PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/1976/164
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) 1976 is Malaysia Act, cited as Act 164 1976, currently marked in force and first recorded in 1976.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Membaharui Undang-Undang
(Perkahwinan dan Perceraian) 1976 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam Warta, dan tarikh yang berlainan boleh ditetapkan bagi **Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
*CATATAN―Akta ini adalah terpakai bagi
Wilayah
Persekutuan
Labuan melalui
Perintah Pengubahsuaian No. P.U. (A) 195/1985.
**CATATAN—Semua rujukan kepada “Malaysia Barat” hendaklah ditafsirkan sebagaimana rujukan kepada “Semenanjung Malaysia”–lihat subseksyen 5(2) Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 [Akta A996].
10
Undang-Undang Malaysia
Tafsiran
sesuatu daftar perkahwinan yang disimpan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pendaftaran perkahwinan sebelum daripada tarikh yang ditetapkan;
daftar perkahwinan yang dibuat di bawah subseksyen 46A(1)
dan seksyen 46B; dan
mikrofilem, komputer dan bentuk rekod lain yang dibuat di bawah subseksyen 46A(2);
“Ketua Menteri”, berhubung dengan—
Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 11
Negeri-Negeri Malaysia, ertinya Ketua Menteri atau
Menteri Besar sesuatu Negeri;
Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi atau Pejabat Konsul
Malaysia, ertinya Duta, Pesuruhjaya Tinggi atau Konsul
Malaysia masing-masingnya;
“mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi atau seseorang Hakim
Mahkamah Tinggi atau, di mana seseorang Hakim Mahkamah Sesyen mempunyai bidang kuasa menurut subseksyen (2), ertinya Mahkamah
Sesyen itu atau seseorang Hakim Mahkamah Sesyen Mahkamah itu;
“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab atas pendaftaran perkahwinan;
“orang asli” mempunyai erti yang sama seperti yang diberi kepadanya dalam seksyen 3 Akta Orang Asli 1954 [Akta 134];
“orang belum dewasa” ertinya seseorang yang berumur di bawah dua puluh satu tahun dan yang bukan seorang balu atau duda;
“Pendaftar” ertinya seseorang Pendaftar Perkahwinan yang dilantik di bawah Akta ini dan termasuklah Pendaftar Besar, seseorang
Penolong Pendaftar Besar, seseorang Penguasa Pendaftar, seseorang
Timbalan Pendaftar dan seseorang Penolong Pendaftar Perkahwinan;
“Pendaftar Besar” ertinya Pendaftar Besar Perkahwinan dan termasuklah seseorang Timbalan Pendaftar Besar Perkahwinan yang dilantik di bawah Akta ini;
“perkahwinan dengan seorang perempuan lain” ertinya perkahwinan seseorang yang telah berkahwin dengan seorang perempuan lain dalam masa hayat isterinya yang dahulu, sama ada perkahwinan yang kedua itu telah berlaku di Malaysia atau di tempat lain;
“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.
12
Undang-Undang Malaysia
Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Ketua Hakim
Negara, melalui pemberitahuan dalam Warta, memberi kepada mana-mana Hakim Mahkamah Sesyen bidang kuasa untuk menguruskan apa-apa perkara di bawah Akta ini.
Pemakaian
Bagi maksud Akta ini, seseorang yang mana adalah seorang warganegara Malaysia hendaklah disifatkan sebagai berdomisil di Malaysia sehingga dibuktikan sebaliknya.
Akta ini tidak terpakai bagi seseorang Islam atau bagi seseorang yang berkahwin di bawah Hukum Syarak dan tiada sesuatu perkahwinan boleh diupacarakan atau didaftarkan di bawah Akta ini jika salah seorang daripada pihak-pihak kepada perkahwinan itu menganut agama Islam; tetapi tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh diertikan sebagai menghalang sesuatu mahkamah daripada mempunyai bidang kuasa eksklusif atas pembubaran sesuatu perkahwinan dan semua perkara yang berbangkit daripada itu termasuklah memberi dekri perceraian atau perintah lain di bawah
Bahagian VII dan Bahagian VIII bagi suatu petisyen perceraian di bawah seksyen 53 yang satu pihak masuk Islam selepas petisyen difailkan atau selepas dekri diisytiharkan, atau suatu petisyen perceraian di bawah seksyen 51, 52 atau 53 bagi petisyen oleh salah satu pihak atau kedua-dua pihak kepada suatu perkahwinan yang satu pihak telah masuk Islam, dan dekri dan perintah yang dibuat itu adalah, walau apa pun undang-undang bertulis lain yang berlawanan, sah terhadap pihak kepada perkahwinan itu yang telah masuk Islam sedemikian itu.
Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 13
Akta ini tidak terpakai bagi seseorang anak negeri Sabah atau
Sarawak atau seseorang orang asli *Semenanjung Malaysia yang perkahwinan dan perceraiannya tertakluk pada undang-undang adat anak negeri atau adat orang asli melainkan jika—
dia berkahwin di bawah Ordinan Perkahwinan Sivil dan di Gereja [Sarawak Bab 92].
Perkahwinan sah yang masih wujud disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Akta ini dan boleh dibubarkan hanya di bawah Akta ini sahaja
Perkahwinan itu, jika sah di bawah undang-undang, agama, adat atau kelaziman yang di bawahnya perkahwinan itu telah diupacarakan, hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Akta ini.
Tiap-tiap perkahwinan itu, melainkan jika tidak sah di bawah undang-undang, agama, adat atau kelaziman yang di bawahnya perkahwinan itu telah diupacarakan, hendaklah berterusan sehingga dibubarkan—
dengan perintah sesuatu mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten; atau
*CATATAN—Semua rujukan kepada “Malaysia Barat” hendaklah ditafsirkan sebagaimana rujukan kepada “Semenanjung Malaysia”–lihat subseksyen 5(2) Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 [Akta A996].
14
Undang-Undang Malaysia
dengan suatu dekri pembatalan yang dibuat oleh sesuatu mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten.
Bahagian II
Ketidakupayaan untuk berkahwin melainkan di bawah Akta ini
Jika seseorang yang pada tarikh yang ditetapkan telah berkahwin dengan sahnya di bawah sesuatu undang-undang, agama, adat atau kelaziman dengan seorang atau lebih daripada seorang suami atau isteri dan dia kemudiannya tidak lagi berkahwin dengan suami atau isteri atau semua suami atau isteri itu dan jika dia kemudiannya berkahwin lagi, dia tidak upaya dalam masa berterusnya perkahwinan itu berkahwin dengan sah dengan seseorang lain di bawah sesuatu undang-undang, agama, adat atau kelaziman, sama ada perkahwinan yang tersebut kali kedua itu atau sesuatu yang berupa sebagai perkahwinan yang tersebut kali ketiga itu dilakukan di Malaysia atau luar Malaysia.
Jika seseorang yang pada tarikh yang ditetapkan belum berkahwin dan selepas tarikh itu dia berkahwin di bawah sesuatu undang-undang, agama, adat atau kelaziman dia tidak upaya dalam masa berterusnya perkahwinan itu berkahwin dengan sah dengan seseorang lain di bawah sesuatu undang-undang, agama, adat atau kelaziman, sama ada perkahwinan yang tersebut kali pertama itu atau sesuatu yang berupa sebagai perkahwinan yang tersebut kali kedua itu dilakukan di Malaysia atau luar Malaysia.
Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 15
Selepas tarikh yang ditetapkan, tiada perkahwinan di bawah sesuatu undang-undang, agama, adat atau kelaziman boleh diupacarakan kecuali sebagaimana diperuntukkan dalam Bahagian III.
Pentaksahan perkahwinan oleh kerana perkahwinan dahulu masih wujud
Jika seseorang lelaki yang telah berkahwin dengan sah di bawah sesuatu undang-undang, agama, adat atau kelaziman berkahwin dalam masa berterusnya perkahwinan itu dengan seseorang perempuan, maka perempuan itu tidak mempunyai apa-apa hak untuk mewarisi atau memusakai harta lelaki itu apabila dia mati tidak berwasiat.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menyentuh tanggungan seseorang bagi membayar apa-apa nafkah yang diarah supaya dibayar olehnya di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain.
Kesalahan
Di mana suatu kesalahan di bawah seksyen 494
Kanun Keseksaan dilakukan menurut subseksyen (1) oleh mana-mana orang di mana-mana tempat di luar Malaysia tindakan boleh diambil terhadapnya berkenaan dengan kesalahan itu seolah-olah kesalahan itu telah dilakukan di mana-mana tempat di Malaysia di mana dia dijumpai atau di mana dia mungkin dibawa masuk akibat daripada
16
Undang-Undang Malaysia mana-mana prosiding bagi ekstradisinya ke Malaysia dari mana-mana tempat di luar Malaysia:
Dengan syarat bahawa apa-apa prosiding terhadap mana-mana orang di bawah subseksyen ini yang akan menghalang prosiding kemudiannya terhadap orang itu untuk kesalahan yang sama kerana kesalahan itu telah dilakukan di Malaysia hendaklah menjadi penghalang kepada prosiding lanjut terhadap orang itu di bawah
*Ordinan Ekstradisi 1958 [Ord. 2/1958] atau *Akta Penjenayah
Fugitif Komanwel 1967 [Akta 54/1967], berkenaan dengan kesalahan yang sama di luar Malaysia.
Penerusan perkahwinan
Tiap-tiap perkahwinan yang diupacarakan di Malaysia selepas tarikh yang ditetapkan, kecuali perkahwinan yang tidak sah di bawah
Akta ini, hendaklah berterusan sehingga dibubarkan—
dengan suatu dekri yang dibuat oleh sesuatu mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten bahawa perkahwinan itu adalah terbatal dan tidak sah.
Bahagian III
Sekatan mengenai perkahwinan
Orang yang boleh mengupacarakan perkahwinan
*CATATAN―Ordinan Ekstradisi 1958 [Ord. 2/1958] dan Akta Penjenayah Fugitif Komanwel 1967
[Akta 54/1967] telah dimansuhkan oleh Akta Ekstradisi 1992 [Akta 479]–lihat seksyen 54 Akta 479.
Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 17
Sesuatu perkahwinan di bawah Akta ini boleh diupacarakan hanya oleh seorang Pendaftar.
Pentaksahan perkahwinan jika salah satu pihak berumur di bawah umur minimum perkahwinan
Mana-mana perkahwinan yang berupa sebagai diupacarakan di Malaysia adalah tidak sah jika pada tarikh perkahwinan itu salah satu pihak berumur di bawah lapan belas tahun melainkan jika, berkenaan dengan seseorang perempuan yang telah genap umur enam belas tahun, pengupacaraan perkahwinan itu telah dibenarkan dengan suatu lesen yang diberi oleh Ketua Menteri di bawah subseksyen 21(2).
Tali persaudaraan yang dilarang
Tiada seseorang boleh berkahwin dengan nenek atau datuk atau ibu atau bapa, anak atau cucu kepada suami atau isterinya atau bekas suami atau isterinya.
Tiada seseorang boleh berkahwin dengan bekas suami atau isteri nenek atau datuk atau ibu atau bapa, anak atau cucunya.
Tiada seseorang boleh berkahwin dengan seseorang yang telah diambil olehnya sebagai anak angkat atau yang telah mengambilnya sebagai anak angkat.
18
Undang-Undang Malaysia
Bagi maksud seksyen ini, tali persaudaraan secara seibu atau sebapa adalah suatu halangan yang sama seperti tali persaudaraan seibu-sebapa dan tidaklah material sama ada seseorang telah lahir sah taraf atau tidak sah taraf.
Walau apa pun peruntukan seksyen ini, Ketua Menteri boleh, menurut budi bicaranya, memberi suatu lesen di bawah seksyen ini untuk sesuatu perkahwinan diupacarakan jika dia berpuas hati bahawa tiada apa-apa halangan terhadap perkahwinan itu di bawah undang-undang, agama, adat atau kelaziman yang terpakai bagi pihak-pihak yang berkahwin itu, dan, jika perkahwinan itu diupacarakan di bawah lesen itu maka perkahwinan itu hendaklah disifatkan sebagai sah.
Persetujuan dikehendaki
jika orang itu ialah seorang anak angkat, bapa angkatnya atau ibu angkatnya; atau
jika kedua-dua ibu bapanya (ibu bapa sebenar atau ibu bapa angkat) telah mati, orang yang mengambil tempat ibu bapanya sebelum dia mencapai umur itu, tetapi dalam sesuatu hal lain, tidaklah perlu mendapatkan persetujuan.
Jika mahkamah berpuas hati bahawa persetujuan seseorang terhadap sesuatu perkahwinan yang dicadangkan tidak diberi secara tidak munasabah atau semua orang yang tersebut yang boleh memberi persetujuan di bawah subseksyen (1) itu telah mati atau bahawa adalah tidak praktik untuk mendapatkan persetujuan itu, mahkamah boleh, atas permohonan, memberi persetujuan dan persetujuan itu hendaklah
Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 19
mempunyai kesan yang sama seolah-olah persetujuan itu telah diberi oleh orang yang persetujuannya dikehendaki oleh subseksyen (1).
