalan itu.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang yang dinyatakan dalam peruntukan

Akta ini hendaklah mematuhi garis panduan dan arahan amalan itu.

Suggest a correction

(4)

Pendaftar boleh meminda keseluruhan atau mana-mana bahagian apa-apa garis panduan atau arahan amalan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.

Suggest a correction

(5)

Subseksyen (2) dan (3) hendaklah terpakai berkenaan dengan apa-apa pindaan garis panduan atau arahan amalan yang dibuat di bawah subseksyen (4).

Suggest a correction

(6)

Mana-mana orang, pemohon atau tuan punya berdaftar yang tidak mematuhi apa-apa garis panduan atau arahan amalan yang dikeluarkan oleh Pendaftar, jika garis panduan atau arahan amalan itu terpakai bagi orang, pemohon atau tuan punya berdaftar itu—

(a)

disifatkan sebagai telah gagal memenuhi kehendak sebagaimana yang dikehendaki oleh Pendaftar yang menjadikan permohonan itu sebagai ditarik balik, luput, ditolak, dibatalkan atau apa-apa status lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; atau

Suggest a correction

(b)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

Rayuan terhadap keputusan Pendaftar

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 96

Petunjuk Geografi 85

Open as pageSuggest a correction

(a)

keputusan Pendaftar di bawah seksyen 9 mengenai sama ada apa-apa barang termasuk dalam suatu kategori barang yang dinyatakan dalam garis panduan atau arahan amalan di bawah seksyen 95;

Undang-Undang Malaysia 86

Akta 836

Suggest a correction

(b)

keputusan Pendaftar tentang syarat yang praktik yang membezakan petunjuk geografi homonim daripada petunjuk geografi terdahulu di bawah seksyen 11;

Suggest a correction

(c)

keputusan Pendaftar yang berhubungan dengan pemeriksaan permohonan di bawah perenggan 12(5)(b);

Suggest a correction

(d)

keputusan Pendaftar untuk tidak membenarkan apa-apa pindaan permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi di bawah seksyen 15;

Suggest a correction

(e)

keputusan Pendaftar yang berhubungan dengan prosiding bangkangan di bawah subseksyen 16(11);

Suggest a correction

(f)

keputusan Pendaftar untuk tidak membenarkan apa-apa pembetulan di bawah seksyen 21;

Suggest a correction

(g)

keputusan Pendaftar untuk tidak membenarkan apa-apa pembatalan sukarela di bawah seksyen 22;

Suggest a correction

(h)

keputusan Pendaftar yang berhubungan dengan pemindahmilikan pendaftaran suatu petunjuk geografi berdaftar kepada orang lain di bawah seksyen 26;

Suggest a correction

(i)

keputusan Pendaftar yang berhubungan dengan pendaftaran ejen petunjuk geografi di bawah seksyen 31;

Suggest a correction

(j)

keputusan Pendaftar untuk tidak membenarkan apa-apa pindaan dokumen di bawah seksyen 89.

Suggest a correction

(2)

Tatacara rayuan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat mengikut kaedah-kaedah mahkamah dalam perkara sivil.

Hak di bawah undang-undang lain tidak terjejas

Suggest a correction

Seksyen 97

Open as pageSuggest a correction

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menjejaskan hak seseorang di bawah Akta Cap Dagangan 2019.

Seksyen 98

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan itu boleh mengadakan peruntukan bagi maksud yang berikut:

(a)

untuk mengawal selia tatacara, selain tatacara yang berhubungan dengan prosiding di hadapan Mahkamah atau yang berkaitan dengannya, di bawah Akta ini termasuk penyampaian dokumen;

Suggest a correction

(b)

untuk mengelaskan barang bagi maksud pendaftaran petunjuk geografi;

Suggest a correction

(c)

untuk mengadakan peruntukan bagi semua perkara yang berhubungan dengan pendaftaran petunjuk geografi termasuk pembaharuan petunjuk geografi berdaftar;

Suggest a correction

(d)

untuk mengadakan peruntukan bagi semua perkara yang berhubungan dengan pembatalan sukarela atau pembatalan petunjuk geografi berdaftar atau pembetulan Daftar;

