PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/2018/807
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA CUKAI PERKHIDMATAN 2018 is Malaysia Act, cited as Act 807 2018, currently marked in force and first recorded in 2018.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh
Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa bahagian yang berlainan atau peruntukan yang berlainan Akta ini.
Walau apa pun subseksyen (2), Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menetapkan tarikh efektif bagi mengenakan dan melevikan cukai perkhidmatan di bawah Akta ini.
12
Undang-Undang Malaysia
Pemakaian wilayah dan luar wilayah
Walau apa pun subseksyen (1), Akta ini dan perundangan subsidiarinya hendaklah terpakai bagi mana-mana orang walau apa pun kerakyatan atau kewarganegaraan, di luar had geografi Malaysia dan perairan wilayah Malaysia, jika orang itu—
membuat pembayaran bagi perkhidmatan digital dengan menggunakan kemudahan kredit atau debit yang disediakan oleh mana-mana institusi kewangan atau syarikat di Malaysia;
memperoleh perkhidmatan digital dengan menggunakan alamat protokol internet yang berdaftar di Malaysia atau kod negara antarabangsa telefon mudah alih yang ditetapkan bagi Malaysia;
bermastautin di Malaysia;
“peraturan-peraturan” ertinya peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 91;
“perkhidmatan bercukai” ertinya apa-apa perkhidmatan yang ditetapkan sebagai perkhidmatan bercukai di bawah seksyen 8;
“perkhidmatan bercukai diimport” ertinya apa-apa perkhidmatan bercukai yang diperoleh oleh mana-mana orang di Malaysia daripada mana-mana orang yang berada di luar Malaysia;
“perkhidmatan digital” ertinya apa-apa perkhidmatan yang dihantar atau dilanggan melalui internet atau rangkaian elektronik lain dan yang tidak boleh diperoleh tanpa menggunakan teknologi maklumat dan yang penghantaran perkhidmatan itu pada asasnya automatik;
“perkongsian liabiliti terhad” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 2 Akta Perkongsian Liabiliti
Terhad 2012 [Akta 743];
“perniagaan” termasuklah apa-apa tred, perdagangan, profesion atau pekerjaan, atau apa-apa usaha daripada jenis tred, perdagangan, profesion atau pekerjaan;
16
Undang-Undang Malaysia
“Pulau 1” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967;
“surcaj” ertinya surcaj yang disebut dalam subseksyen 32(3);
“tarikh efektif” ertinya tarikh yang ditetapkan di bawah subseksyen 1(3);
“tempoh bercukai” ertinya apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan atau diperuntukkan di bawah seksyen 25;
“Tioman” ertinya Pulau Tioman dan pulau-pulau Soyak, Rengis,
Tumok, Tulai, Chebeh, Labas, Sepoi dan Jahat;
“Tribunal Rayuan Kastam” ertinya Tribunal Rayuan Kastam yang ditubuhkan di bawah seksyen 141B Akta Kastam 1967;
“zon bebas” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah subseksyen 2(1) Akta Zon Bebas 1990 [Akta 438].
Bahagian II
Fungsi dan kuasa Ketua Pengarah dan pegawai lain
Tertakluk pada arahan dan penyeliaan am Ketua Pengarah, seorang pegawai kanan cukai perkhidmatan hendaklah mempunyai dan menjalankan semua kuasa yang diberikan kepada Ketua Pengarah oleh atau di bawah Akta ini, selain kuasa yang diberikan di bawah seksyen 6, 40, 41 dan 90.
Mana-mana orang, selain seorang pegawai cukai perkhidmatan boleh dilantik oleh, atau diambil kerja dengan persetujuan, Ketua
Pengarah bagi apa-apa kewajipan atau perkhidmatan yang
Cukai Perkhidmatan 17
berhubungan dengan cukai perkhidmatan dan orang itu hendaklah disifatkan sebagai pegawai cukai perkhidmatan bagi kewajipan atau perkhidmatan itu.
Ketua Pengarah boleh, melalui pemberian kuasa secara bertulis, memberi mana-mana pegawai cukai perkhidmatan yang bukan pegawai kanan cukai perkhidmatan semua atau mana-mana kuasa seorang pegawai kanan cukai perkhidmatan bagi suatu tempoh yang tidak melebihi sembilan puluh hari berkenaan dengan mana-mana satu pemberian kuasa.
Mana-mana pegawai cukai perkhidmatan hendaklah mempunyai kewajipan dan kuasa untuk menguatkuasakan dan memastikan pematuhan sewajarnya peruntukan Akta ini.
Orang yang dilantik atau diambil kerja hendaklah menjadi pekhidmat awam
Tiap-tiap orang yang dilantik atau diambil kerja di bawah subseksyen 3(3) bagi apa-apa kewajipan atau perkhidmatan yang berhubungan dengan cukai perkhidmatan hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].
Pengiktirafan jawatan
Tidaklah menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana orang yang enggan mematuhi apa-apa permintaan, tuntutan atau perintah yang dibuat oleh mana-mana pegawai cukai perkhidmatan yang bertindak atau yang berupa sebagai bertindak di bawah Akta ini jika pegawai itu
18
Undang-Undang Malaysia enggan mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan kad kuasa atau lencananya apabila diminta oleh orang itu.
Mana-mana orang, yang bukan seorang pegawai cukai perkhidmatan, yang memakai, menggunakan, memiliki atau mempamerkan dengan cara yang menyalahi undang-undang, selain semasa suatu pertunjukan pentas atau persembahan teater yang lain—
apa-apa pakaian seragam yang ditetapkan di bawah seksyen 8A Akta Kastam 1967 atau apa-apa pakaian yang kelihatan seperti, atau yang mengandungi tanda tersendiri yang terdapat pada, pakaian seragam itu; atau
apa-apa kad kuasa atau lencana yang ditetapkan, atau kad kuasa sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah, yang disebut dalam subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Kerahsiaan maklumat
Tertakluk pada subseksyen (4), tiap-tiap orang yang mempunyai milikan atau kawalan ke atas apa-apa dokumen, maklumat, penyata atau perisytiharan atau salinannya berhubung dengan perniagaan atau nilai pembekalan perkhidmatan oleh mana-mana orang kena cukai, yang pada bila-bila masa, selain bagi maksud Akta ini atau dengan kuasa nyata Ketua Pengarah—
Cukai Perkhidmatan 19
menyampaikan atau cuba untuk menyampaikan maklumat itu atau apa-apa jua yang terkandung dalam dokumen, penyata atau perisytiharan itu atau salinannya kepada mana-mana orang; atau
membiarkan atau membenarkan mana-mana orang untuk mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau kepada apa-apa jua yang terkandung dalam dokumen, penyata atau perisytiharan itu atau salinannya, melakukan suatu kesalahan.
Tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa kewajipan rasmi atau yang dilantik atau yang diambil kerja di bawah Akta ini atau yang disebut dalam subseksyen (4) boleh dikehendaki untuk mengemukakan dalam apa-apa perkara atau prosiding dalam mana-mana mahkamah atau tribunal apa-apa dokumen, maklumat, penyata atau perisytiharan atau untuk mendedahkan atau menyampaikan dalam perkara atau prosiding itu apa-apa perkara atau benda, yang dibawa kepada pengetahuannya dalam pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini, kecuali sebagaimana yang perlu bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini atau bagi memulakan suatu pendakwaan atau dalam penjalanan suatu pendakwaan bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini.
Ketua Pengarah boleh, sebagaimana yang difikirkan patut olehnya, menghantar atau menyampaikan apa-apa dokumen, maklumat, penyata atau perisytiharan yang disebut dalam subseksyen (1) atau apa-apa jua yang terkandung dalamnya, kepada Ketua Perangkaan
Jabatan Perangkaan Malaysia yang boleh dikehendaki dalam melaksanakan kewajipan rasminya.
Walau apa pun subseksyen (4), Menteri boleh, sebagaimana yang difikirkan patut olehnya, membenarkan Ketua Pengarah untuk menghantar atau menyampaikan apa-apa dokumen, maklumat, penyata atau perisytiharan yang disebut dalam subseksyen (1) atau apa-apa jua yang terkandung dalamnya kepada mana-mana orang lain.
20
Undang-Undang Malaysia
Bahagian III
Suatu cukai yang dikenali sebagai cukai perkhidmatan hendaklah dikenakan dan dilevikan ke atas—
mana-mana perkhidmatan bercukai yang diberikan di Malaysia oleh orang berdaftar dalam menjalankan perniagaannya; atau
Menteri boleh menetapkan mana-mana perkhidmatan sebagai perkhidmatan bercukai.
Penentuan nilai perkhidmatan bercukai
orang yang tidak berkaitan dengan orang kena cukai itu, harga sebenar barang itu dijual; atau
orang yang berkaitan dengan orang kena cukai itu, harga bagi barang itu jika dijual dalam penjalanan biasa perniagaan kepada orang yang
Cukai Perkhidmatan 21
tidak berkaitan dengan orang kena cukai itu;
atau
pembekalan barang, jika barang itu dibekalkan secara percuma, harga bagi barang itu jika dijual dalam penjalanan biasa perniagaan kepada orang yang tidak berkaitan dengan orang kena cukai itu;
dalam hal perkhidmatan bercukai, selain perkhidmatan bercukai yang dinyatakan dalam perenggan (a)—
yang diberikan oleh orang kena cukai kepada orang yang tidak berkaitan dengan orang kena cukai itu—
dalam hal premium bagi polisi insurans, atau sumbangan takaful bagi sijil takaful, premium atau sumbangan takaful sebenar yang dibayar;
yang diberikan oleh orang kena cukai kepada orang yang berkaitan dengan orang kena cukai itu, nilai perkhidmatan bercukai itu jika diberikan dalam penjalanan biasa perniagaan kepada orang yang tidak berkaitan dengan orang kena cukai itu; atau
jika perkhidmatan bercukai itu diberikan secara percuma, nilai perkhidmatan bercukai itu jika diberikan dalam penjalanan biasa perniagaan kepada orang yang tidak berkaitan dengan orang kena cukai itu;
dalam hal pertaruhan dan perjudian yang ditetapkan sebagai perkhidmatan bercukai, nilai pertaruhan dan perjudian itu hendaklah sebagaimana yang ditetapkan; atau 22
Undang-Undang Malaysia
dalam hal perkhidmatan bercukai diimport, nilai perkhidmatan bercukai diimport itu hendaklah sebagaimana yang ditetapkan.
Walau apa pun perenggan (1)(a) dan (b), jika perkhidmatan bercukai diberikan oleh orang kena cukai dan pembayaran bagi perkhidmatan itu dibuat kepada apa-apa mesin atau alat yang dikendalikan dengan syiling, token atau seumpamanya, nilai perkhidmatan bercukai itu hendaklah sebagaimana yang ditetapkan.
Bagi maksud seksyen ini—
“barang” ertinya barang sebagaimana yang ditetapkan;
“orang yang berkaitan dengan orang kena cukai” ertinya orang yang berkaitan dengan orang kena cukai sebagaimana yang ditetapkan.
Kadar cukai perkhidmatan
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta—
menetapkan kadar cukai perkhidmatan yang hendak dikenakan dan dilevikan di bawah Akta ini; dan
mengubah atau meminda kadar cukai perkhidmatan yang ditetapkan di bawah perenggan (a).
Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2)
hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.
dalam hal perkhidmatan bercukai, pada masa pembayaran diterima bagi perkhidmatan yang diberikan oleh orang berdaftar itu kepada pelanggan; atau
dalam hal perkhidmatan bercukai diimport, pada masa pembayaran dibuat atau invois diterima bagi perkhidmatan itu, mana-mana yang lebih awal.
Ketua Pengarah boleh, atas permohonan secara bertulis oleh mana-mana orang berdaftar dan tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkan patut olehnya, meluluskan cukai perkhidmatan berkenaan dengan perkhidmatan bercukai yang diberikan oleh orang berdaftar itu menjadi genap masa pada masa invois dikeluarkan.
Jika keseluruhan atau mana-mana bahagian bayaran bagi mana-mana perkhidmatan bercukai yang diberikan oleh orang berdaftar tidak diterima daripada pelanggan dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh perkhidmatan bercukai itu diberikan, cukai perkhidmatan hendaklah menjadi genap masa pada hari yang mengikuti tempoh dua belas bulan itu.
Walau apa pun subseksyen (1)—
cukai perkhidmatan yang dikehendaki untuk diakaunkan dalam apa-apa penyata yang dibuat di bawah subseksyen 26(3) hendaklah menjadi genap masa pada hari penyata itu dikehendaki untuk dikemukakan kepada Ketua
Pengarah;
(aa) jika mana-mana perkhidmatan bercukai diberikan oleh mana-mana orang berdaftar dan pembayaran bagi
24
Undang-Undang Malaysia perkhidmatan bercukai itu dibuat kepada apa-apa mesin atau alat yang dikendalikan dengan syiling, token atau seumpamanya, cukai perkhidmatan yang dikehendaki untuk diakaunkan hendaklah menjadi genap masa pada hari syiling, token atau seumpamanya itu dipungut daripada mesin atau alat itu;
cukai perkhidmatan berkenaan dengan pertaruhan dan perjudian yang ditetapkan sebagai perkhidmatan bercukai hendaklah menjadi genap masa pada masa sebagaimana yang ditetapkan;
jika suatu perkiraan atau perjanjian bagi pemberian apa-apa perkhidmatan bercukai dibuat oleh mana-mana orang, yang merupakan orang bercukai di bawah Akta ini, dalam tempoh bermula dari 1 Jun 2018 dan berakhir sebaik sebelum tarikh efektif, dan perkhidmatan bercukai itu diberikan atau dilaksanakan pada atau selepas tarikh efektif—
perkiraan atau perjanjian bagi pemberian apa-apa perkhidmatan bercukai itu hendaklah disifatkan telah dibuat pada tarikh perkhidmatan bercukai itu diberikan atau dilaksanakan walaupun apa-apa pembayaran, secara keseluruhannya atau sebahagiannya, diterima atau invois dikeluarkan, bagi perkhidmatan bercukai itu dalam tempoh itu;
apa-apa pembayaran yang diterima dalam tempoh itu atau pada atau selepas tarikh efektif, atau invois dikeluarkan dalam tempoh itu, hendaklah disifatkan telah diterima atau dikeluarkan pada tarikh perkhidmatan bercukai itu diberikan atau dilaksanakan; dan
cukai perkhidmatan hendaklah dikenakan dan dilevikan ke atas perkhidmatan bercukai itu dan hendaklah menjadi genap masa pada tarikh
Cukai Perkhidmatan 25
perkhidmatan bercukai itu diberikan atau dilaksanakan.
Jika perkhidmatan bercukai yang disebut dalam perenggan (3)(c) ialah pertaruhan dan perjudian, cukai perkhidmatan berkenaan dengan pertaruhan dan perjudian itu hendaklah menjadi genap masa pada masa yang ditetapkan di bawah perenggan (3)(b).
Perenggan (3)(c) tidak terpakai bagi perkhidmatan yang ditetapkan sebagai perkhidmatan bercukai selepas 1 September 2018.
Bahagian IV
Tanggungan untuk berdaftar
jumlah nilai perkhidmatan bercukai orang yang disebut dalam perenggan (a), bagi maksud pendaftaran orang itu di bawah Bahagian ini.
Mana-mana orang yang memberikan apa-apa perkhidmatan bercukai bertanggungan untuk berdaftar pada masa yang berikut, mana-mana yang lebih awal:
pada akhir mana-mana bulan, jika jumlah nilai semua perkhidmatan bercukainya dalam bulan itu dan sebelas bulan sebaik sebelum bulan itu telah melebihi jumlah nilai perkhidmatan bercukai yang ditetapkan di bawah subseksyen (1); atau 26
Undang-Undang Malaysia
pada akhir mana-mana bulan, jika terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa jumlah nilai semua perkhidmatan bercukainya dalam bulan itu dan sebelas bulan sebaik selepas bulan itu akan melebihi jumlah perkhidmatan bercukai yang ditetapkan di bawah subseksyen (1).
Walau apa pun subseksyen (2), Menteri boleh menetapkan mana-mana orang yang memberikan perkhidmatan bercukai bertanggungan untuk berdaftar pada tarikh permulaan perniagaan.
Jumlah nilai semua perkhidmatan bercukai seseorang yang memberi perkhidmatan bercukai dalam bulan itu dan sebelas bulan sebaik sebelum bulan itu yang disebut dalam perenggan (2)(a) tidak ambil kira jika—
pendaftaran orang yang memberikan perkhidmatan bercukai itu dibatalkan, selain di bawah subseksyen 20(3), dalam tempoh itu; dan
Ketua Pengarah berpuas hati bahawa sebelum pendaftaran orang itu dibatalkan, orang itu telah memberikan semua maklumat yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah bagi menentukan sama ada untuk membatalkan pendaftaran itu atau tidak.
Seksyen ini tidak terpakai bagi pemberi perkhidmatan asing.
Permohonan bagi pendaftaran
Apabila permohonan di bawah subseksyen (1) diterima,
Ketua Pengarah boleh meluluskan permohonan itu, tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkan patut olehnya.
Ketua Pengarah hendaklah mendaftarkan orang di bawah subseksyen (1) berkuat kuasa dari hari pertama bagi bulan selepas bulan yang permohonan di bawah subseksyen (1) dibuat atau dari apa-apa tarikh yang lebih awal sebagaimana yang dipersetujui antara
Ketua Pengarah dengan orang itu tetapi tarikh itu tidak boleh lebih awal daripada tarikh orang itu menjadi bertanggungan untuk berdaftar.