Sesuatu permohonan kepada Mahkamah Tinggi di bawah seksyen ini hendaklah dibuat kepada Hakim dalam kamar.
Apabila sesuatu permohonan dibuat kepada Mahkamah Tinggi berikutan dengan sesuatu keengganan untuk memberi persetujuan, notis mengenai permohonan itu hendaklah disampaikan kepada orang yang telah enggan memberi persetujuan itu.
Walau apa pun yang berlawanan dalam Bahagian ini, persetujuan terhadap perkahwinan seseorang orang belum dewasa adalah tidak perlu jika orang belum dewasa itu telah berkahwin dahulunya.
Tiada apa-apa rayuan boleh dibuat terhadap sesuatu perintah
Hakim di bawah seksyen ini.
Permulaan bagi perkahwinan
Seksyen 14 hingga 20, termasuk kedua-duanya, tidak terpakai bagi sesetengah pihak kepada perkahwinan
Seksyen 14 hingga 20, termasuk kedua-duanya, tidak terpakai bagi pihak-pihak kepada sesuatu perkahwinan yang hendak diupacarakan mengikut seksyen 24.
Notis perkahwinan
Apabila seseorang hendak berkahwin di Malaysia setiap seorang daripada pihak-pihak kepada perkahwinan yang dicadangkan itu hendaklah menandatangani dan memberi sendiri suatu notis dalam borang yang ditetapkan kepada Pendaftar bagi daerah perkahwinan di mana pihak itu telah bermastautin selama tempoh tujuh hari sebelum sahaja daripada notis itu diberi:
20
Undang-Undang Malaysia
Dengan syarat bahawa jika kedua-dua pihak itu telah bermastautin selama tempoh yang diwajibkan itu dalam daerah perkahwinan yang sama hanya satu sahaja notis itu perlu diberi oleh mereka.
Penyiaran notis
Apabila menerima notis itu, Pendaftar hendaklah menyebabkan supaya notis itu disiarkan dengan menampal satu salinannya di suatu tempat yang mudah dilihat dalam pejabatnya yang boleh dilihat oleh orang ramai dan salinan itu hendaklah sentiasa tertampal sedemikian sehingga dia memberi perakuannya di bawah seksyen 17 atau sehingga tiga bulan telah luput, mengikut mana-mana yang lebih awal.
Akuan hendaklah disertakan bersama notis
bahawa satu atau kedua-dua pihak kepada perkahwinan dicadangkan itu telah bermastautin dalam daerah perkahwinan itu selama tempoh tujuh hari sebelum sahaja daripada notis itu diberi;
bahawa setiap seorang daripada pihak-pihak itu berumur dua puluh satu tahun atau lebih, atau, jika tidak, adalah seorang duda atau balu, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau
jika salah satu pihak adalah seorang orang belum dewasa yang belum berkahwin dahulu dan pihak perempuan itu tidak berumur di bawah enam belas tahun, bahawa persetujuan orang yang berkenaan yang tersebut dalam seksyen 12 telah diberi secara bertulis, atau telah tidak diperlukan, atau telah diberi oleh sesuatu mahkamah mengikut peruntukan seksyen 12;
Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 21
bahawa tiada seorang pun daripada pihak-pihak kepada perkahwinan yang dicadangkan itu telah berkahwin di bawah sesuatu undang-undang, agama, adat atau kelaziman dengan seseorang yang lain daripada orang yang dengannya dia bercadang hendak berkahwin itu.
Tiap-tiap akuan itu hendaklah dibuat dengan bertulis dalam borang yang ditetapkan dan hendaklah dibuat oleh orang yang memberi notis itu di hadapan
Pendaftar yang akan mengakusaksikannya;
jika orang itu tidak memahami
Bahasa Malaysia, Pendaftar hendaklah menentukan sama ada orang itu tahu tentang tujuan akuan itu dan, jika tidak, hendaklah menterjemahkan atau mengarah supaya diterjemahkan di hadapannya akuan itu kepada orang itu ke dalam bahasa yang dia fahami dan hendaklah membuat perakuan pada akuan itu bahawa terjemahan itu telah dibuat dengan sempurnanya atau adalah tidak dikehendaki, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Pengeluaran perakuan perkahwinan
Pendaftar, apabila berpuas hati bahawa akuan itu menepati kehendak yang dinyatakan dalam seksyen 16, hendaklah pada bila-bila masa selepas tamat dua puluh satu hari dari tarikh notis itu disiarkan di bawah seksyen 15 dan apabila fi yang ditetapkan dibayar kepadanya, mengeluarkan perakuannya untuk perkahwinan dalam borang yang ditetapkan.
Perkahwinan hendaklah berlaku dalam masa enam bulan
Tertakluk pada seksyen 20, jika perkahwinan itu tidak berlaku dalam masa enam bulan selepas tarikh notis itu disiarkan, maka notis dan segala prosiding berikutan dengannya hendaklah terbatal dan notis yang baharu hendaklah diberi sebelum pihak-pihak itu boleh berkahwin dengan sah.
22
Undang-Undang Malaysia
Kaveat
Sesuatu kaveat yang dimasukkan di bawah seksyen ini hendaklah mengandungi nama dan tempat bermastautin orang yang memasukkan kaveat itu dan alasan bantahan yang atasnya kaveat itu diasaskan dan hendaklah ditandatangani oleh orang yang memasukkan kaveat itu.
Prosiding jika kaveat dimasukkan
selepas menyiasat perkara bantahan yang tersebut, dia berpuas hati bahawa perkara bantahan itu tidak sepatutnya menghalang pengeluaran perakuan untuk perkahwinan itu;
atau
kaveat itu ditarik balik oleh orang yang telah memasukkannya:
Dengan syarat bahawa jika ada apa-apa keraguan adalah sah bagi
Pendaftar merujukkan perkara sesuatu kaveat itu kepada Mahkamah
Tinggi yang akan memutuskannya.
Jika Pendaftar telah enggan mengeluarkan perakuan untuk perkahwinan, orang yang memohonnya itu berhak merayu kepada
Mahkamah Tinggi dan atas permohonan itu Mahkamah Tinggi hendaklah sama ada mengesahkan keengganan itu atau mengarahkan supaya perakuan untuk perkahwinan diberi.
Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 23
Mahkamah Tinggi boleh menghendaki bukti tentang pengataan yang terkandung dalam kaveat itu secara ringkas dan boleh mendengar keterangan yang menyokong dan membangkang bantahan itu.
Prosiding di bawah seksyen ini hendaklah diadakan di hadapan seseorang Hakim dalam kamar.
Tiada apa-apa rayuan boleh dibuat terhadap keputusan seseorang Hakim di bawah seksyen ini.
Jika sesuatu kaveat dimasukkan mengikut seksyen 19, maka, walau apa pun peruntukan seksyen 18, tiada apa-apa notis yang baharu perlu diberi dan pihak-pihak itu boleh berkahwin secara sah dalam masa tiga bulan dari tarikh Pendaftar mengeluarkan perakuan untuk perkahwinan itu.
Jika Mahkamah Tinggi mengisytiharkan alasan bantahan itu sebagai remeh dan sebagai yang tidak sepatutnya menghalang pengeluaran perakuan untuk perkahwinan maka orang yang memasukkan kaveat itu adalah bertanggungan membayar kos bagi semua prosiding berhubungan dengannya dan ganti rugi yang akan dituntut melalui guaman atau tindakan oleh pihak yang terhadap perkahwinannya kaveat itu dimasukkan.
Lesen
Ketua Menteri boleh, menurut budi bicaranya, memberi suatu lesen di bawah seksyen ini membenarkan pengupacaraan sesuatu
24
Undang-Undang Malaysia perkahwinan walaupun pihak perempuan yang hendak berkahwin itu berumur di bawah lapan belas tahun, tetapi bagaimana pun tidak boleh memberi lesen itu sebelum perempuan itu berumur genap enam belas tahun.
Ketua Menteri apabila berpuas hati, dengan akuan berkanun atau apa-apa lain yang difikirkannya patut, bahawa adalah lebih sesuai sesuatu perkahwinan di bawah seksyen 23 diupacarakan di sesuatu tempat selain di pejabat seseorang Pendaftar boleh mengeluarkan suatu lesen dalam borang yang ditetapkan bagi maksud itu.
Sesuatu lesen membenarkan sesuatu perkahwinan diupacarakan di sesuatu tempat selain di pejabat seseorang Pendaftar hendaklah menyatakan tempat di mana perkahwinan itu boleh diupacarakan.
Jika perkahwinan yang dibenarkan oleh sesuatu lesen di bawah seksyen ini tidak diupacarakan dalam masa satu bulan dari tarikh lesen itu maka lesen itu hendaklah terbatal.
Ketua Menteri boleh secara bertulis mewakilkan kuasanya di bawah seksyen ini kepada Pendaftar Besar, Penolong Pendaftar
Besar atau Penguasa Pendaftar dan boleh pada bila-bila masa membatalkan mana-mana pewakilan itu.
Tiada apa-apa pewakilan di bawah perenggan (a) boleh disifatkan sebagai melucutkan kuasa Ketua Menteri di bawah seksyen ini dan dia boleh, jika difikirkannya patut, menjalankan kuasa itu walaupun pewakilan itu telah dibuat.
Pengupacaraan perkahwinan
Pengupacaraan perkahwinan
di pejabat seorang Pendaftar dengan pintu terbuka antara pukul enam pagi dan tujuh petang;
Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 25
di mana-mana tempat selain di pejabat seorang Pendaftar pada bila-bila waktu sebagaimana yang dibenarkan oleh sesuatu lesen yang sah yang dikeluarkan di bawah subseksyen 21(3); atau
di sesuatu gereja atau rumah berhala atau di mana-mana tempat perkahwinan mengikut seksyen 24 pada bila-bila waktu sebagaimana dibenarkan oleh agama, adat atau kelaziman yang dianuti atau diamalkan oleh pihak-pihak kepada perkahwinan itu.
Sesuatu perkahwinan yang sah boleh diupacarakan di bawah perenggan (1)(a) atau (b) oleh seseorang Pendaftar jika suatu perakuan untuk perkahwinan itu yang dikeluarkan oleh Pendaftar atau
Pendaftar-Pendaftar yang berkenaan atau suatu lesen membenarkan perkahwinan itu diserahkan kepadanya.
Sesuatu perkahwinan yang sah boleh diupacarakan di bawah perenggan (1)(c) oleh seseorang Penolong Pendaftar jika dia berpuas hati melalui akuan berkanun bahawa—
setiap seorang daripada pihak-pihak itu berumur dua puluh satu tahun atau lebih, atau, jika tidak, adalah seorang duda atau balu, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau
jika salah satu pihak adalah seorang orang belum dewasa yang belum berkahwin sebelum ini dan pihak perempuan itu tidak berumur di bawah enam belas tahun, bahawa persetujuan orang yang berkenaan yang tersebut dalam seksyen 12 telah diberi secara bertulis, atau telah tidak diperlukan, atau telah diberi oleh sesuatu mahkamah mengikut seksyen 12;
tiada seorang pun daripada pihak-pihak kepada perkahwinan yang dicadangkan itu telah berkahwin
26
Undang-Undang Malaysia di bawah mana-mana undang-undang, agama, adat atau kelaziman dengan sesiapa selain orang yang dengannya dia dicadang hendak dikahwinkan; dan
setakat mana perkahwinan yang dicadangkan itu adalah suatu perkahwinan Kristian dan ianya akan diupacarakan mengikut upacara, istiadat atau kelaziman sesuatu mazhab agama
Kristian, peruntukan hukum mazhab itu berhubungan dengan penyiaran banns atau pemberian notis mengenai perkahwinan yang dicadangkan itu telah dipatuhi atau telah tidak diperlukan dengan sah mengikut hukum itu.
Tiap-tiap perkahwinan yang berupa sebagai diupacarakan di Malaysia adalah tidak sah melainkan jika suatu perakuan untuk perkahwinan atau suatu lesen telah dikeluarkan oleh Pendaftar atau
Ketua Menteri atau suatu akuan berkanun di bawah subseksyen (3)
telah diserahkan kepada Pendaftar atau Penolong Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Tiap-tiap perkahwinan hendaklah diupacarakan di hadapan sekurang-kurangnya dua orang saksi yang boleh dipercayai selain
Pendaftar.
Tiada sesuatu perkahwinan boleh diupacarakan melainkan jika
Pendaftar berpuas hati bahawa kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu bersetuju dengan bebas terhadap perkahwinan itu.