Suggest a correction

(e)

untuk menjamin dan mengawal selia penyiaran dan penjualan atau pengedaran salinan cabutan petunjuk geografi dan dokumen lain daripada Daftar atau rekod Pendaftar;

Suggest a correction

(f)

untuk menetapkan fi yang kena dibayar berkenaan dengan apa-apa perkara atau benda yang dikehendaki bagi maksud

Akta ini;

Suggest a correction

(g)

untuk mengawal selia semua perkara yang berhubungan dengan ejen petunjuk geografi berdaftar;

Suggest a correction

(h)

untuk mengawal selia secara umum mengenai perkara yang berkaitan dengan operasi perniagaan yang berhubungan dengan petunjuk geografi yang dijalankan di Pejabat

Petunjuk Geografi dan pejabat cawangannya sama ada atau tidak ditetapkan secara khusus di bawah Akta ini tetapi setakat yang tidak bercanggah dengan mana-mana peruntukan Akta ini;

Suggest a correction

(i)

untuk mengawal selia penggunaan petunjuk geografi termasuk bagaimana petunjuk geografi itu dipakaikan pada atau dipakaikan berhubung dengan barang;

Undang-Undang Malaysia 88

Akta 836

Suggest a correction

(j)

untuk mengawal selia perkara yang berhubungan dengan penggunaan petunjuk geografi dalam internet;

Suggest a correction

(k)

untuk mengadakan peruntukan bagi cara dan kesan suatu pembatalan dan untuk melindungi kepentingan orang lain yang mempunyai hak dalam petunjuk geografi berdaftar;

Suggest a correction

(l)

untuk menetapkan catatan, butir-butir atau perkara yang akan dicatatkan ke dalam Daftar atau rekod Pendaftar.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Jawatankuasa

Kaedah-Kaedah yang ditubuhkan di bawah Akta Kehakiman 1964

[Akta 91] boleh membuat kaedah-kaedah mahkamah yang mengawal selia amalan dan tatacara berhubung dengan prosiding di hadapan

Mahkamah atau yang berkaitan dengannya dan kos prosiding itu.

Kuasa untuk meminda Jadual

Suggest a correction

Seksyen 99

Petunjuk Geografi 87

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual kepada Akta ini.

Bahagian XV

Bahagian XV

PEMANSUHAN, KECUALIAN DAN PERALIHAN

Seksyen 100

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun pemansuhan Akta Petunjuk Geografi 2000

di bawah subseksyen (1)—

(a)

apa-apa pelantikan yang dibuat di bawah Akta yang dimansuhkan hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa

Akta ini, terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan seolah-olah pelantikan itu telah dibuat di bawah

Akta ini;

Suggest a correction

(b)

semua keputusan, arahan dan notis yang dibuat atau dikeluarkan di bawah Akta yang dimansuhkan hendaklah, setakat yang keputusan, arahan dan notis itu selaras

Petunjuk Geografi 89

dengan Akta ini, pada tarikh permulaan kuat kuasa

Akta ini, terus berkuat kuasa sehingga keputusan, arahan dan notis itu dibatalkan atau dipinda;

Suggest a correction

(c)

apa-apa pendaftaran dan apa-apa perkara yang berhubungan dengannya yang dibuat di bawah Akta yang dimansuhkan dan berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, tertakluk kepada terma, syarat, pengehadan dan tempoh kesahan yang dinyatakan dalam perakuan pendaftaran, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan yang sama seolah-olah perakuan pendaftaran itu telah dikeluarkan di bawah Akta ini dan Pendaftar atau

Mahkamah boleh membetulkan, memperbaharui atau membatalkan pendaftaran itu mengikut kuasa yang diberikan kepada Pendaftar atau Mahkamah oleh peruntukan yang berkaitan Akta ini;

Suggest a correction

(d)

apa-apa perkara yang dikehendaki untuk diiklankan di bawah peruntukan Akta yang dimansuhkan yang belum selesai penyiaran dalam Warta sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, disiarkan dalam Jurnal Rasmi

Harta Intelek dan perkara itu hendaklah disifatkan telah diiklankan di bawah Akta yang dimansuhkan; dan