Jika mana-mana orang tidak mematuhi subseksyen (1),
Ketua Pengarah hendaklah mendaftarkan orang itu pada tarikh sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah tetapi tidak boleh lebih awal daripada tarikh orang itu bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 12.
Seksyen ini tidak terpakai bagi pemberi perkhidmatan asing.
Pendaftaran sukarela
Cukai Perkhidmatan 27
Apabila permohonan di bawah subseksyen (1) diterima,
Ketua Pengarah boleh meluluskan pendaftaran itu dari apa-apa tarikh sebagaimana yang ditentukannya tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan patut olehnya.
Seksyen ini tidak terpakai bagi pemberi perkhidmatan asing.
28
Undang-Undang Malaysia
Arahan untuk menganggap orang sebagai orang kena cukai tunggal
orang yang dinamakan dalam arahan itu dianggap sebagai orang kena cukai tunggal yang menjalankan aktiviti perniagaan yang diperihalkan dalam arahan itu berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan dalam arahan itu; dan
orang kena cukai tunggal yang disebut dalam perenggan (a)
didaftarkan berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan dalam arahan itu.
Bagi maksud subseksyen (1), dalam menentukan sama ada apa-apa pengasingan aktiviti perniagaan adalah dibuat-buat, hendaklah diambil kira setakat yang orang yang berlainan yang menjalankan aktiviti perniagaan itu berkait rapat antara satu sama lain melalui hubungan kewangan, ekonomi dan organisasi.
Ketua Pengarah boleh membuat arahan di bawah subseksyen (1)
dengan menamakan mana-mana orang jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa—
aktiviti yang dalam penjalanannya orang itu memberikan atau telah memberikan perkhidmatan bercukai tersebut menjadi hanya sebahagian daripada aktiviti tertentu dalam perniagaan itu dan bahawa aktiviti lain dalam perniagaan itu, sama ada atau tidak aktiviti lain itu serupa dengan aktiviti yang dijalankan oleh orang itu, dijalankan serentak atau dijalankan sebelum itu, atau kedua-duanya, oleh seorang yang lain atau lebih daripada seorang yang lain; dan
Cukai Perkhidmatan 29
jika semua perkhidmatan bercukai yang diberikan dalam perniagaan itu diambil kira, orang yang menjalankan perniagaan itu akan, pada masa arahan itu dibuat, dikehendaki untuk berdaftar menurut kuasa seksyen 12.
Apa-apa arahan yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah disampaikan kepada setiap orang yang dinamakan dalam arahan itu.
Jika, selepas suatu arahan telah dibuat di bawah subseksyen (1), ternyata pada Ketua Pengarah bahawa mana-mana orang yang tidak dinamakan dalam arahan itu sedang memberikan apa-apa perkhidmatan bercukai dalam penjalanan aktiviti yang patut dianggap sebagai sebahagian daripada aktiviti perniagaan itu, Ketua Pengarah boleh membuat dan menyampaikan kepada orang itu suatu arahan tambahan yang menambah nama orang itu kepada nama orang yang dinamakan dalam arahan di bawah subseksyen (1).
Apabila nama orang itu ditambah dalam arahan di bawah subseksyen (5), orang itu hendaklah dianggap sebagai orang kena cukai tunggal yang menjalankan aktiviti perniagaan yang diperihalkan dalam arahan di bawah subseksyen (1) berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan dalam arahan itu.
Jika, sebaik sebelum apa-apa arahan termasuk arahan tambahan dibuat, mana-mana orang yang dinamakan dalam arahan itu telah didaftarkan berkenaan dengan perkhidmatan bercukai yang diberikan olehnya sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen (3) atau (5), pendaftarannya hendaklah dibatalkan oleh Ketua Pengarah berkuat kuasa dari tarikh orang kena cukai tunggal didaftarkan di bawah subseksyen (1).
Apabila pendaftaran di bawah subseksyen (7) dibatalkan, orang yang pendaftarannya telah dibatalkan itu bersama dengan semua orang lain yang dinamakan dalam arahan di bawah subseksyen (1) hendaklah dianggap sebagai orang kena cukai tunggal.
Berhubung dengan suatu perniagaan yang dinyatakan dalam suatu arahan, orang yang dinamakan dalam arahan itu bersama dengan mana-mana orang yang dinamakan dalam suatu arahan tambahan yang
30
Undang-Undang Malaysia berhubungan dengan perniagaan itu, sebagai orang yang bersama-sama dianggap sebagai orang kena cukai tunggal, disebut sebagai “anggota konstituen” dalam subseksyen (10) dan (11).
Jika apa-apa arahan dibuat di bawah subseksyen (1)—
orang kena cukai tunggal yang menjalankan perniagaan yang dinyatakan dalam arahan itu hendaklah didaftarkan atas apa-apa nama sebagaimana yang dicadangkan oleh orang yang dinamakan dalam arahan itu secara bersesama melalui notis secara bertulis yang diberikan kepada Ketua
Pengarah tidak lewat daripada empat belas hari selepas tarikh arahan itu disampaikan kepada orang yang terakhir daripada orang yang dinamakan dalam arahan itu atau, jika tiada apa-apa cadangan, atas apa-apa nama yang dinyatakan dalam arahan itu;
apa-apa perkhidmatan bercukai yang diberikan oleh salah seorang anggota konstituen dalam penjalanan aktiviti orang kena cukai tunggal itu hendaklah dianggap sebagai perkhidmatan bercukai yang diberikan oleh orang kena cukai tunggal itu;
setiap anggota konstituen hendaklah bertanggungan secara bersesama dan berasingan bagi apa-apa cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar oleh orang kena cukai tunggal itu;
tanpa menjejaskan perenggan (c), apa-apa kegagalan oleh orang kena cukai tunggal itu untuk mematuhi apa-apa kehendak yang dikenakan di bawah Akta ini hendaklah dianggap sebagai kegagalan oleh setiap anggota konstituen secara berasingan; dan
tertakluk pada perenggan (a) hingga (d), anggota konstituen hendaklah dianggap sebagai suatu perkongsian yang menjalankan perniagaan orang kena cukai tunggal dan apa-apa persoalan mengenai skop aktiviti perniagaan itu
Cukai Perkhidmatan 31
pada bila-bila masa hendaklah ditentukan dengan sewajarnya.
Jika Ketua Pengarah mendapati bahawa mana-mana orang yang merupakan salah seorang daripada anggota konstituen tidak lagi patut dianggap sedemikian bagi maksud perenggan (10)(c) dan (d) dan
Ketua Pengarah memberikan notis secara bertulis bagi maksud sedemikian, orang itu—
tidak lagi mempunyai apa-apa tanggungan menurut kuasa perenggan (10)(c) dan (d) bagi apa-apa jua yang dilakukan selepas tarikh yang dinyatakan dalam notis itu; dan
pada tarikh yang dinyatakan dalam notis itu, hendaklah dianggap sebagai telah terhenti menjadi anggota perkongsian yang disebut dalam perenggan (10)(e).
Seksyen ini tidak terpakai bagi pemberi perkhidmatan asing.
Pendaftaran perkongsian
Ketua Pengarah boleh membuat suatu arahan yang menghendaki supaya—
orang yang menjalankan perniagaan dalam suatu perkongsian sebagai orang berdaftar hendaklah atas nama firma itu; dan
orang yang sama yang menjalankan perniagaan yang berasingan dalam suatu perkongsian sebagai orang berdaftar hendaklah atas nama yang berasingan bagi firma-firma itu masing-masing.
Dalam menentukan sama ada perkhidmatan bercukai diberikan kepada atau oleh orang yang disebut dalam subseksyen (1), tiada apa-apa perubahan dalam perkongsian itu boleh diambil kira.
Mana-mana orang yang terhenti menjadi pekongsi dalam suatu perkongsian hendaklah—
32
Undang-Undang Malaysia
memberitahu Ketua Pengarah secara bertulis mengenai tarikh pemberhentian dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pemberhentian itu; dan
membayar perkadaran tanggungan perkongsian itu ke atas apa-apa cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar ke atas apa-apa perkhidmatan bercukai yang diberikan oleh perkongsian itu sehingga tarikh pemberhentian itu.
Jika mana-mana orang terhenti menjadi pekongsi di bawah subseksyen (3) dalam suatu perkongsian dalam apa-apa tempoh bercukai, apa-apa notis, sama ada mengenai taksiran atau selainnya, yang disampaikan kepada perkongsian itu dan yang berhubungan dengan tempoh bercukai itu atau dengan apa-apa tempoh bercukai lain yang semasa keseluruhan atau sebahagian daripada tempoh bercukai itu dia ialah pekongsi dalam perkongsian itu, hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan juga kepadanya.
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, apa-apa notis, sama ada mengenai taksiran atau selainnya, yang dialamatkan kepada suatu perkongsian mengikut nama yang dengannya perkongsian itu didaftarkan di bawah Akta ini, dan disampaikan mengikut Akta ini hendaklah disifatkan—
jika subseksyen (4) terpakai, sebagai telah disampaikan dengan sewajarnya kepada mana-mana pekongsi yang terdahulu.
Subseksyen (1) dan (3) tidaklah menjejaskan takat yang seorang pekongsi bertanggungan bagi cukai perkhidmatan yang terhutang oleh firma itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain.
Jika seseorang itu merupakan seorang pekongsi dalam suatu firma dalam sebahagian daripada suatu tempoh bercukai sahaja, tanggungannya bagi cukai perkhidmatan ke atas apa-apa perkhidmatan
Cukai Perkhidmatan 33
bercukai yang diberikan oleh firma itu dalam tempoh bercukai itu hendaklah mengikut perkadaran tanggungan firma itu sebagaimana yang patut.
Jika apa-apa notis dikehendaki supaya diberikan oleh suatu perkongsian di bawah Akta ini, hendaklah menjadi tanggungan bersesama dan berasingan semua pekongsi untuk memberikan notis itu, kecuali jika suatu notis diberikan oleh mana-mana pekongsi, ia hendaklah dianggap sebagai pematuhan yang mencukupi bagi kehendak itu.
Mana-mana orang yang melanggar perenggan (3)(a) atau (b)
melakukan suatu kesalahan.
Bagi maksud seksyen ini, suatu perkongsian tidak termasuk suatu perkongsian liabiliti terhad.
Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.
Pendaftaran cawangan atau bahagian
Ketua Pengarah boleh meluluskan permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1) tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkan patut olehnya jika dia berpuas hati bahawa orang berdaftar itu memenuhi kehendak yang berikut:
berkemungkinan akan menyebabkan kesulitan sebenar bagi orang berdaftar untuk mengemukakan suatu penyata tunggal berkenaan dengan semua cawangan atau bahagian jika tidak kerana pendaftaran berasingan;
34
Undang-Undang Malaysia
setiap cawangan atau bahagian menyenggara suatu akaun yang berasingan berkenaan dengan aktivitinya;
setiap cawangan atau bahagian boleh dikenal pasti secara berasingan dengan merujuk kepada sifat aktiviti yang dijalankan oleh atau lokasi cawangan atau bahagian itu; dan
Ketua Pengarah boleh, pada bila-bila masa, melalui notis secara bertulis kepada orang berdaftar, membatalkan pendaftaran yang diluluskan di bawah subseksyen (2) berkenaan dengan mana-mana atau semua cawangan atau bahagian jika dia berpuas hati bahawa—
orang berdaftar itu telah gagal untuk mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan oleh Ketua Pengarah di bawah subseksyen (2);
orang berdaftar itu telah memberikan apa-apa perisytiharan atau maklumat yang palsu, mengelirukan atau tidak tepat dalam permohonannya di bawah subseksyen (1); atau
Jika Ketua Pengarah membatalkan pendaftaran mengikut subseksyen (3), pembatalan itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Tertakluk pada subseksyen (6), orang berdaftar boleh memohon secara bertulis kepada Ketua Pengarah bagi mana-mana cawangan atau bahagian yang didaftarkan secara berasingan di bawah subseksyen (2)
supaya terhenti didaftarkan sedemikian, dan Ketua Pengarah boleh membatalkan pendaftaran secara berasingan itu berkuat kuasa dari tarikh permohonan itu atau dari apa-apa tarikh terkemudian sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Cukai Perkhidmatan 35
Orang berdaftar yang berdaftar di bawah subseksyen (2)
hendaklah terus berdaftar bagi suatu tempoh yang tidak kurang daripada dua tahun atau apa-apa tempoh lain yang lebih pendek sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.
Pemberhentian tanggungan untuk berdaftar
Seseorang orang berdaftar tidak terhenti daripada bertanggungan untuk berdaftar menurut kuasa subseksyen (1) jika
Ketua Pengarah berpuas hati bahawa sebab bagi jumlah nilai semua perkhidmatan bercukainya tidak melebihi jumlah nilai perkhidmatan bercukai yang ditetapkan di bawah perenggan 12(1)(b) adalah dalam tempoh dua belas bulan yang disebut dalam subseksyen (1) dia berhenti sementara daripada memberikan perkhidmatan bercukai itu, atau menggantung pemberian perkhidmatan bercukai itu, bagi tempoh tiga puluh hari atau lebih.
Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.
Pemberitahuan pemberhentian tanggungan
yang berhenti menjalankan perniagaan yang memberikan apa-apa perkhidmatan bercukai; atau 36
Undang-Undang Malaysia
yang terhenti daripada bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 18, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah memberitahu Ketua
Pengarah secara bertulis mengenai hakikat itu dan tarikh pemberhentian itu dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pemberhentian itu.
Jika tiada pemberitahuan dibuat di bawah seksyen 19 dan Ketua
Pengarah berpuas hati bahawa orang berdaftar telah berhenti memberikan perkhidmatan bercukai atau telah terhenti bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 18, Ketua Pengarah boleh membatalkan pendaftarannya dari tarikh orang berdaftar itu berhenti memberikan perkhidmatan bercukai atau terhenti bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 18, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau dari apa-apa tarikh terkemudian sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa pada hari orang berdaftar didaftarkan—
Cukai Perkhidmatan 37
dalam hal seorang yang telah didaftarkan di bawah seksyen 13, orang berdaftar itu telah tidak bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 12 atau telah berhenti memberikan perkhidmatan bercukai; atau
dalam hal seorang yang telah didaftarkan di bawah seksyen 14, orang itu telah tidak memberikan perkhidmatan bercukai atau telah berhenti memberikan perkhidmatan bercukai,
Ketua Pengarah boleh membatalkan pendaftaran orang itu berkuat kuasa dari tarikh sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dalam pemberitahuan secara bertulis kepada orang itu.
Ketua Pengarah boleh membatalkan pendaftaran orang berdaftar di bawah subseksyen 14(2) jika orang berdaftar itu melanggar apa-apa syarat yang dikenakan berhubung dengan pendaftaran itu berkuat kuasa dari tarikh pelanggaran itu atau dari apa-apa tarikh terkemudian sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Jika tiada pemberitahuan dibuat di bawah seksyen 19 dan Ketua
Pengarah berpuas hati bahawa orang berdaftar telah berhenti memberikan apa-apa perkhidmatan bercukai atau telah terhenti bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 18, Ketua Pengarah boleh mengubah pendaftaran orang itu atau butir-butir pendaftaran orang itu dari tarikh orang berdaftar itu berhenti memberikan apa-apa perkhidmatan bercukai.
38
Undang-Undang Malaysia
Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa pada hari orang itu didaftarkan⎯
dalam hal seorang yang telah didaftarkan di bawah seksyen 13, orang itu telah tidak bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 12, telah tidak memberikan apa-apa perkhidmatan bercukai atau telah berhenti untuk memberikan apa-apa perkhidmatan bercukai; atau
dalam hal seorang yang telah didaftarkan di bawah seksyen 14, orang itu telah tidak memberikan apa-apa perkhidmatan bercukai atau telah berhenti memberikan apa-apa perkhidmatan bercukai,
Ketua Pengarah boleh mengubah pendaftaran orang itu atau butir-butir pendaftaran orang itu berkuat kuasa dari tarikh sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dalam pemberitahuan secara bertulis kepada orang itu.
Bahagian V
Invois
Walau apa pun subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh, atas permintaan secara bertulis oleh orang berdaftar dan tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkan patut olehnya, meluluskan supaya invois tidak dikeluarkan jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa adalah tidak wajar orang berdaftar itu mengeluarkan invois.
Cukai Perkhidmatan 39
Tiada invois yang menunjukkan suatu amaun yang berupa sebagai cukai perkhidmatan boleh dikeluarkan atas pemberian perkhidmatan—
Amaun cukai perkhidmatan yang kena dibayar hendaklah dipungut oleh orang berdaftar daripada pelanggan sebagai tambahan kepada nilai dan apa-apa amaun lain yang terhutang dan kena dibayar oleh pelanggan itu berkenaan dengan perkhidmatan bercukai itu.
Walau apa pun subseksyen (3), jika pembayaran bagi perkhidmatan bercukai dibuat kepada apa-apa mesin atau alat yang dikendalikan dengan syiling, token atau seumpamanya, amaun pembayaran itu hendaklah termasuk amaun cukai perkhidmatan yang boleh dikenakan.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), (2) atau (3)
melakukan suatu kesalahan.
Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.