Pengupacaraan perkahwinan sivil yang dilakukan di pejabat
Pendaftar atau di tempat lain
Pendaftar, apabila bertindak di bawah perenggan 22(1)(a)
atau (b) hendaklah, selepas diserahkan kepadanya suatu perakuan untuk perkahwinan yang dikeluarkan oleh
Pendaftar atau
Pendaftar-Pendaftar yang berkenaan atau suatu lesen membenarkan perkahwinan itu, berkata kepada pihak-pihak itu dalam perkataan yang berikut, sama ada secara langsung atau melalui seorang jurubahasa:
Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 27
“Adakah saya fahamkan bahawa kamu A.B. dan kamu C.D. berada di sini atas kemahuan bebas kamu sendiri bagi maksud hendak menjadi suami dan isteri?”.
Apabila mereka menjawab mengiakan maka dia hendaklah terus berkata seperti demikian:
“Maka ketahuilah bahawa, dengan pengupacaraan perkahwinan kamu di hadapan saksi-saksi yang hadir di sini mengikut undang-undang, kamu bersetuju diperkahwinkan dengan sah di sisi undang-undang selama hidup antara satu sama lain, dan bahawa perkahwinan ini tidak boleh dibubarkan dalam masa hayat kamu kecuali dengan suatu hukuman yang sah dari mahkamah dan jika salah seorang daripada kamu, dalam masa hayat yang seorang lagi, berkahwin dengan seorang lain walau bagaimanapun dan di mana jua pun diupacarakan perkahwinan itu, semasa perkahwinan ini masih berterusan, maka kamu dengan itu akan melakukan suatu kesalahan terhadap undang-undang.”
Kemudiannya, Pendaftar hendaklah bertanya kepada pihak-pihak itu, secara langsung atau melalui seorang jurubahasa, sama ada mereka tahu tentang apa-apa halangan yang sah mengapa mereka tidak boleh disatukan bersama dalam perkahwinan. Apabila mereka menjawab menidakkan dia hendaklah bertanya, secara langsung atau melalui seorang jurubahasa, kepada setiap satu pihak itu sama ada lelaki atau perempuan itu akan mengambil perempuan atau lelaki itu menjadi isteri atau suaminya yang sah. Apabila mereka menjawab mengiakan,
Pendaftar, pihak-pihak itu dan saksi-saksi hendaklah mematuhi seksyen 25.
Pengupacaraan perkahwinan melalui istiadat agama, adat atau kelaziman
Jika seseorang dilantik oleh Menteri untuk bertugas sebagai
Penolong Pendaftar Perkahwinan bagi sesuatu daerah perkahwinan maka orang itu boleh, selepas diserahkan kepadanya suatu akuan berkanun di bawah subseksyen 22(3) mengupacarakan sesuatu perkahwinan mengikut adat atau kelaziman yang diamalkan oleh pihak-pihak kepada perkahwinan itu atau oleh salah seorang daripada mereka.
Seseorang Penolong Pendaftar yang mengupacarakan suatu perkahwinan di bawah seksyen ini hendaklah mengingatkan pihak-pihak yang berkenaan itu dalam sesuatu bahagian istiadat itu bahawa mana-mana seorang daripada mereka adalah tidak berupaya dalam masa berterusnya perkahwinan itu berkahwin secara sah dengan mana-mana orang lain dan jika mana-mana seorang daripada mereka berkahwin dalam masa berterusnya perkahwinan itu maka dia adalah melakukan suatu kesalahan.
Dalam seksyen ini—
“priest sesuatu rumah berhala” termasuklah mana-mana ahli bagi sesuatu jawatankuasa pengurusan atau badan pentadbiran rumah berhala itu dan mana-mana ahli jawatankuasa bagi mana-mana persatuan agama;
“priest sesuatu gereja” termasuklah mana-mana pegawai atau orang tua-tua gereja itu.
Catatan dalam daftar perkahwinan
Catatan itu hendaklah diaku saksi oleh pihak-pihak kepada perkahwinan itu dan oleh dua orang saksi selain Pendaftar yang hadir dalam pengupacaraan perkahwinan itu.
Catatan itu hendaklah kemudiannya ditandatangani oleh
Pendaftar yang mengupacarakan perkahwinan itu.
Pengupacaraan perkahwinan di Kedutaan Malaysia, dsb., di luar negara
Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 29
bahawa satu atau kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu adalah warganegara Malaysia;
bahawa, jika salah satu pihak tidak berdomisil di Malaysia, perkahwinan yang dicadangkan itu, jika diupacarakan, akan dianggap sebagai sah di negara di mana pihak itu berdomisil; dan
bahawa notis mengenai perkahwinan yang dicadangkan itu telah diberi sekurang-kurangnya dua puluh satu hari dan tidak lebih daripada tiga bulan sebelumnya, dan notis itu telah disiarkan di pejabat Pendaftar di Kedutaan,
Suruhanjaya Tinggi atau pejabat Konsul di mana perkahwinan itu akan diupacarakan dan di Pejabat
Pendaftar bagi daerah perkahwinan di Malaysia di mana setiap satu pihak kepada perkahwinan itu secara biasanya
30
Undang-Undang Malaysia telah bermastautin akhir sekali dan tiada sesuatu kaveat atau notis mengenai bantahan telah diterima.
Tatacara bagi pengupacaraan dan pendaftaran perkahwinan di Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi atau Pejabat Konsul Malaysia hendaklah serupa dalam semua perkara sebagaimana yang terpakai bagi perkahwinan yang diupacarakan dan didaftarkan di Malaysia di bawah Akta ini seolah-olah Pendaftar yang dilantik bagi sesuatu negara asing adalah seorang Pendaftar di Malaysia.
Suatu perkahwinan yang diupacarakan di bawah seksyen ini hendaklah, bagi maksud Akta ini, disifatkan sebagai suatu perkahwinan yang diupacarakan di Malaysia, dan peruntukan subseksyen 7(2) hendaklah terpakai mutatis mutandis berhubungan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, berkenaan dengan perkahwinan itu.
Bahagian IV
Perkahwinan bagi tiap-tiap orang yang bermastautin secara biasanya di Malaysia dan bagi tiap-tiap orang yang bermastautin di luar negara adalah seorang warganegara atau berdomisil di Malaysia selepas tarikh yang ditetapkan hendaklah didaftarkan menurut Akta ini.
Pelantikan Pendaftar Besar, Pendaftar dan Penolong Pendaftar
Perkahwinan
Menteri boleh melantik beberapa orang pegawai awam mengikut nama atau jawatan menjadi—
Pendaftar
Perkahwinan dan
Timbalan
Pendaftar
Perkahwinan bagi mana-mana daerah perkahwinan dalam sesuatu Negeri dan Wilayah Persekutuan sebagaimana yang dinyatakan dalam pelantikan itu.
Menteri boleh, sebagai tambahan, melantik mengikut nama atau jawatan, mana-mana orang sama ada pegawai awam atau bukan, untuk menjadi Penolong Pendaftar Perkahwinan berkenaan dengan sesuatu kaum, suku, persatuan, gereja atau rumah berhala bagi mana-mana daerah perkahwinan dan selama apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam pelantikan itu, dan tiap-tiap orang yang dilantik sedemikian dan juga tiap-tiap Pendaftar, Timbalan
Pendaftar dan Penolong Pendaftar lain, hendaklah disifatkan sebagai seorang pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan:
Dengan syarat bahawa pelantikan itu hendaklah dibuat atas syor atau penamaan daripada wakil yang diiktiraf bagi kaum, suku, jawatankuasa pengurusan persatuan itu atau pihak berkuasa pengelolaan suatu mazhab, gereja atau rumah berhala, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Menteri boleh, melalui pemberitahun dalam Warta, melantik mana-mana ahli daripada kakitangan diplomatik
Malaysia di mana-mana negara, sama ada mengikut nama atau jawatan, untuk menjadi Pendaftar Perkahwinan bagi maksud Akta ini di negara itu.
Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam
Warta, mengisytiharkan mana-mana kawasan dalam sesuatu Negeri dan
Wilayah Persekutuan sebagai suatu daerah perkahwinan dan menentukan sempadan setiap daerah; dan jika seseorang Penolong
Pendaftar Perkahwinan dilantik di bawah subseksyen (3), Menteri boleh menentukan kawasan yang berlainan sebagai daerah
32
Undang-Undang Malaysia perkahwinan bagi mana-mana kaum, suku, persatuan, gereja atau rumah berhala tertentu.
Penolong Pendaftar Besar dan Penguasa Pendaftar boleh tertakluk pada apa-apa arahan am atau khas daripada Pendaftar Besar menjalankan apa-apa kuasa dan tugas Pendaftar Besar yang diberi dan dipertanggungkan oleh Akta ini.
Buku dan Daftar hendaklah disimpan mengenai semua perkahwinan di Malaysia
Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 31
Pendaftar hendaklah menyimpan suatu daftar perkahwinan dan apa-apa buku sebagaimana yang ditetapkan oleh
Akta ini atau oleh kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya dan tiap-tiap perkahwinan yang diupacarakan di Malaysia oleh Pendaftar hendaklah, selepas sahaja pengupacaraannya itu, didaftarkan oleh
Pendaftar dalam daftar perkahwinannya.
Salinan catatan hendaklah dihantar kepada Pendaftar Besar
Semua salinan itu hendaklah disimpan oleh Pendaftar Besar dan
Penguasa Pendaftar mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah menjadi daftar-daftar perkahwinan Pendaftar Besar dan Penguasa
Pendaftar masing-masing.
Pendaftaran perkahwinan di negara asing oleh warganegara
Malaysia atau orang yang berdomisil di Malaysia
dalam tempoh enam bulan selepas tarikh perkahwinan itu, hadir di hadapan Pendaftar yang terdekat sekali atau yang boleh didapati dengan mudah sekali di luar negara; dan
Jika sebelum tamatnya tempoh enam bulan di bawah perenggan (1)(a) itu, salah satu atau kedua-dua pihak yang berkahwin itu pulang ke Malaysia dan perkahwinan itu belum lagi didaftarkan, maka orang itu hendaklah—
dalam tempoh enam bulan selepas sahaja tiba di Malaysia, hadir di hadapan mana-mana Pendaftar; dan
Seseorang yang memohon untuk mendaftarkan sesuatu perkahwinan di bawah subseksyen (1) atau (lA) hendaklah—
mengemukakan kepada
Pendaftar itu perakuan perkahwinan itu atau apa-apa keterangan sama ada lisan atau dokumentar yang boleh memuaskan hati Pendaftar bahawa perkahwinan itu telah berlaku;
memberi apa-apa butir yang dikehendaki oleh Pendaftar itu untuk mendaftarkan perkahwinan itu dengan sepatutnya;
dan
memohon dalam borang yang ditetapkan supaya pendaftaran perkahwinan itu dilaksanakan dan menandatangani akuan di dalamnya itu.
Seseorang Pendaftar boleh tidak menghendaki kehadiran seorang daripada pihak-pihak kepada perkahwinan itu jika dia berpuas hati bahawa ada sebab yang baik dan mencukupi bagi pihak itu tidak hadir dan dalam hal yang demikian catatan dalam daftar perkahwinan
34
Undang-Undang Malaysia itu hendaklah termasuk suatu pernyataan mengenai sebab-sebab pihak itu tidak hadir.
Apabila sesuatu perkahwinan didaftarkan di bawah seksyen ini,
Pendaftar hendaklah menyerahkan salinan ketiga daftar itu kepada pihak-pihak kepada perkahwinan itu dan salinan asalnya kepada
Pendaftar Besar dan salinan pendua kepada Penguasa Perkahwinan yang hendaklah menyebabkan salinan-salinan itu dijilid kesemuanya untuk menjadi Daftar Perkahwinan Luar Negara.
Jika pihak-pihak kepada sesuatu perkahwinan yang dikehendaki didaftarkan di bawah seksyen ini tidak hadir di hadapan seseorang
Pendaftar dalam tempoh sebagaimana ditetapkan dalam subseksyen
, perkahwinan itu boleh, atas permohonan kepada Pendaftar, didaftarkan oleh Pendaftar dengan bayaran sesuatu penalti sebagaimana yang ditetapkan.
Daftar tidak sah
Tiada seseorang, selain Pendaftar Besar atau seseorang Penguasa
menyimpan sesuatu buku yang mana adalah atau berupa sebagai suatu daftar yang disimpan mengikut peruntukan
Akta ini; atau
mengeluarkan kepada mana-mana orang apa-apa dokumen yang mana adalah atau berupa sebagai suatu salinan bagi sesuatu perakuan sesuatu perkahwinan atau sesuatu perakuan perkahwinan yang didaftarkan oleh Pendaftar.
Pendaftaran sukarela mengenai perkahwinan yang dahulunya diupacarakan di bawah agama atau adat
Pendaftar yang dilantik di bawah Akta ini, boleh—
Pendaftar boleh menghendaki pihak-pihak kepada perkahwinan itu hadir di hadapannya dan mengemukakan apa-apa keterangan mengenai perkahwinan itu, sama ada lisan atau dokumentar, sebagaimana yang dikehendaki olehnya dan memberi apa-apa butir lain sebagaimana yang dikehendaki olehnya.
