pemotongan perenggan (b) subseksyen (9) seksyen tersebut, dan, bagi mengelakkan keraguan, adalah dengan ini diisytiharkan bahawa "kepentingan dalam suatu syer" termasuklah pemunyaan di sisi undang-undang akan sesuatu syer;
"kerajaan asing" ertinya kerajaan mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia;
“ketua eksekutif”, berhubungan dengan sesuatu institusi, ertinya seseorang, tidak kira dengan apa jua namanya disebut, yang, sama ada secara individu atau bersesama dengan seorang atau beberapa orang lain, adalah bertanggungjawab, tertakluk kepada kuasa pengarah-pengarah, bagi penjalanan perniagaan dan pentadbiran institusi itu;
"koperasi" ertinya suatu koperasi yang didaftarkan atau disifatkan didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1948, atau Ordinan Koperasi Sabah, atau Ordinan Koperasi Sarawak, suatu pertubuhan peladang yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan Peladang 1973 atau suatu persatuan nelayan yang didaftarkan di bawah Akta Persatuan Nelayan 1971;
"lesen" ertinya lesen yang diberikan atau disifatkan diberikan di bawah seksyen 6 (4);
"liabiliti" termasuklah hutang, kewajipan dan obligasi daripada tiap-tiap jenis, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, atau sama ada terletakhak atau kontingen;
“mata wang asing” ertinya apa-apa mata wang selain daripada mata wang Malaysia;
"Menteri" ertinya Menteri yang sedang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;
"orang" termasuklah seorang individu, mana-mana perbadanan, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, pertubuhan, kesatuan sekerja, koperasi, perkongsian dan mana-mana badan, organisasi, persatuan atau kumpulan orang yang lain, sama ada diperbadankan atau tak diperbadankan;
"Ordinan" ertinya Ordinan Bank Negara Malaysia 1958;
"Panel Penasihat" ertinya Panel Penasihat yang ditubuhkan di bawah seksyen 31A (2) Ordinan;
"pegawai", berhubungan dengan sesuatu institusi, termasuklah mana-mana pekerja dan ketua eksekutif institusi itu;
"pejabat" termasuklah tempat utama perniagaan, suatu cawangan, agensi, tempat perniagaan bergerak, tempat perniagaan yang diadakan dan disenggarakan hanya bagi suatu tempoh terhad sahaja, terminal elektronik dan mana-mana tempat perniagaan yang lain;
"pejabat wakilan" ertinya pejabat di Malaysia bagi suatu institusi asing;
“pemindahan wang secara elektronik” ertinya apaapa pemindahan wang (selain daripada suatu transaksi yang bermula dengancek, draf atau suratcara yang serupa itu) yang dimulakan, digerakkan atau dilancarkan, tidak kira di peringkat mana ia dimulakan, digerakkan atau dilancarkan, menerusi suatu terminal elektronik, alat telefon atau pita komputer atau pita magnetik atau peranti penstoran lain supaya dapat memerintahkan, mengarahkan atau memberikuasa mana-mana orang mendebitkan atau mengkreditkan sesuatu amaun, dan termasuklah pemindahan di tempat jualan, deposit langsung atau pengeluaran wang, transaksi mesin juruwang automatik, dan pemindahan yang dimulakan, digerakkan, dilancarkan atau dihantar melalui telefon;
“pendeposit” ertinya seseorang yang berhak kepada pembayaran balik suatu deposit, sama ada dibuat olehnya atau oleh mana-mana orang lain;
“pengarah” termasuklah mana-mana orang yang menjawat jawatan pengarah, tidak kira dengan apa jua namanya disebut dan, khususnya, tanpa menjejaskan yang disebut di atas, dalam hal—