Pengeluaran invois oleh komputer
dihantar atau dijadikan tersedia kepada pelanggan itu secara elektronik; atau 40
Undang-Undang Malaysia
dikeluarkan atas apa-apa bahan selain kertas dan diserahkan kepada pelanggan itu.
Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.
Nota kredit dan nota debit
Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.
Kewajipan untuk menyimpan rekod
semua rekod pemberian perkhidmatan bercukai oleh atau kepada orang kena cukai itu termasuk invois, resit, nota debit dan nota kredit;
(aa) semua rekod perkhidmatan bercukai diimport; dan
Apa-apa rekod yang disimpan di bawah seksyen ini hendaklah—
Cukai Perkhidmatan 41
dipelihara bagi tempoh tujuh tahun dari tarikh terakhir yang berhubungan dengan rekod itu;
disimpan di Malaysia, kecuali jika diluluskan selainnya oleh Ketua Pengarah dan tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkan patut olehnya.
Jika rekod itu adalah dalam bentuk yang boleh dibaca secara elektronik, rekod itu hendaklah disimpan mengikut apa-apa cara yang membolehkan rekod itu mudah diakses dan boleh ditukar ke dalam bentuk tulisan.
Jika rekod itu pada asalnya dalam bentuk manual dan kemudiannya ditukar ke dalam bentuk elektronik, rekod itu hendaklah dikekalkan dalam bentuk asalnya sebelum penukaran itu.
Suatu salinan rekod itu boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding setakat yang sama sebagaimana rekod itu sendiri.
Seksyen ini hendaklah juga terpakai bagi orang selain orang kena cukai yang, dalam menjalankan perniagaannya, memperoleh apa-apa perkhidmatan bercukai diimport.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), (2), (3), (4)
atau (5A) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Orang kena cukai boleh memohon secara bertulis kepada Ketua
Pengarah untuk suatu tempoh bercukai selain tempoh sebagaimana yang ditentukan di bawah subseksyen (1).
Ketua Pengarah boleh, apabila apa-apa permohonan bawah subseksyen (2) diterima—
membenarkan permohonan itu dan tempoh bercukai hendaklah tempoh sebagaimana yang dipohon;
menolak permohonan itu dan tempoh bercukai hendaklah kekal sebagaimana yang ditentukan di bawah subseksyen (1); atau
mengubah tempoh bagi tempoh bercukai atau tarikh tempoh bercukai itu bermula atau berakhir.
Ketua Pengarah boleh, sebagaimana yang difikirkan patut olehnya, menetapkan semula orang kena cukai kepada mana-mana tempoh bercukai selain tempoh yang telah ditentukan kepadanya sebelum itu di bawah subseksyen (1) atau (3).
Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.
Pengemukaan penyata dan pembayaran cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar
Jika tempoh bercukai telah diubah di bawah perenggan 25(3)(c)
dan walau apa pun subseksyen (1), penyata itu hendaklah dikemukakan dalam masa tiga puluh hari dari berakhirnya tempoh bercukai yang diubah itu.
Seseorang orang berdaftar yang terhenti daripada bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 18 atau yang berhenti menjalankan perniagaan perkhidmatan bercukai di bawah seksyen 19
hendaklah, tidak lewat daripada tiga puluh hari selepas pemberhentian itu, atau apa-apa tarikh terkemudian sebagaimana yang dibenarkan oleh
Ketua
Pengarah, mengemukakan suatu penyata yang mengandungi butir-butir sebagaimana yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah berkenaan dengan bahagian tempoh bercukai yang terakhir itu yang dalamnya orang itu didaftarkan.
Mana-mana orang kena cukai yang dikehendaki untuk mengemukakan penyata di bawah seksyen ini hendaklah membayar kepada Ketua Pengarah amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar olehnya berkenaan dengan tempoh bercukai yang berhubungan dengan penyata itu tidak lewat daripada hari terakhir yang dia dikehendaki untuk mengemukakan penyata itu.
Penyata yang disebut dalam subseksyen (1), (2) dan (3)
hendaklah dikemukakan sama ada terdapat cukai perkhidmatan yang kena dibayar atau tidak.
Mana-mana orang kena cukai yang—
mengemukakan suatu penyata yang tidak betul, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Jika apa-apa cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya oleh mana-mana orang kena cukai selepas hari terakhir cukai perkhidmatan
44
Undang-Undang Malaysia itu genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (4) dan tiada pendakwaan dimulakan, orang kena cukai itu hendaklah membayar—
untuk tempoh tiga puluh hari pertama yang cukai perkhidmatan itu tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya selepas habis tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (4), suatu penalti sebanyak sepuluh peratus daripada amaun cukai perkhidmatan itu yang masih belum dibayar;
untuk tempoh tiga puluh hari kedua yang cukai perkhidmatan itu tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya selepas habis tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (4), suatu penalti tambahan sebanyak lima belas peratus daripada amaun cukai perkhidmatan itu yang masih belum dibayar; dan
untuk tempoh tiga puluh hari ketiga yang cukai perkhidmatan itu tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya selepas habis tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (4), suatu penalti tambahan sebanyak lima belas peratus daripada amaun cukai perkhidmatan itu yang masih belum dibayar.
Mana-mana orang kena cukai yang tidak membayar kepada
Ketua Pengarah amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Tertakluk pada subseksyen (11), pendakwaan bagi kesalahan di bawah subseksyen (8) boleh dimulakan selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (7)(c).
Sebagai tambahan kepada apa-apa denda yang dikenakan oleh mahkamah di bawah subseksyen (8), mahkamah boleh memerintahkan supaya mana-mana orang kena cukai yang disabitkan dengan
Cukai Perkhidmatan 45
kesalahan di bawah subseksyen (8) untuk membayar penalti yang dinyatakan dalam subseksyen (7).
Tiada pendakwaan bagi kesalahan di bawah subseksyen (8)
boleh dimulakan terhadap mana-mana orang kena cukai yang telah membayar amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, dan penalti yang dinyatakan di bawah subseksyen (7) dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (7).
Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.
Pengemukaan perisytiharan dan pembayaran cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar oleh orang selain orang kena cukai
Cukai Perkhidmatan 43
mengakaunkan cukai perkhidmatan yang genap masa dalam suatu perisytiharan dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah; dan
membayar kepada
Ketua
Pengarah amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar olehnya, tidak lewat daripada hari terakhir bulan selepas berakhirnya bulan yang pembayaran bagi perkhidmatan itu telah dibuat olehnya atau invois telah diterima olehnya.
Mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1) yang—
mengemukakan suatu perisytiharan yang tidak betul,
46
Undang-Undang Malaysia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Jika apa-apa cukai perkhidmatan genap masa dan kena dibayar tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya oleh mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1) selepas hari terakhir cukai perkhidmatan itu genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (1) dan tiada pendakwaan dimulakan, orang itu hendaklah membayar—
untuk tempoh tiga puluh hari pertama cukai perkhidmatan itu tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya selepas habis tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (1), suatu penalti sebanyak sepuluh peratus daripada amaun cukai perkhidmatan itu yang masih belum dibayar;
untuk tempoh tiga puluh hari kedua cukai perkhidmatan itu tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya selepas habis tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (1), suatu penalti tambahan sebanyak lima belas peratus daripada amaun cukai perkhidmatan itu yang masih belum dibayar; dan
untuk tempoh tiga puluh hari ketiga cukai perkhidmatan itu tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya selepas habis tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (1), suatu penalti tambahan sebanyak lima belas peratus daripada amaun cukai perkhidmatan itu yang masih belum dibayar.
Mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1) yang tidak membayar kepada Ketua Pengarah amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar di bawah perenggan (1)(b)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Cukai Perkhidmatan 47
Tertakluk pada subseksyen (7), pendakwaan bagi kesalahan di bawah subseksyen (4) boleh dimulakan selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (3)(c).
Sebagai tambahan kepada apa-apa denda yang dikenakan oleh mahkamah di bawah subseksyen (4), mahkamah boleh memerintahkan supaya mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1) yang disabitkan atas kesalahan di bawah subseksyen (4) untuk membayar penalti yang dinyatakan dalam subseksyen (3).
Tiada pendakwaan bagi kesalahan di bawah subseksyen (4)
boleh dimulakan terhadap mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1) yang telah membayar amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, dan penalti yang dinyatakan di bawah subseksyen
tidak memohon bagi pendaftaran di bawah seksyen 13;
mengemukakan suatu penyata yang didapati oleh Ketua
Pengarah tidak lengkap atau tidak betul;
(aa) mana-mana pemberi perkhidmatan asing tidak memohon bagi pendaftaran di bawah seksyen 56C;
(ab) mana-mana orang berdaftar asing—
tidak mengemukakan suatu penyata di bawah seksyen 56H; atau 48
Undang-Undang Malaysia
mengemukakan suatu penyata yang didapati oleh
Ketua Pengarah tidak lengkap atau tidak betul; atau
mana-mana orang selain orang kena cukai yang, dalam menjalankan perniagaannya, memperoleh apa-apa perkhidmatan bercukai diimport—
tidak mengemukakan suatu perisytiharan di bawah seksyen 26A; atau
mengemukakan suatu perisytiharan yang didapati oleh Ketua Pengarah tidak lengkap atau tidak betul,
Ketua Pengarah boleh menaksir mengikut pertimbangan terbaiknya amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, dan penalti yang kena dibayar di bawah subseksyen 26(7), 26A(3)
atau 56I(2), mengikut mana-mana yang berkenaan, jika ada, oleh orang kena cukai atau orang berdaftar asing itu atau orang yang disebut dalam perenggan (1)(b) dan hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang itu tentang taksiran itu secara bertulis.
Jika suatu amaun telah dibayar kepada mana-mana orang sebagai pembayaran balik cukai perkhidmatan di bawah Akta ini yang sepatutnya tidak dibayar kepadanya, Ketua Pengarah boleh menaksir amaun pembayaran balik itu sebagai cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar olehnya dan hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang itu tentang taksiran itu secara bertulis.
Taksiran di bawah subseksyen (1) dan (2) tidak boleh dibuat lebih daripada enam tahun dari tarikh cukai perkhidmatan itu telah genap masa dan kena dibayar atau dari tarikh pembayaran balik cukai perkhidmatan itu telah dibuat, mengikut mana-mana yang berkenaan, kecuali jika pada pendapat Ketua Pengarah apa-apa bentuk fraud atau keingkaran sengaja telah dilakukan oleh atau bagi pihak mana-mana orang berhubung dengan cukai perkhidmatan atau pembayaran bayaran balik itu, Ketua Pengarah boleh, bagi maksud menampung apa-apa kehilangan cukai perkhidmatan atau pembayaran balik cukai perkhidmatan yang boleh dikaitkan dengan fraud atau keingkaran sengaja itu, membuat suatu taksiran pada bila-bila masa.
Cukai Perkhidmatan 49
Jika—
Ketua Pengarah telah membuat suatu taksiran cukai perkhidmatan di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan subperenggan (1)(a)(i) atau (ii);
cukai perkhidmatan yang ditaksir di bawah perenggan (a)
telah dibayar tetapi tiada penyata dikemukakan bagi tempoh bercukai yang berhubungan dengan taksiran itu; dan
orang kena cukai tidak mengemukakan suatu penyata bagi apa-apa tempoh bercukai yang berikutnya,
Ketua Pengarah boleh, sebagaimana yang difikirkan patut olehnya, menaksir suatu amaun cukai perkhidmatan yang lebih tinggi daripada amaun yang selainnya patut dipertimbangkannya sebagai wajar.
Jika Ketua Pengarah mendapati bahawa amaun yang sepatutnya telah ditaksir dalam suatu taksiran di bawah subseksyen (1), (2)
atau (4) melebihi amaun yang ditaksir sedemikian, dia boleh—
dalam hal orang kena cukai atau orang berdaftar asing, dalam tempoh bercukai yang dalamnya taksiran itu sepatutnya telah dibuat, atau dalam hal orang yang disebut dalam perenggan (1)(b), dalam tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen 26A(1), membuat suatu taksiran tambahan bagi amaun yang terlebih itu dan hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang itu secara bertulis dengan sewajarnya.
Jika amaun cukai perkhidmatan dan penalti, jika ada, telah ditaksir dan diberitahu menurut subseksyen (1), (2) atau (5), ia hendaklah disifatkan sebagai suatu amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, dan penalti yang kena dibayar, oleh orang itu dan boleh didapatkan balik dengan sewajarnya dan amaun
50
Undang-Undang Malaysia cukai perkhidmatan dan penalti itu, jika ada, hendaklah dibayar oleh orang itu, sama ada atau tidak orang itu merayu terhadap taksiran itu, kepada Ketua Pengarah melainkan jika atau kecuali setakat taksiran itu ditarik balik atau dikurangkan oleh Ketua Pengarah.
Ketua Pengarah boleh membuat apa-apa pengubahan atau penambahan kepada taksiran yang dibuat di bawah seksyen ini sebagaimana yang difikirkan patut olehnya untuk memastikan taksiran itu betul dan hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang itu secara bertulis.
Mengimbangi cukai belum bayar terhadap pembayaran balik
Walau apa pun apa-apa peruntukan Akta ini, jika mana-mana orang tidak membayar, secara keseluruhannya atau sebahagiannya—
apa-apa amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj yang terakru, atau apa-apa penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar di bawah Akta ini;
apa-apa amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj yang terakru, atau apa-apa penalti atau wang lain yang kena dibayar di bawah
*Akta Cukai Perkhidmatan 1975 [Akta 151];
apa-apa amaun cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj yang terakru, atau apa-apa penalti atau wang lain yang kena dibayar di bawah
*Akta Cukai Jualan 1972 [Akta 64];
apa-apa amaun cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj yang terakru, atau apa-apa penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar di bawah
Akta Cukai Jualan 2018 [Akta 806];
*CATATAN—Akta Cukai Perkhidmatan 1975 [Akta 151] dan Akta Cukai Jualan 1972 [Akta 64] telah dimansuhkan oleh Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 [Akta 762] yang mula berkuat kuasa pada 1 Julai 2014 dan 1 April 2015–lihat seksyen 178 dan 181 Akta 762 dan P.U. (B) 319/2014.
Cukai Perkhidmatan 51
apa-apa amaun cukai barang dan perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj yang terakru, atau apa-apa penalti atau wang lain yang kena dibayar di bawah
*Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 [Akta 762];
apa-apa amaun duti kastam, atau apa-apa surcaj yang terakru, atau apa-apa penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar di bawah Akta Kastam 1967; atau
apa-apa amaun duti eksais, atau apa-apa surcaj yang terakru, atau apa-apa penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar di bawah Akta Eksais 1976 [Akta 176],
Ketua Pengarah boleh mengimbangkan, terhadap amaun yang masih belum dibayar yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c), (d), (e), (f)
atau (g), apa-apa amaun atau mana-mana bahagian daripada apa-apa amaun yang boleh dibayar balik di bawah Akta ini kepada orang itu dan Ketua Pengarah hendaklah mengira amaun yang diimbangkan itu sebagai pembayaran atau sebahagian pembayaran yang diterima daripada orang itu.
Mendapatkan balik cukai perkhidmatan, dsb., sebagai hutang sivil
Jika suatu invois menunjukkan pemberian perkhidmatan bercukai atau perkhidmatan digital sebagai telah berlaku dengan cukai perkhidmatan yang boleh dikenakan ke atas perkhidmatan itu, maka
* CATATAN— Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 [Akta 762] telah dimansuhkan oleh Akta Cukai
Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018 [Akta 805] yang mula berkuat kuasa pada 1 September 2018–lihat seksyen 3 Akta 805.
52
Undang-Undang Malaysia hendaklah boleh didapatkan balik daripada orang yang mengeluarkan invois itu suatu amaun yang bersamaan dengan—
sekian banyak daripada jumlah amaun yang ditunjukkan sebagai kena dibayar yang akan dianggap sebagai merupakan cukai perkhidmatan, jika cukai perkhidmatan tidak ditunjukkan secara berasingan dalam invois itu, bagi pemberian perkhidmatan bercukai atau perkhidmatan digital itu.
Subseksyen (2) hendaklah terpakai sama ada atau tidak—
invois itu ialah suatu invois yang dikeluarkan di bawah seksyen 21, 22 atau 56G;
pemberian perkhidmatan bercukai atau perkhidmatan digital yang ditunjukkan pada invois itu sebenarnya berlaku atau telah berlaku atau amaun yang ditunjukkan sebagai cukai perkhidmatan atau apa-apa amaun cukai perkhidmatan boleh dikenakan atau telah boleh dikenakan ke atas pemberian perkhidmatan bercukai atau perkhidmatan digital itu; atau
orang yang mengeluarkan invois itu ialah seorang orang berdaftar atau orang berdaftar asing, dan apa-apa amaun yang boleh didapatkan balik daripada orang itu di bawah subseksyen (2) hendaklah boleh didapatkan balik sedemikian dan hendaklah selainnya boleh didapatkan balik sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada Kerajaan.