Pendaftar boleh, apabila berpuas hati tentang kebenaran pernyataan yang terkandung dalam permohonan itu, mendaftarkan perkahwinan itu dengan mencatatkan butir-butirnya dalam daftar perkahwinan yang ditetapkan bagi maksud itu.
Catatan mengenai perkahwinan itu dalam daftar perkahwinan hendaklah ditandatangani oleh Pendaftar yang membuat catatan itu dan oleh kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu, jika hadir, kalau tidak, oleh mana-mana pihak yang hadir di hadapan Pendaftar untuk melaksanakan pendaftaran perkahwinan itu.
Apabila perkahwinan itu didaftarkan, Pendaftar hendaklah menyerahkan salinan ketiga daftar itu kepada pihak-pihak kepada perkahwinan itu, salinan asal kepada Pendaftar Besar dan salinan pendua kepada Penguasa Pendaftar.
Pendaftar tidak boleh mendaftarkan sesuatu perkahwinan di bawah seksyen ini jika dia berpuas hati bahawa perkahwinan itu adalah tidak sah di bawah Akta ini.
Kesan pendaftaran di sisi undang-undang
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini atau dalam kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya boleh ditafsirkan sebagai menjadikan sah atau tidak sah mana-mana perkahwinan yang sebaliknya adalah tidak sah atau sah, semata-mata oleh sebab ianya telah didaftarkan atau telah tidak didaftarkan.
36
Undang-Undang Malaysia
Bahagian V
BERHUBUNGAN DENGAN PENGUPACARAAN DAN
Tidak hadir di hadapan Pendaftar dalam tempoh yang ditetapkan
Mana-mana orang yang dikehendaki oleh seksyen 31 supaya hadir di hadapan Pendaftar dan dia tidak hadir dalam tempoh yang ditetapkan, maka dia boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya.
Pelanggaran seksyen 32
Mana-mana orang yang melanggar seksyen 32 boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya; dan bagi sabitan kali kedua atau berikutnya boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau kedua-duanya.
Mengganggu perkahwinan
untuk memaksa seseorang untuk berkahwin bertentangan dengan kemahuannya; atau
untuk menghalang seseorang yang telah mencapai umur dua puluh satu tahun daripada berkahwin dengan sah, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau kedua-duanya.
Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 37
Sumpah palsu, dsb., untuk memperoleh perkahwinan
Mana-mana orang yang dengan sengaja membuat sesuatu akuan palsu atau menandatangani sesuatu notis atau perakuan palsu yang dikehendaki oleh Akta ini, bagi maksud hendak mendapatkan sesuatu perkahwinan dilakukan di bawah Akta ini adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau kedua-duanya.
Pengataan palsu dalam kaveat
Mana-mana orang yang memasukkan sesuatu kaveat bagi menentang pengeluaran sesuatu perakuan perkahwinan dan yang berpura-pura menjadi atau dengan merepresentasikan dirinya sebagai seorang yang persetujuannya terhadap perkahwinan itu adalah dikehendaki oleh undang-undang dengan mengetahui atau mempercayai kepura-puraan atau representasi itu sebagai palsu atau tidak mempercayainya sebagai benar adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau kedua-duanya.
Pengupacaraan perkahwinan yang tidak dibenarkan
Mana-mana orang yang mengupacarakan atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai mengupacarakan sesuatu perkahwinan manakala dia tidak dibenarkan berbuat demikian itu di bawah Akta ini, adalah
38
Undang-Undang Malaysia bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit.
Kesalahan berhubungan dengan pengupacaraan perkahwinan
tanpa terlebih dahulu menerima suatu perakuan untuk perkahwinan itu atau suatu lesen yang tidak memerlukan perakuan itu;
selain di hadapan sekurang-kurangnya dua orang saksi yang boleh dipercayai, selain orang yang mengupacarakan perkahwinan itu; atau
selepas tamat enam bulan dari tarikh pemberitahuan perkahwinan yang diberi di bawah seksyen 14, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.
Seseorang Pendaftar yang dengan diketahuinya dan berlawanan dengan Akta ini mengeluarkan sesuatu perakuan untuk perkahwinan—
apabila sesuatu kaveat telah dimasukkan di bawah seksyen 19 tanpa terlebih dahulu mematuhi seksyen 20;
atau
berlawanan dengan seksyen 16,
Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 39
adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.
Mana-mana orang yang berkahwin atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai berkahwin atau yang menjalani sesuatu cara perkahwinan dengan mana-mana orang berlawanan dengan mana-mana peruntukan Bahagian III adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.
Membinasakan atau memalsu buku daftar
Mana-mana orang yang dengan sendirinya atau melalui seseorang lain—
dengan sengaja membinasakan atau merosakkan apa-apa daftar perkahwinan atau apa-apa perakuan darinya, atau mana-mana bahagiannya atau apa-apa cabutan yang disahkan darinya;
dengan palsu membuat atau melancung mana-mana bahagian daftar atau perakuan itu; atau
dengan sengaja memasukkan apa-apa catatan palsu dalam mana-mana daftar atau perakuan atau cabutan yang disahkan, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun dan didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
Kebenaran untuk pendakwaan
Tiada apa-apa pendakwaan atas sesuatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Pendakwa Raya.
40
Undang-Undang Malaysia
Membetulkan kesilapan
Tiap-tiap catatan di birai daftar yang dibuat sedemikian itu hendaklah ditandatangani dan diletakkan tarikh oleh Pendaftar.
Sesalinan pembetulan itu hendaklah dihantar dengan segera kepada Pendaftar Besar atau Penguasa Pendaftar supaya suatu pembetulan yang serupa dibuat dalam daftar perkahwinannya.
Pemeriksaan dan carian
Pendaftar Besar atau Penguasa Pendaftar boleh, apabila permohonan dibuat oleh mana-mana orang yang hendaklah menyatakan sebab membuat permohonannya itu dan dengan bayaran fi yang ditetapkan, jika dia berpuas hati dengan sebab itu—
memberi kepada pemohon itu cabutan apa-apa catatan dalam daftar perkahwinan yang diperakui di bawah tangannya dan meterai jawatannya.
Bukti
Tiap-tiap daftar perkahwinan yang disimpan di bawah Akta ini dan apa-apa salinan bagi sesuatu catatan yang diperakui oleh Pendaftar adalah menjadi keterangan prima facie mengenai tarikh dan perbuatan yang terkandung dalam daftar perkahwinan itu.
Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 41
Daftar rosak
Pendaftar Besar boleh—
menyebabkan mana-mana atau kesemua daftar perkahwinan difotografkan dengan menggunakan mikrofilem; atau
menyebabkan butir-butir dalam mana-mana atau kesemua daftar perkahwinan direkod dengan menggunakan komputer atau dengan apa-apa cara atau bentuk lain yang difikirkannya patut, tertakluk pada apa-apa langkah berjaga-jaga yang difikirkannya perlu demi keselamatan dan privasi maklumat itu.
Daftar hilang
Jika sesuatu daftar perkahwinan hilang atau musnah kerana apa-apa sebab dan Pendaftar Besar berpuas hati daripada keterangan yang diberi bahawa sesuatu perkahwinan telah didaftarkan, dia boleh menyebabkan perkahwinan itu didaftarkan semula.
Bahagian VI
Prinsip undang-undang yang hendak dipakai
Tertakluk pada peruntukan yang terkandung dalam Bahagian ini, mahkamah hendaklah dalam semua guaman dan prosiding di bawah ini bertindak dan memberi relief atas prinsip yang pada pendapat mahkamah adalah, dengan seberapa hampir yang boleh, menepati prinsip-prinsip atas mana Mahkamah Tinggi Keadilan di England bertindak dan memberi relief dalam prosiding perkahwinan.
42
Undang-Undang Malaysia
Setakat mana kuasa untuk memberi relief
jika perkahwinan itu telah didaftarkan atau disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Akta ini; atau
jika pihak-pihak itu telah berkahwin di bawah sesuatu undang-undang yang memperuntukkan bahawa, atau yang dalam perjangkaannya, perkahwinan itu adalah monogami;
dan
jika domisil bagi pihak-pihak kepada perkahwinan itu pada masa petisyen itu dikemukakan ialah di Malaysia.
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh membenarkan mahkamah membuat sesuatu dekri perpisahan kehakiman kecuali—
jika perkahwinan itu telah didaftarkan atau disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Akta ini; atau
jika pihak-pihak itu telah berkahwin di bawah sesuatu undang-undang yang memperuntukkan bahawa, atau yang dalam perjangkaannya, perkahwinan itu adalah monogami;
dan
jika kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu bermastautin di Malaysia pada masa prosiding itu dimulakan.
Bidang kuasa tambahan dalam prosiding oleh isteri
isteri itu telah ditinggal langsung oleh suaminya, atau suaminya telah diusirkan dari Malaysia di bawah sesuatu
Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 43
undang-undang yang pada masa itu berkuat kuasa berhubungan dengan pengusiran orang, dan suami itu sebelum daripada peninggal langsungan atau pengusiran itu, telah berdomisil di Malaysia; atau
isteri itu adalah bermastautin di Malaysia dan telah secara biasanya bermastautin di Malaysia selama tempoh dua tahun sebelum sahaja daripada bermulanya prosiding itu.
Dalam mana-mana prosiding yang Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa menurut seksyen ini, isu itu hendaklah diputuskan mengikut undang-undang yang boleh terpakai baginya, jika pihak-pihak itu telah berdomisil atau bermastautin di Malaysia.
Dalam seksyen ini rujukan mengenai pengusiran dari Malaysia hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk buang negeri atau pengusiran di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
Sekatan terhadap petisyen dalam tempoh dua tahun perkahwinan
Seseorang Hakim mahkamah boleh, atas sesuatu permohonan yang dibuat kepadanya, membenarkan sesuatu petisyen untuk perceraian diserahkan dalam tempoh tertentu itu atas alasan bahawa hal itu adalah suatu hal yang terbit daripada hal keadaan atau kesusahan yang luar biasa yang dideritai oleh pempetisyen itu; tetapi pada memutuskan permohonan itu Hakim hendaklah memberi perhatian kepada kepentingan seseorang anak dari perkahwinan itu dan kepada soalan sama ada ada kebarangkalian yang munasabah bagi pihak-pihak itu berdamai dalam tempoh tertentu itu.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai melarang pengemukaan sesuatu petisyen yang berasaskan hal yang berlaku sebelum tamat tempoh tertentu itu.
44
Undang-Undang Malaysia
Pembubaran kerana masuk Islam
salah satu pihak boleh mempetisyen untuk perceraian di bawah seksyen ini atau seksyen 53; atau
Mahkamah boleh, apabila membubarkan perkahwinan itu atau pada bila-bila masa, membuat peruntukan untuk isteri atau suami, dan untuk nafkah, pemeliharaan dan penjagaan anak-anak daripada perkahwinan itu, jika ada, di bawah Bahagian VII dan Bahagian VIII dan boleh mengenakan apa-apa syarat ke atas dekri pembubaran itu sebagaimana yang difikirkannya patut.
Seksyen 50 tidak terpakai bagi sesuatu petisyen untuk perceraian jika satu pihak telah masuk Islam.
Harta suami isteri selepas penukaran agama
Islam—
Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), mahkamah hendaklah memberi perhatian terhadap—
takat sumbangan yang telah diberikan oleh pihak-pihak berkepentingan itu dalam bentuk wang, harta atau kerja terhadap pemerolehan aset perkahwinan itu atau pembayaran perbelanjaan untuk faedah keluarga;
Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 45
apa-apa hutang yang terhutang oleh si mati dan pihak berkepentingan yang telah dilakukan bagi faedah bersama mereka;
takat sumbangan kepada kebajikan keluarga dengan menjaga rumah tangga atau memelihara keluarga;
hak pihak berkepentingan di bawah Akta Pembahagian 1958 [Akta 300] jika si mati belum menukar agama.
Bagi maksud seksyen ini, “pihak berkepentingan” atau
“pihak-pihak berkepentingan” ertinya pasangan yang menakat dan anak-anak yang menakat daripada sesuatu perkahwinan, jika ada, dan ibu bapa pasangan yang telah menukar agama yang telah meninggal dunia.
Pembubaran dengan persetujuan bersama
Jika suami dan isteri bersama-sama bersetuju supaya perkahwinan mereka dibubarkan mereka boleh, selepas tamat dua tahun dari tarikh perkahwinan mereka, mengemukakan suatu petisyen bersama dengan sewajarnya dan mahkamah boleh, jika ia fikirkan patut, membuat suatu dekri perceraian apabila berpuas hati bahawa kedua-dua pihak itu bersetuju dengan bebas dan bahawa peruntukan yang sepatutnya ada dibuat untuk isteri itu dan untuk nafkah, pemeliharaan dan penjagaan anak-anak, jika ada, dari perkahwinan itu, dan boleh mengenakan apa-apa syarat ke atas dekri perceraian itu sebagaimana yang difikirkannya patut.