Suggest a correction

(e)

mana-mana pendaftaran ejen petunjuk geografi di bawah

Akta yang dimansuhkan dan yang sedang berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan seolah-olah pendaftaran itu telah dibuat di bawah Akta ini dan Pendaftar boleh memperbaharui atau membatalkan pendaftaran ejen petunjuk geografi itu mengikut kuasa yang diberikan kepadanya oleh peruntukan yang berkaitan Akta ini.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Apa-apa perkara yang dikehendaki untuk diiklankan di bawah peruntukan Akta yang dimansuhkan dan disiarkan dalam Warta sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini—

(a)

hendaklah disifatkan telah disiarkan dalam Jurnal Rasmi

Harta Intelek dan seksyen 85 Akta ini hendaklah terpakai sewajarnya tanpa menjejaskan apa-apa undang-undang bertulis yang lain; dan

Undang-Undang Malaysia 90

Akta 836

Suggest a correction

(b)

hendaklah terus berkuat kuasa sehingga disiarkan selainnya dalam Jurnal Rasmi Harta Intelek.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Apa-apa permohonan bagi pendaftaran suatu petunjuk geografi di bawah Akta yang dimansuhkan yang belum selesai pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah diuruskan di bawah Akta yang dimansuhkan, dan jika didaftarkan, petunjuk geografi itu hendaklah dikira bagi maksud Akta ini sebagai suatu petunjuk geografi berdaftar.

Suggest a correction

(5)

Apa-apa petunjuk geografi yang didaftarkan di bawah Akta yang dimansuhkan dan yang sedang berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, tertakluk kepada peruntukan

Akta ini, menjadi suatu petunjuk geografi berdaftar bagi maksud

Akta ini.

Suggest a correction

(6)

Seksyen 19 Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, terpakai bagi apa-apa petunjuk geografi yang didaftarkan di bawah Akta yang dimansuhkan yang pembaharuan pendaftaran petunjuk geografi itu menjadi genap masa pada atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.

Suggest a correction

(7)

Bagi maksud subseksyen (6), kehendak bagi pembaharuan pendaftaran petunjuk geografi di bawah Akta ini hendaklah terpakai tidak kira bahawa fi pembaharuan itu telah dibayar sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.

Garis panduan, dsb., mengenai perkara peralihan

Suggest a correction

Seksyen 101

Open as pageSuggest a correction

Pendaftar boleh mengeluarkan garis panduan atau arahan amalan untuk mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara yang berkuat kuasa sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini untuk diuruskan dengan sedemikian cara sehingga bertepatan dengan

Akta ini.

Petunjuk Geografi 91

Jadual

Suggest a correction

JADUAL

[Perenggan 77(2)(b)]

KONVENSYEN PARIS BAGI PERLINDUNGAN HARTA

PERINDUSTRIAN BERTARIKH 20 MAC 1883

Perkara 10bis

[Persaingan Tidak Saksama]

(1)

Negara-negara Kesatuan terikat untuk memberi jaminan bahawa perlindungan yang berkesan terhadap persaingan tidak saksama diberikan kepada rakyat negara-negara itu.

(2)

Apa-apa perbuatan persaingan yang berlawanan dengan amalan jujur dalam perkara perindustrian atau komersial menjadi suatu perbuatan persaingan tidak saksama.

(3)

Perkara yang berikut pada khususnya hendaklah dilarang:

1. semua jenis perbuatan yang mewujudkan kekeliruan dengan apa-apa cara sekalipun dengan pertubuhan, barang, atau aktiviti perindustrian atau komersial, seseorang pesaing;

2. pengataan palsu dalam penjalanan perdagangan yang bersifat boleh mencemarkan nama baik pertubuhan, barang, atau aktiviti perindustrian atau komersial, seseorang pesaing;

3. petunjuk atau pengataan yang penggunaannya dalam penjalanan perdagangan boleh mengelirukan orang awam tentang jenis, proses pengilangan, ciri-ciri, kesesuaian bagi maksudnya, atau kuantiti, barang itu.

Common questions

What is AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2022?
AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2022 is Malaysia Act, cited as Act 836 2022, currently marked in force and first recorded in 2022.
Is AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2022 still in force?
Yes — AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2022 is currently in force.
When did AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2022 take effect?
AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2022 was first recorded in 2022.
How many sections does AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2022 have?
AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2022 contains 101 sections.
Where can I read the official version of AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2022?
The official text of AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2022 is published at lom.agc.gov.my.