Dalam apa-apa prosiding untuk mendapatkan balik cukai perkhidmatan, surcaj, penalti, fi atau wang lain di bawah subseksyen (1), pengemukaan suatu perakuan yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah—
Cukai Perkhidmatan 53
yang menyatakan bahawa apa-apa cukai perkhidmatan, surcaj, penalti, fi atau wang lain dan amaun yang ditunjukkan dalam perakuan itu sebagai yang terhutang dan kena dibayar, terakru atau kena dibayar, dalam apa-apa penyata, taksiran atau notis yang dibuat di bawah Akta ini daripada orang yang dinamakan dalam perakuan itu; dan
yang memberikan alamat orang itu dan yang berupa sebagai suatu salinan atau cabutan daripada apa-apa notis taksiran, hendaklah menjadi keterangan muktamad bagi cukai perkhidmatan, surcaj, penalti, fi atau wang lain dan amaun itu sebagai yang terhutang dan kena dibayar, terakru atau kena dibayar, dalam apa-apa penyata, taksiran atau notis dan hendaklah menjadi autoriti yang mencukupi bagi mahkamah untuk memberikan penghakiman bagi amaun itu.
Apa-apa penalti yang dikenakan di bawah Akta ini hendaklah, bagi maksud Akta ini dan Akta Had Masa 1953 [Akta 254],
Ordinan Had Masa Sabah [Sabah Bab 72] atau Ordinan Had Masa
Sarawak [Sarawak Bab 49], mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh didapatkan balik seolah-olah penalti itu ialah cukai perkhidmatan yang terhutang dan kena dibayar di bawah Akta ini dan dengan demikian subseksyen 6(4) Akta Had Masa 1953, seksyen 3
Ordinan Had Masa Sabah atau seksyen 3 Ordinan Had Masa Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak terpakai bagi penalti itu.
Kuasa untuk memungut cukai perkhidmatan, dsb., daripada orang yang terhutang wang pada orang kena cukai atau orang berdaftar asing
mana-mana orang yang olehnya apa-apa wang terhutang atau terakru atau boleh menjadi terhutang dan kena dibayar kepada orang kena cukai atau orang berdaftar asing itu;
54
Undang-Undang Malaysia
mana-mana orang yang memegang atau yang boleh kemudiannya memegang wang bagi atau untuk orang kena cukai atau orang berdaftar asing itu;
mana-mana orang yang memegang atau yang boleh kemudiannya memegang wang bagi atau untuk mana-mana orang untuk pembayaran kepada orang kena cukai atau orang berdaftar asing itu; atau
mana-mana orang yang mempunyai kuasa daripada mana-mana orang lain untuk membayar wang kepada orang kena cukai atau orang berdaftar asing itu, supaya membayar kepada Ketua Pengarah dengan serta-merta, atau dalam masa yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah, wang itu, yang bukan gaji atau upah yang terhutang atau terakru kepada orang kena cukai atau orang berdaftar asing itu, atau sekian banyak daripada wang itu yang cukup untuk membayar jumlah wang yang terhutang dan kena dibayar, terakru atau kena dibayar itu oleh orang kena cukai atau orang berdaftar asing itu sebagaimana yang disebut terdahulu.
Suatu salinan notis di bawah subseksyen (1) hendaklah dikemukakan kepada orang kena cukai atau orang berdaftar asing di alamatnya yang terakhir diketahui.
Semua bayaran yang dibuat menurut suatu notis di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan telah dibuat bagi pihak orang kena cukai atau orang berdaftar asing itu dan dengan kuasa daripada orang kena cukai atau orang berdaftar asing itu dan daripada semua orang lain yang berkenaan.
Bagi maksud seksyen ini, Ketua Pengarah boleh menghendaki mana-mana orang untuk memberikan kepadanya maklumat—
mengenai apa-apa wang, dana atau aset yang boleh dipegang oleh orang itu bagi pihak mana-mana orang lain; atau
Cukai Perkhidmatan 55
mengenai apa-apa wang yang terhutang dan kena dibayar olehnya kepada mana-mana orang lain.
Mendapatkan balik cukai perkhidmatan sebelum kena dibayar daripada orang yang hendak meninggalkan Malaysia
Ketua Pengarah boleh, melalui notis secara bertulis, menghendaki—
Jika Ketua Pengarah mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana orang hendak atau berkemungkinan akan meninggalkan Malaysia sebelum apa-apa cukai perkhidmatan yang genap masa olehnya menjadi kena dibayar mengikut peruntukan
Akta ini, cukai perkhidmatan itu hendaklah, jika difikirkan patut oleh
Ketua Pengarah, kena dibayar pada apa-apa tarikh yang lebih awal sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dan orang itu hendaklah diberitahu dengan sewajarnya.
Mendapatkan balik cukai perkhidmatan, dsb., daripada orang yang hendak meninggalkan Malaysia tanpa membayar cukai perkhidmatan, dsb.
apa-apa cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar olehnya di bawah subseksyen 26(4) atau 26A(1);
apa-apa penalti yang kena dibayar olehnya di bawah subseksyen 26(7) atau 26A(3);
apa-apa wang lain yang boleh didapatkan balik daripadanya di bawah Akta ini,
56
Undang-Undang Malaysia
Ketua Pengarah boleh mengeluarkan kepada Ketua Pengarah
Imigresen suatu notis yang mengandungi butir-butir mengenai orang itu dan kesalahan yang dilakukan dengan permintaan supaya orang itu dihalang daripada meninggalkan Malaysia melainkan jika dia membayar cukai perkhidmatan, surcaj, penalti, fi atau wang lain itu, atau mengemukakan jaminan sehingga memuaskan hati Ketua
Pengarah bagi pembayarannya.
Tertakluk pada apa-apa perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan imigresen, Ketua Pengarah Imigresen yang menerima permintaan di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan seseorang hendaklah menjalankan segala langkah yang boleh termasuk mengambil dan menahan apa-apa perakuan pengenalan, pasport, permit keluar atau dokumen perjalanan lain berhubung dengan orang itu sebagaimana yang perlu untuk menguatkuasakan permintaan itu.
Ketua Pengarah hendaklah menyebabkan notis di bawah subseksyen (1) disampaikan secara ke diri atau melalui pos berdaftar kepada orang yang berhubungan dengan permintaan itu.
Ketidakterimaan notis di bawah subseksyen (1) oleh orang yang disebut dalam subseksyen (3) tidak boleh menidaksahkan apa-apa jua yang dilakukan di bawah seksyen ini.
Jika orang yang berkenaan dengannya suatu notis telah dikeluarkan di bawah subseksyen (1) mengemukakan, pada atau selepas tarikh notis itu, suatu pernyataan bertulis yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah yang menyatakan bahawa semua cukai perkhidmatan, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang dinyatakan dalam notis itu telah dibayar, atau bahawa jaminan telah dikemukakan bagi pembayarannya, pernyataan itu hendaklah menjadi kuasa yang mencukupi untuk membenarkan orang itu meninggalkan Malaysia.
Tiada prosiding undang-undang boleh dimulakan atau dibuat terhadap Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau mana-mana pegawai awam lain berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan dengan sah di bawah seksyen ini.
Cukai Perkhidmatan 57
Pembayaran secara ansuran
Jika cukai perkhidmatan dibenarkan untuk dibayar secara ansuran, penalti di bawah subseksyen 26(7) atau 26A(3) hendaklah terhenti dikira dari tarikh Ketua Pengarah membenarkan pembayaran secara ansuran itu.
Jika berlaku keingkaran dalam pembayaran apa-apa ansuran di bawah subseksyen (1) pada tarikh genap masanya bagi pembayaran baki amaun yang genap masa dan kena dibayar, keseluruhan baki belum jelas itu hendaklah menjadi genap masa dan kena dibayar pada tarikh itu dan hendaklah, tanpa apa-apa notis selanjutnya disampaikan kepada orang yang bertanggungan untuk membayar amaun yang terhutang itu, tertakluk pada suatu surcaj yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada baki itu dan surcaj itu hendaklah boleh didapatkan balik seolah-olah surcaj itu adalah terhutang dan kena dibayar di bawah Akta ini.
Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.
Tanggungan pengarah, dsb.
pegawai pematuhan yang dilantik dalam kalangan pekongsi perkongsian liabiliti terhad itu atau jika tiada pegawai pematuhan dilantik sedemikian, mana-mana pekongsi atau semua pekongsi perkongsian liabiliti terhad itu;
orang yang bertanggungjawab bagi pengurusan kumpulan orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah bersama dengan syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang lain itu bertanggungan secara bersesama dan berasingan bagi cukai perkhidmatan, surcaj, penalti, fi atau wang lain itu.
Berhubung dengan suatu syarikat yang sedang digulung, pengarah syarikat itu hendaklah hanya bertanggungan jika aset syarikat itu tidak mencukupi untuk menjelaskan amaun yang terhutang, selepas membayar apa-apa jumlah wang yang mempunyai keutamaan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] berhubung dengan penggunaan aset syarikat itu dalam penggulungan itu berbanding dengan cukai perkhidmatan, surcaj, penalti, fi atau wang lain itu.
Bahagian VI
Kuasa Menteri untuk mengecualikan dan membayar balik
Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1)
hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.
Menteri boleh, dalam apa-apa hal tertentu dan tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkan patut olehnya—
mengecualikan mana-mana orang atau golongan orang daripada pembayaran keseluruhan atau mana-mana bahagian cukai perkhidmatan yang boleh dikenakan dan dilevikan ke atas mana-mana perkhidmatan bercukai atau perkhidmatan digital yang diberikan atau mana-mana perkhidmatan bercukai diimport yang diperoleh; atau
mengarahkan Ketua Pengarah untuk membuat pembayaran balik kepada mana-mana orang atau golongan orang keseluruhan atau mana-mana bahagian cukai perkhidmatan atau penalti yang dibayar oleh orang atau golongan orang itu.
Jika orang berdaftar memberikan apa-apa perkhidmatan bercukai atau orang berdaftar asing memberikan apa-apa perkhidmatan digital kepada seseorang atau golongan orang yang dikecualikan di bawah subseksyen (1) atau perenggan (3)(a), orang berdaftar itu atau orang berdaftar asing itu hendaklah dikecualikan daripada mengenakan dan memungut cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar atas perkhidmatan bercukai atau perkhidmatan digital itu.
Jika mana-mana orang yang dikecualikan di bawah subseksyen (1) atau perenggan (3)(a) tidak mematuhi apa-apa syarat yang berhubungan dengan pengecualian itu, apa-apa cukai perkhidmatan yang menjadi perkara kepada pengecualian itu hendaklah menjadi genap masa dan kena dibayar oleh orang itu pada tarikh mana-mana syarat itu tidak dipatuhi.
Jika seseorang yang telah diberikan pengecualian di bawah subseksyen (1) atau perenggan (3)(a) telah membayar apa-apa cukai perkhidmatan yang berhubungan dengan pengecualian itu dan yang telah diberi kelulusan oleh Menteri bagi pembayaran balik amaun
60
Undang-Undang Malaysia cukai perkhidmatan yang telah dibayar, orang itu adalah berhak bagi pembayaran balik itu.
Pembayaran balik melalui pemotongan cukai perkhidmatan
Cukai Perkhidmatan 59
Jika selepas pemotongan dibuat di bawah subseksyen (1), terdapat apa-apa baki dalam amaun pembayaran balik, baki itu hendaklah dibayar balik kepada orang berdaftar itu oleh Ketua
Pengarah.
Walau apa pun subseksyen (2), Ketua Pengarah boleh memegang keseluruhan atau mana-mana bahagian amaun yang kena dibayar balik di bawah subseksyen (2) untuk dikreditkan kepada apa-apa tempoh bercukai berikutnya atau seterusnya dan Ketua
Pengarah hendaklah menganggap amaun yang dikreditkan itu sebagai pembayaran atau sebahagian pembayaran yang diterima daripada orang berdaftar itu.
Tuntutan bagi pembayaran balik cukai perkhidmatan berhubung dengan hutang lapuk
keseluruhan atau mana-mana bahagian cukai perkhidmatan yang kena dibayar kepada orang itu telah dihapus kira dalam akaunnya sebagai hutang lapuk; dan
Cukai Perkhidmatan 61
Ketua Pengarah berpuas hati bahawa segala usaha yang munasabah telah dibuat oleh orang itu untuk mendapatkan balik cukai perkhidmatan itu.
Jika orang yang membuat tuntutan bagi pembayaran balik di bawah subseksyen (1) berhubung dengan hutang lapuk—
tidak menerima apa-apa bayaran berkenaan dengan pemberian perkhidmatan bercukai itu, orang itu boleh membuat tuntutan bagi bayaran balik keseluruhan cukai perkhidmatan yang telah dibayar itu; atau
telah menerima apa-apa bayaran berkenaan pemberian perkhidmatan bercukai itu, orang itu boleh membuat tuntutan bagi perbezaan antara cukai perkhidmatan yang telah dibayar dengan amaun yang dikira mengikut formula yang berikut:
A x C
B iaitu A ialah bayaran yang diterima berkenaan dengan pemberian perkhidmatan bercukai itu;
B ialah nilai perkhidmatan bercukai itu ditambah dengan cukai perkhidmatan yang kena dibayar atas perkhidmatan bercukai itu; dan
C ialah cukai perkhidmatan yang kena dibayar atas perkhidmatan bercukai itu.
Orang yang disebut dalam subseksyen (1) boleh membuat tuntutan bagi pembayaran balik keseluruhan atau mana-mana bahagian apa-apa cukai perkhidmatan berhubung dengan hutang lapuk dalam masa enam tahun dari tarikh cukai perkhidmatan dibayar olehnya dan
62
Undang-Undang Malaysia
Ketua Pengarah boleh membayar balik keseluruhan atau mana-mana bahagian cukai perkhidmatan itu selepas berpuas hati bahawa orang itu telah membuktikan tuntutan itu dengan sewajarnya.
Bagi maksud seksyen ini, “hutang lapuk” ertinya amaun belum jelas bagi bayaran berkenaan dengan pemberian perkhidmatan bercukai termasuk cukai perkhidmatan yang terhutang kepada seseorang yang merupakan, atau telah terhenti menjadi, orang berdaftar tetapi tidak dibayar kepada, dan tidak boleh didapatkan balik oleh, orang itu.
Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.
Pembayaran semula cukai perkhidmatan berhubung dengan hutang lapuk
Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.
Pembayaran cukai perkhidmatan, dsb., yang terkurang dibayar atau dibayar balik secara silap
keseluruhan atau mana-mana bahagian apa-apa cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, surcaj yang terakru, atau penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar, di bawah Akta ini tidak dibayar oleh seseorang;
atau
keseluruhan atau mana-mana bahagian apa-apa cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, surcaj yang terakru, atau penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar, selepas bayaran dibuat, telah dibayar balik secara silap kepada seseorang,
Ketua Pengarah hendaklah menuntut daripada orang itu untuk membayar cukai perkhidmatan, surcaj, penalti, fi atau wang lain itu, atau cukai perkhidmatan, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang terkurang itu, atau untuk membayar semula bayaran balik yang dibayar kepadanya secara silap.
Tuntutan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dalam masa enam tahun dari tarikh—
cukai perkhidmatan, surcaj, penalti, fi atau wang lain itu telah kena dibayar, atau cukai perkhidmatan, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang terkurang itu telah dibayar; atau
Apabila tuntutan di bawah subseksyen (1) diterima, orang itu hendaklah—
membayar cukai perkhidmatan, surcaj, penalti, fi atau wang lain itu, atau cukai perkhidmatan, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang terkurang itu; atau
membayar semula bayaran balik yang telah dibayar secara silap kepadanya.
Pembayaran balik cukai perkhidmatan, dsb., yang terlebih bayar atau dibayar secara silap
telah terlebih bayar atau membayar secara silap apa-apa cukai perkhidmatan, surcaj, penalti, fi atau wang lain; atau
berhak untuk mendapatkan bayaran balik di bawah subseksyen 34(6) atau 40(3), boleh membuat tuntutan bagi pembayaran balik dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Suatu tuntutan bagi pembayaran balik di bawah subseksyen (1)
hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah dalam masa satu tahun dari masa—
berlakunya kelayakan terhadap pembayaran balik di bawah subseksyen 34(6) atau 40(3).
Ketua Pengarah boleh membuat apa-apa pembayaran balik berkenaan dengan tuntutan di bawah subseksyen (1) setelah berpuas hati bahawa orang itu telah membuktikan tuntutan itu dengan sewajarnya.
Cukai Perkhidmatan 65
Ketua Pengarah boleh mengurangkan atau tidak membenarkan apa-apa pembayaran balik yang terhutang berkenaan dengan tuntutan di bawah subseksyen (1) setakat yang pembayaran balik itu akan dengan tidak patut memperkaya orang yang disebut dalam subseksyen (1).
Suatu tuntutan bagi pembayaran balik di bawah seksyen ini hendaklah disokong oleh apa-apa keterangan sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.
Pembayaran balik cukai perkhidmatan, dsb., kepada orang berdaftar asing
Ketua
Pengarah hendaklah menganggap amaun yang dikreditkan itu sebagai pembayaran atau sebahagian pembayaran yang diterima daripada orang berdaftar asing itu.
Potongan daripada penyata bagi cukai perkhidmatan yang dibayar balik
Orang kena cukai itu hendaklah membuat potongan yang disebut dalam subseksyen (1) dalam masa satu tahun selepas pembayaran itu dibuat, atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah.
Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.
Peremitan cukai perkhidmatan, dsb.
Ketua
Pengarah boleh meremitkan keseluruhan atau mana-mana bahagian surcaj yang terakru, atau penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar, di bawah Akta ini jika difikirkan patut olehnya.
Jika seseorang yang telah diberikan peremitan di bawah subseksyen (1) atau (2) telah membayar apa-apa cukai perkhidmatan, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang berhubungan dengan peremitan itu, dia berhak kepada suatu pembayaran balik amaun cukai perkhidmatan, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang telah diremitkan itu.