46
Undang-Undang Malaysia
Kepecahbelahan perkahwinan hendaklah menjadi alasan tunggal bagi perceraian
Mahkamah yang mendengar petisyen itu hendaklah, setakat mana yang ia boleh dengan munasabah, menyiasat fakta yang dikatakan sebagai menyebabkan atau membawa kepada kepecahbelahan perkahwinan itu dan membuat suatu dekri untuk pembubarannya jika ia berpuas hati bahawa adalah adil dan munasabah baginya berbuat demikian memandang kepada hal keadaan itu.
Bukti mengenai kepecahbelahan
bahawa responden telah melakukan zina dan pempetisyen tidak tertahan untuk tinggal bersama responden;
bahawa responden telah bertingkah laku secara yang menyebabkan pempetisyen tidak boleh dijangka dengan munasabah akan dapat tinggal bersama responden;
bahawa responden telah meninggal langsung pempetisyen selama tempoh yang berterusan sekurang-kurangnya dua tahun sebelum sahaja pengemukaan petisyen itu;
bahawa pihak-pihak kepada perkahwinan itu telah tinggal berasingan selama tempoh yang berterusan sekurang-kurangnya dua tahun sebelum sahaja pengemukaan petisyen itu.
Pada menimbangkan sama ada adil dan munasabah untuk membuat sesuatu dekri, mahkamah hendaklah menimbangkan segala
Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 47
hal keadaan, termasuk kelakuan pihak-pihak itu dan bagaimana kepentingan seseorang anak atau anak-anak dari perkahwinan itu atau kepentingan salah satu pihak itu mungkin terjejas jika perkahwinan itu dibubarkan dan mahkamah boleh membuat suatu dekri nisi tertakluk pada apa-apa had dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh mahkamah dikenakan tetapi jika sekiranya mahkamah berpendapat memandang kepada segala hal keadaan bahawa adalah salah jika perkahwinan itu dibubarkan, maka ia hendaklah menolak petisyen itu.
Peruntukan bertujuan untuk menggalakkan perdamaian
Jika pada mana-mana peringkat prosiding untuk perceraian mahkamah berpendapat bahawa ada kemungkinan yang munasabah bagi sesuatu perdamaian antara pihak-pihak kepada perkahwinan itu, mahkamah boleh menangguhkan prosiding itu selama tempoh yang difikirkannya patut untuk membolehkan percubaan dibuat bagi melaksanakan sesuatu perdamaian itu. Kuasa yang diberi oleh peruntukan yang di atas itu adalah tambahan kepada mana-mana kuasa lain mahkamah untuk menangguhkan prosiding.
Kaedah-kaedah untuk mengadakan peruntukan supaya perjanjian dirujuk kepada mahkamah
Peruntukan boleh dibuat melalui kaedah-kaedah mahkamah untuk membolehkan pihak-pihak kepada sesuatu perkahwinan, atau salah seorang daripada mereka, atas permohonan yang dibuat sama ada sebelum atau selepas pengemukaan sesuatu petisyen untuk perceraian, merujukkan kepada mahkamah apa-apa perjanjian atau perkiraan yang telah dibuat atau dicadang hendak dibuat antara mereka, iaitu suatu perjanjian atau perkiraan yang berkaitan dengan, terbit dari, atau yang
48
Undang-Undang Malaysia berhubungan dengan, prosiding untuk perceraian yang dicadangkan itu atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang telah bermula, dan untuk membolehkan mahkamah menyatakan sesuatu pendapat, jika sekiranya ia fikirkan berfaedah berbuat demikian, tentang kemunasabahan perjanjian atau perkiraan itu dan memberi apa-apa arahan, jika ada, yang difikirkannya patut dalam perkara itu.
Kandungan petisyen perceraian
butir-butir mengenai perkahwinan antara pihak-pihak dan nama, umur dan jantina anak-anak, jika ada, dari perkahwinan itu;
butir-butir mengenai sesuatu prosiding perkahwinan yang terdahulu antara pihak-pihak;
suatu pernyataan mengenai pengataan utama yang hendak dibuktikan sebagai keterangan mengenai kepecahbelahan perkahwinan;
terma mana-mana perjanjian berkenaan dengan nafkah bagi isteri atau pihak tanggungan dan anak-anak, jika ada, dari perkahwinan itu, atau pembahagian apa-apa aset yang telah diperoleh melalui usaha bersama pihak-pihak itu atau usaha tunggal satu pihak, atau jika tiada sesuatu perjanjian telah tercapai, cadangan pempetisyen; dan
Tiap-tiap petisyen untuk perceraian hendaklah menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi melaksanakan sesuatu perdamaian.
Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 49
Ganti rugi kerana perzinaan boleh dituntut terhadap responden bersama
Sesuatu petisyen di bawah subseksyen (1) boleh termasuk sesuatu permohonan supaya responden bersama itu dihukum membayar ganti rugi berkenaan dengan perzinaan yang dikatakan itu.
Apabila ganti rugi telah dituntut terhadap seseorang responden bersama—
jika, selepas keterangan bagi pempetisyen itu ditutup, mahkamah berpendapat bahawa tidak ada keterangan yang cukup terhadap responden bersama itu untuk mewajarkan dia dikehendaki menjawab, maka responden bersama itu boleh dilepaskan daripada prosiding itu; atau
jika, pada masa pendengaran ditutup, mahkamah berpuas hati bahawa perzinaan antara responden dan responden bersama itu telah dibuktikan, mahkamah boleh mengaward pempetisyen apa-apa ganti rugi yang difikirkannya patut, tetapi walau bagaimanapun award itu tidak boleh termasuk apa-apa unsur pentauladanan atau seksaan.
Kuasa mahkamah terhadap tuntutan ganti rugi kerana perzinaan
Mahkamah adalah mempunyai kuasa, apabila mengaward ganti rugi, mengarahkan supaya ganti rugi itu atau apa-apa bahagiannya,
50
Undang-Undang Malaysia diletak hak kepada pemegang amanah dengan amanah supaya membayar pendapatan atau modal untuk faedah anak-anak yang belum dewasa, jika ada, dari perkahwinan itu atau, jika pempetisyen dikehendaki membayar nafkah kepada responden, bagi atau untuk pembayaran nafkah itu, dan tertakluk padanya sebagai amanah bagi pempetisyen itu.
Apabila dalam sesuatu petisyen yang dikemukakan oleh seseorang suami, perzinaan yang dikatakan itu telah dibuktikan terhadap responden bersama, mahkamah boleh memerintahkan responden bersama itu membayar kesemua atau mana-mana bahagian daripada kos prosiding itu; dengan syarat bahawa tiada apa-apa perintah bagi kos boleh dibuat jika responden pada masa perzinaan itu tinggal berasingan daripada suaminya dan hidup sebagai seorang pelacur atau jika responden bersama itu pada masa perzinaan itu tidak ada sebab bagi mempercayai responden itu sebagai seorang perempuan yang berkahwin.
Pendengaran petisyen
Jika dalam mana-mana prosiding untuk perceraian, responden membuat pengataan terhadap pempetisyen dan membuktikan apa-apa fakta sebagaimana tersebut dalam seksyen 54 mahkamah boleh memberi relief kepada responden, iaitu relief yang responden itu akan berhak jika responden telah mengemukakan suatu petisyen meminta relief itu.
Dekri nisi dan prosiding kemudian daripadanya
Jika sesuatu dekri nisi perceraian telah diberi dan tiada apa-apa permohonan untuk menjadikannya mutlak telah dibuat oleh pihak yang kepadanya ia telah diberi, maka, pada bila-bila masa selepas tamat tiga
Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 51
bulan dari tarikh yang seawal-awalnya pihak itu boleh membuat suatu permohonan, pihak yang terhadapnya dekri nisi itu telah diberi boleh membuat suatu permohonan kepada mahkamah dan atas permohonan itu mahkamah boleh—
menjadikan dekri itu mutlak, walau apa pun peruntukan subseksyen yang akhir di atas;
dengan cara lain menguruskan kes itu sebagaimana yang difikirkannya patut.
Perkahwinan semula bagi orang yang telah bercerai
Jika suatu dekri perceraian telah dijadikan mutlak dan sama ada—
masa untuk merayu terhadap dekri mutlak itu telah tamat tanpa sesuatu rayuan dibuat; atau
rayuan terhadap dekri mutlak itu telah ditolak, salah satu pihak kepada perkahwinan dahulu itu boleh berkahwin semula.
Prosiding bagi dekri nisi anggapan mati dan cerai
Dalam mana-mana prosiding itu fakta bahawa pihak yang satu lagi kepada perkahwinan itu telah tidak ada bersama pempetisyen berterusan selama tempoh tujuh tahun ke atas dan pempetisyen itu tidak mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa pihak yang satu lagi itu masih hidup dalam masa tersebut, hendaklah menjadi keterangan bahawa dia telah mati sehingga dibuktikan sebaliknya.
Seksyen 61 dan 62 hendaklah terpakai bagi sesuatu petisyen dan sesuatu dekri di bawah seksyen ini sebagaimana seksyen itu terpakai masing-masing bagi sesuatu petisyen untuk perceraian dan sesuatu dekri perceraian.
Perpisahan kehakiman
Perpisahan kehakiman
Jika mahkamah memberi suatu dekri perpisahan kehakiman bagi pempetisyen, maka tidaklah lagi berkewajipan bagi pempetisyen hidup sebagai suami isteri bersama dengan responden.
Mahkamah boleh, atas suatu permohonan melalui petisyen suami atau isteri yang terhadapnya suatu dekri perpisahan kehakiman telah dibuat dan apabila berpuas hati bahawa pengataan dalam petisyen itu adalah benar, membatalkan dekri itu pada bila-bila masa atas alasan bahawa ianya telah didapati dengan ketidakhadiran pemohon atau, jika peninggal langsungan adalah alasan bagi dekri itu, bahawa wujud sebab yang munasabah bagi peninggal langsungan yang dikatakan itu.
Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 53
Perpisahan kehakiman tidak menghalang petisyen untuk perceraian
Atas sesuatu petisyen untuk perceraian itu, mahkamah boleh menyifatkan dekri perpisahan kehakiman itu sebagai bukti yang cukup mengenai perzinaan, peninggal langsungan, atau alasan lain yang atasnya dekri itu telah diberi, tetapi mahkamah tidak boleh memberi suatu dekri perceraian tanpa menerima keterangan daripada pempetisyen itu.
Bagi maksud sesuatu petisyen untuk perceraian itu, sesuatu tempoh peninggal langsungan sebelum sahaja prosiding dimulakan untuk suatu dekri perpisahan kehakiman hendaklah, jika pihak-pihak itu belum hidup bersama semula sebagai suami isteri dan dekri itu telah berkuat kuasa berterusan semenjak ianya diberi, disifatkan sebagai suatu tempoh yang berlalu sebelum sahaja petisyen untuk perceraian itu dikemukakan.
Harta isteri selepas perpisahan kehakiman
Jika, atas sesuatu perpisahan kehakiman itu, alimoni telah didekri atau diperintahkan supaya dibayar kepada isteri dan alimoni itu tidak dibayar dengan sepatutnya oleh suami maka suami itu adalah bertanggungan bagi keperluan yang dibekalkan bagi kegunaan isteri itu.
54
Undang-Undang Malaysia
Pembatalan perkahwinan
Setakat mana kuasa untuk memberi relief
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh membenarkan mahkamah membuat sesuatu dekri pembatalan perkahwinan kecuali—
jika perkahwinan itu telah didaftarkan atau disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Akta ini; atau
jika pihak-pihak itu telah berkahwin di bawah suatu undang-undang yang memperuntukkan bahawa, atau yang dalam perjangkaannya, perkahwinan itu adalah monogami;
dan
jika kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu bermastautin di Malaysia pada masa prosiding itu dimulakan.
Petisyen untuk membatalkan perkahwinan
Mana-mana suami atau isteri boleh mengemukakan suatu petisyen kepada mahkamah memohon suatu dekri pembatalan berkenaan dengan perkahwinannya.
Alasan perkahwinan tidak sah
pada masa perkahwinan itu salah satu pihak telah pun berkahwin dengan sah dan suami atau isteri yang dahulu bagi pihak itu masih hidup pada masa perkahwinan itu dan perkahwinan yang dahulu itu masih berkuat kuasa pada masa itu;
seseorang lelaki berkahwin di bawah umur lapan belas tahun atau seseorang perempuan yang berumur lebih dari enam belas tahun tetapi kurang dari lapan belas tahun
Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 55
berkahwin tanpa suatu lesen khas yang diberi oleh Ketua
Menteri di bawah seksyen 10;
pihak-pihak itu adalah antara satu sama lain dalam tali persaudaraan dalam mana mereka dilarang berkahwin melainkan jika Ketua Menteri memberi suatu lesen khas di bawah subseksyen 11(6); atau
pihak-pihak itu bukan masing-masingnya lelaki dan perempuan.