Bahagian VII
Ketidakpakaian Bahagian VII
Bahagian ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.
Cukai Perkhidmatan 67
Ketetapan umum
Ketua Pengarah boleh menarik balik, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, apa-apa ketetapan umum yang dibuat di bawah seksyen ini.
Walau apa pun apa-apa peruntukan Akta ini, jika suatu ketetapan umum di bawah subseksyen (1) terpakai bagi mana-mana orang berhubung dengan suatu aktiviti perniagaan dan orang itu mengguna pakai peruntukan itu mengikut cara yang dinyatakan dalam ketetapan itu, Ketua Pengarah hendaklah mengguna pakai peruntukan itu berhubung dengan orang dan aktiviti perniagaan itu mengikut ketetapan itu.
Ketetapan kastam
prinsip-prinsip yang boleh diterima pakai bagi maksud penentuan nilai perkhidmatan bercukai;
apa-apa perkara lain sebagaimana yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah.
68
Undang-Undang Malaysia
Suatu permohonan bagi ketetapan kastam di bawah subseksyen (1) boleh dibuat—
Seorang pemohon boleh menarik balik permohonannya pada bila-bila masa sebelum suatu ketetapan kastam dibuat dan apa-apa pembayaran yang telah dibuat yang berhubungan dengan permohonan bagi ketetapan kastam itu hendaklah dilucuthakkan oleh Ketua
Pengarah.
Membuat ketetapan kastam
Apa-apa ketetapan kastam yang dibuat di bawah subseksyen (1)
boleh tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah.
Ketua Pengarah boleh menolak untuk membuat ketetapan kastam jika, pada pendapatnya—
maklumat yang diberikan oleh pemohon adalah tidak mencukupi untuk berbuat demikian;
apa-apa rayuan yang belum selesai di bawah seksyen 81
melibatkan hal perkara yang disebut dalam permohonan itu.
Cukai Perkhidmatan 69
Pindaan, pengubahsuaian atau pembatalan ketetapan kastam
terdapat perubahan dalam undang-undang yang berhubungan dengan cukai perkhidmatan; atau
terdapat perubahan dalam fakta material atau hal keadaan yang menjadi asas kepada ketetapan kastam itu.
Ketua Pengarah hendaklah, sebaik selepas membuat pindaan, pengubahsuaian atau pembatalan itu, memberikan notis secara bertulis kepada pemohon yang disebut dalam seksyen 42 mengenai pindaan, pengubahsuaian atau pembatalan itu dan ketetapan kastam yang dipinda, diubah suai atau dibatalkan itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan dalam notis itu.
Walau apa pun subseksyen (2) dan tertakluk pada seksyen 38, jika pindaan, pengubahsuaian atau pembatalan suatu ketetapan kastam mempunyai kesan dalam mengurangkan apa-apa tanggungan cukai perkhidmatan berkenaan dengan mana-mana perkhidmatan bercukai, apa-apa cukai perkhidmatan yang lebih tinggi yang telah dibayar hendaklah dianggap seolah-olah cukai perkhidmatan yang lebih tinggi itu telah tersilap bayar.
Ketua Pengarah hendaklah mengisytiharkan ketetapan kastam terbatal, dsb.
Ketua Pengarah hendaklah, melalui suatu notis, mengisytiharkan suatu ketetapan kastam yang dibuat di bawah seksyen 43 adalah terbatal, tidak sah dan tidak mempunyai kesan jika ketetapan itu telah
70
Undang-Undang Malaysia didapatkan oleh pemohon yang disebut dalam seksyen 42 melalui fraud, salah nyataan atau pemalsuan fakta.
Ketetapan kastam yang berbeza mengenai hal perkara yang sama
Jika pemohon yang disebut dalam seksyen 42 menerima dua atau lebih ketetapan kastam yang berbeza mengenai hal perkara yang sama, ketetapan-ketetapan itu hendaklah dianggap sebagai terbatal dan tidak sah, dan pemohon itu hendaklah dengan segera memberitahu Ketua
Pengarah yang hendaklah, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pemberitahuan itu, membuat suatu ketetapan kastam yang baharu.
Bahagian VIII
Ketidakpakaian Bahagian VIII
Bahagian ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.
Tafsiran
Dalam Bahagian ini, “Malaysia” tidak termasuk kawasan ditetapkan dan kawasan khas.
Perkhidmatan bercukai yang diberikan di dalam atau di antara kawasan ditetapkan, dsb.
Walau apa pun seksyen 7, tiada cukai perkhidmatan boleh dikenakan dan dilevikan ke atas apa-apa perkhidmatan bercukai yang diberikan di dalam atau di antara kawasan ditetapkan atau di antara kawasan ditetapkan dengan kawasan khas melainkan jika Menteri menetapkan selainnya melalui suatu perintah di bawah seksyen 51.
Cukai Perkhidmatan 71
Perkhidmatan bercukai yang diberikan oleh orang yang tempat perniagaan utamanya terletak di kawasan ditetapkan
Cukai perkhidmatan hendaklah dikenakan oleh mana-mana orang yang tempat perniagaan utamanya terletak di kawasan ditetapkan ke atas apa-apa perkhidmatan bercukai yang diberikan olehnya di dalam Malaysia.
Perkhidmatan bercukai yang diberikan ke kawasan ditetapkan oleh orang berdaftar yang tempat perniagaan utamanya terletak di Malaysia
Cukai perkhidmatan hendaklah dikenakan oleh mana-mana orang berdaftar yang tempat perniagaan utamanya terletak di Malaysia yang memberikan apa-apa perkhidmatan bercukai ke kawasan ditetapkan.
Kuasa Menteri untuk mengenakan cukai perkhidmatan
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan apa-apa perkhidmatan yang diberikan di dalam atau di antara kawasan ditetapkan atau di antara kawasan ditetapkan dengan kawasan khas supaya dikenakan cukai perkhidmatan.
Bahagian IX
Ketidakpakaian Bahagian IX
Bahagian ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.
72
Undang-Undang Malaysia
Tafsiran
Dalam Bahagian ini, “Malaysia” tidak termasuk kawasan khas dan kawasan ditetapkan.
Perkhidmatan bercukai yang diberikan di dalam atau di antara kawasan khas, dsb.
Walau apa pun seksyen 7, tiada cukai perkhidmatan boleh dikenakan dan dilevikan ke atas apa-apa perkhidmatan bercukai yang diberikan di dalam atau di antara kawasan khas atau di antara kawasan khas dengan kawasan ditetapkan melainkan jika Menteri menetapkan selainnya melalui suatu perintah di bawah seksyen 56.
Perkhidmatan bercukai yang diberikan oleh orang yang tempat perniagaan utamanya terletak di kawasan khas
Cukai perkhidmatan hendaklah dikenakan oleh mana-mana orang yang tempat perniagaan utamanya terletak di kawasan khas ke atas apa-apa perkhidmatan bercukai yang diberikan olehnya di dalam
Malaysia.
Perkhidmatan bercukai yang diberikan ke kawasan khas oleh orang berdaftar yang tempat perniagaan utamanya terletak di Malaysia
Cukai perkhidmatan hendaklah dikenakan oleh mana-mana orang berdaftar yang tempat perniagaan utamanya terletak di Malaysia yang memberikan apa-apa perkhidmatan bercukai ke kawasan khas.
Kuasa Menteri untuk mengenakan cukai perkhidmatan
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan apa-apa perkhidmatan yang diberikan di dalam atau
Cukai Perkhidmatan 73
di antara kawasan khas atau di antara kawasan khas dengan kawasan ditetapkan supaya dikenakan cukai perkhidmatan.
Nilai perkhidmatan digital yang baginya cukai perkhidmatan kena dibayar hendaklah nilai yang dikenakan oleh orang berdaftar asing itu.
Cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan digital hendaklah dikenakan dan dilevikan pada kadar yang ditetapkan mengikut subseksyen 10(2) dengan merujuk kepada nilai yang dikenakan oleh orang berdaftar asing itu.
Cukai perkhidmatan yang dikenakan ke atas perkhidmatan digital yang diberikan kepada pengguna hendaklah menjadi genap masa pada masa pembayaran bagi perkhidmatan digital itu diterima oleh orang berdaftar asing itu.
Ketua Pengarah boleh, atas permohonan secara bertulis oleh mana-mana orang berdaftar asing dan tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkan patut olehnya, meluluskan cukai perkhidmatan berkenaan dengan apa-apa perkhidmatan digital yang diberikan oleh orang berdaftar asing itu menjadi genap masa pada masa invois itu dikeluarkan.
74
Undang-Undang Malaysia
Jika orang berdaftar asing terhenti daripada bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 56D, cukai perkhidmatan hendaklah menjadi genap masa dan kena dibayar pada hari penyata itu dikemukakan kepada Ketua Pengarah di bawah subseksyen 56H(4A).
Mana-mana orang berdaftar asing yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Tanggungan untuk berdaftar
Mana-mana pemberi perkhidmatan asing yang memberikan apa-apa perkhidmatan digital kepada seseorang pengguna bertanggungan untuk berdaftar pada masa yang berikut, mana-mana yang lebih awal:
pada akhir mana-mana bulan, jika jumlah nilai semua perkhidmatan digital yang diberikan olehnya dalam bulan itu dan sebelas bulan sebaik sebelum bulan itu telah melebihi jumlah nilai perkhidmatan digital yang ditetapkan di bawah subseksyen (1); atau
pada akhir mana-mana bulan, jika terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa jumlah nilai semua perkhidmatan digital yang diberikan olehnya dalam bulan itu dan sebelas bulan sebaik selepas bulan itu akan melebihi jumlah perkhidmatan digital yang ditetapkan di bawah subseksyen (1).
Jumlah nilai semua perkhidmatan digital yang diberikan oleh seorang pemberi perkhidmatan asing kepada seorang pengguna dalam
Cukai Perkhidmatan 75
bulan itu dan sebelas bulan sebaik sebelum bulan itu yang disebut dalam perenggan (2)(a) tidak diambil kira jika—
pendaftaran pemberi perkhidmatan asing itu dibatalkan, selain di bawah subseksyen 56F(3), dalam tempoh itu; dan
Ketua Pengarah berpuas hati bahawa sebelum pendaftaran pemberi perkhidmatan asing itu dibatalkan, pemberi perkhidmatan asing itu telah memberikan semua maklumat yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah bagi menentukan sama ada untuk membatalkan pendaftaran itu atau tidak.
Permohonan bagi pendaftaran pemberi perkhidmatan asing
Apabila permohonan di bawah subseksyen (1) diterima, Ketua
Pengarah boleh meluluskan permohonan itu dari apa-apa tarikh sebagaimana yang ditentukan olehnya dan tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkan patut olehnya.
Ketua
Pengarah hendaklah mendaftarkan pemberi perkhidmatan asing di bawah subseksyen (1) berkuat kuasa dari hari pertama bagi bulan selepas bulan yang permohonan di bawah subseksyen (1) dibuat atau dari apa-apa tarikh yang lebih awal sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah tetapi tarikh itu tidak boleh lebih awal daripada tarikh pemberi perkhidmatan asing itu menjadi bertanggungan untuk berdaftar.
Mana-mana pemberi perkhidmatan asing yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau
76
Undang-Undang Malaysia dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Pemberhentian tanggungan untuk berdaftar
Mana-mana orang berdaftar asing hendaklah terhenti daripada bertanggungan untuk berdaftar jika—
Ketua Pengarah berpuas hati bahawa dia telah berhenti memberikan perkhidmatan digital;
(aa) Ketua Pengarah berpuas hati bahawa jumlah nilai semua perkhidmatan digital yang diberikan olehnya dalam bulan itu dan sebelas bulan sebaik sebelum bulan itu tidak melebihi jumlah nilai perkhidmatan digital yang ditetapkan di bawah subseksyen 56B(1); atau
dia telah didaftarkan di bawah subseksyen 13(2) atau (4).
Pemberitahuan pemberhentian tanggungan
berhenti memberikan perkhidmatan digital;
(aa) terhenti daripada bertanggungan untuk berdaftar di bawah perenggan 56D(aa); atau
telah didaftarkan di bawah subseksyen 13(2) atau (4), hendaklah memberitahu Ketua Pengarah secara bertulis mengenai hakikat itu dan tarikh pemberhentian itu dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pemberhentian itu.
Mana-mana orang berdaftar asing yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit
Cukai Perkhidmatan 77
atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Pembatalan pendaftaran
Jika tiada pemberitahuan dibuat di bawah seksyen 56E dan
Ketua Pengarah berpuas hati bahawa orang berdaftar asing telah terhenti bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 56D, Ketua
Pengarah boleh membatalkan pendaftaran orang berdaftar asing itu dari tarikh orang berdaftar asing itu terhenti bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 56D atau dari apa-apa tarikh terkemudian sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa pada hari pemberi perkhidmatan asing didaftarkan, pemberi perkhidmatan asing itu tidak bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 56C atau telah terhenti bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 56D, Ketua
Pengarah boleh membatalkan pendaftaran pemberi perkhidmatan asing itu berkuat kuasa dari tarikh sebagaimana yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah dalam pemberitahuan secara bertulis kepada pemberi perkhidmatan asing itu.
Pengeluaran invois
Invois atau dokumen yang disebut dalam subseksyen (1) boleh dikeluarkan secara elektronik atau dalam bentuk kertas.
Mana-mana orang berdaftar asing yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Nota kredit dan nota debit
56GA. Jika apa-apa perkhidmatan bercukai diberikan oleh mana-mana orang berdaftar asing yang melibatkan pengeluaran dan penerimaan nota kredit atau nota debit di bawah hal keadaan dan syarat yang ditetapkan, orang berdaftar asing itu hendaklah membuat potongan atau tambahan cukai perkhidmatan dalam penyatanya dengan sewajarnya, dan nota kredit dan nota debit itu hendaklah mengandungi butir-butir yang ditetapkan.
Tempoh bercukai dan pengakaunan cukai perkhidmatan
Undang-Undang Malaysia
Orang berdaftar asing boleh memohon secara bertulis kepada
Ketua Pengarah untuk suatu tempoh bercukai selain tempoh sebagaimana yang ditentukan di bawah subseksyen (1).
Ketua Pengarah boleh, apabila apa-apa permohonan di bawah subseksyen (2) diterima—
membenarkan permohonan itu dan tempoh bercukai hendaklah tempoh sebagaimana yang dipohon;
Cukai Perkhidmatan 79
menolak permohonan itu dan tempoh bercukai hendaklah kekal sebagaimana yang ditentukan di bawah subseksyen (1); atau
Ketua Pengarah boleh, sebagaimana yang difikirkan patut olehnya, menentukan semula mana-mana tempoh bercukai selain tempoh yang telah ditentukan di bawah subseksyen (1) atau (3) bagi orang berdaftar asing.
Orang berdaftar asing hendaklah, berkenaan dengan tempoh bercukainya, mengakaunkan cukai perkhidmatan yang genap masa, dalam suatu penyata, sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua
Pengarah dan penyata itu hendaklah dikemukakan kepada Ketua
Pengarah mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah tidak lewat daripada hari terakhir bulan selepas berakhirnya tempoh bercukainya yang berhubungan dengan penyata itu.
Orang berdaftar asing yang terhenti daripada bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 56D hendaklah mengemukakan penyata tidak lewat daripada tiga puluh hari atau apa-apa tarikh terkemudian mengandungi butir-butir sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah berkenaan dengan bahagian tempoh bercukai yang terakhir itu yang dalamnya orang berdaftar asing itu didaftarkan.
Tertakluk pada subseksyen (4) dan (4A), suatu penyata hendaklah disifatkan telah dikemukakan apabila penyata itu telah diterima oleh Ketua Pengarah dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Jika tempoh bercukai telah diubah di bawah perenggan (3)(c)
dan walau apa pun subseksyen (4), penyata itu hendaklah dikemukakan tidak lewat daripada hari terakhir bulan selepas berakhirnya tempoh bercukai yang diubah itu.
Penyata yang disebut dalam subseksyen (4), (4A) dan (5)
hendaklah dikemukakan sama ada terdapat cukai perkhidmatan yang kena dibayar atau tidak.
80
Undang-Undang Malaysia
Mana-mana orang berdaftar asing yang—
mengemukakan suatu penyata yang tidak betul, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Pembayaran cukai perkhidmatan
Jika apa-apa cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya oleh orang berdaftar asing itu selepas hari terakhir cukai perkhidmatan itu genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (1) dan tiada pendakwaan dimulakan, orang berdaftar asing itu hendaklah membayar—
untuk tempoh tiga puluh hari pertama yang cukai perkhidmatan itu tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya selepas habis tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (1), suatu penalti sebanyak sepuluh peratus daripada amaun cukai perkhidmatan itu yang masih belum dibayar;
untuk tempoh tiga puluh hari kedua yang cukai perkhidmatan itu tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya selepas habis tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (1), suatu penalti tambahan sebanyak lima belas peratus daripada amaun cukai perkhidmatan itu yang masih belum dibayar; dan
Cukai Perkhidmatan 81
untuk tempoh tiga puluh hari ketiga yang cukai perkhidmatan itu tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya selepas habis tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (1), suatu penalti tambahan sebanyak lima belas peratus daripada amaun cukai perkhidmatan itu yang masih belum dibayar.
Mana-mana orang berdaftar asing yang tidak membayar kepada
Ketua Pengarah amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Tertakluk pada subseksyen (6), pendakwaan bagi kesalahan di bawah subseksyen (3) boleh dimulakan selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (2)(c).
Sebagai tambahan kepada apa-apa denda yang dikenakan oleh mahkamah di bawah subseksyen (3), mahkamah boleh memerintahkan supaya mana-mana orang berdaftar asing yang disabitkan dengan kesalahan di bawah subseksyen (3) untuk membayar penalti yang dinyatakan dalam subseksyen (2).
Tiada pendakwaan bagi kesalahan di bawah subseksyen (3)
boleh dimulakan terhadap mana-mana orang berdaftar asing yang telah membayar amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, dan penalti yang dinyatakan di bawah subseksyen (2) dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (2).
Kewajipan untuk menyimpan rekod
semua rekod pemberian perkhidmatan digital oleh orang berdaftar asing itu termasuk invois dan resit; dan
Apa-apa rekod yang disimpan di bawah seksyen ini hendaklah dipelihara bagi tempoh tujuh tahun dari tarikh terakhir yang berhubungan dengan rekod itu.
Jika rekod itu adalah dalam bentuk yang boleh dibaca secara elektronik, rekod itu hendaklah disimpan mengikut apa-apa cara yang membolehkan rekod itu mudah diakses dan boleh ditukar ke dalam bentuk tulisan.
Suatu salinan rekod itu boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding setakat yang sama sebagaimana rekod itu sendiri.
Mana-mana orang berdaftar asing yang melanggar subseksyen (1), (2) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Penyampaian notis, dsb., ke atas orang berdaftar asing
Undang-Undang Malaysia
Tiap-tiap notis, arahan atau apa-apa dokumen lain yang dikehendaki oleh Akta ini untuk disampaikan ke atas orang berdaftar asing boleh disampaikan melalui perkhidmatan elektronik di bawah seksyen 87.
Cukai Perkhidmatan 83
Bahagian X
Orang terikat untuk memberikan maklumat
Tiap-tiap orang yang dikehendaki oleh pegawai cukai perkhidmatan yang hak untuk mengemukakan apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda yang dalam kuasa orang itu untuk mengemukakannya, dan yang merupakan—
barang, dokumen, artikel atau benda yang digunakan dalam mana-mana transaksi atau perkara lain yang berhubungan dengan cukai perkhidmatan; atau
barang, dokumen, artikel atau benda yang menjadi kewajipan pegawai cukai perkhidmatan yang hak untuk menyiasat di bawah Akta ini, hendaklah mengemukakan barang, dokumen, artikel atau benda itu.
Jika apa-apa maklumat, barang, dokumen, artikel atau benda bukan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, mana-mana pegawai cukai perkhidmatan yang hak boleh melalui notis secara bertulis menghendaki orang itu atau mana-mana orang lain untuk mengemukakan dalam tempoh yang munasabah suatu terjemahan bagi maklumat, barang, dokumen, artikel atau benda itu dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris sebagaimana yang ditentukan oleh pegawai cukai perkhidmatan yang hak itu.
Mana-mana orang—
yang tidak mengemukakan suatu terjemahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (3), melakukan suatu kesalahan.
Akses kepada tempat atau premis
Jika mana-mana pegawai kanan cukai perkhidmatan menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1), orang yang menjalankan perniagaannya atau mana-mana orang lain yang berada di tempat atau di premis pada masa ia dimasuki hendaklah memberikan kepada pegawai itu segala kemudahan dan bantuan yang munasabah untuk menjalankan kewajipannya di bawah seksyen ini.
Jika mana-mana pegawai kanan cukai perkhidmatan memasuki mana-mana tempat atau premis mengikut seksyen ini, dia boleh—
menghendaki orang yang memberi perkhidmatan yang menjalankan perniagaannya di tempat atau di premis itu atau mana-mana orang lain yang berada di tempat atau di premis itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk mengemukakan apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda, yang orang itu dikehendaki untuk menyimpannya di bawah peruntukan Akta ini, atau yang berhubungan dengan mana-mana perkhidmatan bercukai;
memeriksa apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda dan mengambil salinan apa-apa dokumen;
menyita dan menahan apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda yang, pada pendapatnya, boleh memberikan keterangan mengenai pelakuan apa-apa kesalahan di bawah
Akta ini;
Cukai Perkhidmatan 85
menghendaki orang yang memberi perkhidmatan yang menjalankan perniagaannya di tempat atau di premis itu atau mana-mana orang lain yang berada di tempat atau di premis itu, atau mana-mana orang yang diambil kerja oleh orang itu untuk menjawab soalan yang berhubungan dengan apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda, atau apa-apa catatan dalam mana-mana dokumen, atau mana-mana perkhidmatan bercukai;
menghendaki apa-apa bekas, sampul atau bekas muatan lain di tempat atau premis itu dibuka; atau
atas risiko dan perbelanjaan orang yang memberi perkhidmatan yang menjalankan perniagaannya di tempat atau di premis itu atau mana-mana orang yang berada di tempat atau di premis itu, membuka dan memeriksa apa-apa bungkusan, atau apa-apa barang atau bahan, di tempat atau di premis itu.
Jika pegawai kanan cukai perkhidmatan yang bertindak di bawah seksyen ini tidak mendapat akses kepada mana-mana tempat atau premis di mana seseorang yang memberi perkhidmatan menjalankan perniagaannya, atau kepada mana-mana bekas muatan yang terdapat di dalam tempat atau premis itu, dia boleh, pada bila-bila masa, memasuki tempat atau premis itu, dan membuka bekas muatan itu mengikut apa-apa cara, jika perlu dengan kekerasan, sebagaimana yang difikirkan perlu olehnya.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan.
Akses kepada maklumat berekod atau data berkomputer
Sebagai tambahan, seseorang pegawai kanan cukai perkhidmatan yang menjalankan kuasanya di bawah seksyen 58, 60
dan 61—
boleh memeriksa pengendalian mana-mana komputer dan apa-apa perkakas atau bahan yang berkaitan yang dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki digunakan atau telah digunakan berkaitan dengan maklumat atau data itu; dan
orang yang olehnya atau bagi pihaknya pegawai kanan cukai perkhidmatan itu mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki komputer itu digunakan atau telah digunakan berkaitan dengan maklumat atau data itu; atau
orang yang menjaga, atau selainnya terlibat dalam, pengendalian komputer, perkakas atau bahan itu berkaitan dengan maklumat atau data itu, untuk memberi pegawai itu apa-apa bantuan yang munasabah sebagaimana yang dikehendaki olehnya bagi maksud seksyen ini.
Bagi maksud subseksyen (1), “akses” termasuklah diberi kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang diperlukan untuk membolehkan maklumat berekod atau data berkomputer itu difahami.
Majistret boleh mengeluarkan waran geledah
Undang-Undang Malaysia
untuk memasuki tempat, premis atau pengangkut itu dan untuk menggeledah dan menyita barang, dokumen, artikel atau benda itu; dan
untuk menangkap mana-mana orang yang berada di dalam tempat, premis atau pengangkut itu yang dalam milikannya barang, dokumen, artikel atau benda itu dijumpai atau yang disyaki dengan munasabah sebagai telah menyembunyikan atau menyimpan barang, dokumen, artikel atau benda itu.
Pegawai kanan cukai perkhidmatan yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) boleh, jika perlu untuk berbuat demikian—
memecah buka mana-mana pintu luar atau pintu dalam tempat, premis atau pengangkut itu dan memasuki tiap-tiap bahagiannya, jika perlu dengan kekerasan;
mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan untuk menggeledah atau menyita sebagaimana yang dia diberi kuasa untuk melakukannya; dan
menahan tiap-tiap orang yang dijumpai di dalam tempat, premis atau pengangkut itu sehingga penggeledahan itu selesai.
Penggeledahan boleh dilakukan tanpa waran
Apabila pegawai kanan cukai perkhidmatan mendapati bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa di dalam mana-mana tempat, premis atau pengangkut ada disembunyikan atau disimpan apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda yang boleh memberikan keterangan mengenai pelakuan apa-apa kesalahan
88
Undang-Undang Malaysia di bawah Akta ini dan jika dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelewatan dalam memperoleh suatu waran geledah barang, dokumen, artikel atau benda itu mungkin akan dipindahkan, dia boleh menjalankan dalam, ke atas dan berkenaan dengan tempat, premis atau pengangkut itu, semua kuasa di bawah seksyen 60 mengikut cara yang sama seolah-olah dia telah diberi kuasa untuk berbuat sedemikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.
Penyitaan barang, dsb.
semua barang, dokumen, artikel atau benda yang berkenaan dengannya pegawai cukai perkhidmatan yang hak itu mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa telah berlaku apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, apa-apa pelanggaran mana-mana peruntukan Akta ini, atau apa-apa kemungkiran mana-mana syarat yang tertakluk padanya suatu pendaftaran telah diluluskan di bawah seksyen 13 dan 14; dan
apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda lain yang semunasabahnya dipercayai mempunyai kesan terhadap kesalahan, pelanggaran atau kemungkiran yang disebut dalam perenggan (a).
Bilamana apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda disita di bawah Akta ini, pegawai cukai perkhidmatan yang hak hendaklah dengan serta-merta memberikan notis secara bertulis tentang penyitaan itu dan alasan penyitaan itu kepada pemunya barang, dokumen, artikel atau benda itu, jika diketahui, sama ada dengan menyampaikan notis itu kepadanya secara ke diri atau melalui pos ke tempat kediamannya.
Peruntukan seksyen ini yang berhubungan dengan penyitaan apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda hendaklah terpakai bagi semua kandungan apa-apa bekas muatan, bungkusan atau pengangkut
Cukai Perkhidmatan 89
yang di dalamnya barang, dokumen, artikel atau benda itu dijumpai, dan apa-apa artikel yang digunakan untuk menyembunyikan barang, dokumen, artikel atau benda itu.
Jika seseorang pegawai kanan cukai perkhidmatan berpuas hati bahawa barang, dokumen, artikel atau benda yang disita itu tidak dikehendaki bagi maksud siasatan, pendakwaan atau mana-mana prosiding di bawah Akta ini, dia boleh memulangkan semula barang, dokumen, artikel atau benda itu kepada—
orang yang daripada milikan, jagaan atau kawalannya, barang, dokumen, artikel atau benda itu disita.
Kuasa untuk mengelak
Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecah, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (1) atau memindahkan barang, dokumen, artikel, benda, bekas muatan, bungkusan atau pengangkut yang dilak itu, atau cuba untuk berbuat demikian, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.
Kuasa menangkap
mana-mana orang yang didapati melakukan atau cuba untuk melakukan, atau mengambil kerja atau menolong mana-mana orang untuk melakukan, atau bersubahat dalam pelakuan, suatu kesalahan di bawah Akta ini;
mana-mana orang yang disyakinya dengan munasabah ada dalam milikannya apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda yang boleh disita di bawah Akta ini; atau
mana-mana orang yang disyakinya dengan munasabah telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Pegawai cukai perkhidmatan yang hak boleh memeriksa atau menyebabkan supaya diperiksa mana-mana orang yang ditangkap di bawah subseksyen (1) dengan syarat bahawa—
mana-mana orang yang meminta supaya dirinya diperiksa dengan kehadiran seorang pegawai kanan cukai perkhidmatan tidak boleh diperiksa kecuali dengan kehadiran dan di bawah penyeliaan pegawai kanan cukai perkhidmatan itu, tetapi orang itu boleh ditahan sehingga ketibaan pegawai kanan cukai perkhidmatan itu, atau dibawa ke mana-mana pejabat atau balai polis di mana pegawai kanan cukai perkhidmatan itu boleh ditemui;
barang dan bagasi orang yang meminta dirinya hadir semasa barang dan bagasi itu diperiksa dan dia menghadirkan dirinya dalam masa yang munasabah tidak boleh diperiksa kecuali dengan kehadirannya; dan
tiada seorang pun boleh diperiksa kecuali oleh seorang yang lain yang sama jantina, dan pemeriksaan itu hendaklah dijalankan dengan memberikan perhatian teliti kepada kesopanan.
Mana-mana pegawai cukai perkhidmatan yang hak yang membuat tangkapan di bawah subseksyen (1) hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak perlu, membawa orang yang ditangkap itu ke balai polis yang paling hampir, dan selepas itu orang itu hendaklah
Cukai Perkhidmatan 91
diperlakukan mengikut undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah yang sedang berkuat kuasa.
Jika mana-mana orang yang boleh ditangkap di bawah Akta ini tidak ditangkap pada masa pelakuan kesalahan yang baginya dia boleh ditangkap sedemikian, atau selepas ditangkap dia melepaskan dirinya, dia boleh pada bila-bila masa selepas itu ditangkap dan diperlakukan seolah-olah dia telah ditangkap pada masa dia melakukan kesalahan itu.
Mana-mana pegawai cukai perkhidmatan yang hak boleh menyebabkan supaya diambil gambar, kesan jari dan ibu jari dan apa-apa bentuk pengenalan lain yang mungkin dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain mana-mana orang yang dipertuduh atas suatu kesalahan terhadap Akta ini.
Tiap-tiap orang yang ditangkap sedemikian boleh dilepaskan daripada jagaan—
apabila dia mendepositkan apa-apa jumlah wang yang munasabah sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai cukai perkhidmatan yang hak;
apabila dia menyempurnakan suatu bon, dengan mana-mana penjamin atau penjamin-penjamin, sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai cukai perkhidmatan yang hak; atau
apabila dia mendepositkan apa-apa jumlah wang yang munasabah sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai cukai perkhidmatan yang hak dan dia menyempurnakan suatu bon, dengan mana-mana penjamin atau penjamin-penjamin, sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai cukai perkhidmatan yang hak.
Mana-mana orang yang telah dilepaskan daripada jagaan di bawah subseksyen (6) boleh ditangkap tanpa waran oleh mana-mana pegawai cukai perkhidmatan yang hak—
92
Undang-Undang Malaysia
jika pegawai itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana syarat yang tertakluk padanya orang itu dilepaskan atau selainnya dibenarkan untuk dijamin telah atau berkemungkinan akan dimungkiri;
atau
apabila diberitahu secara bertulis oleh penjamin orang itu bahawa orang itu berkemungkinan akan memungkiri mana-mana syarat yang tertakluk padanya orang itu dilepaskan dan bahawa penjamin itu berhasrat untuk dilepaskan daripada obligasinya sebagai penjamin.
Kuasa tambahan
Undang-Undang Malaysia
Bagi maksud Akta ini –
jika sesuatu perintah, perakuan atau apa-apa perbuatan lain dikehendaki supaya diberikan, dikeluarkan atau dilakukan oleh seseorang pegawai penjaga Daerah Polis di bawah mana-mana undang-undang bertulis, perintah, perakuan atau perbuatan itu boleh diberikan, dikeluarkan atau dilakukan oleh seorang pegawai kanan cukai perkhidmatan, dan bagi maksud itu, tempat perintah, perakuan atau perbuatan itu diberikan, dikeluarkan atau dilakukan hendaklah disifatkan sebagai Daerah Polis di bawah jagaannya; dan
seseorang pegawai cukai perkhidmatan yang hak hendaklah mempunyai segala kuasa yang diberikan kepada seseorang pegawai penjaga balai polis di bawah mana-mana
Cukai Perkhidmatan 93
undang-undang bertulis, dan bagi maksud itu pejabat pegawai itu hendaklah disifatkan sebagai suatu balai polis.
Kuasa penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan
Bagi maksud Akta ini, seseorang pegawai kanan cukai perkhidmatan hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis yang apa jua pun pangkatnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] berhubung dengan penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan, dan kuasa yang sedemikian hendaklah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan tidak mengurangkan kuasanya.
Bahagian XI
Bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, Mahkamah Sesyen hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dan mengenakan hukuman di bawah Akta ini bagi mana-mana kesalahan itu.
Keterangan melalui perakuan, dsb.
Apa-apa perakuan yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah yang menyatakan bahawa—
seseorang adalah atau tidak, pada mana-mana tarikh, didaftarkan di bawah Akta ini;
apa-apa penyata atau perisytiharan tidak dikemukakan atau telah tidak dikemukakan pada mana-mana tarikh;
94
Undang-Undang Malaysia
apa-apa cukai perkhidmatan yang ditunjukkan sebagai genap masa dan kena dibayar dalam apa-apa penyata, perisytiharan atau taksiran tidak dibayar;
apa-apa penalti dan amaun penalti yang ditunjukkan sebagai terhutang daripada seseorang yang dinamakan dalam perakuan itu; atau
apa-apa ketetapan umum dibuat di bawah seksyen 41 atau ketetapan kastam dibuat di bawah seksyen 43, hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalam perakuan itu tanpa dibuktikan tandatangan pada perakuan itu.
Keterangan ejen provokasi boleh diterima
Walau apa pun mana-mana rukun undang-undang atau peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, dan ejen provokasi itu ialah seorang pegawai polis yang apa jua pangkatnya atau pegawai cukai perkhidmatan, apa-apa pernyataan, sama ada lisan atau bertulis yang dibuat kepada ejen provokasi oleh mana-mana orang yang kemudiannya dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh diterima sebagai keterangan semasa perbicaraannya.
Cukai Perkhidmatan 95
Obligasi kerahsiaan
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.