Alasan perkahwinan boleh batal
Sesuatu perkahwinan yang berlaku selepas tarikh yang ditetapkan boleh menjadi tidak sah hanya atas alasan yang berikut sahaja, iaitu:
bahawa persetubuhan belum dilakukan dalam perkahwinan itu oleh kerana ketidakupayaan salah satu pihak untuk melakukannya;
bahawa persetubuhan belum dilakukan dalam perkahwinan itu oleh kerana responden dengan sengaja enggan melakukannya;
bahawa salah satu pihak kepada perkahwinan itu tidak memberi persetujuan dengan sah terhadap perkahwinan itu sama ada disebabkan oleh desakan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal atau selainnya;
bahawa pada masa perkahwinan itu salah satu pihak, walaupun berkebolehan memberi persetujuan yang sah, ialah (sama ada berterusan atau berselangan)
seorang yang bercelaru mental mengikut pengertian
*Ordinan Kecelaruan Mental 1952 [Ord. 31 tahun 1952]
*CATATAN—Ordinan Kecelaruan Mental 1952 [Ord. 31 tahun 1952] telah dimansuhkan oleh
Akta Kesihatan Mental 2001 [Akta 615] m.b.p 15 Jun 2010–lihat seksyen 93 Akta 615 dan
P.U.(B) 269/2010.
56
Undang-Undang Malaysia dari sesuatu jenis atau hingga sesuatu takat yang menjadikannya tidak layak berkahwin;
bahawa pada masa perkahwinan itu responden sedang menghidapi penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit;
bahawa pada masa perkahwinan itu responden telah dihamilkan oleh seseorang yang lain daripada pempetisyen.
Penghalang terhadap relief jika perkahwinan adalah boleh batal
bahawa pempetisyen, dengan mengetahui bahawa adalah terbuka kepadanya untuk mendapatkan perkahwinan itu dibatalkan, telah bertingkah laku terhadap responden secara yang boleh menyebabkan responden mempercayai dengan munasabah bahawa dia tidak akan berbuat demikian; dan
Tanpa menyentuh subseksyen (1), mahkamah tidak boleh memberi suatu dekri pembatalan atas alasan yang disebutkan dalam perenggan 70(e) atau (f) melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa pempetisyen tidak tahu pada masa perkahwinan itu mengenai fakta yang dikatakan itu.
adalah menggantikan, berhubungan dengan alasan yang disebutkan dalam seksyen 70, mana-mana kaedah-kaedah undang-undang yang membolehkan sesuatu dekri tidak diberi oleh sebab keizinan, ratifikasi atau tiadanya ketulusan di pihak pempetisyen atau atas alasan yang seumpamanya.
Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 57
Perkahwinan yang dikawal oleh undang-undang negara asing atau yang diistiadatkan di luar negara di bawah undang-undang
Malaysia
Jika, selain Akta ini, apa-apa perkara berkenaan dengan kesahan sesuatu perkahwinan kena diputuskan (mengikut kaedah-kaedah
Undang-Undang Antarabangsa Persendirian) dengan merujuk kepada undang-undang sesuatu negara luar Malaysia, maka seksyen 69
mahupun seksyen 70 tidak boleh—
menghendaki terpakai bagi perkahwinan itu alasan yang tersebut dalamnya itu kecuali setakat mana yang boleh terpakai mengikut kaedah-kaedah itu.
Kesan dekri pembatalan mengenai perkahwinan yang boleh batal
Sesuatu dekri pembatalan yang diberi selepas tarikh yang ditetapkan atas alasan bahawa sesuatu perkahwinan adalah boleh batal hendaklah berkuat kuasa membatalkan perkahwinan itu hanya bagi sesuatu masa selepas mula berkuat kuasanya dekri itu dan, walaupun dekri itu telah diberi, perkahwinan itu hendaklah disifatkan sebagai telah wujud sehingga masa itu.
Pakatan sulit tidak menjadi penghalang terhadap relief dalam hal pembatalan
Pakatan sulit tidaklah lagi menjadi suatu penghalang terhadap pemberian sesuatu dekri pembatalan.
58
Undang-Undang Malaysia
Kesahtarafan jika dekri pembatalan dibuat
Tertakluk pada peruntukan seksyen ini, anak dari sesuatu perkahwinan yang tidak sah hendaklah disifatkan sebagai seorang anak sah taraf ibu bapanya jika, pada masa pengupacaraan perkahwinan itu, kedua-dua atau salah satu pihak itu mempercayai dengan munasabah bahawa perkahwinan itu adalah sah.
Subseksyen (2) terpakai—
hanya jika bapa bagi anak itu telah berdomisil di Malaysia pada masa perkahwinan itu; dan
setakat mana ia berkenaan dengan penurunan apa-apa harta, hanya bagi anak-anak yang lahir selepas tarikh yang ditetapkan.
Seksyen ini tidak menyentuh apa-apa hak apabila seseorang mati tidak berwasiat sebelum tarikh yang ditetapkan, dan tidak menyentuh kuat kuasa atau pentafsiran sesuatu pemindahan yang mula berkuat kuasa sebelum tarikh yang ditetapkan.
Walau apa pun seksyen 6 Akta Kesahtarafan 1961 [Akta 60]
semua anak yang disifatkan sebagai sah taraf semasa lahir menurut peruntukan seksyen ini hendaklah disifatkan sedemikian dalam semua perkara dan bukan sebagai orang yang disahtarafkan pada tarikh perkahwinan itu atau Akta Kesahtarafan 1961 sebagaimana diperuntukkan dalamnya itu.
Mana-mana orang yang menuntut dengan apa-apa cara melainkan dengan suatu petisyen untuk perisytiharan pembatalan perkahwinan yang berkaitan itu bahawa seseorang anak hendaklah disifatkan sebagai anak sah taraf ibu bapanya menurut peruntukan
Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 59
subseksyen (3) boleh memohon dekri yang bermaksud demikian itu dan seksyen 5 Akta Kesahtarafan 1961 hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi petisyen itu tetapi mahkamah tidak boleh membuat sesuatu dekri itu melainkan jika berpuas hati dengan keterangan pempetisyen bahawa kedua-dua atau salah satu pihak kepada perkahwinan itu telah mempercayai dengan munasabah bahawa perkahwinan itu adalah sah sebagai tidak berlawanan secara apa jua dengan seksyen 71.
Dalam seksyen ini, ungkapan yang berikut mempunyai erti yang diberi dengan ini kepadanya, iaitu—
“perkahwinan tidak sah”
ertinya sesuatu perkahwinan yang ditetapkan sebagai tidak sah di bawah seksyen 6, 10, 11, subseksyen 22(4) atau seksyen 72;
“pemindahan” adalah mempunyai erti yang sama seperti dalam
Akta Kesahtarafan 1961, dan apa-apa rujukan dalam seksyen ini mengenai harta adalah rujukan mengenai sesuatu hartanah atau harta sendiri, atau apa-apa kepentingan mengenai harta itu, yang terbatas oleh sesuatu pemindahan (sama ada tertakluk pada sesuatu perbatasan atau gadaian yang terdahulu atau tidak) mengikut sesuatu cara supaya harta atau kepentingan itu turun pada waris dengan seberapa yang dibenarkan oleh undang-undang, sama ada atau tidak harta atau sesuatu kepentingan mengenai harta itu mungkin terputus daripadanya jika sekiranya berlaku sesuatu hal.
Bahagian VII
PROSIDING PERKAHWINAN
Kuasa bagi mahkamah untuk memerintahkan pembahagian aset perkahwinan
Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (1), mahkamah hendaklah mengambil perhatian—
tentang setakat mana sumbangan telah diberikan oleh tiap-tiap satu pihak dalam bentuk wang, harta atau kerja terhadap pemerolehan aset itu atau pembayaran perbelanjaan untuk faedah keluarga;
(aa) takat sumbangan yang diberikan oleh pihak lain yang tidak memperoleh aset itu untuk kebajikan keluarga dengan menjaga rumah tangga atau memelihara keluarga;
tentang apa-apa hutang yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan bagi faedah bersama mereka;
tempoh perkahwinan itu, dan tertakluk pada pertimbangan itu, mahkamah hendaklah cenderung kepada pembahagian yang sama rata.
Bagi maksud seksyen ini rujukan mengenai aset yang diperoleh semasa perkahwinan termasuklah aset yang dipunyai sebelum perkahwinan itu oleh satu pihak, yang telah banyak ditambah baiki semasa perkahwinan itu oleh pihak yang satu lagi itu atau dengan usaha bersama mereka.
Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 61
Nafkah suami atau isteri
Kuasa bagi mahkamah untuk memerintahkan pembayaran nafkah suami atau isteri
apabila memberi atau selepas daripada memberi sesuatu dekri perceraian atau perpisahan kehakiman;
jika, selepas sesuatu dekri mengisytiharkan isteri atau isteri yang dahulu itu dianggap sebagai telah mati, isteri atau isteri yang dahulu itu didapati masih hidup.
Mahkamah hendaklah juga berkuasa memerintahkan seseorang perempuan membayar nafkah kepada suaminya atau suaminya yang dahulu jika suami atau suami yang dahulu itu tidak berupaya, kesemuanya atau sebahagiannya, daripada mencari mata pencarian disebabkan oleh kecederaan mental atau jasmani atau tidak sihat, dan mahkamah berpuas hati bahawa dengan mengambil kira kepada kemampuan perempuan itu adalah munasabah baginya memerintahkan sedemikian.
Pentaksiran nafkah
Pada menentukan amaun sesuatu nafkah yang hendak dibayar oleh seseorang lelaki kepada isterinya atau isterinya yang dahulu atau oleh seseorang perempuan kepada suaminya atau suaminya yang dahulu, mahkamah hendaklah membuat pentaksirannya berdasarkan terutama sekali atas kemampuan dan keperluan pihak-pihak itu dengan tidak mengira kadar nafkah itu berbanding dengan pendapatan suami atau isteri itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, tetapi hendaklah memberi perhatian kepada tahap tanggungjawab yang diperuntukkan oleh mahkamah kepada tiap-tiap satu pihak terhadap kepecahbelahan perkahwinan itu.
62
Undang-Undang Malaysia
Kuasa bagi mahkamah memerintahkan jaminan bagi nafkah
Mahkamah boleh, menurut budi bicaranya, apabila mengaward nafkah, memerintahkan orang yang bertanggungan membayar nafkah itu supaya memberi jaminan bagi kesemua atau mana-mana bahagian daripadanya dengan meletak hak apa-apa harta pada pemegang amanah atas amanah supaya membayar nafkah itu atau sebahagiannya daripada pendapatan harta itu dan, tertakluk pada itu, sebagai amanah bagi orang yang mengamanahkan harta itu.
Mengkompaun nafkah
Sesuatu perjanjian untuk pembayaran, dengan wang atau harta lain, wang pokok bagi menjelaskan segala tuntutan nafkah masa hadapan tidak boleh berkuat kuasa sehingga ia telah diluluskan, atau diluluskan tertakluk pada syarat, oleh mahkamah, tetapi apabila diluluskan sedemikian hendaklah menjadi suatu pembelaan yang baik terhadap sesuatu tuntutan nafkah.
Tempoh perintah nafkah
Kecuali jika sesuatu perintah nafkah dinyatakan sebagai selama sesuatu tempoh yang lebih singkat atau jika sesuatu perintah itu telah dibatalkan, dan tertakluk pada seksyen 82, sesuatu perintah nafkah hendaklah tamat—
jika nafkah itu tidak berjamin, apabila suami atau isteri itu mati, mengikut mana-mana yang lebih awal;
jika nafkah itu berjamin, apabila mati suami atau isteri yang untuknya perintah itu telah dibuat.
Hak terhadap nafkah hendaklah terhenti apabila berkahwin semula
Hak bagi mana-mana orang yang telah bercerai untuk menerima nafkah daripada suami atau isterinya yang dahulu di bawah sesuatu perjanjian hendaklah terhenti apabila orang itu berkahwin atau hidup dalam perzinaan dengan seseorang lain melainkan jika perjanjian itu memperuntukkan selainnya.
Kuasa bagi mahkamah untuk mengubah perintah nafkah
Mahkamah boleh pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengubah, atau membatalkan, sesuatu perintah nafkah yang masih berkuat kuasa, sama ada berjamin atau tidak berjamin, atas permohonan orang yang untuknya atau yang terhadapnya perintah itu telah dibuat, atau, berkenaan dengan nafkah yang berjamin, atas permohonan wakil diri di sisi undang-undang orang yang tersebut kemudian itu, jika mahkamah berpuas hati bahawa perintah itu telah diasaskan atas sesuatu salah nyataan atau kesilapan fakta atau jika sesuatu perubahan material telah berlaku tentang hal keadaan.