Perlindungan pemberi maklumat daripada diketahui
Jika mana-mana dokumen yang dikemukakan sebagai keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan yang dalamnya mana-mana pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin membawa kepada dirinya diketahui, mahkamah hendaklah menyebabkan semua petikan itu disembunyikan daripada pandangan atau dipadamkan setakat yang perlu bagi melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui.
96
Undang-Undang Malaysia
Jika dalam perbicaraan bagi apa-apa kesalahan di bawah
Akta ini, mahkamah, selepas pemeriksaan penuh tentang kes itu, mempercayai bahawa pemberi maklumat membuat dengan sengaja dalam aduannya suatu pernyataan material yang diketahuinya sebagai palsu atau tidak dipercayainya sebagai benar, atau jika dalam apa-apa prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak boleh dilaksanakan sepenuhnya antara pihak-pihak dalam prosiding itu tanpa pemberi maklumat itu diketahui, adalah sah bagi mahkamah untuk menghendaki pengemukaan aduan asal, jika secara bertulis, dan membenarkan pemeriksaan, dan menghendaki penzahiran penuh berkenaan dengan pemberi maklumat itu.
Beban pembuktian
Jika apa-apa pertikaian timbul dalam mana-mana pendakwaan sama ada—
apa-apa pemberian perkhidmatan tidak bertanggungan kepada cukai perkhidmatan yang boleh dikenakan di bawah
Akta ini;
(ba) apa-apa perkhidmatan yang diperoleh oleh mana-mana orang di Malaysia daripada mana-mana orang yang berada di luar Malaysia tidak bertanggungan kepada cukai perkhidmatan yang boleh dikenakan di bawah Akta ini;
apa-apa nilai yang ke atasnya cukai perkhidmatan boleh dikenakan di bawah Akta ini; atau
apa-apa amaun cukai perkhidmatan yang boleh dikenakan di bawah Akta ini tertakluk pada apa-apa pemotongan, beban pembuktian bagi pertikaian itu hendaklah terletak pada tertuduh.
Cukai Perkhidmatan 97
Perintah mahkamah
Sebagai tambahan kepada subseksyen (1), mahkamah mempunyai bidang kuasa sivil setakat amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar itu, atau penalti yang kena dibayar itu dan perintah itu boleh dikuatkuasakan dalam segala hal sebagai suatu penghakiman muktamad mahkamah yang memihak kepada
Ketua Pengarah.
Jika mana-mana orang didapati tidak bersalah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini, dan jika dia telah membayar amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar atau penalti yang kena dibayar di bawah Akta ini menurut seksyen 85 berkenaan dengan kesalahan yang dipertuduh, mahkamah boleh memerintahkan supaya amaun yang telah dibayar itu dibayar balik kepada orang itu jika tiada notis rayuan difailkan.
Pemenjaraan kerana tidak membayar denda
Walau apa pun seksyen 283 dan 284 Kanun Tatacara Jenayah, tempoh pemenjaraan yang dikenakan oleh mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa denda yang tidak dibayar di bawah Akta ini, atau berkenaan dengan keingkaran suatu distres yang mencukupi untuk membayar apa-apa denda sedemikian, adalah apa-apa tempoh dalam apa-apa perihalan, yang pada pendapat mahkamah akan mencapai keadilan bagi kes itu, tetapi tidak boleh dalam mana-mana hal melebihi tempoh maksimum yang berikut:
98
jika denda itu tidak melebihi lima ribu ringgit, tempoh maksimum hendaklah dua bulan;
jika denda itu melebihi lima ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, tempoh maksimum hendaklah empat bulan;
jika denda itu melebihi sepuluh ribu ringgit tetapi tidak melebihi dua puluh ribu ringgit, tempoh maksimum hendaklah enam bulan, dengan dua bulan tambahan bagi tiap-tiap sepuluh ribu ringgit selepas dua puluh ribu ringgit yang pertama denda itu.
Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan balik melainkan jika penyitaan dibuat tanpa sebab yang munasabah atau sebab yang barangkali
Undang-Undang Malaysia
Tiada seorang pun, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda dalam menjalankan atau berupa sebagai menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak untuk mendapatkan kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau relief lain, selain suatu perintah bagi pemulangan barang, dokumen, artikel atau benda itu atau pembayaran nilai barang, dokumen, artikel atau benda itu, melainkan jika penyitaan itu telah dibuat tanpa sebab yang munasabah atau sebab yang barangkali.
Bahagian XII
Pengelakan cukai perkhidmatan
meninggalkan daripada suatu penyata apa-apa maklumat berhubung dengan apa-apa perkara yang menjejaskan amaun cukai perkhidmatan yang boleh dikenakan olehnya atau orang lain;
membuat apa-apa pernyataan atau catatan palsu dalam mana-mana penyata, perisytiharan, tuntutan atau permohonan;
memberikan apa-apa jawapan palsu, sama ada secara bertulis atau selainnya, kepada apa-apa soalan yang ditanyakan atau permintaan untuk mendapatkan maklumat yang dibuat di bawah Akta ini;
menyediakan atau menyenggarakan, atau membenarkan penyediaan atau penyenggaraan, apa-apa buku akaun palsu, invois palsu atau rekod palsu yang lain, atau memalsukan atau membenarkan pemalsuan apa-apa buku akaun, invois atau rekod; atau
membuat, menggunakan atau membenarkan penggunaan apa-apa fraud, tipu daya atau helah, melakukan suatu kesalahan.
Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) boleh, apabila disabitkan—
bagi kesalahan pertama, didenda tidak kurang daripada sepuluh kali ganda dan tidak lebih daripada dua puluh kali ganda amaun cukai perkhidmatan atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya; dan
bagi kesalahan kedua atau kesalahan yang berikutnya, didenda tidak kurang daripada dua puluh kali ganda dan tidak lebih daripada empat puluh kali ganda amaun cukai perkhidmatan atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.
100
Undang-Undang Malaysia
Bagi maksud subseksyen (2), jika amaun cukai perkhidmatan itu tidak boleh ditentukan, orang itu boleh didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.
Mana-mana orang yang membantu dalam, atau menasihati berkenaan dengan, penyediaan apa-apa penyata atau perisytiharan, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang mengakibatkan suatu kenyataan yang kurang benar terhadap tanggungan cukai perkhidmatan seorang yang lain, melainkan jika orang itu memuaskan hati mahkamah bahawa bantuan atau nasihat itu telah diberikan dengan penelitian yang munasabah, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Apa-apa sebutan dalam perenggan (1)(e) berhubung dengan seseorang yang membuat, menggunakan atau membenarkan penggunaan apa-apa fraud, tipu daya atau helah termasuklah sebutan mengenai seorang yang, tanpa kuasa pegawai cukai perkhidmatan—
memusnahkan, merosakkan, memadamkan, mengubah atau memanipulasi data yang disimpan di dalam, atau yang digunakan berkaitan dengan, suatu komputer;
memasukkan ke dalam, atau merekodkan atau menyimpan di dalam, suatu komputer melalui apa-apa cara, data bagi maksud—
memusnahkan, merosakkan, memadamkan, mengubah atau memanipulasi data lain yang disimpan di dalam komputer itu; atau
mengusik, mengganggu, atau menghalang penggunaan secara sah komputer itu, atau data yang disimpan di dalam komputer itu; atau
selainnya menggunakan komputer,
Cukai Perkhidmatan 101
yang maksud atau kesannya adalah untuk mengelak cukai perkhidmatan.
Bagi maksud subseksyen (5), “data” termasuklah apa-apa program komputer atau bahagian daripada suatu program komputer.
Dalam mana-mana pendakwaan di bawah seksyen ini, apa-apa pengelakan cukai perkhidmatan hendaklah disifatkan berada dalam pengetahuan tertuduh melainkan jika dibuktikan sebaliknya oleh tertuduh itu.
Memberi maklumat tidak betul yang berhubungan dengan tanggungan terhadap cukai perkhidmatan
Cukai Perkhidmatan 99
Tanpa menjejaskan apa-apa tanggungan lain yang dilakukan di bawah Akta ini, mana-mana orang yang memberikan apa-apa maklumat yang tidak betul berhubung dengan apa-apa perkara yang memberi kesan ke atas tanggungannya sendiri terhadap cukai perkhidmatan atau tanggungan mana-mana orang lain terhadap cukai perkhidmatan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
Mendapatkan pembayaran balik secara tidak wajar
Mana-mana orang yang menyebabkan atau cuba untuk menyebabkan pembayaran balik oleh Ketua Pengarah di bawah subseksyen 10(4), 35(1) atau 38(1) kepada dirinya atau kepada mana-mana orang lain apa-apa amaun yang melebihi amaun yang sepatutnya boleh dibayar balik kepadanya atau kepada orang lain itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya; dan 102
Undang-Undang Malaysia
dikenakan penalti dua kali ganda amaun yang dibayar balik yang melebihi amaun yang sepatutnya boleh dibayar balik.
Mendapatkan pemotongan cukai perkhidmatan secara tidak wajar
Mana-mana orang yang menyebabkan atau cuba menyebabkan pemotongan cukai perkhidmatan di bawah subseksyen 23(1), 34A(1)
atau 39(2) untuk dirinya atau mana-mana orang lain apa-apa amaun yang melebihi amaun yang sepatutnya dipotong untuk dirinya atau orang lain itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan⎯
didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya; dan
dikenakan penalti dua kali ganda amaun yang dipotong yang melebihi amaun yang sepatutnya boleh dipotong.
Pekerja boleh membuat urusan
Seorang pegawai cukai perkhidmatan yang hak boleh menolak untuk membuat urusan dengan pekerja itu melainkan jika orang yang disebut di bawah subseksyen (1) itu memperkenalkan pekerja itu kepada pegawai cukai perkhidmatan yang hak itu sebagai mempunyai kuasa untuk membuat urusan.
Membuat urusan bagi pihak mana-mana orang
Orang yang membuat urusan tentang mana-mana perkara yang dinyatakan dalam subseksyen (1) bagi pihak orang yang disebut dalam subseksyen itu hendaklah—
mengemukakan apa-apa benda dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah seperti yang dikehendaki supaya diserahkan bagi maksud perkara yang sedang dibuat.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.
Kesalahan oleh orang yang diberi kuasa dan orang yang tidak diberi kuasa
Mana-mana orang—
yang merupakan pekerja bagi orang kena cukai atau orang berdaftar asing atau orang yang diberi kuasa di bawah seksyen 75 yang—
memegang untuk kegunaan dirinya sendiri atau selainnya apa-apa bahagian daripada amaun cukai perkhidmatan atau penalti yang dipungut di bawah
Akta ini;
selain dengan suci hati, menuntut daripada mana-mana orang suatu amaun yang melebihi
104
Undang-Undang Malaysia apa-apa taksiran cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, atau penalti yang kena dibayar, di bawah Akta ini;
mengemukakan apa-apa penyata, pernyataan atau laporan yang palsu, sama ada secara bertulis atau selainnya, bagi amaun cukai perkhidmatan atau penalti yang dipungut atau diterima olehnya di bawah
Akta ini; atau
memfraud mana-mana orang, menggelapkan apa-apa wang, atau selainnya menggunakan kedudukannya untuk berurusan secara salah sama ada dengan Ketua
Pengarah atau mana-mana individu lain; atau
yang tidak diberi kuasa di bawah Akta ini yang memungut atau cuba untuk memungut apa-apa cukai perkhidmatan atau penalti di bawah Akta ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Halangan
Mana-mana orang yang dengan apa-apa cara menghalang, mengamang atau menggalang mana-mana pegawai cukai perkhidmatan yang hak dalam menunaikan fungsinya di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.
Kesalahan oleh syarikat, dsb.
boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu; dan
jika syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya; atau
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan segala usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.
Jika mana-mana orang boleh dikenakan di bawah Akta ini apa-apa hukuman atau penalti bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran, dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu oleh pekerja atau ejen orang itu, atau pekerja ejen orang itu, jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan—
oleh pekerja orang itu dalam penjalanan pekerjaannya;
106
Undang-Undang Malaysia
oleh pekerja ejen orang itu semasa bertindak dalam penjalanan pekerjaannya dengan ejen orang itu atau selainnya bagi pihak ejen orang itu yang bertindak bagi pihak orang itu.
Penalti am
Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah
Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Pengkompaunan kesalahan
apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun;
Mana-mana pegawai kanan cukai perkhidmatan boleh, dengan keizinan secara bertulis oleh Pendakwa Raya, pada bila-bila masa sebelum sesuatu pertuduhan dimulakan, mengkompaun mana-mana kesalahan yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Ketua Pengarah suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada
Cukai Perkhidmatan 107
amaun denda maksimum yang orang itu boleh dikenakan jika dia disabitkan atas kesalahan itu, dalam apa-apa masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu.
Suatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa–apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan apa-apa dokumen atau benda yang disita berkenaan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Ketua Pengarah, tertakluk pada apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah.
Semua jumlah wang yang diterima oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan.
Kajian semula dan rayuan
Permohonan bagi kajian semula di bawah subseksyen (1)
hendaklah dibuat dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
108
Undang-Undang Malaysia
Jika permohonan bagi kajian semula telah dibuat di bawah subseksyen (1), Ketua Pengarah hendaklah membuat kajian semula dan memberitahu keputusan kajian semula itu kepada orang itu, jika dapat dilaksanakan, dalam masa enam puluh hari dari tarikh permohonan itu diterima.
Tiada kajian semula boleh dibuat bagi apa-apa perkara yang berhubungan dengan kompaun.
Mana-mana orang yang terkilan dengan apa-apa keputusan
Ketua Pengarah di bawah subseksyen (3) atau mana-mana peruntukan lain Akta ini, kecuali apa-apa perkara yang berhubungan dengan kompaun, boleh merayu kepada Tribunal Rayuan Kastam secara bertulis dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pemberitahuan keputusan itu kepada orang yang terkilan itu.
Apa-apa cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar di bawah Akta ini hendaklah dibayar walaupun apa-apa kajian semula atau rayuan telah dibuat di bawah seksyen ini.
Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.
Pelikuidasi syarikat hendaklah memberikan notis penggulungan, dan mengetepikan cukai perkhidmatan
memberikan notis mengenai penggulungan syarikat itu kepada Ketua Pengarah dalam masa empat belas hari selepas ketetapan itu berkuat kuasa atau perintah itu dibuat;
sebelum melupuskan apa-apa aset syarikat itu, mengetepikan apa-apa jumlah wang daripada aset itu sebagaimana yang didapati oleh Ketua Pengarah sebagai mencukupi untuk mengadakan peruntukan bagi apa-apa
Cukai Perkhidmatan 109
cukai perkhidmatan yang atau yang akan selepas itu menjadi genap masa dan kena dibayar berkenaan dengan syarikat itu; dan
Pelikuidasi mana-mana syarikat yang disebut dalam subseksyen (1) yang tidak memberikan notis kepada Ketua Pengarah dalam masa yang dinyatakan dalam perenggan (1)(a) atau tidak mengadakan peruntukan bagi pembayaran cukai perkhidmatan sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan (1)(c) hendaklah bertanggungan sendiri bagi apa-apa cukai perkhidmatan yang atau yang akan menjadi genap masa dan kena dibayar sebagaimana yang disebut terdahulu.
Mana-mana pelikuidasi yang tidak mematuhi subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
Jika dua orang atau lebih dilantik sebagai pelikuidasi atau dikehendaki oleh undang-undang untuk menjalankan penggulungan syarikat yang disebut dalam subseksyen (1), kewajipan dan tanggungan yang dikenakan kepada seorang pelikuidasi di bawah seksyen ini hendaklah dikenakan kepada semua orang itu secara bersesama dan berasingan, tertakluk pada suatu hak sumbangan antara mereka sebagaimana dalam hal kontrak.
Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.
Pelantikan penerima hendaklah diberitahu kepada Ketua
Pengarah
Mana-mana penerima yang dilantik di bawah subseksyen (1)
yang tidak memberikan notis kepada Ketua Pengarah dalam masa yang dinyatakan dalam subseksyen (1) atau tidak mengadakan peruntukan bagi pembayaran cukai perkhidmatan sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen itu hendaklah bertanggungan sendiri bagi apa-apa cukai perkhidmatan yang atau yang akan menjadi genap masa dan kena dibayar sebagaimana yang disebut terdahulu.
Mana-mana penerima yang tidak mematuhi subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
Jika dua orang atau lebih dilantik sebagai penerima, kewajipan dan tanggungan yang dikenakan ke atas seorang penerima di bawah seksyen ini hendaklah dikenakan ke atas semua orang itu, secara bersesama dan berasingan, tertakluk pada hak sumbangan antara mereka sebagaimana dalam hal kontrak.
Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.
Orang berdaftar hendaklah mengemukakan perakuan audit
Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.
Cukai perkhidmatan, dsb., hendaklah kena dibayar walau apa pun apa-apa prosiding, dsb.
Cukai Perkhidmatan 111
Pemulaan prosiding atau pengenaan suatu penalti, denda atau tempoh pemenjaraan di bawah Akta ini atau pengkompaunan suatu kesalahan di bawah seksyen 80 tidak boleh melepaskan mana-mana orang daripada tanggungan untuk membayar apa-apa cukai perkhidmatan, surcaj, penalti, fi atau wang lain di bawah Akta ini.
Penyampaian notis, dsb.
Notis, arahan atau dokumen lain yang dihantar melalui pos berdaftar kepada seseorang hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada orang itu pada masa ia sepatutnya telah diserahkan kepada orang itu dalam penjalanan biasa pos itu jika notis, arahan atau dokumen lain itu telah dialamatkan—
dalam hal suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain—
ke pejabat berdaftarnya;
kepada mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya untuk menerima penyampaian proses; dan
Jika seseorang telah memberikan persetujuannya bagi suatu notis disampaikan kepadanya melalui perkhidmatan elektronik, notis itu hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan pada masa apabila notis elektronik itu dihantar ke akaunnya melalui perkhidmatan elektronik itu.
dengan menghantarserahkan saman itu kepada orang itu atau mana-mana anggota keluarganya yang dewasa atau mana-mana pekerjanya yang tinggal bersamanya di tempat tinggalnya yang biasa atau yang terakhir diketahui;
dengan meninggalkan saman itu di tempat tinggalnya atau tempat perniagaannya yang biasa atau yang terakhir diketahui dalam suatu sampul surat yang dialamatkan kepada orang itu;
dengan menghantar saman itu melalui pos berdaftar yang dialamatkan kepada orang itu di tempat tinggalnya atau tempat perniagaannya yang biasa atau yang terakhir diketahui; atau
Cukai Perkhidmatan 113
jika orang itu ialah suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan, persatuan atau kumpulan orang lain—
dengan menghantarserahkan saman itu kepada setiausaha atau pegawai lain yang seumpama bagi syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan, persatuan atau kumpulan orang lain itu di pejabat berdaftar atau tempat perniagaan utamanya; atau
dengan menghantar saman itu melalui pos berdaftar yang dialamatkan kepada syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan, persatuan atau kumpulan orang lain itu di pejabat berdaftar atau tempat perniagaan utamanya.
Apa-apa saman yang dihantar melalui pos berdaftar kepada mana-mana orang mengikut subseksyen
atau dengan menghantarserahkan saman itu kepada orang itu atau kepada mana-mana anggota keluarganya yang dewasa atau mana-mana pekerjanya yang tinggal bersamanya hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada orang itu dengan sewajarnya.
Apabila suatu saman yang dikeluarkan oleh mahkamah disampaikan, suatu afidavit penyampaian yang berupa sebagai telah dibuat di hadapan seorang pegawai yang diberi kuasa sewajarnya untuk mengendalikan sumpah hendaklah diterima sebagai keterangan.
Penggunaan perkhidmatan elektronik
pemfailan atau pengemukaan apa-apa permohonan, penyata, perisytiharan atau apa-apa dokumen lain; dan 114
Undang-Undang Malaysia
penyampaian apa-apa notis, arahan, perintah, permit, resit atau apa-apa dokumen lain.
Jika suatu notis elektronik dibuat dan dihantar kepada
Ketua Pengarah, Ketua Pengarah tidak bertanggungan terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami oleh pengguna berdaftar itu atas sebab apa-apa kesilapan atau peninggalan tidak kira dengan apa jua sifat atau tidak kira bagaimana jua sekali pun berbangkit yang terdapat dalam apa-apa notis elektronik yang diperoleh oleh pengguna berdaftar itu di bawah perkhidmatan elektronik jika kesilapan atau peninggalan itu dibuat dengan suci hati dan dalam penjalanan biasa penunaian kewajipan Ketua Pengarah atau berlaku atau timbul akibat daripada apa-apa kecacatan atau kegagalan dalam perkhidmatan elektronik itu atau dalam kelengkapan yang digunakan bagi penyediaan perkhidmatan elektronik itu.
Apa-apa notis elektronik yang dibuat dan dihantar oleh pengguna berdaftar hendaklah disifatkan sebagai telah difailkan, dikemukakan atau disampaikan pada masa notis elektronik itu diterima oleh Ketua Pengarah.
Bagi maksud seksyen ini, “pengguna berdaftar” ertinya mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua
Pengarah untuk mengakses dan menggunakan perkhidmatan elektronik.
Perlindungan pegawai cukai perkhidmatan daripada tanggungan
Tiada pegawai cukai perkhidmatan atau orang lain yang diambil kerja oleh Kerajaan dalam penjalanan pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini bertanggungan untuk membayar apa-apa kerugian yang dialami berkenaan dengan apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda yang disebabkan oleh kebakaran, kecurian, kerosakan atau sebab lain semasa barang, dokumen, artikel atau benda itu berada dalam jagaan atau kawalan sah pegawai itu atau orang lain yang diambil kerja oleh Kerajaan dalam penjalanan pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini melainkan jika kerugian itu
Cukai Perkhidmatan 115
disebabkan oleh pengabaian atau keingkaran yang disengajakan olehnya.
Ganjaran
Ketua Pengarah boleh memerintahkan apa-apa ganjaran sebagaimana yang difikirkan patut olehnya supaya dibayar kepada mana-mana pegawai cukai perkhidmatan atau orang lain bagi perkhidmatan yang diberikan berkaitan dengan pengesanan apa-apa kesalahan terhadap Akta ini.
Kuasa Ketua Pengarah untuk mengenakan fi
Ketua Pengarah boleh mengenakan apa-apa fi sebagaimana yang difikirkan munasabah olehnya berkenaan dengan apa-apa perkhidmatan yang diberikan olehnya atau mana-mana pegawai cukai perkhidmatan—
yang baginya tiada fi ditetapkan oleh mana-mana undang-undang bertulis.
Kuasa untuk melanjutkan tempoh
Jika, melalui Akta ini, suatu tempoh dinyatakan yang dalamnya sesuatu perbuatan atau benda hendaklah dilakukan oleh seseorang, dan
Menteri berpuas hati bahawa perbuatan atau benda itu tidak dapat disempurnakan dalam tempoh itu disebabkan oleh berlakunya kecemasan awam atau krisis kesihatan awam, Menteri boleh, mengikut terma dan syarat yang difikirkannya patut, melanjutkan tempoh untuk menyempurnakan perbuatan atau benda itu sebelum habis tempoh itu.
116
Undang-Undang Malaysia
Kuasa untuk mengubah suai terma dan syarat
Sebelum mengubah suai terma dan syarat, notis hendaklah diberikan kepada orang yang terikat dengan terma dan syarat itu menyatakan—
Terma dan syarat yang diubah suai tidak boleh berkuat kuasa kurang daripada empat belas hari dari tarikh notis di bawah subseksyen (2) dikeluarkan.
Bagi maksud seksyen ini, “ubah suai” ertinya tambah, potong atau ubah.
Kuasa membuat peraturan-peraturan
Tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen (1), Menteri boleh menetapkan—
semua perkara yang berhubungan dengan penentuan nilai perkhidmatan bercukai;
Cukai Perkhidmatan 117
semua perkara yang berhubungan dengan pengemukaan penyata, perisytiharan dan pembayaran cukai perkhidmatan;
semua perkara yang berhubungan dengan pembayaran balik dan peremitan cukai perkhidmatan;
semua perkara yang berhubungan dengan pejabat pentadbiran cukai perkhidmatan;
Mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan suatu perbuatan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan hukuman denda yang tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh yang tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.
118
Undang-Undang Malaysia
Bahagian XIII
Pendaftaran pada tarikh permulaan kuat kuasa
Ketua Pengarah hendaklah mendaftarkan orang yang disebut dalam subseksyen (1) berkuat kuasa dari hari pertama bagi bulan selepas bulan yang permohonan itu dibuat dan orang itu hendaklah mengenakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan bercukai yang diberikan oleh orang itu berkuat kuasa dari hari itu.
Mana-mana orang yang memberikan perkhidmatan sebelum tarikh efektif yang perkhidmatan itu merupakan perkhidmatan bercukai pada tarikh efektif dan telah membuat permohonan sebelum tarikh efektif kepada Ketua Pengarah untuk didaftarkan sebagai orang berdaftar di bawah Akta ini—
hendaklah disifatkan sebagai telah didaftarkan mengikut seksyen 13 pada tarikh efektif, jika terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa jumlah nilai perkhidmatan bercukainya yang diberikan dalam bulan bagi tarikh efektif dan sebelas bulan sebaik selepas bulan itu akan melebihi jumlah nilai perkhidmatan bercukai sebagaimana yang ditetapkan dalam subseksyen 12(1); dan
Cukai Perkhidmatan 119
hendaklah mengenakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan bercukai yang diberikan oleh orang itu berkuat kuasa dari tarikh efektif.
Mana-mana orang yang didaftarkan di bawah Akta Cukai
Barang dan Perkhidmatan 2014 sebelum tarikh efektif dan memberikan perkhidmatan bercukai pada tarikh efektif—
hendaklah disifatkan telah didaftarkan mengikut seksyen 13
pada tarikh efektif, jika terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa jumlah nilai perkhidmatan bercukainya yang diberikan dalam bulan bagi tarikh efektif dan sebelas bulan sebaik selepas bulan itu akan melebihi jumlah nilai perkhidmatan bercukai sebagaimana yang ditetapkan dalam subseksyen 12(1); dan
hendaklah mengenakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan bercukai yang diberikan oleh orang itu berkuat kuasa dari tarikh efektif.
Perjanjian berperingkat atau berkala
Perkhidmatan yang diberikan di bawah subseksyen (1)
hendaklah diambil sebagai dibuat secara berterusan dan secara sama rata sepanjang tempoh perjanjian itu.
Jika perkhidmatan yang disebut dalam subseksyen (1) diberikan di bawah suatu waranti sama ada yang nyata, tersirat atau dikehendaki oleh undang-undang dan nilai waranti itu dimasukkan ke dalam nilai perkhidmatan yang diberikan itu, tiada cukai perkhidmatan boleh
120
Undang-Undang Malaysia dikenakan ke atas perkhidmatan bercukai yang diberikan di bawah waranti itu.
Subseksyen (1) dan (2) tidak terpakai bagi suatu pemberian perkhidmatan jika cukai barang dan perkhidmatan di bawah
Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 telah dibayar ke atas perkhidmatan itu setakat yang diliputi oleh invois.
Hak yang diberikan sepanjang hayat
seseorang orang berdaftar, yang merupakan suatu kelab atau badan serupa yang lain, memberikan perkhidmatan bercukai di bawah suatu perjanjian;
perjanjian itu memperuntukkan sama ada secara nyata atau secara tersirat bahawa suatu hak hendaklah diberikan atau boleh digunakan sepanjang hayat orang itu atau bagi suatu tempoh yang tidak kurang daripada tiga puluh tahun; dan
Jika apa-apa pembayaran bagi hak yang diberikan atau yang boleh digunakan sepanjang hayat orang itu atau untuk suatu tempoh yang tidak kurang daripada tiga puluh tahun dibayar oleh anggota sedia ada atau anggota baharu bagi suatu kelab atau badan serupa yang lain bagi apa-apa hak untuk menggunakan kemudahan kelab atau badan serupa yang lain, pemberian perkhidmatan itu yang baginya apa-apa pembayaran telah dibuat—
pada atau selepas tarikh efektif, hendaklah dikenakan cukai.
Cukai Perkhidmatan 121
Perkara yang dilakukan pada menjangkakan Akta ini diperbuat
Segala perbuatan dan perkara yang dilakukan oleh atau bagi pihak
Ketua Pengarah sebagai persediaan bagi atau pada menjangkakan pembuatan Akta ini dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya hendaklah disifatkan telah dibenarkan di bawah
Akta ini, dengan syarat bahawa perbuatan dan perkara yang dilakukan itu adalah selaras dengan niat dan maksud am Akta ini, dan segala hak dan obligasi yang diperoleh atau ditanggung akibat pelakuan perbuatan atau perkara itu termasuk apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya hendaklah apabila Akta ini mula berkuat kuasa disifatkan sebagai hak dan obligasi Ketua Pengarah.
122
Akta 807
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta 812
Akta Kewangan 2018 01-01-2019
Akta A1579
Akta Cukai Perkhidmatan
(Pindaan) 2018 02-01-2019
Akta A1597
Akta Cukai Perkhidmatan
(Pindaan) 2019
Perenggan 3(b), seksyen 4, 5 dan 6, perenggan 16(a),
, (c), (d), dan (e), seksyen 22, 23, 24 dan 27, perenggan 28(a), seksyen 38, 39, 40, 41,
42, 43 dan 49, dan perenggan 50(a)—
01-09-2019;
Seksyen 2, perenggan 3(c), (e), dan
, seksyen 7, 8, 9, 10,
11, 12, 13, 14 dan 15, perenggan 16(d), seksyen 17, 18, 19, dan 20, perenggan 21(f), seksyen 25 dan 26, perenggan 28(b), seksyen 29, 30, 31, 32,
33, 34, 35, 36, 44, 45,
46,
47, dan 48, perenggan 50(b), (c), dan (d), seksyen 51 dan 52— 01-10-2019;
Cukai Perkhidmatan 123
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Perenggan 3(a) dan 3(d), dan seksyen 37—
01-01-2020
Akta A1632
Akta Cukai Perkhidmatan
(Pindaan) 2020 01-01-2021
Akta A1672
Akta Cukai Perkhidmatan
(Pindaan) 2022 01-01-2023
Akta 851
Akta Kewangan (No. 2) 2023 01-01-2024;
kecuali s. 127:
30-12-2023
Akta A1719
Akta Cukai Perkhidmatan
(Pindaan) 2024 01-12-2024
124
Akta 807
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari 1A
Akta A1597 01-10-2019 2
Akta 812
Akta A1597
Akta A1632
Akta A1719 01-01-2019 01-09-2019;
01-10-2019;
01-01-2020 01-01-2021 01-01-2024 7
Akta 812 01-01-2019 9
Akta 812
Akta A1597 01-01-2019 01-09-2019 10
Akta A1597
Akta 851 01-09-2019 30-12-2023 11
Akta 812
Akta A1597 01-01-2019 01-09-2019 12
Akta A1597 01-10-2019 13
Akta A1597
Akta 851 01-10-2019 01-01-2024 14
Akta A1597
Akta 851 01-10-2019 01-01-2024 15
Akta A1597 01-10-2019 16
Akta A1597 01-10-2019 17
Akta A1597
Akta 851 01-10-2019 01-01-2024 18
Akta A1597
Akta A1632 01-10-2019 01-01-2021
Cukai Perkhidmatan 125
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari 19
Akta A1597
Akta A1632 01-10-2019 01-01-2021 20
Akta A1597 01-10-2019 20A
Akta A1632 01-01-2021 21
Akta A1597 01-09-2019;
01-10-2019 22
Akta A1597 01-10-2019 23
Akta A1597 01-10-2019 24
Akta 812
Akta A1597 01-01-2019 01-10-2019 25
Akta A1597 01-10-2019 26
Akta A1597
Akta 851 01-09-2019;
01-10-2019 01-01-2024 26A
Akta 812
Akta A1597
Akta A1672
Akta 851 01-01-2019 01-09-2019 01-01-2023 01-01-2024 27
Akta 812
Akta A1597
Akta A1632 01-01-2019 01-09-2019 01-01-2021 27A
Akta A1597 01-09-2019 28
Akta A1597 01-10-2019 29
Akta A1597 01-10-2019 31
Akta A1597
Akta A1632 01-09-2019 01-01-2021 32
Akta A1597
Akta A1632 01-09-2019;
01-10-2019 01-01-2021 34
Akta A1597 01-10-2019 34A
Akta A1632 01-01-2021 35
Akta A1597 01-10-2019 36
Akta A1597 01-10-2019
126
Undang-Undang Malaysia
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari 38
Akta 851 01-01-2024 38A
Akta A1672 01-01-2023 39
Akta A1597
Akta 851 01-10-2019 01-01-2024 40
Akta A1597
Akta A1632 01-10-2019 01-01-2021 40A
Akta A1597 01-10-2019 42
Akta 851 01-01-2024 46A
Akta A1597 01-10-2019 51A
Akta A1597 01-10-2019
BAHAGIAN
IXA
Akta A1597 01-01-2020 56A
Akta A1579
Akta A1597
Akta A1632
Akta A1672 02-01-2019 01-01-2020 01-01-2021 01-01-2023 56B
Akta A1597 01-01-2020 56C
Akta A1597
Akta 851 01-01-2020 01-01-2024 56D
Akta A1597
Akta A1672 01-01-2020 01-01-2023 56E
Akta A1597
Akta A1672 01-01-2020 01-01-2023 56F−56K
Akta A1597 01-01-2020 56GA
Akta A1632 01-01-2021 56H
Akta A1632
Akta 851 01-01-2021 01-01-2024 62
Akta A1632 01-01-2021 62A
Akta A1632 01-01-2021 63A
Akta A1632 01-01-2021 63B
Akta A1632 01-01-2021 65
Akta A1597 01-09-2019 65A
Akta A1632 01-01-2021
Cukai Perkhidmatan 127
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari 68
Akta A1597 01-09-2019 69A
Akta A1597 01-09-2019 71
Akta A1597 01-09-2019 73A
Akta A1632 01-01-2021 75
Akta A1597
Akta 851 01-09-2019 01-01-2024 76
Akta A1597 01-09-2019 81
Akta A1597
Akta 851 01-10-2019 01-01-2024 82
Akta A1597
Akta A1632 01-10-2019 01-01-2021 83
Akta A1597
Akta A1632 01-10-2019 01-01-2021 84
Akta A1597 01-10-2019 86
Akta A1597 01-10-2019 86A
Akta A1597 01-09-2019 90A
Akta A1672 01-01-2023 90B
Akta A1672 01-01-2023 91
Akta A1597
Akta 851 01-09-2019;
01-10-2019 01-01-2024