Kuasa bagi mahkamah untuk mengubah perjanjian nafkah
Tertakluk pada seksyen 80, mahkamah boleh pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengubah syarat sesuatu perjanjian tentang nafkah yang dibuat antara suami dan isteri, sama ada dibuat sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan, jika mahkamah berpuas hati bahawa sesuatu perubahan material telah berlaku tentang hal keadaan dan walau apa pun peruntukan sebaliknya dalam sesuatu perjanjian itu.
Nafkah yang kena dibayar di bawah perintah mahkamah tidak terpisah
Nafkah yang kena dibayar kepada seseorang di bawah sesuatu perintah mahkamah tidak boleh diserah hak atau dipindah hakmilik atau boleh ditahan, disequestrasikan atau dilevi untuk, atau berkenaan dengan, apa-apa jua hutang atau tuntutan.
64
Undang-Undang Malaysia
Menuntut tunggakan nafkah
Tertakluk pada subseksyen (3), tunggakan nafkah yang tidak berjamin yang terakru kena dibayar sebelum orang yang berhak kepadanya itu mati boleh dituntut sebagai suatu hutang oleh wakil diri di sisi undang-undang orang itu.
Tiada apa-apa amaun yang terhutang sebagai nafkah boleh dituntut dalam sesuatu guaman jika ianya terakru kena dibayar lebih daripada tiga tahun sebelum guaman itu dimulakan.
Bahagian VIII
Erti “anak”
Dalam Bahagian ini, di mana-mana jua konteksnya menghendaki,
“anak” bererti “anak dari perkahwinan”, sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen 2, yang berumur di bawah lapan belas tahun.
Kuasa bagi mahkamah membuat perintah mengenai penjagaan
Pada memutuskan ke dalam jagaan siapa seseorang anak patut diletakkan pertimbangan utama ialah kebajikan anak itu dan tertakluk pada ini mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada—
kemahuan anak itu, jika dia telah meningkat umur dapat menyatakan sesuatu pendapatnya sendiri.
Adalah menjadi suatu anggapan yang boleh dipatahkan bahawa adalah untuk kebaikan seseorang anak di bawah umur tujuh tahun supaya ia berada dengan ibunya tetapi pada memutuskan sama ada anggapan itu terpakai bagi fakta sesuatu kes tertentu, mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada ketidakwajaran mengganggu kehidupan seseorang anak dengan perubahan jagaan.
Jika ada dua atau lebih orang anak dari sesuatu perkahwinan, mahkamah tidaklah terikat meletakkan kedua-dua atau kesemuanya dalam jagaan orang yang sama tetapi hendaklah menimbangkan kebajikan tiap-tiap seorang secara berasingan.
Perintah tertakluk pada syarat
Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), sesuatu perintah jagaan boleh—
mengandungi syarat tentang tempat di mana anak itu akan tinggal, tentang cara pendidikannya dan tentang agama dalam mana dia akan dibesarkan;
66
Undang-Undang Malaysia
mengadakan peruntukan bagi anak itu berada bagi sementara dalam peliharaan dan kawalan seseorang yang lain daripada orang yang diberi jagaan itu;
mengadakan peruntukan bagi anak itu melawat ibu atau bapa yang tidak diberi jagaan atau mana-mana ahli keluarga ibu atau bapa yang telah mati atau tidak diberi jagaan pada bila-bila masa dan bagi beberapa lama yang difikirkan munasabah oleh mahkamah;
memberi ibu atau bapa yang tidak diberi jagaan atau mana-mana ahli keluarga ibu atau bapa yang telah mati atau tidak diberi jagaan hak untuk berjumpa dengan anak itu pada bila-bila masa dan seberapa kerap yang difikirkan munasabah oleh mahkamah; atau
melarang orang yang diberi jagaan itu daripada membawa anak itu ke luar Malaysia.
Perintah perisytiharan tentang ketidaklayakan ibu atau bapa menjaga anak
Jika sesuatu perintah telah dibuat di bawah subseksyen (1), dan belum dibatalkan, ibu atau bapa yang dengan itu diisytiharkan sebagai tidak layak tidaklah berhak, apabila mati orang yang satu lagi itu, menjaga anak itu melainkan jika mahkamah memerintahkan sebaliknya.
Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 67
Penjagaan anak yang disifatkan sebagai sah taraf
Apabila seseorang anak disifatkan sebagai sah taraf di bawah seksyen 75, ibunya berhak menjaga anak itu, jika tidak ada sesuatu perjanjian atau perintah mahkamah sebaliknya.
Kewajipan bagi menanggung anak
Kecuali jika sesuatu perjanjian atau perintah mahkamah memperuntukkan sebaliknya, adalah menjadi kewajipan seseorang ibu bapa menanggung atau memberi sumbangan terhadap nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka sesuatu tempat tinggal, pakaian, makanan dan pendidikan sebagaimana yang munasabah dengan mengambil kira kepada kemampuannya dan kedudukannya dalam kehidupan atau dengan membayar kosnya.
Kuasa bagi mahkamah memerintahkan nafkah bagi anak
jika dia telah enggan atau abai untuk mengadakan peruntukan yang munasabah bagi anak itu;
jika dia telah meninggal langsung isterinya dan anak itu adalah dalam jagaan isterinya;
apabila membuat atau selepas daripada membuat sesuatu perintah meletakkan anak itu dalam jagaan seseorang lain.
Mahkamah juga berkuasa memerintahkan seseorang perempuan membayar atau memberi sumbangan terhadap nafkah anaknya jika mahkamah berpuas hati bahawa dengan mengambil kira kepada kemampuannya adalah munasabah memerintahkan sedemikian.
68
Undang-Undang Malaysia
Sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) atau (2) boleh mengarahkan supaya pembayaran dibuat kepada orang yang menjaga atau memelihara dan mengawal anak itu atau kepada pemegang amanah bagi anak itu.
Kuasa bagi mahkamah memerintahkan jaminan bagi nafkah
Mahkamah boleh, menurut budi bicaranya, apabila memerintahkan pembayaran nafkah untuk faedah seseorang anak, memerintahkan orang yang bertanggungan membayar nafkah itu supaya memberi jaminan bagi kesemua atau sebahagian daripadanya dengan meletak hak apa-apa harta pada pemegang amanah atas amanah supaya membayar nafkah itu atau sebahagiannya daripada pendapatan harta itu, dan tertakluk pada itu, sebagai amanah bagi orang yang mengamanahkan harta itu.
Tempoh perintah penjagaan dan nafkah
Kecuali jika sesuatu perintah mengenai penjagaan atau nafkah seseorang anak dinyatakan sebagai selama sesuatu tempoh yang lebih singkat atau jika sesuatu perintah itu telah dibatalkan, perintah itu hendaklah tamat apabila anak itu mencapai umur lapan belas tahun atau jika anak itu adalah dalam keadaan hilang upaya daripada segi jasmani atau mental, atau sedang mengikuti pelajaran atau latihan lanjut atau lebih tinggi, perintah itu hendaklah tamat apabila anak itu tidak lagi berada dalam keadaan hilang upaya itu, atau selesai pelajaran atau latihan lanjut atau lebih tinggi itu, mengikut mana-mana yang terkemudian.
Kuasa bagi mahkamah mengubah perintah mengenai penjagaan atau nafkah
Mahkamah boleh pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengubah, atau boleh membatalkan sesuatu perintah mengenai penjagaan atau nafkah seseorang anak atas permohonan mana-mana orang yang mempunyai kepentingan, jika mahkamah berpuas hati bahawa perintah itu adalah berdasarkan atas sesuatu salah nyataan atau
Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 69
kesilapan fakta atau jika sesuatu perubahan material telah berlaku tentang hal keadaan.
Kuasa bagi mahkamah mengubah perjanjian mengenai penjagaan atau nafkah
Mahkamah boleh pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengubah syarat bagi sesuatu perjanjian berhubung dengan penjagaan atau nafkah seseorang anak, sama ada dibuat sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan, walau apa pun peruntukan sebaliknya dalam sesuatu perjanjian itu, jika mahkamah berpuas hati bahawa adalah munasabah dan untuk kebajikan anak itu untuk berbuat demikian.
Menuntut tunggakan nafkah
Seksyen 86 hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi perintah mengenai pembayaran nafkah untuk faedah seseorang anak.
Kewajipan menanggung anak yang diterima sebagai ahli keluarga
Apa-apa wang yang dibelanjakan oleh seseorang lelaki bagi menanggung nafkah anak itu boleh dituntut sebagai suatu hutang daripada bapa atau ibu anak itu.
70
Undang-Undang Malaysia
Mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada nasihat pegawai kebajikan, dsb.
Apabila menimbangkan sesuatu soalan berhubungan dengan penjagaan atau nafkah bagi seseorang anak, mahkamah hendaklah, jika ianya sesuai, meminta nasihat seseorang, sama ada atau tidak seorang pegawai awam, yang terlatih atau berpengalaman dalam kebajikan kanak-kanak tetapi mahkamah tidak terikat menurut nasihat itu.
Kuasa bagi mahkamah menahan anak daripada dibawa keluar dari Malaysia
jika, di bawah sesuatu perjanjian atau perintah mahkamah, hanya seorang sahaja, iaitu ibu atau bapa, mempunyai jagaan atas anak itu manakala yang satu lagi itu tidak mempunyai jagaan, mengeluarkan suatu injunksi menahan ibu atau bapa yang satu lagi itu daripada membawa anak itu keluar dari Malaysia atau boleh membenarkan anak itu dibawa keluar dari Malaysia sama ada tanpa syarat atau tertakluk pada apa-apa syarat atau aku janji yang difikirkan patut oleh mahkamah.
Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana orang yang mempunyai kepentingan, mengeluarkan suatu injunksi menahan mana-mana orang, selain orang yang mempunyai jagaan atas seseorang anak, daripada membawa anak itu keluar dari Malaysia.
Kegagalan untuk mematuhi sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dihukum sebagai suatu penghinaan terhadap mahkamah.
Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 71
Relief lain
Kuasa bagi mahkamah mengetepikan dan mencegah pemindahan yang dimaksudkan untuk mengecewakan tuntutan terhadap nafkah
sesuatu perintah nafkah telah dibuat di bawah seksyen 77
atau 93 dan belum lagi dibatalkan; atau
nafkah kena dibayar di bawah sesuatu perjanjian kepada atau untuk faedah seorang suami atau isteri atau suami atau isteri yang dahulu atau anak, mahkamah adalah berkuasa atas permohonan—
jika ia berpuas hati bahawa apa-apa pemindahan harta telah dilakukan oleh suami atau isteri atau suami atau isteri yang dahulu itu atau ibu atau bapa bagi orang yang telah membuat atau yang bagi pihaknya telah dibuat permohonan itu, dalam masa tiga tahun sebelumnya, dengan tujuan di pihak orang yang melakukan pemindahan itu untuk mengurangkan kemampuannya membayar nafkah atau hendak melucutkan daripada suami atau isterinya apa-apa hak berkenaan dengan harta itu, membatalkan pemindahan itu; dan
jika ia berpuas hati bahawa apa-apa pemindahan harta dicadang untuk dilakukan dengan sesuatu tujuan itu, memberi suatu injunksi menahan pemindahan itu.
Bagi maksud seksyen ini—
72
Undang-Undang Malaysia
“harta” ertinya apa-apa jenis harta, alih atau tak alih, dan termasuklah wang;
“pemindahan” termasuklah sesuatu penjualan, pemberian, pajakan, gadai janji atau apa-apa transaksi lain yang dengannya pemunyaan atau pemilikan harta itu adalah dipindah hakmilik atau terbeban tetapi tidaklah termasuk sesuatu pemindahan yang dilakukan kerana wang atau sesuatu nilaian wang kepada atau untuk seseorang yang bertindak dengan suci hati dan dengan tidak mengetahui tujuan pemindahan itu dilakukan.
Injunksi terhadap gangguan
Mahkamah adalah berkuasa dalam masa menanti keputusan sesuatu prosiding perkahwinan atau pada atau selepas pemberian sesuatu dekri perceraian, perpisahan kehakiman atau pembatalan, memerintahkan mana-mana orang supaya tidak memaksa suami atau isteri atau suami atau isterinya yang dahulu menerima kehadirannya dan perbuatan gangguan lain.
Bahagian IX
Pengiktirafan perkahwinan yang dilakukan di luar negara
Sesuatu perkahwinan yang dilakukan di luar Malaysia, selain daripada perkahwinan yang diupacarakan di sesuatu Kedutaan,
Suruhanjaya Tinggi atau Pejabat Konsul Malaysia, di bawah seksyen 26, hendaklah diiktiraf sebagai sah bagi segala maksud undang-undang Malaysia jika—
perkahwinan itu telah dilakukan mengikut cara yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang negara di mana perkahwinan itu telah dilakukan;
Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 73
tiap-tiap satu pihak itu berkeupayaan, pada masa perkahwinan itu, berkahwin di bawah undang-undang negara domisilnya; dan
jika salah satu pihak itu adalah seorang warganegara
Malaysia atau berdomisil di Malaysia, kedua-dua pihak berkeupayaan berkahwin di bawah Akta ini.
Pengiktirafan perkahwinan yang dilakukan di Kedutaan, dsb., di
Malaysia
Sesuatu perkahwinan yang dilakukan di sesuatu Kedutaan,
Suruhanjaya Tinggi atau Pejabat Konsul asing di Malaysia hendaklah diiktiraf sebagai sah bagi segala maksud undang-undang Malaysia jika—
perkahwinan itu telah dilakukan mengikut cara yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang negara yang mempunyai Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi atau
Pejabat Konsul itu, atau mengikut cara yang dibenarkan di bawah Akta ini;
tiap-tiap satu pihak itu berkeupayaan, pada masa perkahwinan itu, berkahwin di bawah undang-undang negara domisilnya; dan
jika salah satu pihak itu adalah seorang warganegara
Malaysia atau berdomisil di Malaysia, kedua-dua pihak berkeupayaan berkahwin di bawah Akta ini.
Rujukan kepada badan pendamai dikehendaki sebelum petisyen untuk perceraian
jika pempetisyen mengatakan bahawa dia telah ditinggal langsung oleh suami atau isterinya dan dia tidak tahu di mana suami atau isterinya berada;
jika responden bermastautin di luar negeri dan dia tidak mungkin masuk ke dalam bidang kuasa dalam tempoh enam bulan yang berikutnya selepas tarikh petisyen itu;
jika responden telah dikehendaki hadir di hadapan suatu badan pendamai dan telah secara sengaja tidak hadir;
jika pempetisyen mengatakan bahawa responden menghidapi sakit mental yang tidak dapat diubati; atau
jika mahkamah berpuas hati bahawa ada hal keadaan yang luar biasa yang menyebabkan rujukan kepada suatu badan pendamai tidak praktik.
Sesuatu kesulitan hal ehwal perkahwinan boleh dirujukkan kepada sesuatu badan pendamai yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak tetapi, jika pihak-pihak itu tidak dapat bersetuju atas sesuatu badan pendamai, kesulitan hal ehwal perkahwinan itu hendaklah dirujukkan kepada tribunal perkahwinan bagi kawasan di mana mereka bermastautin atau, jika mereka bermastautin di kawasan yang berlainan, kepada tribunal perkahwinan bagi kawasan di mana kedua-dua mereka telah bermastautin bersama akhir sekali.
Sesuatu “badan pendamai” ertinya—
sesuatu majlis yang ditubuhkan bagi maksud perdamaian oleh pihak berkuasa yang berkenaan bagi sesuatu agama, kaum, suku atau persatuan;
sesuatu tribunal perkahwinan; atau
Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 75
mana-mana badan lain yang diluluskan sebagai demikian oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Sesuatu tribunal perkahwinan hendaklah ditubuhkan bagi mana-mana kawasan atau daerah tertentu yang diputuskan oleh Menteri, terdiri daripada seorang Pengerusi dan tidak kurang daripada dua atau tidak lebih daripada empat orang ahli lain yang akan dinamakan oleh
Menteri, atau oleh mana-mana pegawai yang kepadanya diwakilkan oleh Menteri kuasanya bagi maksud itu.
Sesuatu badan pendamai yang kepadanya telah dirujukkan sesuatu kesulitan hal ehwal perkahwinan hendaklah menyelesaikannya dalam tempoh enam bulan dari tarikh rujukan; dan hendaklah menghendaki kehadiran pihak-pihak itu dan hendaklah memberi peluang kepada tiap-tiap seorang daripada mereka untuk didengar dan boleh mendengar mana-mana orang lain dan membuat apa-apa penyiasatan yang difikirkannya patut dan boleh, jika difikirkannya perlu, menangguhkan prosidingnya dari semasa ke semasa.
Jika badan pendamai itu tidak dapat menyelesaikan kesulitan hal ehwal perkahwinan itu dengan memuaskan hati pihak-pihak itu dan tidak dapat meminta mereka supaya kembali hidup bersama sebagai suami isteri, ia hendaklah mengeluarkan suatu perakuan tentang hal demikian dan boleh melampirkan kepada perakuannya apa-apa syor yang difikirkannya patut berkenaan dengan nafkah, pembahagian harta perkahwinan dan penjagaan anak-anak belum dewasa, jika ada, dari perkahwinan itu.
Tiada seseorang peguam bela atau peguam cara boleh hadir atau bertindak bagi sesuatu pihak dalam sesuatu prosiding di hadapan sesuatu badan pendamai dan tiada sesuatu pihak boleh diwakili oleh seseorang lain daripada seorang ahli keluarganya, tanpa kebenaran badan pendamai itu.
Penyenggaraan daftar perceraian dan pembatalan
Dengan syarat bahawa kehendak itu tidaklah terpakai dalam sesuatu hal—
Tiap-tiap mahkamah yang memberi sesuatu dekri perceraian atau pembatalan hendaklah segera menghantar satu salinan sah yang diperakui mengenai dekri itu kepada Pendaftar Besar untuk didaftarkan.
Jika sesuatu perkahwinan yang telah diupacarakan di Malaysia dibubarkan atau dibatalkan dengan sesuatu dekri mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang layak di luar Malaysia, salah satu daripada pihak-pihak itu boleh memohon kepada Pendaftar Besar supaya dekri itu didaftarkan dan Pendaftar Besar itu, apabila berpuas hati bahawa dekri itu adalah suatu dekri yang patut diiktiraf sebagai sah bagi maksud undang-undang Malaysia, hendaklah mendaftarkan dekri itu.
Jika sesuatu dekri perceraian atau pembatalan, di mana jua telah diberi, telah membubarkan sesuatu perkahwinan yang telah diupacarakan di Malaysia dan yang telah didaftarkan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa sebelum sahaja mula berjalan kuat kuasa Akta ini, Pendaftar Besar hendaklah, apabila mendaftarkan dekri itu, mengarahkan supaya catatan dalam daftar perkahwinan itu berhubungan dengan perkahwinan itu ditanda dengan perkataan “Dibubarkan” dan suatu rujukan mengenai prosiding dalam mana dekri itu telah diberi.
Kuasa bagi membuat kaedah-kaedah
Menteri boleh membuat kaedah-kaedah bagi maksud Akta ini dan, tanpa menyentuh keluasan yang tersebut di atas, kaedah-kaedah itu boleh mengadakan peruntukan bagi—
menetapkan cara bagaimana Pendaftar hendak menjalankan kuasa yang diberi kepada mereka oleh Akta ini;
borang daftar perkahwinan dan perakuan perkahwinan dan cara bagaimana daftar dan perakuan itu hendak disimpan;
cara bagaimana Pendaftar Besar, Penguasa Pendaftar,
Pendaftar dan Penolong Pendaftar hendak menyimpan perakuan perkahwinan, daftar perkahwinan dan indeksnya;
membekal dan menyimpan dengan selamat daftar perkahwinan, buku catatan Pendaftar dan semua akuan yang dibuat bagi maksud Akta ini;
menyedia dan menyampaikan penyata mengenai perkahwinan yang diupacarakan di Malaysia dan di luar negara dan mengenai perkahwinan yang didaftarkan di bawah Akta ini;
borang bagi perakuan, notis atau dokumen lain yang dikehendaki bagi maksud melaksanakan Akta ini;
Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 77
Semua prosiding yang dimulakan di bawah Ordinan
Perceraian 1952 [Ord. 74 tahun 1952], Ordinan Perceraian 1963 bagi
78
Undang-Undang Malaysia
Sabah [Ord. 7 tahun 1963], dan Ordinan Guaman Suami Isteri
[Sarawak Bab 94] yang dimansuhkan itu hendaklah, setakat mana yang praktik, diteruskan di bawah Akta ini dan bagi maksud ini, tiap-tiap petisyen untuk perceraian selain petisyen yang mengenainya suatu dekri nisi telah diberi, hendaklah disifatkan sebagai suatu petisyen untuk perceraian di bawah Akta ini dan alasan yang dinyatakan dalam petisyen itu hendaklah disifatkan sebagai pengataan utama yang hendak dibuktikan oleh petisyen itu sebagai keterangan mengenai kepecahbelahan perkahwinan itu, tetapi tiap-tiap petisyen itu hendaklah, melainkan jika mahkamah memerintahkan sebaliknya, ditangguhkan sementara menanti dirujukkan kepada suatu badan pendamai; dan jika suatu dekri nisi telah diberi, prosiding itu hendaklah diteruskan seolah-olah Akta ini telah tidak diluluskan.
Ordinan Pendaftaran Perkahwinan 1952 [Ord. 53 tahun 1952]
adalah diperluaskan ke Sabah dan Sarawak.
*CATATAN—lihat seksyen 8 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian)
(Pindaan) 2017 [Akta A1546] mula berkuat kuasa pada 15 Disember 2018 yang memberikan peruntukan seperti yang berikut:
Peralihan
Apa-apa tindakan atau prosiding yang bermula atau belum selesai sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, selepas tarikh permulaan kuat kuasa
Akta ini, diteruskan di bawah peruntukan Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh
Akta ini.
Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 79
JADUAL
[Seksyen 109]
SEMENANJUNG MALAYSIA
Ordinan dan Akta
Tajuk Ringkas
Takat Pemansuhan
No. 44 tahun 1952
Ordinan Perkahwinan Sivil 1952
Kesemua
No. 53 tahun 1952
Ordinan Pendaftaran
Perkahwinan 1952
Setakat mana
Ordinan ini terpakai bagi orang yang perkahwinannya boleh didaftarkan di bawah Akta ini
No. 74 tahun 1952
Ordinan Perceraian 1952
Kesemua
No. 33 tahun 1956
Ordinan Perkahwinan Kristian 1956
Kesemua
Akta 60
Akta Kesahtarafan 1961
Subseksyen 3(2)
No. 36 tahun 1950
Ordinan Perempuan Bersuami dan Kanak-Kanak (Nafkah)
1950
Perkataan “not exceeding fifty dollars” dalam subseksyen 3(2)
SABAH DAN SARAWAK
Sarawak Bab 74
(Edisi 1948 Jilid III)
Ordinan Perkahwinan China
Kesemua
Sarawak Bab 92
Ordinan Perkahwinan Sivil dan di Gereja
Kesemua
Sarawak Bab 94
Ordinan Guaman Suami Isteri
Kesemua
Sabah No. 7 tahun 1963
Ordinan Perceraian 1963
Kesemua
Sabah Bab 24
Ordinan Perkahwinan Kristian 1919
Kesemua
Sabah No. 14 tahun 1959
Ordinan Perkahwinan 1959
Kesemua
80
Akta 164
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta 160
Akta Matawang Malaysia (Ringgit)
1975
29-08-1975
Akta A327
Akta Kanun Keseksaan (Pindaan dan
Perluasan) 1976
31-03-1976
Akta 92
Akta Mahkamah Rendah 1948
(Seksyen 111-P.U. (A) 357/1980)
01-06-1981
Akta A498
Akta Membaharui Undang-Undang
(Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan)
1980
01-03-1982
Akta A650
Akta Membaharui Undang-Undang
(Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan)
1986
16-05-1986
Akta A1546
Akta Membaharui Undang-Undang
(Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan)
2017
15-12-2018
81
Akta 164
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari 2
Akta A498 01-03-1982 3
Akta A498
Akta A1546 01-03-1982 15-12-2018 4
Akta A498 01-03-1982 5
Akta A650 16-05-1986 7
Akta A650 16-05-1986 8
Akta A498 01-03-1982 12
Akta A498
Akta A1546 01-03-1982 15-12-2018 14
Akta A498 01-03-1982 15
Akta A498 01-03-1982 21
Akta A498 01-03-1982 26
Akta A650 16-05-1986 28
Akta A498 01-03-1982 30
Akta A498 01-03-1982 31
Akta A498 01-03-1982 32
Akta A498 01-03-1982 33
Akta A498 01-03-1982 44
Akta A498 01-03-1982 45
Akta A498 01-03-1982 46
Akta A498 01-03-1982
82
Undang-Undang Malaysia
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari 46A
Akta A498 01-03-1982 46B
Akta A498 01-03-1982 51
Akta A498
Akta A1546 01-03-1982 15-12-2018 51A
Akta A1546 15-12-2018 52
Akta A498 01-03-1982 58
Akta A498 01-03-1982 69
Akta A498 01-03-1982 75
Akta A498 01-03-1982 76
Akta A1546 15-12-2018 95
Akta A1546 15-12-2018 108
Akta A498 01-03-1982 109
Akta A498 01-03-1982
Jadual
Akta A498 01-03-1982